Lotus gagal meminjam £50 juta (RM248.80 juta) dari kerajaan Britain

Posted: 23 November 2010 in AUTO News, automotif, LOTUS, lotus ELISE

Kerajaan Britain tolak permohonan pinjaman Lotus

NORWICH – Pengeluar kereta sport Lotus merancang untuk menghasilkan kereta sport di luar Britain selepas kerajaan Britain enggan memberi pinjaman berjumlah £50 juta (RM248.80 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lotus memerlukan wang itu untuk menaik taraf kilangnya bagi mengeluarkan lima buah model baru selain model sedia ada, Lotus Elise yang mampu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar memberitahu beliau terkejut dengan keputusan kerajaan Britain itu.

“Saya tidak faham kerajaan (kerana tidak meluluskan pinjaman). Ini adalah peluang untuk membantu satu jenama ikon Britain dan mencipta peluang pekerjaan. Lotus mahu memohon pinjaman dengan terma komersial, bukannya hadiah daripada kerajaan,” kata Bahar.

Lotus kini milik syarikat pengeluar kereta dari Malaysia, Proton sejak 1994.

Pemilik syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabatnya di Hethel, dekat Norwich untuk pasukan jurutera, pereka dan kakitangan pemasarannya.

Keputusan mengeluarkan kereta sport Lotus di luar Britain akan mengurangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga tempatan. Lokasi kilang barunya akan diputuskan sebelum Krismas ini.

Syarikat Lotus diasaskan oleh seorang jurutera, Colin Chapman pada tahun 1952 yang pernah belajar di Universiti College di London.

Kilang pertamanya ialah di dalam sebuah bangsal lama di London Utara milik keluarga kekasihnya.

Operasi kilang itu kemudiannya berpindah ke Hethel pada tahun 1966.

Jenama Lotus mula terkenal di seluruh dunia apabila ia menyertai pelumbaan Formula satu pada tahun 1958 dan memenangi sebanyak 79 perlumbaan.

Kereta lumba ciptaan Chapman juga pernah dipandu oleh pelumba terkenal Britain, Jim Clark. – Agensi

Sumber : Kosmo Online

 

Komen-komen
  1. obertan berkata:

    Klu mcm tu pasang di kilang Proton di Tanjung Malim lah Kilang tu kan yg termaju di A.T., lagipun kapasiti pengeluaran kilang T.M. masih belum mencapai tahap maksima hehe

    • prodas berkata:

      walaupn kilang di Tanjung Malim kilang termaju di A.T. tetapi kualiti proton masih kureng… silap2 kalau lotus ini buat kt kilang proton.. nampaknye… tak taulh nak cakap ape.. pham2 jek lh..hihih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s