Arkib untuk November, 2010

info ini saya dapat dr blog Nota Kosong

bagi saya..info ini seperti tiada asasnya…tapi tak tahu lh.. mungkin betol n mungkin tidak betol.. layan jekk lh.. ape pendapat anda semua???

nissan fuga hybrid proton perdana Proton Perdana Replacement : Nissan Fuga Hybrid?

2011 dikatakan akan diingati sebagai tahun gemilang bagi Proton. Maklumat terkini berkata Proton bersedia untuk melancarkan model baru untuk menggantikan Proton Perdana.

Sebelum ini, Proton terlebih dahulu menyatakan bahawa akan memperkenalkan teknologi hijau kereta hibrid (Hybrid Proton Cars).

Kemudian, baru-baru ini Proton dikatakan sudah pun bersedia untuk mengambil alih 25% pegangan saham ekuiti Renault F1 Team.

Dan melalui pegangan saham tersebut, Proton memandang lebih jauh lagi dengan menyatakan untuk menarik minat pelaburan dan perkongsian teknologi dengan Renault-Nissan.

Dan jika ianya berlakunya, Proton turut berharat untuk mendapatkan kerjasama strategik bagi pembangunan model kereta Hibridnya tersendiri iaitu Proton Emas.

Dan selain itu, Proton juga masih mencari kerjasama untuk membangunkan model baru bagi menggantikan Proton Perdana, dan ianya akan digunakan sebagai kereta Rasmi kerajaan Malaysia.

Wow, Hebat Proton, mungkin ini merupakan langkah Proton untuk menjana jenama ke arah pasaran Global.

Berdasarkan beberapa kenyataan di atas, beberapa kesimpulan telah dibuat apakah sebenarnya yang berlaku terhadap idea model serba baru Proton Perdana Replacement ini?

Antaranya, Proton Perdana serba baru ini akan dibangunkan berasaskan model kereta mewah teknologi hibrid dari Nissan, model Nissan Fuga Hybrid!.

Logik juga, ini kerana, Teknologi Hibrid Proton + Platform dibangunkan kerjasama Proton dan Renault-Nissan = Proton Perdana Replacement?

Apa pendapat anda?

Read more: http://notakosong.com/2546/news/proton-perdana-replacement-nissan-fuga-hybrid/#ixzz16aR5vO2b

Proton Saga facelift

Proton Saga facelift

Kali ini saya kongsikan dengan anda semua wajah baru Proton Saga di Thailand. Ia dilancarkan di Thai Moto Expo 2010. Perubahan drastik yang dilakukan oleh Proton ternyata memberi impak besar terhadap model ini. Apa yang kita lihat bahagian ketara dibahagian depan amat berbeza dari model asal Saga.

Proton Saga facelift

Proton Saga facelift

Lampu depan yang lebih lebar dengan bumper yang juga merupakan trademark pada model Exora,Emas dan Persona R (clay model) ternyata pada masa ini Proton mempunyai satu pendirian identiti untuk masa mendatang. Ruangan fog lamp untuk model B line tidak seperti model terdahulu. Ia mungkin boleh ditambah jika kita membeli model B line. Bonet hadapan rendah dibahagian tengah membuatkan model ini tidak kelihatan tinggi atau lonjong. Saya juga tertarik dengan rim 14 rekaan baru lebih up to date berbanding rim asal.

kerusi Proton Saga facelift

kerusi Proton Saga facelift

Bumper belakang juga diubahsuai supaya kelihatan lebih lebar mata memandang dengan lampu LED yang bersaiz kecil ditambah dengan spoiler. Pemantul cahaya kecil juga menarik perhatian pengguna kerana ia mencerminkan sesebuah kereta sedan. Apa yang kita nampak exzos ditambah mufler dan signal sisi pada cermin sisi.

Bahagian interior tidak menunjukan perubahan ketara namun jika kita perhatikan pada stereng ditambah sistem kawalan radio. Radio Clarion pula boleh memainkan format muzik mp3 dan wma beserta dengan USB port dan AUX tambahan. Tempat duduk diberi corak fabrik baru termasuk pada pintu. Bagi high model Keempat-empat pintu adalah menggunakan power window dan SRS airbag bagi penumpang dan pemandu di depan.

dalaman Proton Saga facelift

dalaman Proton Saga facelift

Ternyata Saga fl ini kelihatan lebih menawan berbanding Saga sebelum ini. Saya juga berasa teruja dan pasti akan menjadi pengunjung terawal di KLIMS 2010 nanti kerana Proton akan membariskan model-model terbaik mereka. Apa yang saya dengar khabar sebelum ini, model sedia ada telah dihentikan pengeluarannya untuk mengeluarkan model saga ini. Saya juga belum dapat kepastian sama ada model yang dilancarkan di Thailand ini sama dengan Saga di KLIMS nanti.

gambar dan info diambil dr Paultan.org dan http://saluran07.blogspot.com/

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Sempena meraikan ulangtahun bersejarahnya yang ke-25 dalam dunia automotif, Proton Holdings Bhd akan mengadakan satu pameran terbesar di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) akan diadakan tidak lama lagi.

Acara itu akan berlangsung mulai 3-12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pengarah urusan kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton akan mempertontonkan 20 kenderaan, termasuk kereta-kereta konsep, kereta pertunjukan, kereta lumba dan kenderaan elektrik di petak pamerannya.

Sudah 25 tahun Proton berkecimpung dalam industri ini dan pameran di KLIMS ialah untuk berkongsi kejayaan syarikat dengan semua rakyat Malaysia, kata beliau dalam kenyataan di sini Isnin.

Menurut Syed Zainal, petak pameran di KLIMS 2010 akan turut mengetengahkan hala tuju Proton di masa depan, sekali gus memberikan para pelawat maklumat beberapa kecanggihan teknologi terbaru dan kenderaan yang sedang dibangunkan.

“Bidang utama yang kami ingin profilkan juga ialah pemilikan teknologi. Kami berharap para pelawat boleh melihat, memahami dan menghargai aplikasi yang melangkaui perekaan model-model kenderaaan baharu,” jelas beliau.

Proton akan turut mengadakan butik gaya hidup di mana pelawat boleh mendapatkan produk syarikat dan sebuah studio gaya secara langsung yang membolehkan pemilik menyesuaikan kereta Proton mereka sendiri.

sumber:BERNAMA

persona R concept clay model (confirmed)

persona R concept clay model (confirmed)

Proton telah mengumumkan barisan kenderaan & kereta konsep di KLIMS yang akan bermula 3hb Disember ini di PWTC. Booth Proton adalah seluas 1,500 kaki persegi dan bakal mempersembahkan 20 kenderaan termasuk 8 concept & show cars. Bakal menjadi tarikan utama di booth tersebut ialah Saga EV (electric vehicle), Exora Extended Range EV, EMAS concept hybrid, Satria Neo S2000 termasuk kereta konsep dari Lotus yang telah dipamerkan di Paris baru-baru ini. Jumlah kereta konsep Lotus yang bakal dipamerkan masih lagi dirahsiakan tetapiLotus Esprit antara yang bakal dipertontonkan di sana.

Selain itu Proton juga akan membuat “live styling studio” di sana & berkemungkinan kita dapat menyaksikan bagaimana cara rekaan kereta Proton dibuat. ! :)LUAR dr JANGKAAN SAYA…… semoga proton terus cemerlang…

sumber : paultan.org dan FUNTASTICKODESIGN

Myvi 2011!

Posted: 29 November 2010 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua MYVI

Adakah ini Myvi 2011 nanti?

myvi 2011 ?

myvi 2011 ?

perodua myvi 2011 ?

perodua myvi 2011 ?

Jangkaan saya model ini akan menjadi bertambah laris lagi….kerana design lampu belakang yang agak menarik serta garis2 di bonet belakang sungguh bersesuaian dan nampak segar…

Spyshots ini telah diambil oleh Fariezul Jaafar di lebuhraya Mahameru semasa dalam perjalanan pulang dari Melaka. Sepertimana yang kita ketahui model-model Perodua memang merancang nak mengeluarkan model terbaru Myvi tahun depan, dijangka enjin 1.5l bagi menggantikan Myvi sedia ada. Info dan gambar ini saya ambil dari saluran07.blogspot.com dan blogtue.blogspot.com dan Funtastickodesign

Spyshot Proton misteri – mungkinkah ini model Persona R?

Exora pelik???

Exora pelik???

Terbaru dari blog Paultan, foto-foto spyshot Proton misteri ditemui lagi. Kalau dulu spyshot model yang sama berwarna hitam dan resolusinya kurang jelas, kali ini model yang dijumpai oleh pembaca blog Paultan bernama Faizal Nayan itu berwarna putih. Foto-foto spyshot yang ditangkap oleh Faizal juga lebih jelas dan lengkap untuk kita membuat kesimpulan apakah model rahsia tersebut. Spyshot tersebut berjaya dirakamkan ketika dalam perjalanan ke Cameron Highland.

lihat reka bentuk dia yang agak pelik.. ini model apa sebenarnya?? Exora atau Persona R??

Sekali imbas model tersebut seolah-olah sebuah Exora yang direndahkan bumbungnya, tetapi masih belum pasti sama ada itu hanyalah luaran bagi menutup reka bentuk sebenar sebuah model terbaru. Mungkinkah itu sebuah prototype Persona R yang bakal dilancarkan pada hujung 2011, atau pada awal 2012 nanti? Yang penting model tersebut antara model yang paling memberikan kejutan terhadap ‘design language’ Proton setakat ini. Rasanya inilah model yang dikatakan mempunyai rupa iras-iras sebuah Toyota Caldina. Apa pula kata basher-basher Proton ye??!!

Sumber : Paultan.org & Arena kereta

 

alhamdulilah dapat juga kita lihat clay model yang dikata-katakn sblm ini… gambar ini dapat dr blog Funtastickodesign

clay model Persona R front

clay model Persona R front

clay model Persona R rear

clay model Persona R rear

sumber gambar ini dr funtastikodesign dan terima kasih kepada

bro Jason Luc kerana sudi berkongsi gambar & info ini bersama kita..

saya dapat info ini dari blog funtastikodesign.. menarik juga Festival Malaysia Innovatif 2010 ini.. malangnya saya sudah bercuti dan pulang ke JOHOR.. kalau tak..mesti saya pergi….walaupn hanya ada beberapa photo sahaja yg dapat dilihat dr blog INI

 

kakitangan Proton dengan bahan “recycle” dari kilang yang dipamerkan di Festival Malaysia Innovatif 2010, Bukit Jalil.

 

Proton EVOLUSI-G

Proton EVOLUSI-G

Proton EVOLUSI-G sekali pandang macam Lamborghini.

Proton TF

Proton TF

Proton TF …makna TF itu tak tahu lah apa maksudnya.. mungkin Teknologi Future kot.. hihi  ape-ape pn kereta ini nampak macam proton emas atau kereta smart yg kecil itu..

Agak-agaknye lh.. di R&D proton mesti banyak jenis-jenis kereta yang pelik-pelik kn??? atau ada model2 yang menarik yg dibuat R%D tetapi tidak dapat di produksikn.. Jikalau lh proton buat suatu hari untuk mempamirkan semua kereta2 pelik mereka atau kereta yang tidak dapat di produksikan kn menarik itu.. hihi ini hanya pendapat saya lh…. pendapat anda??

Apa yang anda mahu lihat nanti kejutan proton di KLIMS 2010???

Kuala Lumpur Internasional Motor Show (KLIMS) 2010

Kuala Lumpur Internasional Motor Show (KLIMS) 2010

Setelah mendengar khabar angin bahawa proton emas dan clay model persona R tidak akan dipamirkan…(harap2 tidak betul..) saya telah mencari serta bertanya dgn kakitangan proton sendiri untuk mencari kepastian. org pertama yang saya tanya adalah pakcik saya. dia menyatakan bahawa proton emas dan Persona R akan dipamirkan.. selain itu saya tanya kakitangan dalaman proton yg terlibat dgn pameran di KLIMS 2010 model2 yang akan di pamirkan lebih kurang 7 buah semuanya..

1. inspira extreme (R3)-(confirmed)

inspira extreme (R3)-(confirmed)

inspira extreme (R3)-(confirmed)

2. inspira patrol..(xconfirmed)

inspira patrol..(xconfirmed)

inspira patrol..(xconfirmed)

3. saga baru (confirmed)

saga baru (confirmed)

saga baru (confirmed)

4. exora hybrid, electric or turbo (xsure mne 1)

exora hybrid, electric or turbo (xsure mne 1)

exora hybrid, electric or turbo (xsure mne 1)

proton Expira

proton Expira

5. emas prototype (warne biru) (xconfirmed)

emas prototype (warne biru) (xconfirmed)

emas prototype (warne biru) (xconfirmed)

6. persona R concept clay model (confirmed)

persona R concept clay model (confirmed)

persona R concept clay model (confirmed)

gambar hiasan Persona R

gambar hiasan Persona R

7. softroader (confirmed)

softroader (confirmed)

softroader (confirmed)

base on ape yg dibincangkn mse bulan 7 ari2 la… pas2, latest news aku xtau. sorry ye…

ini info yg saya dapat.. menarik juga.. pasal SOFTROADER..langsung kita tak tahu.. pandai proton cover line..

sure KLIMS kali ni x  mengecewakan…
softroader 2 concept lite 4×4 yg diharapkn 2…  design canggih sgt… overprice plak nnt. haha. jgn lupe vote utk design 2 kalau nk diproduksikn…

ini kata2 yg dia bagi kt aku.. so rasanya macam menarik giler.. info KLIMS 2010 nanti….!! pehhh… RUGI kalau tak pergi..

tapi harap2 perancangan awal ini jadi…. insyaalah.. doa byk2..

Dia katakan NANTIKAN KEJUTAN dr PROTON di KLIMS 2010!!!!

#gambar2 diatas aalah gambar hiasan semata2…tiada kebenaran yang dipastikan..

proton Expira.. gabungan antara Proton Exora dengan Proton Inspira..

gambar ini hasil photoshop oleh Theophilus Chin

Proton Exora MC

Proton Exora MC

Proton Exora MC bergabung dengan Proton inspira….

Proton INSPIRA

Proton INSPIRA

Proton EXORA + Proton INSPIRA = Proton EXPIRA.. hihihih

Proton EXPIRA

Proton EXPIRA

pendapat anda??

proton Exora EV

proton Exora EV

Proton Exora REEV (Range Extender Electric Vehicle) yang telah memenangi kategori “Best Range Extender EV Award” di Royal Automobile Club (RAC) Future Car Challenge baru-baru ini. Dibangunkan oleh Proton bersama Fraser-Nash Research, Lotus, Imperial College London & Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

kelajuan maksimum 120km/h..

kelajuan maksimum 120km/h..

had kelajuan kereta ini adalah 120km/j….(kenapa slow sangat??) mungkin ini hanya prototype.. dan masih dalam kajian… harap nanti bila di produksikan.. ianya lebih elegen dan futurelisik…. nampak canggih dan mewah..

papan pemuka Exora EV

papan pemuka Exora EV

dalaman kerusi Exora EV

dalaman kerusi Exora EV

Dijangka kereta ini bakal dipasarkan tahun depan atau 2012 & harganya dibawah RM100,00. Walaupun kereta ini masih diperingkat prototype ia menunjukkan keupayaannya & akan dipertingkatkan dengan lebih baik sebelum memasuki pasaran nanti. Untuk maklumat & review “test drive”

sumber: paultan.org

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

barisan model proton dari saga BLM sehingga INSPIRA semuaanya ade identiti di grill depan seperti kepak di sebelah logo. saga BLM pada mulanya tiada tetap saga facelift yang bakal dilancarkan sudah ada. bila pulak Proton Satria NEO facelift nak kuar yg ade wings di grill depan.. gambar dibawah ini gambar yang di photoshopkn oleh Theophilus Chin…berikan pendapat anda..

Proton Satria NEO facelift

Proton Satria NEO facelift

saya lihat2 di internet ..tiba2 terjumpa sebijik kereta yg namanya Logan.. yang seiras seperti SAGA baru… siapa tiru siapa?? atau ini hanya kebetulan… dan sesiapa tahu LOGAN itu kereta keluaran negara apa?? lihat gambar dibawah.. sama tak??

kereta LOGAN

kereta LOGAN

Saga Baru 2010

Saga Baru 2010

sama tak???

dan anda pernah terlihat tak dulu di video R&D proton.. ada clay model saga ini… ni gambarnya

clay model saga facelift2

clay model saga facelift2

seperti yang kita tahu proton Waja boleh dijadikan teksi.. satu persoalan adakah nanti Proton Inspira juga akan dijadikan teksi??? dan adakah sesuai proton INSPIRA dijadikan TEKSI??? bagi saya memang tidak sesuai…. apa pendapat anda??

Proton INSIRA TEKSI???

Proton INSIRA TEKSI???

sumber gambar dr Theophilus Chin

Saga Baru 2010

Saga Baru 2010

Saga 2010

Saga 2010

warna baru

warna baru

dalaman saga 2010

dalaman saga 2010

update..

banyak stok saga baru

banyak stok saga baru

warna baru

warna baru

Salah satu pics tidak menunjukkan warna baru yang kelihatan seperti warna biru tua .Dari sudut depan kereta, Proton Saga putih itu kelainan design headlamp keseluruhan dan design grill kelihatan jauh lebih elegan dan sporty serta ada iras-iras Honda Accord generasi ke-7.

Pada design bahagian belakang kereta Proton saga, kelihatan seperti sedikit konservatif dalam mengubah design dengan hanya lampu belakang LED dan juga bumper belakang menerima perubahan baru. Design bumper belakang memang kelihatan lebih baik tetapi dapat lebih meningkatkan kalau Proton boleh membuat desain hujung bawah bumper dari hanya reflektor ke diffuser warna hitam seperti reka bentuk dengan reflektor belakang pada kedua-dua hujungnya seperti apa yang boleh kita lihat dari Proton Inspira. Dengan sedikit design, hal ini membuat bahagian belakang terlihat jauh lebih menarik dari tawaran saat ini.
Malaysia tidak akan menjadi pelanggan pertama untuk melihat facelift Proton Saga baru , kerana batch pertama Proton Saga di export  ke Thailand untuk Thailand International Motor Show yang akan dilancarkan pada 1 Disember 2010.

Ini adalah gambar terkini Saga facelift, kali ini dengan interior. Difahamkan ia bakal dilancarkan pada 2 Disember nanti. Menurut sumber gambar ini AutoInsider Malaysia , kita bukanlah orang yang pertama bakal melihat model ini dari dekat. Proton telahpun menghantar model ini ke Thailand & mereka yang berada di sana bakal melihat model ini sehari lebih awal daripada kita. Berita yang menggembirakan ialah model ini telah menerima 7000 tempahan sebelum ianya dilancarkan menurut sumber dalaman. Model ini telah dinaik taraf dengan perubahan kosmetik yang ketara di bahagian hadapan & belakang. Dalaman pula dilengkapi dengan 2 airbag (versi premium), 1 airbag (versi biasa), 4 power window, butang audio di bahagian steering, head unit masih Clarion tapi dengan tambahan AUX jack & USB.

sumber gambar dan teks di gubah dari: autoinsidermalaysia serta  funtastickodesign

Kerajaan Britain tolak permohonan pinjaman Lotus

NORWICH – Pengeluar kereta sport Lotus merancang untuk menghasilkan kereta sport di luar Britain selepas kerajaan Britain enggan memberi pinjaman berjumlah £50 juta (RM248.80 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lotus memerlukan wang itu untuk menaik taraf kilangnya bagi mengeluarkan lima buah model baru selain model sedia ada, Lotus Elise yang mampu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar memberitahu beliau terkejut dengan keputusan kerajaan Britain itu.

“Saya tidak faham kerajaan (kerana tidak meluluskan pinjaman). Ini adalah peluang untuk membantu satu jenama ikon Britain dan mencipta peluang pekerjaan. Lotus mahu memohon pinjaman dengan terma komersial, bukannya hadiah daripada kerajaan,” kata Bahar.

Lotus kini milik syarikat pengeluar kereta dari Malaysia, Proton sejak 1994.

Pemilik syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabatnya di Hethel, dekat Norwich untuk pasukan jurutera, pereka dan kakitangan pemasarannya.

Keputusan mengeluarkan kereta sport Lotus di luar Britain akan mengurangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga tempatan. Lokasi kilang barunya akan diputuskan sebelum Krismas ini.

Syarikat Lotus diasaskan oleh seorang jurutera, Colin Chapman pada tahun 1952 yang pernah belajar di Universiti College di London.

Kilang pertamanya ialah di dalam sebuah bangsal lama di London Utara milik keluarga kekasihnya.

Operasi kilang itu kemudiannya berpindah ke Hethel pada tahun 1966.

Jenama Lotus mula terkenal di seluruh dunia apabila ia menyertai pelumbaan Formula satu pada tahun 1958 dan memenangi sebanyak 79 perlumbaan.

Kereta lumba ciptaan Chapman juga pernah dipandu oleh pelumba terkenal Britain, Jim Clark. – Agensi

Sumber : Kosmo Online

 

kiriman kali ini saya mahu membicarakan tentang dalaman proton terutamanya pada  steering. sejak Proton Exora Proton Inspira dilancarkan.. saya lihat warna dalaman kurang menceriakan..maksudnya kurang mewah. Selain itu, hal ini mungkin disebabkan design logo proton di stering yang hanya seperti di cop sahaja. hal ini membuatkan dalaman kereta tersebut kelihatan murah.

steering inspira

steering inspira

lihat ini steering inspira… logo proton di stering kurang menarik kalau lh logo di stering sama seperti di proton waja.. mesti nampak lebih mewah.

steering waja

steering waja

saya harap selepas ini model yang akan datang logo proton di stering biar seperti proton waja.. barulah nampak mewah sikit dalaman model tersebut…. tak rugi pn kalau proton letak logo sama seperti proton waja.. saya harap cadangan ini diterima..

EXORA VS AVANZA!!!

Posted: 22 November 2010 in automotif, PROTON, proton Exora

ha.. kali ini saya akan menunjukkan kepada anda semua pertembungan (kemalangan) antara Proton Exora dengan Toyota Avanza…

anda semua boleh nilai sendiri lh mana satu yang lebih remuk dan mana satu yg kuat..bagi pendapat anda. pandangan saya.. BODY EXORA memang lebih KUAT berbanding Avanza…

EXORA VS AVANZA mana lebih remuk??

EXORA VS AVANZA mana lebih remuk??

Proton EXORA remuk

Proton EXORA remuk

wahh…perit jugak kalau remuk cam ni..huhu

 

Toyota AVANZA remuk

Toyota AVANZA remuk

tapi ini lagi remuk..huhu..

apa pula pendapat anda semua??

 

 

AVANTE

AVANTE

untuk kiriman kali ini saya sahaja mahu memaparkan tentang sebuah kereta yang terbaik bagi saya yang HYUNDAI pernah hasilkan, iaitu Hyundai AVANTE…. dengan rekaan yang baru dan mempunyai identiti baru hyundai membuatkan saya berasa kagum dengan keberanian syarikat ini mengorak langkah yang drastik dalam menghasilkan model-model kereta yang canggih.

saya ambil contoh syarikat ini untuk  menunjukkan kepada PIHAK PROTON agar mengambil langkah yang sama dengan penghasilan PERSONA R nanti mempunyai suatu identiti design yang menarik dan kita akan kenal itu adalah identiti proton. disamping itu memperkenalkan teknologi2 baru seperti kereta ini. Saya memang mengharapkan sesuatu yang luar biasa untuk model PERSONA R nanti yang tiada dalam model2 proton sebelum ini. jgn hanya design sahaja yang menarik malah teknologi serta enjin juga harus menarik.

mungkin akan ada org yang akan melebelkan saya ini bercakap dengan imagenasi kosong sahaja, tetapi bukan begitu…ini adalah suatu langkah semangat untuk proton..walaupun akan mengeluarkan kos yang tinggi dan jangka masa yang lama. tetapi saya akan tunggu serta menyokong proton untuk menjadi maju pada masa hadapan!!!! harap proton tidak mensia-siakan harapan saya..dan harap proton terus menjalankan kajian R&D untuk pembangunan teknologi dan kualiti….

memang hebat kereta ini…tetiba sahaja saya tertarik dengan rekabentuk kereta ini dan teknologi kerata ini. bilakah kereta secangih ini akan berada di Malaysia??

Proton Exora President

Proton Exora President

Proton Exora President

Proton Exora President

Proton Exora President-belakang

Proton Exora President-belakang

Proton Exora President-interior

Proton Exora President-interior

Proton Exora President-interior

Proton Exora President-interior

Proton Exora President-interior

Proton Exora President-interior

berita bawah dari: sumber INI

Penampilan perdana Exora President di booth Proton sejak hari pertama Indonesia International Motor Show 2010, menunjukkan indikasi positif dari pengunjung. Hingga saat ini, MPV ini telah dipesan 15 unit selama pameran berlangsung. Hadir dalam versi 4-seater dan Proton berencana untuk memproduksi versi 6-seater dalam waktu dekat.

Varian President ini adalah Exora yang telah mengalami modifikasi dan dijual dengan harga mulai dari Rp 350 juta (on the road) untuk transmisi manual dan Rp 360 juta untuk transmisi otomatis.Proton Exora dipersenjatai oleh mesin 1.600 cc DOHC 16-katup yang memproduksi 125 dk, serta memiliki torsi puncak 150 Nm pada 4.500 rpm. Exora telah dilengkapi fitur keamanan ABS, EBD, serta dilengkapi oleh airbag untuk driver dan front passenger.

Di pameran ini pula, Exora President mendapatkan penghargaan sebagai The Best MPV Dressed-Up (28/7) dari Majalah Car & Tuning Guide “Penghargaan di kategori ini menunjukkan bahwa Proton telah siap untuk memimpin pasar untuk modifikasi MPV. Melalui proyek ini juga, kami bertujuan untuk menunjukkan kelapangan dan fleksibilitas dari kendaraan memiliki value for money tinggi,”  ujar Ricky Too, Presiden Direktur PT Proton Edar Indonesia.

Ia menambahkan, Proton Exora yang dikolaborasikan dengan keahlian dari vendor otomotif lokal dan kontraktor otomotif terkait. Hasilnya adalah suatu model MPV mewah namun dengan harga terjangkau untuk pasar Indonesia dibandingkan MPV modifikasi lain. “Kami yakin pasar Indonesia dapat menghargai tawaran kami,” tutupnya.

Salam hari raya Aidiladha. di kesempatan ini saya memohon maaf sekiranya sebelum ini ada buat salah. post kali ini saya mahu bertanyakan persoalan : SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN??? Kualiti proton siapahkah yang harus dipersalahkan..

di dalam blog ini saya menerima pelbagai aduan tentang kualiti proton terutamanya proton Exora first model. Harap maklum bapa saya merupakan pengguna Proton Exora first model. Sejak beli sehingga sekarang tiada masalah yang major. hanya masalah kecil sahaja. saya simpati kepada pelangan proton yang kurang bernasib baik kerana keretanya menghadapi pelbagai masalah. menurut pemerhatian saya, model SAGA dan PERSONA langsung tidak kedengaran aduan masalah. tetapi model Exora ada sedikit2 suara kedengaran tentang masalah yang minor.

Hal seperti ini tidak harus berlaku. saya selaku peminat Proton, tidak mahu perkara seperti ini berlaku.dan agak kecewa kalau bend2a ini berlaku.

offtopik jap: Exora ayah saya sebelum ini ada masalah kipas enjin masih berpusing walaupun enjin dimatikan dan econ tidak rasa sejuk. jadi ayah saya belek punya belik enjin, dan lihat di kandungan air di radiator kering. jadi Ayah saya isi air dan lihat masalah kipas berpusing sudah tiada. jadi kesimpulannya sekiranya masalah tersebut berlaku.. bermaksud air dlm radiator kering. hal ini memuskilkan saya. walaupn hantar ke pusat sevis, air di dalam radiator kering. hal ini menunjukkan pekerja pusat servis tidak memeriksa semua bahagian ketika servis. hal ini sungguh mengecewakan saya . pergi ke puasat servis ,dan saya adukan masalah tersebut, meraka boleh hanya menjawab itu hanya satu sistem dan memang begitu. adakah benar??

HAl ini kita boleh lihat. masalah timbul apabila pusat servis Proton buat kerja sambil lewa sahaja. apabila masalah ini terus berlaku, kepercayaan pelangan kepada proton akan berkurangan. harap DSZ pantau pusat servis di seluruh Malaysia.

Asal masalah ini timbul juga bermula dari keluaran di kilang. Saya tidak salahkan bahagian sesuatu model Proton. Pihak yang mereka bentuk dan mencipta teknologi sesuatu model proton langsung tidak bersalah. pesalahnya bermula dari pihak pengeluaran dikilang yang cuai dan tidak memeriksa secara terperinci sebelum diedarkan kepada pelangan dan pekerja di pusat servis proton yang buat kerja sambil lewa dan mengambil mudah masalah pelangan. saya juga tidak menyalahkan Dato Syed Zainal Abidin. kerana saya percaya DSZ sunggu komitet dan berwibawa dalam memajukan proton. cuma DSZ harus pantau secara mendalam serta berkala dibahagian pengeluaran di kilang dan di pusat servis. hal ini kerana dengan masalah2 yang sedikit ini, boleh memberikan impak negitif yang besar kepada PROTON…

jadi pihak proton harap ada yang baca kiriman ini dan beritahu kepada pihak pengurusan.

SAYA sayang PROTON, dan saya tak mahu proton terus dikutuk. harap DSZ dapat menyelesaikan masalah  ini. ini adalah luahan hati saya yang bersimpati kepada pemilik2 kereta proton selepas 2008 yang menghadapi masalah2 terhadap kereta beliau. kiriman ini bukan untuk mengaibkan Proton . kiriman ini untuk memberi semangat kepada proton serta membetulkan bukan pihak atasan Proton yang bersalah, yang bersalah org2 yg tidak bertanjungjawab dalam pemeriksaan terakhir sesuatu model sebelum dihantar kepada pelangan dan pihak pusat servis proton yang memandang remeh apabila pelangan mengadukan masalah. HARAP proton PANTAU hal ini…

sebelum ini kita heboh dengan Proton MSX aka Lotus APX yang dihasilkan untuk model konsep SUV. tetapi sehingga kini Berita tentang Proton MSX senyap dan sepi. Adakah projek ini tidak menjadi??? atau kos penyelengaran untuk menghasilkan model ini cukup tinggi??? walau apa pun saya masih mengharap ada SUV yang dihasilkan oleh proton untuk masa yang akan datang. saya rasa semua rakyat Malaysia juga ingin melihat SUV rekaan proton sendiri..

sebenarnya post kali ini saja2 untuk memperlihatkan kepada anda semua suatu rekaan Photoshop yang menarik oleh TheophilusChin berkenaan dengan model SUV… walaupn ianya hanya photoshop. bagi saya sekiranya betul… pehhh!!! menarik 2… sama2 kita lihat SUV Proton ini.

Proton SUV

Proton SUV

sumber http://www.theophiluschin.com/?p=2660

sebenarnya info tentang ini sudah heboh dikatakan.. walau apa pun saya nak postkn juga… bahawa proton akan melancarkan model saga barunya di KLIMS 2010 pada bulan Disember nanti. Ada yang menyatakan model saga baru ini lampu hadapannya ala2 WV POLO… apa pandangan anda??

saga baru mempunyai design lampu hadapan dan belakang lain dari model asal…sama 2 kita lihat

sember Funtastickodesign

sumber: Lowyat.forum

sumber: paultan.org

sumber: http://www.theophiluschin.com/

betol ke depan dia ala2 POLO???

proton-putra-replacemen

proton putra replacemen???

proton putra inspira replacemen???

proton putra inspira replacemen???

proton inspira coupe???

proton inspira coupe???

apa yang anda fikir sekiranya Model inspira dijadikan model dua pintu untuk menggantikan Proton Putra???

sumber: Paultan.org and rendering by Theophilus Chin

proton inspira silver
proton inspira silver

atau

 

proton inspira merah

proton inspira merah

Antara dua pilihan warna tersebut yang mana satu yang kelihatan smart??? tolong saya buat pilihan…hihihi sednag berbelah bahagi ni… silver atau merah..

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Viva-Elite-Exclusive-Edition

Viva Elite Exclusive Edition

 

ketika pelancaran

ketika pelancaran

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kelmarin telah melancarkan varian terbaru model Viva Elite yang dikenali sebagai Perodua ViVA Elite Exclusive Edition, versi mewah dengan beberapa ciri dan nilai tambah yang dipertingkatkan. Untuk bahagian luaran (exterior) terdapat 3 warna menarik yang ditawarkan untuk model itu termasuk warna terbaru Classy Purple (Metallic) dan dua warna lain iaitu Midnight Blue (Metallic), dan Ivory White (Solid). Antara ciri-ciri baru lain yang boleh didapati ialah ‘grade mark’ Exclusive Edition yang dilekatkan di pintu bonet belakang dan rim tayar yang diwarnakan semula dengan warna lebih gelap.

Di bahagian dalam (interior), kusyen kini berwajah baru dan lebih eksklusif apabila dibalut kulit dan dilekatkan logo Viva Exclusive di atasnya. Konsol tengah pula kini berwajah baru lebih menawan dengan kemasan metalik warna ungu gelap. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk baru meter kelajuan dan rpm yang kini lebih ceria dengan kombinasi warna. Stereng juga diberikan sentuhan kulit untuk pegangan lebih selesa dan tempat meletak tangan di panel pintu dicat dengan warna perak.

Enjin 1.0 liter masih sama seperti varian Elite sebelumnya tanpa terdapat sebarang perubahan teknikal memandangkan Viva Elite Exclusive Edition hanya tertumpu kepada penambahbaikan dari sudut kosmetik sahaja. Perodua Viva Elite Exclusive Edition ditawarkan dengan harga RM41,600.00 (solid) dan RM42,000.00 (metalik), harga atas jalan termasuk insuran. Perodua menjangkakan varian terbaru dari keluarga Elite itu akan mampu dijual sebanyak 600 unit sebulan.

Perodua Viva telah mencatatkan jualan yang amat baik, di mana sebanyak 240,000 unit model itu telah terjual sejak pelancarannya pada tahun 2007 lalu, dan varian Viva Elite adalah varian yang paling banyak terjual dengan penguasaan pasaran sebanyak 41.4 peratus atau 24,000 unit daripada jumlah keseluruhan 58,000 unit Viva yang terjual dalam tempoh 10 bulan tahun ini. Kepada golongan muda terutamanya wanita yang mahukan sebuah kereta kompak dengan gaya baru lebih eksklusif dan mewah, Viva Elite Exclusive Edition mungkin boleh dipertimbangkan.

sumber http://www.arenakereta.com/

satu persoalan saya…. APA yang EXCLUSIVEnya????? boleh sesiapa tolong terangkan???

lagi gambar sumber: http://www.wemotor.com/

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.


semalam saya pergi ke show room proton terdekat di tempat saya, dan lihat sendiri proton Inspira dengan mata kepala sendiri.. not bad…nice lh…. model yang saya lihat adalah versi 1.8 AT… bagi saya design bumper hadapan smart lh.. ada DNA-DNA proton… cuma bumper belakang macam agak nipis… tetapi is’ok.. asal cun…. hihihi saya harap kualiti Proton inspira ini setanding dengan kualiti Lancer..

Proton showroom Pontian

Proton showroom Pontian

Proton Inspira logo

Proton Inspira logo

proton Inspira depan

proton Inspira depan

proton inspira belakang

proton inspira belakang

interior n rim

interior n rim

Proton Inspira baru sahaja dilancarkan secara rasmi tadi di Shah Alam dengan menawarkan tiga variasi 1.8 MT, 1.8AT, dan 2.0AT. dengan menawarkan 4 warna pilihan sahaja (Kenapa hanya 4 warna sahaja???) Merah,Hitam,Silver,dan Putih.

bagi saya kalaulah proton memvariasikn warna seperti biru, san sebagainya… sudah pasti pelangan akan lebih banyak pilihan… saya harap proton dapat memvariasikan warna model2 untuk yang akan datang.

Proton Inspira Merah

Proton Inspira Merah

Proton Inspira Hitam

Proton Inspira Hitam

Proton Inspira silver

Proton Inspira silver

Proton Inspira putih

Proton Inspira putih

Semenanjung Malaysia

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Sabah dan Sarawak

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Langkawi

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

 

sumber Paultan.org

Boleh LAYARI Laman web Proton Inspira!!

http://www.protoninspira.com/

tanggal 10 November 2010..lahirlah sebuah lagi keluarga proton hasil kerjasama antara Proton dan MMC lihat video dibawah dan gambar semasa pelancarannya. sumber : paultan.org

semasa pelancaran

semasa pelancaran

Proton Inspira 2.o

Proton Inspira 2.0

dalaman Inspira

dalaman Inspira

Inspira 2.0

Inspira 2.0



UPDATE: The official price list for the new Proton Inspira have been announced:

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
Tun Mahathir dan DSZ

Tun Mahathir dan DSZ

WAW!!! itulah yang dapat saya katakan…walaupun model ini belum dilancarkan sepenuhnya tempahan sudah mencecah 1800 unit…… sesuatu yang membanggakan… dilancarkan hari ini 10 November 2010

Proton Inspira mencipta rekod tersendiri bagi Proton apabila model yang menerima kritikan keras sebelum ini berjaya mencatatkan tempahan sebanyak 1,800 unit sehingga kelmarin, sejak pra-pelancarannya pada 14 Oktober lepas. Kritikan terhadap Proton Inspira disebabkan model itu bukan hasil pembangunan R & D Proton 100 peratus, sebaliknya adalah model kerjasama @ rebadge dari model Mitsubishi, Mitsubishi Lancer. Selepas pelancaran hari ini, tempahan terhadap Inspira dijangka akan bertambah.

Petikan dari Berita Harian Online, 10 November 2010 :-

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sehingga semalam, model dita-warkan dengan tiga versi iaitu 1.8 liter dengan transmisi manual lima kelajuan; 1.8 liter dengan transmisi CVT; dan 2.0 liter dengan transmisi CVT itu, sudah mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan 1,800 unit sejak ia dibuka pada 14 Oktober lalu. “Sambutan terhadap Inspira melampaui jangkaan dan amat memberangsangkan. Ini adalah petanda baik menjelang pelancaran rasminya esok (hari ini).

“PROTON yakin dapat memenuhi semua tempahan dan pada masa sama komited mengurangkan jangka masa menunggu bagi model itu,” katanya selepas sesi pandu uji eksklusif model berkenaan bersama Berita Harian di Putrajaya semalam. Sesi pandu uji model yang ditawarkan dengan harga permulaan RM79,888 seunit itu, turut disertai tiga jurutera yang terbabit dalam program pembangunan Inspira, Pengurus Projeknya, Zulkiflee Bidin; Pengurus Ujian Kenderaan, Abdul Wahab Long; dan Jurutera Pemanduan dan Pengendalian, Mohamad Sharafuddin Salleh.

Syed Zainal berkata, meskipun Inspira dibangunkan hasil kerjasama PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC), ia tidak bermakna PROTON hanya membuat salinan dengan menukarkan logo dan tanda jenamanya semata-mata. “Proton Inspira hasil usaha sama antara dua syarikat pembuat kereta iaitu PROTON dan MMC.

“Menerusinya, PROTON melakukan usaha penambahbaikan terhadap model asal bagi memberikan nilai tambah kepada pemiliknya. “Paling ketara adalah penambahbaikan penalaan pemanduan dan pengendalian menerusi sentuhan Lotus, sekali gus meningkatkan prestasi model asal dari segi teknologi dan kebolehannya,” katanya sambil menambah kandungan tempatan Inspira akan ditingkatkan secara berperingkat sehingga 40 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, berkata model yang dimulakan pemasangannya di Shah Alam pada 28 Oktober lalu itu, dilihat berada dalam landasan terbaik untuk di eksport ke luar negara. “Mengikut perjanjian dengan MMC, Inspira hanya dikeluarkan untuk pasaran tempatan, namun PROTON akan berunding dengan MMC bagi tujuan eksport dan kalau tidak wujud percanggahan kepentingan, Inspira berkemungkinan boleh dieksport,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online dan Arena Kereta