Archive for the ‘perodua ALZA’ Category

Perodua ALZA INFINITI

Perodua ALZA INFINITI

Perodua Alza Infinite bukan model baru perodua.. ini hanya kereta konsep perodua dalam ketogeri…modifd… dalaman mempunyai pemain DVD di tempat duduk belakang.. serta speker… dalaman hanya untuk lima orang…

belakang Perodua ALZA INFINITI

belakang Perodua ALZA INFINITI

lampu belakang mengunakan LED….nampak lebih garang di bahagian belakang.. Ekzoz..dua di belakang… memang nampak ekskulisif

dalaman Perodua ALZA INFINITI

dalaman Perodua ALZA INFINITI

dalaman… hitam serta orange…

kerusi belakang Perodua ALZA INFINITI

kerusi belakang Perodua ALZA INFINITI

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Advertisements

gambar2 lakaran ini mungkin… lakaran awal kakitangan R&D perodua untuk mendesign bumper dan luaran perodua alza..

gambar ini saya peroleh dari MSAM 2010 di SARAWAK… memang menarik lakaran2 awal ini..hihi berikan pendapat anda..hihi

so berikan pendapat anda semua…. tentang design2 sebelum ALZA dihasilkan..

nantikan lakaran MYVI 1.5…selepas ini…

semalam baru sahaja saya pulang dari serawak kuching.. semata-mata mengikut pameran MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA(MSAM) untuk kali ke 11…. saya telah mengikuti pameran ini selama 3 tahun bermula di MELAKA pada 2008, 2009 di JOHOR..ditempat saya..dan tahun ini di SARAWAk…. tahun ini boot pameran perodua tidak mempamirkan  kereta baru.. tetapi mereka mempamirkan lakaran2 model perodua pada masa hadapan.. saya sempat juga mengambil….gambar tersebut dan saya akan kongsikan disini..

dibawah ini gambar ALZA

Casse auto perodua

RAWANG, 22 April (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan menambah eksport kepada lima peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding dua peratus pada masa ini, kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasarkan menjual 3,000 unit untuk pasaran eksport tahun ini, meningkat daripada hanya 2,000 unit kereta yang dijual tahun lepas ekoran krisis ekonomi dunia.

“Kami akan meningkatkannya secara berperingkat-peringkat, memandangkan kami perlu menangani beberapa isu khusus, terutama kualiti, kos dan produktiviti,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kenderaan ke-1.7 juta Perodua dalam tempoh 17 tahun, oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Untuk tempoh jangka panjang, kami mahu meningkatkannya kepada 10 peratus,” katanya.

Setakat ini, pasaran eksportnya termasuk Brunei, Fiji, Mauritius, Nepal, Singapura, Sri Lanka, dan United Kingdom, pasaran eksport terbesar syarikat, iaitu kira-kira 40 peratus.

Aminar berkata tumpuan utama Perodua kini masih di rantau Asean bagi mengambil peluang AFTA sepenuhnya.

“Pada masa hadapan, kami mengkaji negara yang mempunyai peraturan dan standard yang sama seperti Malaysia yang memudahkan kami mengeluarkan kenderaan dari segi kawalan pelepasan asap dan syarat keselamatan serta pemanduan sebelah kanan,” katanya.

Perodua kini menjalankan kajian daya maju untuk memasuki pasaran Thailand, yang dijangka selesai pada suku ketiga atau keempat tahun ini, diikuti peluang ke negara Asean yang lain.

Setakat ini syarikat itu mengeksport 26,000 unit CBU Perodua, manakala 8,000 unit CKD untuk Daihatsu di Indonesia.

Ia merekodkan jualan bernilai RM24 juta sejk mula mengeksport komponen CKD pada 2003 ke Pakistan, Indonesia dan Jepun.

“Kami mahu meningkatkannya kepada sekurang-kurangnya RM50 juta dalam tempoh tiga tahun,” kata Aminar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan.

Kenderaan ke-1.7 juta itu, Alza varian standard, dikeluarkan pada majlis ringas namun penting untuk Perodua.

Perodua mempunyai 10,000 pekerja pada masa ini. Kilangnya mempunyai kapasiti menghasilkan 250,000 kenderaan setahun menerusi dua shif.

Perodua Myvi

— BERNAMA

gambar bawah.. kereta ape ekk??hah

mpv perodua

new perodua mpv

saya sebelum ini mengharapkan ade program2 sebegini… sebelum ini ade program JOM RONDA BERSAMA PROTON…. tetapi program itu terlalu simple dan tidak menerangkan kelebihan sesuatu kereta dengan terperinci… dan perisian program itu seperti tidak memfokuskan tentang perkembangan proton… ia lebih kepada artis jemputan….harap konsep rancangan itu diubah…

kini rancangan DRIVEN

kepada anda sebuah  program televisyen baru ini yang akan disiarkan  di 8TV pada 11 April 2010 pada jam 10:30pm.

jgn lupa tonton ade perbandingan antara EXORA dan ALZA…

nantikan perbandingan EXORA DAN ALZA!!!!!

hos rancangan DRIVEN….

video demo..

sumber PAULTAN.

saya baru saja terlihat di forum perodua alza club….saya terjumpa gambar alza kemalangan…remuk habis….. pada mulenya ingatkan ujian kemalangan… rupanya kemalangan betol.. huhuh siape punye kereta lh 2… sayangnye.. baru saja… saya nk kongsikn disini… body perodua alza…. adakah body perodua alza ini tidak kukuh???? sbb….remuknye ketelaluan… dan saya bukan nak memburukan imej PERODUA just nak kongsi pandangan dan pendapat….. dan sekali gus… saya nak bagi gambaran kepada para pengutuk proton yg katenye body proton tidak kuat n menggunakan tin milo…. huhuhuh

apew2 pn semua kereta kalau terlibat dalam kemalangan pasti akan remuk… cuma yg membezakan safety sesebuah kereta tersebut dari segi body n part2 tertentu…

huhuh bayangkan kalau ade penumpang di belakang..huhuhuh… sama2 lh kita pikirkn…huhuh

Perodua bakal lancar MyVi 1.5

myvi 2011??

myvi 2011??

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan ‘DNA’ modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas ‘jelmaan baru’ tersebut.

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysiamengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
“Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti,” kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

Perodua Alza mpv terlaris

Perodua Alza mpv terlaris

“Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar,” katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.

BERNAMA