Archive for the ‘proton spyshot’ Category

salam semua rasanya lama saya dh tak update blog ni, walaupun entry kali ini terlambat tapi tak kisahlah, asalkan blog update walaupn tak sehebat funtastikodesign.hihihihi. buzy dah nak dekat exam.. assighment pn belambak..hihi

grill sebenar persona R

grill sebenar persona R

grill sebenar persona R

grill sebenar persona R

surprise! menurut sumber di dalam selimut itu adalah Persona R yang sebenar

surprise! menurut sumber di dalam selimut itu adalah Persona R yang sebenar

semua spyshot adalah benar milik Persona R!!!!

walau apa2 pn saya nak mengesahkan spyshot yang sedang heboh serta ramai yang keliru ianya Persona R atau Inspira atau Tuah. menurut pengetahuan saya dan info yang boleh dipercayai, Tuah itu hanya konsep model sahaja ianya tidak diproduksikan, ia ibarat jelmaan atau iras-iras Persona R. spyshot yang hangat diperkatakan sekarang adalah Persona R… tiada syak lagi…dan percaya lh ianya Persona R..tetapi belum full guna part sebenar.

sumber: paultan.org, funtastickodesign, kereta.info

Design depan ada design language Proton

Design depan ada design language Proton

proton-youngman-suv2

proton youngman suv

seperti yang kita tahu bahawa Youngman adalah anak syarikat di bawah Proton. sebelum ini pernah kita dengar berita tentang SUV Proton yang dijalankan ujikaji oleh Proton untuk model Youngman…seterusnya menurut Dato Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir (DSZ) Proton akan terlibat dalam pembangunan model SUV untuk Youngman.. seterusnya Proton akan membeli semula body SUV tersebut dan menjadikan model Proton… Ini adalah sesuatu yang saya nantikan selama ini untuk model SUV Proton.. saya harap Proton akan mempercepatkan pengeluaran SUV . Saya sungguh terpikat dengan design hadapan model ini.. harap PROTON SUV akan menjadi kenyataan..!!!

design belakang yang perlu di percantikkan lagi

design belakang yang perlu di percantikkan lagi

bagi saya design belakang memang menunjukkan design SUV terkini.. tetapi bagi saya sekiranya Proton menjadikan model ini sebagai SUV mereka.. Proton perlu redesign semula rekabentuk belakang..kalau boleh design seperti Proton Concept Lekir.

side view Proton-Youngman

side view Proton-Youngman

Pandangan sisi pula kelihatan seperti pintu Proton Exora atau model konsep Proton Lekir. model ini mungkin menggunakan platform Exora. saya cadangkan jika proton mahu menghasilkan suv Proton Pertama buat dua 2 variasi satu 5 tempat duduk kedua 7 tempat duduk. just cadangan saya lh.

model ini banyak menggunakan part2 L5

model ini banyak menggunakan part2 L5

model ini banyak menggunakan part2 L5 kemungkinan untuk mengurangakan kos atau sebagai test mule sebelum design part yang sebenar. banyak yang menggunakan part Youngman L5 contohnye side mirro, lampu belakang, papan pemuka dalaman, serta kerusi dalaman. harap model sebenar nanti lagi menarik.

design lampu depan yang mengancam ala2 harimau gitu

design lampu depan yang mengancam ala2 harimau gitu

lampu belakang yang mengunakan lampu model L5

lampu belakang yang mengunakan lampu model L5

design dalaman masih sama dengan model Youngman L5

design dalaman masih sama dengan model Youngman L5

papan pemuka masih sama dengan model Youngman L5

papan pemuka masih sama dengan model Youngman L5

kerusi sama dengan model persona

kerusi sama dengan model persona

di atas ini anda boleh lihat dalaman masih sama dengan model Youngman L5. harap model sebenar tidak begini. kalau anda lihat part dalaman terutamanya kerusi adalah sama sepertimana kerusi Proton Persona. papan pemuka pula adalah sama dengan model L5 serta lampu belakang. kemungkinan hanya test mule sebelum design final. atau mungkin adalah part yang sebenar untuk SUV ini demi menjimatkan kos. KEMUNGKINAN!!!

jadi KESIMPULANNYA.. sekiranya Proton mahu ambil model ini untuk dijadikan SUV Pertama Proton. Proton perlu design semula bahagian belakang dan dalaman. Bagi saya hadapan model sungguh cantik dan menawan serta ade design languag terbaru proton. hope Model ini akan menjadi SUV proton. SAYA AKAN MENANTIKAN MODEL SUV PROTON!!!

SYABAS PROTON!!!!

sumber gambar:

funtastickodesign,

sumber : auto.sina.com.cnwww.chinacartimes.com

gambar ini saya peroleh dari Sembang-auto Sumber dari internet telah menjumpai gambar Proton Satria Neo CPS R3 sedang diangkut dengan trak berwarna serba merah. Nampak begitus class kereta itu ala-ala pasukan Ferrari. Proton Satria Neo R3 CPS ini dikeluarkan dalam unit terhad dan dijual pada harga RM79,797. Ia menggunakan enjin Campro 1.6liter yang ditala R3 menghasilkan kuasa 145hp pada 7000rpm dan 168Nm tork pada 5000rpm. Cepat sebelum kehabisan stok!!1

Adakah ini Persona R? atau Inspira Phase 2???

Perbandingan dengan side profile INSPIRA


Perbandingan dengan side profile TUAH

Adakah ini EMAS?

Perbandingan dengan side profile EMAS

spyshots pertama Persona R & EMAS prototype sedang menjalani ujian di Test Track Proton. Gambar ini telah di ambil oleh Bro CHOR. Akhirnya dapat juga dia snap gambar walaupun terpaksa saya zoomkan & gambar agak pecah sedikit. :)

cambar sebenar yang agak jauh….

emas

emas???

exora-leper

exora-leper

proton inspira phase 2??

proton inspira phase 2??

proton persona R??

proton persona R??

bagi saya ianya bukan Persona R… saya rasa ianya Inspira Phase 2… cuba anda perhatikan betol2… dan spyshot yang dikatakan proton emas pulak macam buakan model sebenar.. ianya mungkin mule test.apa pendapat anda!!!

 

info ini saya peroleh dari bro campro.

 

 

grill exora turbo baru??

grill exora turbo baru??

Adakah ini Exora Turbo? dari segi design bumper depan memang nampak agresif dr model asal… saya berminat dengan grill depan yang nampak sporty.. anda bagaimana??

nampaknya semakin hangat Protonsekarang .. banyak model2 Fl yang bakal muncul nanti..

sumber gambar ini diperoleh dari Facebook Paul Tan Automotive Blog

exora penyet di luar negara

exora penyet di luar negara

persona R test Mule??

persona R test Mule??

exora pelik

exora pelik

ujian di kawasan salji.

ujian di kawasan salji.

Sebelum ini ada gambar yang menunjukkan model exora penyet ini di suatu gudang iaitu di airport untuk diuji di luar negara . Jangkaan segelintir penggunjung blog menjangkakan untuk ujian di luar negara menjadi tepat dengan pendedehan di blog Paultan.org.

Proton Prototaip yang kelihatan seperti lebih pendek dan lebih rendah dari Proton Exora biasa telah dilihat di jalan raya di Malaysia beberapa kali , tapi sekarang Exora Misteri itu telah muncul di luar negeri ! di sini ada beberapa gambar dari Prototaip Proton baru sedang diuji di luar negeri di suatu tempat di utara di medan bersalji.

Jika anda memperbesar gambar di atas dan melihat pelekat di dashboard tertera perkataan  P3 CFE TURBO CVT3? mereka mungkin sedang menguji turbocharged baru Campro CFE drivetrain Turbo dan gearbox CVT . Ini juga  mungkin versi pengeluaran Tuah Proton / Espire / Persona R.  Apa pendapat anda tentang singkatan CFE? Adakah ini adalah Test Mule Persona R??

menurut info dari funtastikodesign: Ini merupakan spyshots terkini yang diperoleh dari PaulTan.org sebentar tadi. Dikatakan Exora ini adalah mule untuk bakal model akan datang Proton, berkemungkinan Persona R. Kali ini testing telah dibuat diluar negara, dikawasan yang bersalji. Jika dilihat pada gambar terakhir jelas menunjukkan “P3 – CFE TURBO CVT3″ yang jelas membuktikan ini adalah mule Persona R, (codename Persona R adalah P3-21A). Menurut info dari bro Mat, CVT3 ni adalah versi upgrade dari CVT2+ dari Punch Motive. Ada juga info saya dengar Persona R ini 80% berbeza dari model concept TUAH, design lebih ke arah kereta Jerman, ala2 BMW. Sekarang difasa production testing, kemungkinan dilancarkan lebih awal, bulan November nanti. Sama ada benar atau tidak kita nantikan Persona R yang sebenar testing tak lama lagi.:)

sumber: Paultan

sumber gambar ini saya peroleh dari Paultan.org

Misteri belum lagi terjawab dengan setepatnye….

new exora spyshot

new exora spyshot

new exora turbo spyshot

new exora turbo spyshot

new exora turbo spyshot back

new exora turbo spyshot back

Spyshots pertama untuk 2011 akhirnya telah ditemui iaitu Exora FL CFE (turbo)!!! Gambar ini telah diemail oleh “unknown sender” yang menurutnya dia jumpa gambar ni di galeri gambar blog paultan.org dan Funtastickodesign. ianya dijangka akan di keluarkan pada tahun ini. kemungkinan dalam bulan 5 rasanya, tetapi belum ada sebarang kepastian berhubung dengan pengumuman Exora Turbo. Exora turbo ini ada sedikit tambahan penambahbaikan enjin agar lebih tambah kuasa dan ada perubahan kosmetik dibahagian hadapan iaitu bumper yang banyak ruang corong angin ,mungkin agar dapat mengalirkan angin yang banyak ke dalam enjin turbo agar tidak terlalu panas. jadi apa pendapat anda??

kali ini gambar spyshot lebih dekat dan jelas Exora pelik yang diambil oleh salah seorang di Gudang Proton rasanya.. gambar diperoleh dari Fb proton EXORA.. apa pendapat anda??

apa pendapat anda…?? taniah kepada bro Jeff John di FB EXORA yg dapat spyshot gambar ni!!

Spyshot Proton misteri – mungkinkah ini model Persona R?

Exora pelik???

Exora pelik???

Terbaru dari blog Paultan, foto-foto spyshot Proton misteri ditemui lagi. Kalau dulu spyshot model yang sama berwarna hitam dan resolusinya kurang jelas, kali ini model yang dijumpai oleh pembaca blog Paultan bernama Faizal Nayan itu berwarna putih. Foto-foto spyshot yang ditangkap oleh Faizal juga lebih jelas dan lengkap untuk kita membuat kesimpulan apakah model rahsia tersebut. Spyshot tersebut berjaya dirakamkan ketika dalam perjalanan ke Cameron Highland.

lihat reka bentuk dia yang agak pelik.. ini model apa sebenarnya?? Exora atau Persona R??

Sekali imbas model tersebut seolah-olah sebuah Exora yang direndahkan bumbungnya, tetapi masih belum pasti sama ada itu hanyalah luaran bagi menutup reka bentuk sebenar sebuah model terbaru. Mungkinkah itu sebuah prototype Persona R yang bakal dilancarkan pada hujung 2011, atau pada awal 2012 nanti? Yang penting model tersebut antara model yang paling memberikan kejutan terhadap ‘design language’ Proton setakat ini. Rasanya inilah model yang dikatakan mempunyai rupa iras-iras sebuah Toyota Caldina. Apa pula kata basher-basher Proton ye??!!

Sumber : Paultan.org & Arena kereta

 

salam kepada semua

PRODAS memohon MAAF kepada semua kerana sudah lama tak update blog ini. ada suara-suara yang menyatakan suruh TUTUP blog ini….itu sama seperti yang saya pikirkan… tetapi saya rasa dengan cara itu mungkin merugikan….saya memohon MAAf sekali lagi…dan mahu aktif kembali menjadi bloger.. just untuk hobi…serta berkongsi info2…. ini kerana sudah banyak blog automotif tempatan yang berbahasa Melayu yang sedang giat aktif…jadi saya merasakan blog lain sudah cukup…. lagi satu kerana saya telah sambung study jadi kekangan masa untuk belajar serta kuliah…. saya harap anda semua paham… SAYA AKAN menjadikan BLOG ini sebagai HOBI saya untuk masa lapang….. jadi kepada sesiapa yang mahukan info yang lebih cepat sila layari blog Funtastikodesign dan Arena Kereta

…. agaknya sudah sebulan saya tak update blog ini….dan banyak info2 berkenaan dengan Proton dan perodua tertinggal….dan tak sempat nak di post kn… maaf lh.. kerana blog ni dh tak semeriah dulu…atas faktor kekangan masa…dan masalah wayerless yg problem….anyway…insyaalah mulai hari ini blog akan mula aktif kembali….

banyak info2 hangat yang saya tertingal untuk post kn di dalam blog ini… tetapi,walaupun saya tidak mengupdate blog saya, saya selalu mengikut perkembangan semasa dari blog2 tempatan yang lain seperti Funtastickodesign, paultan,auto akasia dan arena kereta.

banyak spyshot Proton Inspira dan Proton Saga 2010 serta gambar jelas yang tidak sempat untuk di postkn… tidak mengapa…. kerana di luar sana banyak blog yg lebih aktif contohnya funtastickodesign… sungguh cepat info2 dari blog beliau.. kalah Paultan.org…. hihihihi.

rasa jangal pulak nak post kan berita terbaru Proton Inspra yang bakal dilancarkan hari ini… Proton Inspira ini adalah salinan dari model Mitsubishi Lancer Ex…enjin sama serta body. hanya lainnya pada bumper depan belakang dan stereng.. dan harga lebih murah dari Lanser asal… ini gambar dari showroom yang diambil oleh seseorang. model dibawah ini adalah model Proton Inspira 1.8… mari saksikan dan apa pendapat anda.

gambar dari Funtastickodesign

ada kejutan dari proton lh… ini iklan ape ekk?? mungkin waja baru!!! sama2 kita tunggu!!!! sebelum 30 september 2010!!

credit to funtasikodesign caya lh bro campro dapat gambar ni…. gambar panas ni.same seperti tf bro bayangkan..

waja lancer

waja lancer

bagi saya ianya cukup menarik dr model asal.. cuba anda bandingkan dan nilai sendiri berikan pendapat anda..

kepada sesiapa yang ade gambar lain boleh lh berkongsi dengan saya emelkan kepada saya… mahnprodas_afiq92@yahoo.com

mitsubishi lancer asal

mitsubishi lancer asal

berikan pandangan anda..

sudah lama saya tidak sempat untuk meng update blog ini… mulai hari ni saya sudah bercuti raya.. Selamat Hari raya… Malam tadi.. buletin Tv3 ada memaparkan berita tentang Proton Waja baru.. taniah kepada TV3… akhirnya terbongkar juga rupa sebenar Proton Waja baru ini…

Model pengganti Waja ini bakal dilancarkan pada bulan November 2010, tetapi pra pelancarannya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. Model yang mengekalkan hampir 95% Lancer tetapi mempunyai imej Proton ini dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual),RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter.

gambar ini saya peroleh dari blog Syed Mohd Adib

IMPRESSION dari Bro CHAKU!!!


SPYSHOTS!!!

Saga Facelift Phase 1 telah ditemui!!! Spyshots ini telah diambil Victor di Bukit Jelutong. Dengan adanya spyshots terkini bermakna model ini bakal dilancarkan tak lama lagi..kemungkinan selepas Raya serentak dengan Waja Lancer kot. Terima kasih kepada Bro CHAKU kerana telah membuat impression mengenai Saga Facelift ni.

* Bro CHAKU akan edit skit artwork ni dalam masa terdekat, tunggu

terima kasih juga kepada bro campro… gambar dan sumber info disunting dari FUNTASTIKODESIGN

Exterior shots

Interior shots

Pengesahan ini adalah Waja Lancer

Berita tentang model terbaru pengganti Proton Waja atau Proton Waja Replacement memang sesuatu yang panas dan dinanti-nantikan oleh semua. Proton Waja merupakan sebuah model yang dibina sendiri oleh Proton bermula dari R & D dan ianya bukan sebuah model yang direbadge semula dari Mitsubishi. Setelah lama dilancarkan oleh Proton dan popularitinya kian tenggelam dek kehadiran model kereta lain dari segmen yang sama seperti Toyota Vios dan Honda City, Proton Waja baru bakal dilancarkan oleh Proton pada hujung tahun ini. Hasrat Proton ialah untuk menguasai kembali pasaran dalam segmen C yang kini hanya bergantung kepada model Persona sahaja dengan jumlah jualan yang agak memberansangkan pada setiap bulan.

Jika dahulu Proton Waja dibina sepenuhnya oleh Proton, adakah ini bermakna Proton masih membina sebuah Proton Waja baru bermula dari A sehingga Z? Nampaknya percaturan seperti itu agak mustahil bagi sebuah syarikat seperti Proton yang mencatatkan keuntungan dalam kuantiti yang kecil. Proton mungkin tidak sanggup lagi menanggung risiko membina sebuah model baru dengan kos yang tinggi dan kemudiannya menanggung risiko apabila model tersebut hanya mampu dijual dalam jumlah yang sedikit dan tiada pulangan modal? Syarikat seperti Naza dan Perodua tidak memerlukan model kereta yang dibina sendiri untuk mencatat keuntungan jualan yang besar, sebaliknya cukup sekadar menjual semula kereta dari jenama lain yang direbadge semula. Nampaknya Proton sedang mengikut jejak langkah tersebut demi mengurangkan kos, seterusnya dapat mencatat kembali keuntungan seperti mana yang pernah mereka nikmati pada tahun-tahun sebelum 2005 dahulu.

Jika mengikut khabar angin dalam dunia permotoran, Proton Waja baru bukan lagi sebuah model asli dari Proton, sebaliknya ianya adalah sebuah model yang direbadge dari Mitsubishi. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana Proton seperti diketahui umum telah menjalinkan kembali kerjasama dengan syarikat Mitsubishi. Strategi yang pernah ditamatkan oleh Proton sedikit masa lalu dan kini Proton terpaksa menerima hakikat bahawa tanpa kerjasama dengan syarikat lain Proton tidak akan mampu membina dan menjual banyak model baru. Strategi yang sama kini digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang lain seperti Kia, Nissan, Mazda, Toyota, Ford, Subaru dan banyak lagi demi mengekalkan kelangsungan dalam dunia automotif yang memerlukan modal dalam jumlah yang besar untuk melakukan aktiviti R & D bagi setiap model baru.

Jika khabar angin ini benar iaitu Proton Waja baru ialah sebuah model dari Mitsubishi Lancer yang direbadge semula, bermakna Proton kembali melangkah ke belakang sama seperti ketika mereka melancarkan model popular mereka dulu iaitu Proton Wira. Walaupun strategi itu tidak menunjukkan bahawa Proton akan mengikut jejak langkah syarikat Kia dan Hyundai yang semakin agresif menjadi syarikat automotif gergasi, Proton sebenarnya tiada pilihan lain. Dengan kemampuan yang terhad walaupun mereka memiliki syarikat Lotus, Proton sebenarnya tidak mampu bersaing dengan syarikat automotif gergasi lain. Hatta dengan Perodua sekalipun Proton telah gagal, jadi apa yang boleh diharapkan dari Proton untuk bersaing dengan syarikat automotif dari Jepun dan Eropah?

Bukti eksklusif dan terbaru tentang Proton Waja baru versi Mitsubishi Lancer kini telah tersebar dalam blog automotif dengan paparan beberapa keping foto spyshot yang pertama kali berjaya dirakamkan. Setakat ini tiada pengesahan rasmi berkenaan ketulenan foto-foto tersebut namun ianya dipercayai adalah foto sebenar sebuah Proton Waja Replacement yang bakal dilancarkan nanti. Untuk melihat lebih banyak foto Proton Waja baru a.k.a Waja Lancer, sila berkunjung ke blog funtasticko design dan http://www.arenakereta.com/ nilaikan sendiri ketulenan foto-foto tersebut.

petikan ini diambil dr sumber http://www.arenakereta.com/