Perodua ALZA accident!!!!

Posted: 31 Mac 2010 in automotif, PERODUA, perodua ALZA

saya baru saja terlihat di forum perodua alza club….saya terjumpa gambar alza kemalangan…remuk habis….. pada mulenya ingatkan ujian kemalangan… rupanya kemalangan betol.. huhuh siape punye kereta lh 2… sayangnye.. baru saja… saya nk kongsikn disini… body perodua alza…. adakah body perodua alza ini tidak kukuh???? sbb….remuknye ketelaluan… dan saya bukan nak memburukan imej PERODUA just nak kongsi pandangan dan pendapat….. dan sekali gus… saya nak bagi gambaran kepada para pengutuk proton yg katenye body proton tidak kuat n menggunakan tin milo…. huhuhuh

apew2 pn semua kereta kalau terlibat dalam kemalangan pasti akan remuk… cuma yg membezakan safety sesebuah kereta tersebut dari segi body n part2 tertentu…

huhuh bayangkan kalau ade penumpang di belakang..huhuhuh… sama2 lh kita pikirkn…huhuh

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    ape pandangan anda???

  2. adik automotive berkata:

    aku tunggu gak nih geng penggemar perodua.

  3. azrai berkata:

    Nampak tak kuat. Tapi untuk T-badge obsessor dia akan cakap : “Ini adalah contoh di mana remukkan chassis itu berfungsi dengan menyerap tenaga hentakan ke atas kereta..bla…bla…bla…” Tapi tak juga sebab teruk sangat remuk kat belakang tu. patutnya body/chassis tak remuk macam ni sebab ia akan jadi seperti cocoon yang melindungi penumpang dalam kereta. Ni bagi 20 airbag, ABS, EBD pun tak guna dah.

  4. aimanMALAYAdesign berkata:

    salam semua..langgar dengan ape nih?nampak teruk…dah melebihi zon penumpang dan dah ganggu axle belakang….

  5. prodas berkata:

    2 yg saya myuskil….ni…. ini kn produk toyota ..tak mingkin remuk sebegini…. huhu

    • kay berkata:

      Salam. Sebenarnya… alza tu hanya guna teknologi enjin saja.. bukannya keseluruhan komponen kereta… TQ.

  6. fauzan berkata:

    mm… nak cakap kang marah la plak pro perodua nanti. Tapi nak gak bagi pendapat berdasarkan gambar xcdent tu. Kalau tengok body alza bahagian paling lemah adalah bahagian blakangnya. brape sangat jarak penumpang row ke 3 dgn dinding flat blakang tu? design bumper blakangnya pun mcm tak bleh nak jadi crumple zone utk serap hentakan masa xcident dari blakang. Tayar blakang dah nak sampai ke 2nd seat row tuu. Harp2 masa xcdent nie tak de la penumpang kat 3rd row tu….

    salam.

  7. prodas berkata:

    huuh 2 lh…saya rase perodua kene upgredkn safety alza..huhuhu takut gak kalau tgk cam 2..

  8. zam berkata:

    teruknya kemik… diperbuat dari tin susu gamaknya.. exora lagi bagus ..rugi amik keta ni..

  9. farghmee berkata:

    sblm kita “berdebat”, boleh aku tau cmne xcden ni berlaku?
    blkg dilanggar ape?
    dpn terlanggar ape?
    berape impact speed?

    hm…

  10. prodas berkata:

    humm.. yg itu saya tak tahu…..hahah saya cume jumpe gambar ni kt internet pas 2 nak kongsikn di blog ni… hahhah

    • zali berkata:

      kena amek tau tu bro. aku ada baca gak kat blog lain psl kes ni.
      keta yg melaggar – volvo ( x ingat apa model)
      speed – 110 km/jam.
      cuba guna keta yg sama n speed yg sama pastu langgar exora ke, innova ke, grand livina ke, citra ke.. cmne agak2nya..

      • koruk berkata:

        halo bro zali..hang ade tak web site atau blog mane kate alza kat atas kene langgar volvo…110km?..polis ke yg bagi tau speed nie?

  11. matt berkata:

    saya pernah jumpa accident kat LPT…proton exora baru satu minggu pakai… abis….remuk dari depan hingga seat driver..total lost…tu 4 star rating euroncap..driver dia mati daa..

  12. prodas berkata:

    ye ke??? ade gambar dia tak?? boleh bagi??

  13. campromania berkata:

    dahsyat gak impak dari xcident ni..sampai abis 3rd row, xcerita pasal pemandu & penumpang ke?

  14. fridzmax berkata:

    Mak ai..lari habis chassis dia..harap 3rd row xde orang duduk..

    Kena pakai HTSS ni..airbag 20 bijik pun xguna ni..

    Apepun takziah pada owner alza ni. Bersabar yek.

  15. prodas berkata:

    huhuh pasal penumpang tak tau pulak…. huhuhuhuh

  16. hantupensil berkata:

    rasanya kena langga kat blakang nih..
    tu yg blakang remuk habis tuh.. mesti lory hantu langgar nih..

  17. Prismo berkata:

    eh… tak patut remuk mcm ni… kalo anak toyota mesti kukuh punya…

    matt, camne ko tahu exora tu baru seminggu pakai? ko tanya kat driver/owner tu ker?🙂

  18. prodas berkata:

    hahhaah betol gak bro matt…kalau adde bukti(gambar) tunjukkan disini..saya pn nak tgk…hahaha

  19. hantupensil berkata:

    bro matt mesti dengar dari kawan dia punya kawan punya kawan..
    hahhaha…

  20. prodas berkata:

    hahahahah….ade kemungkinan… cume pasal kemalangan proton exora sya ade terbaca di metro./…dan ade gambar exora 2…remuk bahagian atas tayar hadapan..dan bonet depan…tetapi tak lh seteruk remuk gambar diatas…. saya cube carik di internet tapi tak jumpe….

  21. kekitaan berkata:

    Jangan cepat hukum… hentakan dari kelajuan berapa? chasis mana2 keter ygh palingh hebat pun akan remuk lempeng kalau hentakan dari kelajuan melampau … biasalah tu

  22. rusdibakar berkata:

    Betul tu bro farghmee & kekitaan. Kita kena tengok objek yang langgar, speed impact baru kita boleh menilai. Kalau kena langgar dengan kereta, tapi kereta tu tak ada apa2 tapi alza kemik macam ni conform alza tak selamat.

    Kalau boleh bro prodas uploadkan sekali gambar tempat kemalangan baru kita tau apa sebenarnya berlaku.

    Kereta apapun kalau kena hentak dengan kelajuan melampau memang remuk. Even hummer yang body tumbuk tak kemik pun eksiden putus dua.

    Try surf dalam ni http://www.car-accidents.com/pages/car_accident_photo.html banyak kereta mewah yang eksiden terbakar, putus dua etc.

    Yang penting cara pemanduan kita. Ingatlah orang yang tersayang…

  23. azrai berkata:

    Bila tengok keadaan sekeliling nampak gaya jalan dalam kawasan perumahan. jadi takalah laju sangat kan? Mesti ada certain tempat ada bump atau simpang, jadi kereta takkan laju macam di hiway. Jadi tak kuatlah Alza ni. Savvy paling kuat.

  24. Prismo berkata:

    ha… semua kereta tak semestinya selamat accident dalam keadaan tetentu… so, Proton tin milo ke? kalo tin milo, alza tin apa? tin cola?🙂

  25. Prismo berkata:

    a’ah azrai… betul gak kata ko bro… tgk kawasan tu, org gila je bawak laju2….

  26. no comment…..ALZA…VERSATILE AS YOU……bentuk cam ats tu bru nmpak versetail….huhu

    anyway takziah pd owner ALZA ni…claim insuran….byr downpayment EXORA plak..heheh

  27. alim berkata:

    Rusdi Bakar, saya setuju dengan anda..

    Azrai, kawasan perumahan tu bukan kawasan kemalangan, tu gambar dah kena tarik nak sampai workshop dah. Mungkin xcident di highway, jangan terus menghukum.

    Prismo, kalau proton tin milo perodua pulak tin ovaltine..

  28. tuah berkata:

    jgn silap… body adalah x sama dengan chasis…
    body adalah body + structure
    chassis adalah spt sub frame, suspension, subframe, steering sytem dll…

    chasis x de nombor..
    yg ada body number & engine number shj…

    perodua x sama dgn toyota interm of quality..
    perodua is cost down from daihatsu/toyota brand..
    kalau dah cost down, safety tu kene fikir sendiri la…

  29. rusdibakar berkata:

    Apapun kalau bawak mpv kena hati-hati. Third row seat memang tak selamat kalau kena hentam belakang. Kalau kereta sedan sekurang-kurangnya ada boot yang boleh jadi crumple zone.

    Contoh eksiden kena hentam belakang:
    Honda City – http://i136.photobucket.com/albums/q197/scottyap/IMAGE_016.jpg

    Savvy – http://img523.imageshack.us/img523/3045/0107070130efp7.jpg

  30. azrai berkata:

    Alim, yang ini menghukum tanpa bukti macamana pulak?
    Komen oleh matt on 31 Mac 2010 10:42 am
    saya pernah jumpa accident kat LPT…proton exora baru satu minggu pakai… abis….remuk dari depan hingga seat driver..total lost…tu 4 star rating euroncap..driver dia mati daa..
    Betul ke ni??
    Sepatutnya kereta tak boleh la remuk masuk kat tempat passenger, unless kereta tu memang design untuk 5 seater tapi sebab nak dapat sales dia jadikan 7 seater. betu ke ni? Boleh difikirkan. yang rusdi Bakar tu cakap kan, kalau kita memang bawa kereta berhati-hati dan ikut peraturan tapi ada pulak lori sondol nak hati-hati macamana lagi. Contoh macam kes Alza ni. Takkan la driver dia reverse laju-laju.

  31. rusdibakar berkata:

    Komen matt tu mungkin nak jatuhkan proton tu. Kalau ada gambar baru orang percaya. Contoh lagi satu hummer accident. Apa yang penting hati2 dijalanraya. http://root2squared.files.wordpress.com/2009/03/hummer_accident.jpg?w=300&h=202

  32. samsuri berkata:

    Apalah korang ni, tu gambar dekat depan balai polis shah alam la. kereta baru lepas kena tow. Female driver kena hentak dekat traffic light area bukit raja dengan lori 3 tan. Kalau mpv mesti pasennger kat row ketiga tak boleh selamat. Kalau kereta sedan mungkin

  33. ibnisoleh berkata:

    dengar citer accident berlaku di tol bukit jelutong, kene sodok lori 3 tan masa q bayar tol. teruk remuknyer. biasalaa downgraded mpv from daihatsu. fikir-fikirkanlah.

  34. yoyo berkata:

    tayar tu bunga elok lagi pa..

  35. prodas berkata:

    huhuh so apew2 kereta pn walaupn sehebat hummer pn kalau exiden pasti remuk gak… so ini sebagai iktibar kepada pengguna jalan raya….. berhati2 lh dijalan raya…. gambar ini bukan untuk menjatuhkan mana2 pihak….sekadar iktibar!!! so PIKIR-pikirkan lh!!…

  36. Baba Syarif berkata:

    rugi aku tempah keta tin susu ni ha…huhuhuhuhu…..nak selamat beli je keta kebal…

  37. prodas berkata:

    hahha kereta kebal??? hahhaha

  38. nuriman berkata:

    huhuhu proton aku yg berusia 20 tahun sampai hari ni aku jaga dengan baik masih elok lagi…kalau pandu laju maut kereta apa2pun akan jadi macam lempeng….

  39. Irwinz berkata:

    Apapun, bergantung pada cara bawak keta tu sendiri… aku pernah tengok kepala lori yang jauh lebih keras pun remuk jauh lagi teruk dari ni…

    Kemalangan boleh dielakkan… ajal di tangan Tuhan tapi maut boleh dicari…🙂

  40. Azlan berkata:

    poyo korang ni.. aku tengok porche atau ferrari xcident lagi teruk lagi nie.. nak tahan naik la keta kebal.. hahahaa

  41. anai berkata:

    Rasanya kemalangan di di Highway NKVE..sbb masa pegi keje ari tu nampak alza sama color yg rebeh belakangnya kena liwat. KAlau betul keta yg sama kejadian berlaku kat susur keluar tol Shah Alam(Bukit Jelutong)

  42. zam berkata:

    tak sabar nak tunggu exora turbo keluar….hehe (^_^)

  43. prodas berkata:

    hahahha tetibe EXORA TURBO pulak??hahhah keluar topik..haha

  44. shafifah berkata:

    Bersama Dr. Syeikh Salam Alwan Al-Hasani (Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Australia) Taman TAR : http://wp.me/piAx4-1mq

    Jadual Penuh Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. – http://wp.me/piAx4-1lI

    Majlis Haul Tokoh -Tokoh Ulama Kg kuala Tekal ke 14 : http://wp.me/piAx4-1lq

  45. pok nik berkata:

    Nasig baik aku pakai Citroen…. memang best gitu…

  46. prodas berkata:

    citroen mane??? haha

  47. JOshua berkata:

    Ini dah jadi myvi lah

  48. azhar70 berkata:

    Bg saya lak, perodua sepatutnya menitikberatkan ciri2 keselamatan setiap kenderaan keluaran mereka. Jangan cari alasan untuk mengelak dari berbuat demikian dgn memberikan alasan2 yang tak munasabah. “Kete lain pun teruk gak kalau accident”. Inilah ayat yang selalu didengar oleh penyokong2 perodua. Tapi kalau kereta yang menitik beratkan ciri2 keselamatan, mungkin kerosakan yang dialami tak seteruk ini. Memanglah ajal maut tu ditangan tuhan tapi kita sepatutnya berusaha bersungguh2 utk mengelakkan sebarang kecelakaan sambil bertawakkal kepadaNya. Teringat saya pada satu kisah yang berlaku di zaman nabi dimana ada seorg lelaki yang ingin menunaikan solat dengan meninggalkan untanya diluar masjid tanpa ditambat. Maka nabi bersabda yg maksudnya lebihkurang, tambatlah untamu dan bertawakkallah kepada Allah. Waallahua’lam….

  49. stroller berkata:

    kalau mcmni nyer impact.. boleh menyebabkan fatal casualties pada passanger 3rd row..

    ehm… agak2nye la.. drebar ni termasuk gear Reverse dari Parking position… terus tekan minyak… gedebum…!!!!… langgar dinding belakang… ehhmmm…

  50. prodas berkata:

    humm jadi berhati2 lh ketika membawa kereta….

  51. Kipp berkata:

    Aku suka cara ko memartabatkan kenderaan nasioanal. Tapi aku tak puas hati dengan Proton jual mahal kereta dia kat Malaysia… sebagai bukti – http://kipp3k.wordpress.com/2010/04/03/proton-mahal-cekik-darah/

  52. Abu Amir berkata:

    Sallam, kemalangan mungkin tak boleh dielakan tetapi ciri-ciri keselamatan hendaklah ditekankan kpd pengeluar kereta nasional spt casis yg kukuh, abs & airbag (wajibkan). Selalu terjumpa kereta perodua kena langgar dgn motor pun remuk teruk belakang.

    Dari gambar diatas kita boleh lihat keadaan casis kereta Alza sungguh lemah , kalau body remuk itu biasa tapi kalau casis remuk teruk ini tak boleh diterima. Adakah kereta ini dibina besinya tipis dan lemah spt tin minuman. Hakikatnya perodua kena terima kereta buatan mereka nampak canggih & cantik tetapi tidak kukuh. Mungkin nak jimatkan kos nyawa pembeli dijadikan taruhan.

    Tidak dinafikan kereta ferarri, bmw, mercedes dll pun boleh putus dua dan remuk tapi kita kena tahu berapa kelajuan yg mereka bawa biasanya lebih 200km/j semasa langgar pokok , tembok dll. Kereta perodua kena langgar dgn motor kapcai pun remuk teruk & boleh kena lupus?

    Pengeluar kereta nasional mesti mencapai “standard” dunia utk keluaran dlm & luar negeri, baru boleh bersaing dipasaran dunia. Kalau boleh jual di Amerika & Eropah baru boleh capai tahap spt kereta Jepun & Korea. Jangan jadi jaguh kampung……

  53. Hasan Adli berkata:

    mengenai exsiden yea….
    senang cite, panggil orang yang langgar alza tuh, lepas tu suruh dia langgar proton, langgar mecedes, langgar Bmw, langgar kucing…. sepertimana dia langgar Alza tadi
    Lepas tu baru kita buat kesimpulan…… baru adil kalau kite nak tengok yang mana satu tin sardin, tin milo dan tin tong (bunyi loceng)
    baru adil kan kawan-kawan?????🙂

  54. TRANSFORMASI ALZA KE MYVI…..😀

    bsabar la ye pmilik alza ni..ujian allah…dpt duit insuran booking exora ke…rondo ke…

    peace no war…

  55. prodas berkata:

    bro KIPP…. pasal harga proton itu… bergantung pada sesebuah polisi cukai sesebuah negara…

  56. totot berkata:

    ala.. keta sapa.. buatan mana… malaysia jugak kan.. kereta utk rakyat.. setaraf dengan harga, kemampuan pembeli.. yang rasa mampu beli keta yg lagi elok.. beli la yang elok.. yang tak mampu atau yg cuma mampu beli kereta buatan tempatan beli la ikut kemampuan. keselamatan jalan raya atas kita.

  57. Abu Amir berkata:

    Sallam, kita jgn berfikiran spt rakyat dunia ketiga. Setiap negara maju spt Jepun, Amerika, Eropah ada ujian tahap keselamatan kenderaan spt kereta, mpv, lori dll. Cth NCAP, JCAP dll. Hasil ujian ini akan diberikan tahap keselamatan cth 3 bintang, 4 bintang & 5 bintang, terpulanglah kpd pembeli nak pilih kereta yg mana. Kereta yg tidak selamat tak dibenarkan dijual di negara tersebut.

    Tak kanlah nak tahu kereta kita beli itu selamat atau tidak kita cuba langgarkan baru tahu ia selamat atau tidak. Negara kita perlu tetapkan standard bertaraf dunia dan pastikan tidak dijadikan longgokan kereta murah & tak berkualiti. Hak pengguna mesti diutamakan.

    Kereta keluaran Jepun dinegara kita pun tahap gred kedua sahaja. Syarikat2 ni ambil kesempatan dari kelemahan sistem negara kita.

  58. kat belakang tu dua benda ja yang kukuh….nak tau ape??

    number plet tak patah…

    perkataan “ALZA EZi”

    hehehe

  59. g-mie berkata:

    untuk dikongsikan dengan pengunjung blog Prodas.. mengenai SEBAHAGIAN problem pada Alza & langkah penyelesaiannye..

    http://kereta.info/perodua-alza-problem-checklist-and-solution/

  60. azman berkata:

    Tak payah la berdebat. Kalau gambar ditempat kemalangan boleh la kita berdebat. Baru kita tau punca kejadian. Ni gambar kereta dah kena tow dah. Kenapa tak ada gambar ditempat kejadian @ sengaja nak timbulkan spekulasi untuk menjatuhkan imej sesuatu keluaran?

  61. azman berkata:

    Ataupun nak menunjukkan proton exora tu berbaloi?

  62. wan berkata:

    setahu aku yang guna keta jenis perodua sememangnya xbape nak safety.nak tau kenapa,coz bila aku menyandar kat tepi pintu keta,pintu blh kemek.aku berasa hairan bin ajaib xpenah2 lg terjumpa jenis keta yg mcm ini.xsama dgn keta dr luar yg lbh mementingkan keselamatan pengguna.walaupun harga mahal tp safety still ada n complete keta.xpayah nak make up byk2,keta dh tentu cantik.berlainan dgn keta brand malaysia,not safety langsung.hargapun mahal dan kdg2 nak sama dgn harga keta luar.au bukannya benci dgn barangan malaysia,akupun sememangnya pengguna barangan malaysia jugak.cuma nak compare dgn keta buatan luar jauh lbh selamat.satu cerita yg aku mau kongsi anatara keta malaysia v keta luar.satu hari tue,aku ada bawak keta buatan luar masa tue aku bawak dlm 180km so nak jd ke citer ada berlaku acident.acident lak dgn 2ekor lembu.so 2ekor lembu td xsempat nak mengucapkan hai2 bye2 terus lingkup.keta aku lak remuk tp alhamdulilah penumpang semuanya selamat.dan satu citer lg keta aku yg buatan malaysia(perodua) penah gak acident tetapi masa tu aku hanya bawak xsampaipun 100km,remuk keta mcm teruk sangat sampai nak repairpun rasa xberbaloi.nasib baik claim insurans.after that,aku jual keta itu.so up to u all.nak decide mcmana.aku just kongsi my citer jea

    • mat sentol berkata:

      sama jelah apa brand pun.dah kena sondol lori dari belakang,,bapak gajah pun tersentot.mgkn rakyat malaysia kna pakai kereta kebal.half-cut pun kra ok gak.he,he.patutnya pak2 mentri kna pikiaq masalah rakyat yang x berdosa kna sondol ni.syarikat2 lori mcm ada power je kt atas jln…fkir2kan

  63. Abu Amir berkata:

    Kes kemalangan yg semakin meningkat di Malaysia antaranya ialah faktor kereta yg kurang ciri-ciri keselamatan, sikap pemandu, jalan raya yg tak selamat dll. Kalau kereta yg kurang selamat dibawa oleh pemandu tak berhemah makin bertambahlah kemalangan. Kereta yg kemalangan rosak teruk dan ada yg kena lupus mengakibatkan byk tuntutan kpd syk insuran hingga syk tak mampu nak bayar.

    Memang pemandu kita selalu memandu secara melulu, cth kereta kancil kat highway pun laju lebih 130km/j. Kalau kemalangan memang tak tahulah boleh selamat atau…..? kurang kesedaran.

    Kesedaran kita sbg penguna yg bijak dan tahu haknya masih rendah. Bila berlaku sesuatu mungkin sudah ditakdirkan….berserah sahaja tanpa tahu haknya. Banyak pihak yg akan mengambil kesempatan dari kelemahan ini, tanpa pemantauan dari pihak berkuasa.

    KIta ambil cth kes kereta Toyota kena recall di US , disebabkan kemalangan dari kesalahan pihak Toyota. Pihak pembeli membuat aduan pd tribunal , pihak toyota diambil tindakan. Kalau di Malaysia bye, bye lah, nasib engkau siapa suruh beli kereta aku. Selamat ke tidak peduli apa aku janji untung…. rakyat Malaysia nyawa murah agaknya.

  64. prodas berkata:

    azman kan saya sudah cakap…. ini bukan untuk menjatuhkan sesuatu keluaran…. ini sebagai untuk berkongsi pendapat dan menjadi iktibar kepada semua pengguna jalan raya… dan gambar ini bukan dibuat2 ia realiti.. so nilai sendiri… dan berhati2 dijalan raya

  65. ramlibcm berkata:

    Gen2 terbakar tgh drive http://i6.photobucket.com/albums/y214/mushpop/various/29072009133.jpg

    Persona accident

    Kenari terbakar accident

    Setuju bro prodas, Sebenarnya banyak kemalangan ngeri yang boleh kita share. Tapi macam bro prodas cakap berhati2 dijalanraya, jadikan iktibar & ingat yang tersayang.
    Tak ada benda yang kuat kat dunia ni. Lori pon kepala jadi lempeng banyak biji langgar pondok tol sebelum plaza tol jelapang dialihkan seperti sekarang

  66. Ajid berkata:

    Betul tu kata bro prodas supaya kita berhati2 dijalan raya supaya kemalangan yg x kita duga dapat dielakkan oleh kite semua dan yg paling penting untuk org Islam tu bacalah doa apabila nak memulakan sesuatu perjalanan supaya kita dilindungi oleh Allah S.W.T.

    • mat sentol berkata:

      dah pn namanya acdnt.kta cdangkan spa yang ska bawk lju2 ni..bla dapat tangkap,suruh khinzir sondol dia pla.bru ada akai.x pikiaq orang lain.

  67. syazim berkata:

    aku x tau nk ckp ape, sume dah ckp ape yg aku nk ckp..
    yg pasti pengajarannye, tambah lgi 1, kalo nk bli kete msia, bli sedan.. mpv x cukup kukuh agi… pastu x cukup tujahan tuk bwk body yg lebih besar bandingkan ngan sedan.. aku penah drive exora, tp mcm susah la nk grak.. x tau nk ckp ape.. so skang ni aku gne waja je.. heheks

  68. Abu Amir berkata:

    Kita kena faham kenapa sistem keselamatan spt abs, airbag, vsc, ebd , ba diujudkan. Begitu juga dgn toyota GOA & honda G-CON utk keselamatan body kereta. Kenapa bila sykt ini keluarkan kereta di negara ASEAN dikurangkan spek & kualiti kpd gred kedua. Mungkin disebabkan tax yg tinggi & utk kurangkan kos supaya dpt dijual dgn murah.

    Langkah proton mengunakan high- tensile steel adalah bijak utk memastikan body kukuh. Ciri-ciri keselamatan minimum hendaklah dikekalkan spt abs dan airbag utk semua model yg dikeluarkan di Malaysia.

    Kemalangan adakala tak dapat dielakkan tetapi jumlah kecederaan dan kehilangan nyawa dpt dikurangkan. Selamat memandu & berhati-hati dijalanraya…..

  69. azhar70 berkata:

    Tolonglah jgn bandingkan kete sedan dgn mpv. Kedua2nya mempunyai fungsi yg agak berbeza. Walaupun kete sedan hebat, boleh ke dia bwk sampai 7 @ 8 @ 9 org mcm mpv? kalau nak bwk best kena beli kete sport la…

  70. fauzan berkata:

    kalau nak kukuh. beli jer kereta kebal.. habis cerita!….muahaha

    cheers!

  71. lalalili berkata:

    waaa total lost hahahaha….
    perodua sila jawab….

    bukan kah sesbuah kereta dicipta utk menyerap hentakkan utk ‘mugurangkan impact’ kepada pengguna nye…. kalau semua kereta mcm batu punye keras… agak2 kepala buleh tertanggal dr badan tak kalau kena hentam?

  72. sapa2 sajo berkata:

    gerun tengok kereta ni. huhu. alhamdulillah penumpang selamat. mesti dia trauma dah nak memandu. kdg2 mcm nak cadang jer kerejaan bina jalan asing untuk lori walau libat kos besar sikit. tapi tak efisyen pulak. baca yang di atas 2-3 org ckp kena langgar ngan lori 3 tan kat bkt jelutong. Betul lah kot sebab ramai yg kata. Kalau kereta lain pun teruk gak kena langgar lori 3 tan. Tapi pemerhatians saya Produa especially Kancil memang tak selamat. Kalau kita dok dalam ( kereta sewa zaman belajar dulu ) bawak dlm 100 km/ j pun dah rasa macam melayang. Kereta nasional yang rasa paling kuat adalah Savvy diikuti Exora. Pada pemerhatian saya lah. Kerajaan perlu bertindak memperkenalkan NCAP sendiri. tgjwb ini boleh dipikul MIROS.

    • mat sentol berkata:

      tjwb brsama sebeno nyer.patuhi undang2 n had laju.dak pun krta kat malaysia ni had kelajuan n meter dia stakat nam pluh jer.rasa lambat nak sampai tmpt kja,bngun awl.jgn dok kra krta apa,yg bawak laju tu mmg hlng akal.

  73. sapa2 sajo berkata:

    Lg 1 tak boleh samakan Toyota Sette/ Daihatsu boon luminas ngan Produa Alza. Design memang sama tapi barng lain2. Produa guna kompenen tempatan lebih 50% dan kompenen tu sesetangah vendor bermasalah iaitu kroni2. Tapi tak tahulah kualiti mana lagi ok antara Toyota/ Produa ngan Daihatsu. Tapi benda memang sama cuma yang buat lain2

  74. Abu Amir berkata:

    Macam mana MIROS boleh berikan penilaian 4 bintang pada Alza? Beli mpv dah jadi mini mpv, nasib baik tiada penumpang kat belakang. Bayangkan apa yg terjadi !!! Mungkin zon serap hentakkanya terlalu bagus hingga kerusi baris ketiga jadi baris kedua ?

    Bilalah Malaysia nak capai tahap negara maju kalau kita masih berfikiran spt negara dunia ketiga. Tak lama lagi kereta China pun akan lebih baik dpt kita dan murah.

    Malaysia tiada usahawan tulin kecuali kroni ahli politik & mereka yg ada hubungan politik sahaja. DSZ pun hampir kena singkir dari proton walaupun beliau banyak membantu proton.

    • mat sentol berkata:

      betull..tu… asyik dk pikiaq pket sendiri…kemajuan rakyat lupa.krata impot pn jauh lagi murah.nk jaga krta tmpatn apa namanya gtu.patutnya ada dya saing,bkn ambk ckai untk puak2 dpa enjoy.

  75. zoroxi2112 berkata:

    kalau beginilah penilaian dan tahap yang diberikan oleh MIROS..kita boleh menilai sendiri tahap MIROS tu.

  76. ezy berkata:

    MIROS seharusnye bersikap tegas dgn pengeluar kereta yg sebegini..jgn hanye mau mengaut keuntungan saje..bagi bonus berbulan2 tp ape yg die bg pada customer??? jalan ke batu dua..fikir2knla warga perodua.. jgn hanye mengikut telunjuk “abg angkat” anda, anda sendiri tahu driving cultures d malaysia macamne.. so tingktkn la lgi severe evaluation pd sume vehicle x kisahla se-compact mane sekalipun…alza prlu dihantar ke TUV untuk ujian test roll-over spt mane exora..pihak MIROS perlu memeriksa setiap struktur asal kereta perodua sekiranye mahu membuat test tersebut..risau mereka telah mmbuat pengubahsuaian awal..(dummy)…

  77. farghmee berkata:

    yo bro abu amir,
    alza dpt 4star drp miros?

  78. Mee berkata:

    Problem sebenarnya bukan perodua mahupun proton, kerajaan kita sendiri. kroni terlalu berleluasa dlm gomen skrg. Tax sana Tax sini… kereta malaysia sendiri pun kena tax tinggi, camne nak buat kereta yang memuaskan??? Nanti proton or perodua buat kereta canggih2 plus tax yang tinggi, harga pasti gila, sapa nak beli?? time tu kte gak yang akan kutuk proton n perodua, kete mahal nak mampus…

    Lu pikirlah sendiri…

  79. Mee berkata:

    korang cakaplah berapi-api pun, selagi gomen skrg tetapkan tax yang tinggi untuk semua barang/produk m’sia, sampai bila2 pun perodua n proton akan berada ditakuk ini..

    Lu pikirlah sendiri……

  80. hadi berkata:

    Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas lalu terbakar dan meletup. Apa komen anda?

  81. sham78 berkata:

    kalu TOYOTA ESTIMA yg gagah perkasa tu pun..tidak menjanjikan keselamatan 100% pada anda..apatah lagi keta nasinal yg selalu disebut tim milo laa. seperti Exora dibanga-bangakan di atas.. & Alza. so apa yg penting bukan besar kecil, nipis dan tebal..yg penting cermat memandu patuhi peraturan lalulintas, periksa kenderaan..bukan bangga dgn kereta besar !

  82. unueh berkata:

    keter tu takde sirim sticker kot

    • mat sentol berkata:

      sticker sirim dah ada.klu tak mcm mna nk dok atas jalan.tpi bla tgk dua kali rupa2nya stcker sirim cap ayam…

  83. azhar70 berkata:

    Secara logiknya dan secara lumrahnya, kereta yg mempunyai ciri2 keselamatan yang lebih baik akan lebih terselamat bila terlibat dgn kemalangan dgn tidak membelakangkan takdir sbb usaha2 ini merupakan sebahagian daripada cara bertawakkal yang dianjurkan. Jangan terus2an hanya berserah tanpa berusaha utk mengurangkan risiko kemalangan ni. Cermat memandu merupakan salah satu usaha tp memandu kereta yang dilengkapi dgn ciri2 keselamatan yg baik juga merupakan usaha jugak. Stakat pandu cermat sahaja tak memadai jika kenderaan yg kita pandu tu tak berapa nak selamat. Kalau macam tu, tak gunalah usaha2 yg dibuat oleh pengeluar2 kenderaan bersusah payah meningkatkan ciri2 keselamatan pd kenderaan mereka dgn perbelanjaan RnD yg tidak sedikit. Bagi saya, memandu kenderaan yg mempunyai ciri2 keselamatan yg baik adalah lebih selamat sbb kalau nak mati pun, atas katil pun boleh mati…… jgn pandang ringan ciri2 keselamatan kenderaan yg dicipta selain bertawakkal kpdNya….hmmm…..

  84. tee berkata:

    Kalao nak pakai keta baru buatan masa kini, kena bawa perlahan-lahan, semuo bahan buatan sama jee, ringan dan nipis! Kalao pakai keta lama, walaopon lasak sikit, tapi susah nanti kalao sebarang kerosakan. Kat Malaysia, terutamanya sekitar KL, susah nak cari mekanik yang jujur, ramai yang pandai menipu!!! Kerajaan kita dah biarkan mereka menipu, selepas nie, semuo orang akan takut beli keta lama buatan Jepon ataupon Europe, dan beli keta buatan Malaysia…

  85. chor berkata:

    Kalao nak pakai keta baru buatan masa kini, kena bawa perlahan-lahan, semuo bahan buatan sama jee, ringan dan nipis

    Yang ni saya x setuju..sbb bro xleh samakan meterial semua kereta….yang nie bro kena banyak lagi membaca…

  86. pejie berkata:

    klu kite tengok keadaan alza tu..mustahil just kena langgar dari belakang dgn kelajuan 110km/j…..mesti kereta nie tengah berhenti …..perodua atau mane2 kereta perlu melepasi ujian ketahanan….senang cite….alza=daihatsu boon luminas…atau pun alza=toyota passo sette….perodua mengunakan casis yg same bg kenderaan alza….jadi..soalannye…adekah toyota dan daihatsu memandang remeh bahagian keselamatan ini..lu pikir la sendiri

  87. shah berkata:

    masyaallah, hati2 di jalan raya. baca doa byak2 semasa perjalanan. kereta exora/alza utk family bukan utk test sapa laju. tapi kali org hentam dari blkg.. itu sbb doa supaya malapetaka tak terjadi pada kita. insyaallah.

  88. fazuriena berkata:

    takutnyaaa…hati2

  89. jing berkata:

    Ngeri betul….kalo tgk gambar ni mcm depan balai polis trafik Shah Alam jerr..

  90. azrudie berkata:

    exzora mmg kuat,sama kuat dgn savvy.jatuh dari tempat tinggi pun x ada apa2 apa lagi kena tijak dgn dinusor x kemik sikit pun.bagus brand proton ni.alza tu maybe kena bom x pun periuk api.

  91. mamat sedar berkata:

    sbnar nyer kereta xperlu direka agar tlalu keras body dia tetapi chasis ianya perlu tegar.. ini untuk pemanduan yg baik serta mengurangkan berat kete… Bahkan ianya adalah lebih selmt utk body keta lmbut pada sesetengah tmpt.. seperti bahagian hadapan dan belakang keta utk mbolehkan bahagian tsebut myerap tenaga pelanggaran… namun perlu ada zon selamat yg tidak mudah remuk pada bahagian penumpang… pengeluar keta slalunyer akan mmasang impact bar pada pintu kenderaan utk mlindungi pnumpang.. sy percaya klo ada impact bar pada pintu blkg (bonet) pd alza diatas kesan impact pelanggaran dpt dikurangkan dan menyelamatkan nyawa.. produa perlu dinambah baik… penambahan impact bar hanya mbabitkan pbelanjaan kecil…

  92. mamat sedar berkata:

    tambahan: kesan kemalangan dr blkang turut bleh dikurangkan kesannyer sekiranya break, handbreak serta gear berada dlm keadaan free…. so produa mpunyai alternatif iaitu myediakan 1 makenisma yg mbolehkan break, handbreak serta gear berada dlm keadaan free apabila pelanggaran dr belakang blaku.. namun penyandar kepala pada tmpat dduk harus dipastikan kuat utk mengelakkan kecederaan tengkuk….
    saya sbnrnyer dh ada cdgn nk ambik keta nie…tp tgk gmbr kat atas tu mcm nk cancel lak….aku akan beli klo dh ada perubahan mcm aku sbut tu…

  93. sham78 berkata:

    baik naik lrt dan bas je bro selamat…jenama bas-bas yg ada terkenal mcm merce..sudah tentu besi tebal2 dn diperkuat..selamat dan talipinggang tak aa penyandar tengkuk pun pakai besi je..ha..ha..

  94. soas berkata:

    Sy dah tempoh produa alza advance., tp sy kenselkan cz bgi sy., alza ni pandang kali pertama, cantik sangat tp bila pandang kali ke dua, lansung xberkenan., bgi sy exora lebih menawan hati., tambah lagi kalu siap pasang bk., makin cantik xjemu mata memandang., dulu sy xprnah teringin nk bli kereta malaysia., sy guna ford laser., tp sy xtahan dgn godaan exora

  95. soas berkata:

    sory, bkn tempoh tp tempah., typing error

  96. buck berkata:

    brake….bukan break..

  97. human berkata:

    kalau tak silap kereta alza kena langgar lori muatan besar, maner2 kereta akan rosak trk

  98. daniel berkata:

    baru ingat nak beli alza tengok je kete ni accident x jadi nk amik……x de ciri keselamatan la…………x nk la beli….harap2 perodua blaeh buat kete yang mmpunyai ciri2 kselamatan yang banyak………..

    • prodas berkata:

      apa2 kereta pn kalau kemalangan pasti remuk.. jadi berhati-hatilah di jalan raya

      • zack berkata:

        I like your comment prodas.

        daniel > kalu compare protom n perodua…. u pun tau mane satu terbaik… u beli protom jawab nyer, kena pakai sampai loan habis ler… kalu perodua tak lah nak ckp terbaik, but kalu jual still ade value, then baru compare problem … kalu d b bandingkan dengan peroton, perodua less n can be accept lg lah….kalu budget u lebih, why not u buy better quality…

  99. Fiqo berkata:

    betul, kalau dah bawa laju, apa-apa pun boleh jadi. Honda & Toyota pun boleh hancur, yang penting hati-hati cm yang admin ckp ,trutma dikwsn kg, fikirkan tentang orang lain juga, bukan kita seorang yang guna jalan raya

    • zack berkata:

      kat sini bincang pasal masalah kerta Alza, bukan pasal kereta len, ape dah…
      but I like your idea, KITA pakat ramai2 suruh kerajaan mansuhkan cukai import…
      kalu x dpt mansuh kureeng kan cukai import ok what….

    • zack berkata:

      sorry, forward worng person…….s answer for filo

  100. fido dido berkata:

    Nak selamat belilah lah kereta “KEBAL”..hehehehe

  101. filo berkata:

    nak selamat jgn beli kereta malaysia…jom pakat ramai2 suruh kerajaan mansuhkan cukai kenderaan import!!!!

    • zack berkata:

      BRO… kat sini bincang pasal masalah kereta Alza, bukan pasal kereta len, ape dah…
      but I like your idea, KITA pakat ramai2 suruh kerajaan mansuhkan cukai import…
      kalu x dpt mansuh kureeng kan cukai import ok what….

  102. Opie md berkata:

    Aku baru berangan nak beli alza ni nak pie Langkawi laa macamana nie , kot tengah jalan terperenyok kot besinya tak kuat kot ….lembik heyt buat susah hati jaa. Doa saja lah bila jalan tu ….. baca doa banyak-banyak kita orang Islam ini senjata tu la apa apa pun doa dulu

    bai bai

  103. malam berkata:

    kalau exora ditempat kejadian pasti xseteruk alza tu.. terima la hakikat.. pilihlah kenderaan yg selamat untuk keluarga anda..

  104. Budin berkata:

    tapi x puas la tengok Alza dalam ujian langgar Malaysia punya, tak seketat ANCAP dan NCAP… cuba test kat europe.. pasti tahu tahap keselamatan Alza

  105. ASADA berkata:

    alza mana ada chasis. ada frame jer. itulah perbezaan kereta2 asia dan kereta eropah.

    sebab tuh diorang leh lepas the NCAP and ANCAP.

    BTW dalam eksiden kena jugak tgk SPEED OF IMPACT.
    kalau keter belakang langgar dalam 100kmj
    THEN ALZA IS AMONG THE SAFEST CAR ON EARTH.

  106. Ieda berkata:

    ape la korang ni..kalo nak selamat,beli la kete kebal..ape yang penting bukan jenis kenderaan yang kiter pakai, tp sikap kiter….kalo pakai kete BMW pon,kalo dah bawa bedesup cam pelesit, hanco jugak kete tu biler xcident..aku pakai alza stakat ni pon alhamdulillah xde ape2 mslh.hubby aku pakai exora pon xde mslh..yang penting dalam diri korang tu..jangan jadik antu bl kat atas jalan raye.

  107. alzapower... berkata:

    kalau da bwk cam setan,,bmw pon x mustahil jadik mcm ni…

  108. potosop gurl berkata:

    slm… bila i tgok balik… nampak mcm dah potoshop.. keje i mmg hari2 buat potoshop kat opis ni…secara tak langsung i nampak ada perubahan pada gambar pertama..dari sisi depan kereta…dgn gambar ke-3 sisi belakang kereta..

    1. sisi depan kereta masih nampak bonet depan semua, lampu depan kedua-dua belah..pintu depan kedua2 belah..tapi dari sisi belakang dh dipotong…(gambar 4) mustahil tak nampak…

    2.gambar ke-4..pun nampak sangat color jalanraya tak sama…ada garisan dipotong disitu, satu jalan warna cerah satu jalan warna gelap…

    tak tahu kenapa org tu adjust gambar ni…ke mmg kereta ni sengaja dikemekkan/dimampatkan untuk menyenagkan proses mengangkut.?

    sorry kalau saya salah..saya cuma rasa lain je bila tgok gambar ni..:)

  109. tokeyemaspg berkata:

    cakap takde guna gak, tak dilayan gak dek pengeluar. Pilih dan pandu.. huhu

  110. kamen rider berkata:

    kita boikot kereta perodua,,,,mau kasi bankrap orang sewa beli je,,

  111. ganukite berkata:

    kete opis saya Nissan xtrail.. masa baru 3 year ago, masa otw balik dari kelantan – trg, terlanggar bontot waja (waja tu silap, stop mengejut nak beli kopok lekor).. nasib bawak tak laju… saya keluar ingat dia la yg teruk bontot, alangkah malunye xtrail yg teruk.. huhuhu…. citer benar nih yek.. kesimpulan, dah banyak dah tin milo skrg nih, not jz proton.. mekacih..

  112. Nazli berkata:

    Dalam keadaan laju melebihi 150kmj, kereta apa pun hancuss. Top Gear pernah buat crash test 200kmj, hancur beb. kalau nak betul2 selamat naik la keta kebal. Mungkin anda pun perasan, kereta perodua terutamya myvi 1.5 dan alza mmg berdesup atas highway. kalau nak selamat kita sama2 la bawak ikut kelajuan yang sesuai.k

  113. arry berkata:

    Aku pernah kerja di kilang perodua……mmg body tin pun… Caye laa….aku sndri pn tkejut

  114. Brendan berkata:

    It’s a pity you don’t have a donate button! I’d definitely donate to this outstanding blog! I suppose for now i’ll settle for bookmarking
    and adding your RSS feed to my Google account. I look forward to fresh updates and will share this blog
    with my Facebook group. Talk soon!

  115. Hey there! Quick question that’s totally off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My web site looks weird when browsing from my apple iphone. I’m trying to find a template or plugin that might be able to fix this issue.
    If you have any suggestions, please share. Appreciate it!

  116. nak kebal ya berkata:

    Kalau asyik kata produa macam tin tak kukuh.. baik ambil lesen kereta kebal anti tank baru kukuh.. time saya bawa kereta kebal tak da yang berani nak langgar kakakaka..kakakaa baru tau keras ker tak exora tue.. ya allah lindungilah kaum adam akhir zaman ini dari hasutan celaka laknat syaitan bin iblis…

  117. jawhari berkata:

    prodas nie cre tules mcm engineer jerk aq tgk…
    prodas ko dh naik ke kete alza??
    engineer pon x ckp mcm ko..
    prodas mcm engineer jerk..
    poda lh prodas…

  118. jawhari berkata:

    prodas nie cre tules mcm engineer jerk aq tgk…
    prodas ko dh naik ke kete alza??
    engineer pon x ckp mcm ko..
    prodas mcm engineer jerk..
    poda lh prodas…
    yg komen negatif tu pon sme..
    cbe ko cipta sebijik kete..
    silap silap ape pon x jd..
    sume komen mcm pendatang asing..
    produk negara sniri x nk sokong..

  119. jawhari berkata:

    kereta apa sklipon klw dh kne lenyek mmg lh trok..
    sklipon kereta kebal..

  120. jawhari berkata:

    prodas kereta ape sklipon klw dah accident mmg terok lh..
    sklipon kereta kebal..

  121. jawhari berkata:

    lgy satu prodas awakk engineer kea??komen m engineer jerkk..

  122. jawhari berkata:

    korang tengok tmpt duduk blkg tu mcm dekat dgn pintu blkg.. tphakikatnye jauh lgy…. luaran nmpk mcm terlalu kecil tp sbnrnye luas..spe yg dh naik kete ni tahulh..

  123. Mohd. Najib berkata:

    Nampaknya peminat Alza masih tak puas hati. Dah lebih 3 tahun topik ni dipos tapi masih ada yang komen ‘bengang’. Rilek brader…. aku pakai kedua-dua kereta ni. Alza dan Exora. Dua-dua pun tak sekuat Grandis lama aku. Tapi dua-dua aku sayang sbb ada kelebihan masing-masing. Exora lebih kuat tapi under power. Alza memang power tapi body dia ‘lembik’. Masa aku reverse nak keluar rumah, angin tiup pagar rumah aku dan… kedokkk. Kemik bumper aku. Pagar aku tak cedera langsung. Sekali lagi masa anak aku main basikal. Adus…. dengan basikal budak pun kemek!… Sejak tu aku hanya bawak Alza pergi kerja dan pasar aje. Tu pun pasar yang dekat dengan rumah aku. Kalau bawak famili, aku akan bawak Exora. Biarlah pickup lembab, aku lebih yakin. Sekarang nak let go dua-dua…. nak balik ke Grandis @ Stream. Apa pun pendapat korang pasal Alza dan Exora, aku hormati. Namun keputusan aku tetap akan menjual kedua-duanya. Selamat tinggal kereta Malaysia…. Dah… jangan tension-tension….. Suka beli, tak suka.. belah…

  124. mat berkata:

    salam…alza jadi camni pun nak heran…cuba bincang pasal lamboghini eksiden terbako, 3 biji dari singapore tu..keta mahal pun eksiden terbako ni kan plak kete Malaysia..

  125. Binkw32.Dll berkata:

    I always spent my half an hour to read this website’s articles daily along with a
    cup of coffee.

  126. Airport Hotels berkata:

    WOW just what I was searching for. Came here by searching for fred olsen cruises

  127. amrosz berkata:

    Da ambil alza..harga cunnnn..body 2014..fuhhh…mantap..apa2 pun tgo bajet gak..minyak da naik..huhuhu..

  128. Lyda Gartley berkata:

    Usually I do not learn post on blogs, however I wish to say that this write-up very pressured me to take a look at and do it! Your writing taste has been amazed me. Thanks, very nice article.

  129. Eric berkata:

    Alza tidak ada “crash bar” di belakang bumber, itu satu “cost savings” pada kereta budget. Kalau kereta besar yang ada “crash bar” depan hantam Alza dengan laju, teruklah Alza kemek…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s