Archive for the ‘GENEVA’ Category

selepas pelancaran Proton EMAS ini saya begitu teruja dengan design luaran dan dalaman…

interior Proton Emas ini nampak kemas dan menginspirasi rekaan masa hadapan……

interior Proton EMAS

interior Proton EMAS

design dalaman seolah2 berada di dalam pesawat…

di sini saya ade suatu persoalan …adakah Proton Emas ini tidak mempunyai gear????

dalaman proton EMAS

dalaman proton EMAS

dimana gear??

dimana gear??

adakah gear nye hanya menekan butang2 yg berwarna biru itu??? selain itu menariknye proton emas ini hanya tekan butang start untuk hidupkan enjin…

menurut sumber dari sagaKNIGHT..(x silap dari apa yg Aku baca dari info sebelum ni,kereta ni x memerlukan gearbox kerana enjin dia yg bersifat range extender yg menggerakkan kereta ni …
dan kalau tenaga dlm bateri kehabisan,enjin akan menjana kuasa sambil kereta bergerak..dan pastikan rizab minyak pun mencukupi
mgkin huruf2 PRND tu sbg indicator,xdela driver nnti konfius kereta dlm mod P atau N…
ataupun misalnya cuma sentuh butang P klu nak berhenti,mungkin itu caranya)

persoalan nye adakah benar??? kepada sesiapa yg tau info boleh kongsikan di sini…

stering rekaan terbaru proton

stering rekaan terbaru proton

design stering ini mungkin menjadi identiti proton selepas ini???

kawalan lock pintu seperti jet pejuang

kawalan lock pintu seperti jet pejuang

meter elektronik

meter elektronik

kereta ini mengikut sumber yg saya baca boleh mencapai kelajuan max 160km/j…. adakah benar info tersebut???

satu lagi persoalan… kereta ini tiada penghawa dingin ke???

dimana penghawa dinginnye??

dimana penghawa dinginnye??

apa kegunaan iphone di tengah2???

apa kegunaan iphone di tengah2???

banyak persoalan yg terdapat pada design dalaman proton EMAS ini… sekarang saya mahu tunjukkan kerusi dalaman..

design kerusi belakang yg moden

design kerusi belakang yg moden

menurut sumber yg saya baca kerusi belakang boleh digerakan secara elektronik..

boot blakang yg agak besar

boot blakang yg agak besar

boot belakang agak terhad tapi masih mengekalkan ruang yg luas..

boot belakang agak terhad tapi masih mengekalkan ruang yg luas..

design kerusi dpn yg moden dan smart

design kerusi dpn yg moden dan smart

yg ini saya tak tau dimane & ape kegunaannye

yg ini saya tak tau dimane & ape kegunaannye

kamera belakang ke???

kamera belakang ke???

selain itu proton emas ini apabila kita berada dalam kita seolah2 merasakan pemandangan yang luas kerana cermin yg begitu luas..

luas

luas

luas pemandangan bila berada di dalam proton Emas

luas pemandangan bila berada di dalam proton Emas

sungguh banyak persoalan yg tak dapat dijawab.. saya harap ada sesiapa yang boleh menerangkan fungsi2 dalaman kereta ini dan kelebihan proton EMAS …..

mahu lebih gambar saya paparkan dibawah….

berikan pendapat anda dan kalau ada info terbaru bolehlh kongsi2 disini….

-prodas-

Daripada Umi Hani Sharani

Tun dr Mahathir Mohamad

Tun dr Mahathir Mohamad

GENEVA, 2 Mac (Bernama) — Pengeluar kereta negara, Proton Holdings Bhd, perlu mengukuhkan lagi tapak globalnya bagi mencapai skala ekonomi, kata penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Oleh itu, beliau berkata, Proton akan terus memantapkan program eksportnya dengan memperkenalkan beberapa siri kereta konsep yang direka untuk menarik perhatian pasaran dunia.

Syed Zainal, NAdzmi, Tun and Giugiaro

Syed Zainal, NAdzmi, Tun and Giugiaro

Dr Mahathir berkata kereta-kereta konsep itu adalah hasil daripada falsafah Proton iaitu menghasilkan kereta untuk pengguna Malaysia terlebih dahulu sebelum memikir untuk mengeksportkannya.

“Kita sudah biasa menghasilkan kereta untuk Malaysia terlebih dahulu, dan kemudiannya baharu mengeksportkan kereta-kereta ini. Jadi, kita sukar untuk menembusi dunia. Kali ini, kita mereka kereta ini untuk pasaran dunia dan masih lagi boleh menggunakan kereta-kereta ini untuk Malaysia.

“Dengan jumlah kecil iaitu kurang daripada setengah juta setiap tahun untuk pasaran kereta penumpang Malaysia, kita tidak boleh mencapai skala ekonomi.

“Oleh itu, kita perlu mengembangkannya sedikit dalam usaha mempertontonkan Proton baharu untuk pasaran dunia,” kata beliau kepada media Malaysia di Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80 di sini Selasa.

Pengarah urusan kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pembuat kereta itu perlu membuka langkah strategik yang pantas bagi mengelakkan diri daripada kehilangan peluang menjadi peserta global.

“Hari ini, kita tidak akan lagi menjadi peserta tempatan. Kita mesti bekerja dengan bijak,” kata beliau sambil menambah adalah lebih baik untuk menghasilkan kereta yang boleh dipasarkan ke negara-negara lain.

Memberi contoh Proton Saga umpamanya yang telah melalui 200 perubahan sebelum ia boleh dieksportkan ke Barat, Syed Zainal berkata perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

“Selepas suku dekad dalam industri ini, Proton seharusnya sudah boleh mengukuhkan kedudukannya, di kalangan yang lain menerusi pengurusan yang kukuh dan tidak terjerumus dengan nasib yang sama dengan General Motor,” kata beliau.

Proton bermula dengan pelaburan permulaan hanya RM480 juta 25 tahun lepas. Sejak itu, ia telah berkembang dan memberikan pulangan RM4 bilion dan RM18 bilion lagi pendapatan kepada kerajaan.

Mengenai kereta berkonsep hibrid, Dr Mahathir berkata ia direka sedemikian rupa agar ia boleh digunakan dengan keretapi kuasa lain seperti digerakkan oleh elektrik dan enjin pembakaran dalaman konvensional, dan ini akan menjadikan kereta-kereta berkonsep ini lebih menarik di pasaran Barat.

Beliau berkata walaupun ia akan mengambil masa kira-kira tiga tahun sebelum kereta konsep ini boleh dihasilkan, beliau telah meminta pengeluaran itu dipercepatkan.

“Saya bagitahu mereka kita mesti cepat sebab saya semakin tua,” kata beliau secara berjenaka.

Kereta itu, direka dengan kerjasama pereka dalaman kereta Itali, Italdesign Giugiaro, boleh dihasilkan dalam enam variasi, tetapi hany tiga akan diperkenalkan di pameran motor.

— BERNAMA

Proton Lancar Kereta Konsep Dengan Tarikan Global

pelancaran proton EMAS

pelancaran proton EMAS

proton EMAS

proton EMAS

bergambar dengan kereta konsep

bergambar dengan kereta konsep

Daripada Umi Hani Sharani

GENEVA, 2 Mac (Bernama) — Proton Holdings Bhd melancarkan tiga kereta konsep, siri EMAS, yang akan membantu meningkatkan tarikan globalnya serta membina kereta untuk pasaran dunia pada masa akan datang.

dr Mahathir menunjukkan tanda 'bagus'

dr Mahathir menunjukkan tanda 'bagus'

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata Proton sedang memutuskan reka bentuk akhir dan berharap memulakan kerja membinanya secepat mungkin.

“Ia akan mengambil masa lebih setahun. Saya mahu lakukannya dalam tempoh setahun, tetapi mereka berkata ia akan mengambil masa yang lebih panjang,” katanya kepada media Malaysia pada pelancaran kereta konsep di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 di sini pada hari Selasa.

Siri EMAS, akronim bagi ‘Eco Mobility Advance Solution’, pada masa ini menawarkan tiga varian dan merupakan usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.

proton emas concepts 3 variasi

proton emas concepts 3 variasi


Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.

Ia terdiri daripada EMAS hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, EMAS Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta EMAS3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.

DSZ mencuba  diruang belakang Proton EMAS

DSZ mencuba diruang belakang Proton EMAS


Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.

“Dari luar ia nampak sangat kecil, namun dalamanya bersaiz SUV. Daripada sudut pandangan pemandu ia sangat selesa,” katanya.

Syed Zainal berkata Proton mendengar pandangan pelanggan untuk memastikan pembangunan kereta global yang memenuhi keperluan dan jangkaan mereka.

Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata pada pelancarannya, memenuhi jangkaan global merupakan cara yang penting dalam pembangunan pasaran pembuat kereta nasional mulai sekarang.

“Kami menyedari bahawa pasaran domestik sangat terhad dan ia merupakan pemulaan baharu untuk kami. Dan bagi Proton untuk melangkah ke dean, kami perlu memasuki pasaran yang lebih besar,” katanya.

— BERNAMA

sumber gambar dari paultan

live from GENEVA!!!

sumber funtastikodesign

PROTON EMAS (Eco Mobility Advance Solution)

PROTON EMAS (Eco Mobility Advance Solution)

smart car proton EMAS!!

smart car proton EMAS!!

Emas seperti yang kita maklum adalah suatu yang mempunyai nilai tinggi dan setinggi itulah nilai projek ini terhadap Proton dan desain automotif tempatan. Memetik kata Giugiaro, Proton Emas adalah kereta yang mana kecantikan sama penting dengan fungsi, ergonomik, keselesaan dan tidak ketinggalan, impak terhadap alam sekitar. Platformnya, yang didesain khas oleh firma beliau untuk keluarga Emas mempunyai lantai 2 lajuran yang boleh memuatkan sistem hybrid ataupun bateri di tengah lantai. Pergerakan kerusi yang boleh dilaras secara elektronik membolehkan penumpang menikmati ruang dalaman dengan efektif. Gabungan dari kedua fasiliti ini membolehkan pergerakan masuk dan keluar kereta lebih mudah terutama sekali pada bahagian belakang.

Proton Emas

Sistem enjin hybridnya direka oleh Lotus Engineering. Ianya merangkumi enjin 3 silinder 1.2 liter berkuasa 51 kuasa kuda [38kW] pada 3500 rpm dan boleh diisi dengan petrol, ethanol dan methanol. Sistem baterinya pula mempunyai kuasa berterusan 45kW dan kuasa puncak 75kW, tujahan maksimum setinggi 280 Nm pula bermakna enjin ini tidak memerlukan kotak gear! Kelajuan dari pegun ke 100 km/j memakan masa 14 saat manakala kelajuan maksimum adalah 170 km/j! Baterinya pula boleh bertahan sehingga 50 km dan untuk mengecas kembali kuasanya memakan masa selama 3 jam menggunakan plag elektrik rumah sahaja!

Proton Emas

Pada bahagian dalaman, papan pemuka didominasi oleh dua panel TFT. Monitor sebelah kanan menempatkan meter kelajuan dan indikator sistem enjin. Meter sebelah kiri pula memaparkan maklumat sistem hi-fi, telefon dan internet serta informasi lain yang ditetapkan oleh pengguna. Terdapat lagi satu panel paparan iaitu di sentral konsol dengan kemudahan skrin sentuh untuk mengawal kesemua fungsi dalam kenderaan.

Proton Emas

Proton Emas

Pada bahagian luaran pula menampilkan bahasa desain baru Proton dan khabarnya model-model masa depan Proton akan digayakan mengikut konsep ini. Walaupun Emas direkabentuk oleh Italdesign tapi pengaruh Proton masih lagi kuat seperti arca roda yang menonjol, fascia depan dan garisan-garisan keras ala Proton Savvy.

Proton Emas

Akhir sekali, saya tak tahu nak komen apa sebenarnya. Pada saya, falsafah, teknologi dan desain yang terdapat pada Emas ini suatu yang sangat jauh dengan apa yang Proton ada sekarang. Walaupun kereta ini hanyalah konsep tapi ianya bukti ke mana Proton hendak pergi dan apa yang ingin dicapainya. Dan momen ini berjaya dicapai selepas 25 tahun penubuhannya, suatu perjalanan yang sukar, kontroversi dan jauh.

Tahniah Proton.

Sumber: Italdesign.it & Proton Concepts.com

sumber artikel dari-Mak Uia- klik sini

Dimensi dan bobot

Panjang (mm) 3555-3000
Tinggi (mm) 1576
Lebar 1699
Wheelbase (mm) 2590-2035
Ban depan 215/45 R18
Ban belakang 215/45 R18
Depan rims 18 “
Rear rims 18 “
Boot kapasiti 320-390 liter

Mekanikal unit dan prestasi

Mechanical senibina hibrida, seriesial, plug-in
Posisi enjin pembakaran dalaman depan melintang
Spesifikasi teknikal 3 silinder sejajar, 6 injap, 1.2 liter
Kekuasaan 51 hp / 38 kW pada 3500 rpm
Tork maksimum 107 Nm pada rpm 2.500
Posisi mesin elektrik Rear
Kekuasaan 75 kW (puncak), 45 kW (berterusan)
Tork maksimum 240 Nm
Bateri 100 x 31 AHR Sel
370 Volts
11,47 kWh
Waktu untuk mengisi penuh 3 jam dengan muzik-240 Volt, 13A power point
Akselerasi 0-100 km / jam 14 sec
Kelajuan 170 km / jam (puncak), 130 km / jam (berterusan)
Kisaran dalam mod elektrik 50 km
Traksi Rear
Satu-speed gearbox drive diubah nisbah 4.214:1
Front & Rear suspension McPherson & Torsion beam
sumber dari paultan yang ditranslate…
emascountry-3front

emascountry-3front

emascountry-sideview

emascountry-sideview

emascountry-3back

emascountry-3back

proton emas3

proton emas3

emas3-sideview

emas3-sideview

emas3-3back

emas3-3back

emas-3front

emas-3front

emas-sideview

emas-sideview

emas-3back

emas-3back

saya akan update  kiriman khas ini dengan gambar2 baru dari GENEVA!!! nantikan!!

proton hybrid!!

ni gambar dari azlano.wordpress

nampak tak kereta yg bungkus biru itu???

nampak tak kereta yg bungkus biru itu???

Proton Sedia Masuk Pasaran Global Secara Agresif

Daripada Umi Hani Sharani

GENEVA, 1 Mac (Bernama) — Selepas 25 tahun dalam industri automotif, Proton Holdings Bhd kini bersedia untuk memasuki pasaran global secara agresif dan akan bermula dengan mengambil bahagian pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80.

Pengarah pemasaran dan lepas jualan kumpulan Yohani Mohd Yusof berkata sasaran pembuat kereta nasional itu adalah untuk memasuki sebanyak negara yang mungkin dan telah mengambil langkah berani untuk menjadi lebih agresif.

“Selepas 25 tahun dalam industri automotif, sudah tiba masanya kami memasuki pasaran global,” katanya kepada media Malaysia di sini.

proton concept hybrid

proton concept hybrid


Pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva, Proton akan melancarkan kereta konsep pertamanya, yang direka bentuk dengan kerjasama Italdesign Giugiaro dan menggunakan enjin Range Extender Lotus.

Kereta konsep itu, yang juga hibrid, dijangka dilancarkan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir juga akan hadir.

Anak syarikat Proton, Lotus juga akan melancarkan model Elise yang diperbaharui pada pameran itu.

Yohani berkata pameran motor yang berbeza mempunyai platform yang berlainan untuk mempamerkan pelbagai produk tetapi pameran Geneva merupakan yang terbaik mempamerkan semuanya dan dianggap sebagai tempat persaingan yang sama dengan pembuat kenderaan dunia.

Venue pameran itu, yang diadakan setiap tahun di bandar raya Switzerland pada Mac, merupakan Geneva Palexpo, di mana kereta eksotik selalu mencuri perhatian dan menyerlah berbanding yang lain seperti pelancaran kereta prototaip, peralatan baharu, penemuan teknikal dan pengumuman perkongsian antarabangsa.

— BERNAMA

GENEVA 2010 Proton

update!!

proton concept

proton concept

mini SUV proton

mini SUV proton

ini gambar penuh depan dan belakang… compak SUV..huhuhu wajah belakang menghampakan…tapi tak pe..

ini first proton hybrid…. so good luck proton…

sumber funtastikodesign…