Proton Waja Baru di Buletin Utama TV3

Posted: 4 September 2010 in AUTO News, automotif, PROTON, Proton Designer, proton spyshot

sudah lama saya tidak sempat untuk meng update blog ini… mulai hari ni saya sudah bercuti raya.. Selamat Hari raya… Malam tadi.. buletin Tv3 ada memaparkan berita tentang Proton Waja baru.. taniah kepada TV3… akhirnya terbongkar juga rupa sebenar Proton Waja baru ini…

Model pengganti Waja ini bakal dilancarkan pada bulan November 2010, tetapi pra pelancarannya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. Model yang mengekalkan hampir 95% Lancer tetapi mempunyai imej Proton ini dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual),RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter.

gambar ini saya peroleh dari blog Syed Mohd Adib

Komen-komen
  1. campromania berkata:

    lebih kurang impression sy buat je, hahaha…

  2. HangPC2 berkata:

    memang hampir tepat

  3. ad berkata:

    sy dah bayang kan bentuk macam ni masa mule2 tgk poster line waja ni dulu.tp sy xleh nak tunjukkan sbb xreti nak gune adobe2 sume ni..slalu dlm klas saya slalu sketch..100% sbijik mcm yg ni..huhuhu…

  4. prodas berkata:

    betol 2 bro campro… sebijik sama yg bro campro buat

  5. pue berkata:

    cancel booking…

  6. ad berkata:

    kenape cancle bro??xnak disamakan ngan bentuk lancer ke??hehe

    • ProProton berkata:

      bro ad.. die cancel sbb dia tekejut tgok harga tu.. die kata baik die beli vios.. baru 70k.. haha..

      • ad berkata:

        huhuhu..xpela..pilihan dia..even kalo letak vios n persona..sy refer persona lg..bentuk lg cantik..gambar waja pon dah ade..mmg cantik..abes la kebabom sume g pusu2 kat showroom nnti..hehehe

  7. tiraibesi berkata:

    npe la proton xde idea lain ker,,,nk tru jer,,,sian plak kt lancer ori

    • ProProton berkata:

      nanti ah chong tak nak beli.. dia kata kete jepun bagus.. yang bagus vios.. myvi pon bagus jgk sbb ada bau2 jepun.. padahal die tak tau vios tu jepun celup.. laku kat asean je..

    • ProProton berkata:

      so faham x? ini bukan masalah mampu ke tak mampu buat.. ini soal marketing.. marketing kepada rakyat msia yg kata proton tak bagus kete jepun yg bagus.. dan marketing kpd mitsubishi exchange lancer dgn exora..

    • ad berkata:

      ni bukan soal tiru bro..ni perkongsian teknologi..proton amek lancer n ejinnya…mitsu amek persona n exora..masing2 ada benefit..jgn ludah jilat balik bro klo nnti ada exora versi mitsubshi utk pasaran mpv harga rendah diorg…mule2 sy pon xbrape stuju utk rebadge ni tp bila pikir balik,baik rebadge utk kete yg xramai pembeli mcm waja ni..xbalik untung pon..biar proton fokus dekat kete2 yg permintaan tinggi mcm persona,saga n exora…sume model tu akan developt baru tuk replacement nnti

    • acai berkata:

      at least proton ada buat upgrade dari model lancer bagi menampakkan ciri proton, dia tak ambil bulat2 cm keta lain…tiru… mitsubishi ada buat pertukaran chasis ngan proton yang mana proton amik 1 mitsubishi amik 2 chasis proton..apara…..tak tau ker….ini semua strategi bagi mou yang sedia ada…

    • tue berkata:

      ape ko nk kesian >>> ko mampu ke beli lancer ori…

  8. bon free berkata:

    Masalah perkongsian teknologi dgn mistsubishi ni dari dulu lagi dah.. sorry to say.. takda apa kemajuan pun.. sampai bila proton boleh menghasilkan model yang tidak meniru siapa.. lihat saja model kia dan hyundai.. mereka juga baru dalam industri.. tetapi dengan penghasilan model2 yang tersendiri.. mereka pergi jauh.. sampai bila target proton hanya bergantung untuk pasaran tempatan.. dengan harga yang melambung tinggi.. bukan tidak bangga dengan hasil tempatan.. masalahnya seperti kita kekurangan idea untuk menghasilkan design2 yang gempak.. sepertinya desingner di malaysia takda kualiti langsung..

    • ProProton berkata:

      ko kata kete korea model sendiri.. ko pegi korea ko tgok melambak2 kete rebadge tak laku.. org msia mcm ko je yg asyik bangga dgn kia hyudai.. padahal ratingkorean car dgn malaysian car sama sahaja.. persepsi org kata kia bagus, sbb kia mahal.. tuuuuuuu jek…

      kete apa dalam dunia ni yg semua model kereta die design sendiri? BMW? Ferrari? Lambo?

      dlm dunia ni, car maker yg buat kereta die sendiri dari A to Z cuma VW sahaja.. yg lain, jgn tnya..

    • ad berkata:

      bro..sblm bro komen,pleasela baca dulu info2 dlm forum2 automotif..byk info pasal perkembangan proton..berbuih mulut terangkan pasal waja…waja ni utk pasaran kecik.sbb proton just rebadge..sume dana utk developt kete pergi ke EMAS n Persona R..suv kemudian..bro ckp smpai bila proton nak tumpu pasaran dalam msia??sampai thn ni je…thn depan proton dah bersedia ngan pasaran luar..model persona n emas 2012 mmg totally new design..kualiti n design dibuat supaya diterima di luar..actually saga,neo, persona/gen2 n exora kan new model…knapa bro ckp xde model proton yg dibuat design sendri??bro xpenah tgk ke model2 yg sedia ada?? perkongsian dgn mitsu dulu mmg xmendatangkan hasil untuk proton pada masa dulu…tp skrg mitsu sendri kagum dgn proton…

    • fauzan berkata:

      ??… x de kemajuan?… sila buat banyak pembacaan.
      ??… kia n hyundai dah berada dlm industri lebih 46 tahun, proton 25 tahun… sila buat banyak pembacaan.
      ??… kekurangan idea/designeer? … company korea tu mengupah desingeer dari bekas designeer audi. Designeer proton x de kualiti? Persona- dpat award best car of the year 2008 kat Asean n Exora best mpv asembler 2009. … kesimpulannya. ko sila lah buat banyak pembacaan sebelum nanti malu sendiri.

      cheers!

    • acai berkata:

      apa…nak dihebohkan…keta mahal macam mana pun akan rosak gak….kurang2nya proton pun ada kemajuan dalam teknologi…sapa kata engineer tak buat reka bentuk yang bagus…mereka buat tapi untuk pasaran luar negara…sebab orang malaysia nak keta murah tapi banyak songgeh….nak ini..nak itu…macam2 la…tapi harga nak ciput jadi mereka keluarkan keta ikut kemampuan majoriti yang mampu membeli….

  9. Munchyz berkata:

    Pergh … Selepas aku bace sume komen² korang, aku search internet “Proton Emas” … Dan hasil nya aku tgk “Pergh gempak siot” … Gile aku tr0s kagum ngan proton ….

  10. akubiomed berkata:

    Proton sekali-sekala kena ada ide fresh macam persona, savyy, exora tapi bentuk waja baru ni dah macam lancer masalah yang bawanya perasan bawa lancer.

    • fauzan berkata:

      hehe.. mcm bawa lancer dgn suntukan DnA proton🙂

      cheers!

    • acai berkata:

      abis yang beli keta takda rupa lancer gatal..modified jadi rupa lancer apa citer…tak ker berangan..namanya at least yang beli keta waja yang memang ada rupa lancer yang keluar dari kilang sekurang-kurangnya..kereta dibenarkan secara rasmi…jadi akan berbanggalah mereka tanpa rasa ragu…..

  11. aishah berkata:

    ikut permintaan rakyat lah kan. better ada kereta tempatan dengan body lancer daripada beli kereta waja kemudian terus modified nak buat body seakan-akan lancer, yang dah tentu tak selamat.

    lagipun, kita kan boleh memilih. kalau rasa nak beli kereta luar, beli je lah. tapi kalau kita tak bangga dengan kereta tempatan, sape lagi.

    bukannya saja2 keluar kereta model seakan2 kereta lancer ni, dah macam2 kajian dah dibuat, dan boleh dikatakan, pembuat kereta tempatan je yang paham bagaimana citarasa rakyat malaysia, dan kemampuan rakyat malaysia.

  12. Habib Ahmad berkata:

    Kisah Rasulullah mendapatkan LAILATUL QADAR di Malam ke 27 : http://wp.me/piAx4-2Pe

    Bila Malam Lailatul Qadr ? Habib Munzir : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/09/06/bila-malam-lailatul-qadr-habib-munzir/

  13. azrai berkata:

    Di Singapura ada lacer versi 1.5.

  14. top gun berkata:

    duit dan modal adalah segalanya,ingat nk develop satu kereta murah ker n hampir 1 billion nk develop 1 kreta. mcm saga jer nk develop nk dekat rm600juta, so daripada develop n bnyk gne duit lebih baik kita re badge je. ni la namenyer bisnes n marketing.

  15. Pukang berkata:

    B0le bgtaw dr mana sumber yg mgatakan mitsu akan rebadge exo dan pers0na . Nak tahu sesangat . Tq .

    • azrai berkata:

      Ni perancangan awal masa Proton decide nak teruskan talk dengan Mitsubishi. Laporannya di sini

      And at the end of 2008, Proton finally announced to Bursa Saham Malaysia that it has entered into the product collaboration program with Mitsubishi Motor Corporation, Japan. As the following is the scope of the product collaboration :

      A Development Agreement, to develop a new Vehicle Model for PROTON based on details of work, target specifications, job sharing and time schedule as determined by both parties (”Licensed Product”).
      A Licence Agreement, where MMC grants PROTON a non-exclusive license to use technical assistance and patents solely for the purpose of utilization of technical information for restyling, modification and improvement work, manufacturing of local parts, assembling, selling and after sales services / support of the Licensed Product to be sold under PROTON’s trademark and styling; and
      An Engineering Services Agreement, wherein MMC will provide the work and services for PROTON’s manufacturing of the Licensed Product.
      StarBiz revealed that the Mitsubishi vehicle to be provided to Proton is the new Lancer, which will be used to replace the Waja. Other proposed areas that Mitsubishi and Proton are in discussions about include the rebadging of the Persona and the 2009 Proton MPV as a Mitsubishi in certain markets and the joint development of an A-segment hatchback which is still in a discussion level.

      http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/5/business/2727852&sec=business

      http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/6/business/2735863&sec=business

  16. kekitaan berkata:

    Sebenarnya tak official pun cakap2 yg mengatakan mitsu akan rebadge exo atau persona tu… tapi blogger2 je yg war2kan dan surehebohkan … dari sumber proton yg aku dapati… hal itu hanya disentuh pihak proton .. dan bukan ada agreement atau permintaan atau persetujuan mitsu nak rebadge proton pun … takder pun ehh.

  17. Joe berkata:

    Apelah rakyat Malaysia kondem barangan buatan Malaysia…
    Ini ke Satu Malaysia yg PM dok laung laungkan???
    Sepatutnya kita kena banggalah dengan apa jua barangan keluaran Negara sendiri… Jangan nak dok kondem aje…
    Sudah-sudahlah ye dok puji barangan buatan Jepun, kita patut kena sedar diri yg negara kita dulu dah pernah kena jajah org Jepun… sampai kena telan sabun… takkan sekarang minda kita pun masih di jajah dengan orang Jepun lagi…..

  18. Pukang berkata:

    Jgn nak ungkit isu penjajah@jepun@british la br0. Kau 0n9 guna pc@lapt0p apa? Buatan penjajah gak kan?

  19. Pukang berkata:

    Kalau susah sangat,tahun depan suruh jer proton rebadge l0tus evora tu. X pyh pening2x,l0tus kn proton punya .

  20. fauzan berkata:

    mm… pasal jv proton-mitsu tu, terpulang ar mitsu nak rebadge persona n exora tu. sbb dlm persetujuan JV mitsu-proton, mitsu dpt platform exora/persona n proton dapat platform lancer evo gt dgn teknologi enjinnya sekali. setakat nie proton yg dah rebadge lancer tu. mgkin mitsu x rebadge exora/persona tu. Mgkin sbagai study case diorang jer mcm mana proton bleh buat low cost product with gud quality (misalannya). Diorang dah ada platform Grandis pun kalau nak buat model2 baru. Cuma cost RnDnya terlalu tinggi. tu yg diorang sibuk nak blajar tu cam ne proton bleh buat cam tu🙂 mgkin laa..🙂

    slmt hari raya!

    cheers!

  21. apis berkata:

    hidup honda ek9 japan specs. . hehehe

  22. wann berkata:

    mcm2 hal la diaorg ni..sy sokong proton wpun ramai yg condemn..waima my husband pkai honda tp sy tetap sokong proton..husband sy klu berckp bab kete x menang sy la..msti kete dia gak best..biasalah mat2 kete..sebenarnya persona better than vios dia pya suspension..sy dah test,mmg lain..oklah,x pandai sgt nk coment2 ni nnt kena saman ssh plak..

  23. merdeka berkata:

    kalau proton dah maju, takdela proton propose kat kerajaan untuk lupuskan kereta lama kat atas jalan malaysia ni. dia proposed dgn alasan ia menyebab kurang sambutan terhadap model proton.tak ramai nk beli kereta baru proton. budus-bangang-bahlul-mangkuk punya proton. Btw bukan benci kereta nasional.sbb even aku sendiri pun ada pakai. pastu satu lagi managemt proton dan org atasan disebalik proton spatutnya ambik untung dgn org luar.jgn ambik untung dgn org malaysia shj. kat malaysia jual mahal (dgn kualiti standard biasa), tp kat luar jual murah (dgn kualiti eksport bagus punya).

    • nashI berkata:

      Setiap negara ada menetapkan spesifikasi tertentu bagi sesebuah kenderaan. jadi, untuk tembusi pasaran sesuatu negara tu kenalah ikut spec diorang. contohnye Singapore & Thailand, spec negara2 ni lebih tinggi berbanding negara kita. sebab tu Proton kena upgrade spec untuk eksport ke negara2 ni. spec Proton untuk pasaran domestik adalah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysian menetapkan spec mengikut kemampuan rakyat.

      perbezaan harga saya tak nak komen.

  24. Fikirkan berkata:

    Itu yang jadi masalahnya, kalau model import tu dijual di Malaysia kan bagus, berbaloi juga beli mahal2. Macam makanan juga, kalau makan yang dijual di kedai makan tu sedap, bersih dan sihat tak kiralah harganya mahal, memang orang akan makan kat situ jugak, kalau makanan tu tak sedap, tak bersih, murah pun orang tak nak makan….betul tak?

  25. Brilliant Moolah berkata:

    I drop a comment when I appreciate a post
    on a site or if I have something to contribute to the discussion.

    It’s caused by the fire displayed in the article I browsed. And on this post Proton Waja Baru di Buletin Utama TV3 | PRoDAs AUTO Blog. I was moved enough to drop a thought😉 I do have a few questions for you if you usually do not mind. Could it be simply me or do some of the remarks look like coming from brain dead people?😛 And, if you are posting on additional online sites, I would like to keep up with you. Would you list all of your communal pages like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s