PROTON EMAS dilancarkan oleh DR. Mahathir

Posted: 3 Mac 2010 in AUTO News, automotif, concept car, GENEVA, PROTON, Proton Designer, proton EMAS

Proton Lancar Kereta Konsep Dengan Tarikan Global

pelancaran proton EMAS

pelancaran proton EMAS

proton EMAS

proton EMAS

bergambar dengan kereta konsep

bergambar dengan kereta konsep

Daripada Umi Hani Sharani

GENEVA, 2 Mac (Bernama) — Proton Holdings Bhd melancarkan tiga kereta konsep, siri EMAS, yang akan membantu meningkatkan tarikan globalnya serta membina kereta untuk pasaran dunia pada masa akan datang.

dr Mahathir menunjukkan tanda 'bagus'

dr Mahathir menunjukkan tanda 'bagus'

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata Proton sedang memutuskan reka bentuk akhir dan berharap memulakan kerja membinanya secepat mungkin.

“Ia akan mengambil masa lebih setahun. Saya mahu lakukannya dalam tempoh setahun, tetapi mereka berkata ia akan mengambil masa yang lebih panjang,” katanya kepada media Malaysia pada pelancaran kereta konsep di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 di sini pada hari Selasa.

Siri EMAS, akronim bagi ‘Eco Mobility Advance Solution’, pada masa ini menawarkan tiga varian dan merupakan usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.

proton emas concepts 3 variasi

proton emas concepts 3 variasi


Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.

Ia terdiri daripada EMAS hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, EMAS Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta EMAS3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.

DSZ mencuba  diruang belakang Proton EMAS

DSZ mencuba diruang belakang Proton EMAS


Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.

“Dari luar ia nampak sangat kecil, namun dalamanya bersaiz SUV. Daripada sudut pandangan pemandu ia sangat selesa,” katanya.

Syed Zainal berkata Proton mendengar pandangan pelanggan untuk memastikan pembangunan kereta global yang memenuhi keperluan dan jangkaan mereka.

Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata pada pelancarannya, memenuhi jangkaan global merupakan cara yang penting dalam pembangunan pasaran pembuat kereta nasional mulai sekarang.

“Kami menyedari bahawa pasaran domestik sangat terhad dan ia merupakan pemulaan baharu untuk kami. Dan bagi Proton untuk melangkah ke dean, kami perlu memasuki pasaran yang lebih besar,” katanya.

— BERNAMA

sumber gambar dari paultan

Komen-komen
  1. aimanMALAYAdesign berkata:

    luas2,lutut dato pn x cecah seat,,,jarak kpala n bmbg pn still jauh

  2. prodas berkata:

    kereta ini menunjukkan design luaran nampak kecil tapi dalaman besar!!!! kereta ini memang unik…

  3. hadi berkata:

    bg akola.. kilang mmg kuarkn model mcm ni walaupn kecil kat luar tp besar kat dalam cume teoriny.. klu mcm tu msti kena compact bahan kot n risiko bila ada kemalangan mesti bahya.

  4. prodas berkata:

    itu sebabnye… kereta ini mengambil masa 2 tahun untuk dikeluarkan ..
    design mesti diubah agar sesuai dengan pesekitaran tempatan….

    off topic..
    ade kemungkinan nama waja baru adalah proton ROSMA atau proton RUSMA… dilancarkan pada bulan 11… sekarang sudah siap… tengah test onthe road.. sedara saya kate dia pernah lihat waja baru ini. dia adalah staf proton…. cantik lampu depan dan belakang di ubah.. bumper pn lain dari model lanser fortis…harga yg dicadangkan lebih kurang 80k..

    selain itu… Lotus EVORA… yg bakal masuk malaysia akhir mac ini… dijual dengan harga 700k… katanya…. Di pusat kecemerlangan proton ade sebijik EVORA milik DSZ….. waw…. hebat dato syed zainal..hihihih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s