Proton Prototype Exora Pelik!!!

Posted: 29 November 2010 in AUTO News, automotif, concept car, PROTON, Proton Designer, proton Exora, proton persona, proton spyshot

Spyshot Proton misteri – mungkinkah ini model Persona R?

Exora pelik???

Exora pelik???

Terbaru dari blog Paultan, foto-foto spyshot Proton misteri ditemui lagi. Kalau dulu spyshot model yang sama berwarna hitam dan resolusinya kurang jelas, kali ini model yang dijumpai oleh pembaca blog Paultan bernama Faizal Nayan itu berwarna putih. Foto-foto spyshot yang ditangkap oleh Faizal juga lebih jelas dan lengkap untuk kita membuat kesimpulan apakah model rahsia tersebut. Spyshot tersebut berjaya dirakamkan ketika dalam perjalanan ke Cameron Highland.

lihat reka bentuk dia yang agak pelik.. ini model apa sebenarnya?? Exora atau Persona R??

Sekali imbas model tersebut seolah-olah sebuah Exora yang direndahkan bumbungnya, tetapi masih belum pasti sama ada itu hanyalah luaran bagi menutup reka bentuk sebenar sebuah model terbaru. Mungkinkah itu sebuah prototype Persona R yang bakal dilancarkan pada hujung 2011, atau pada awal 2012 nanti? Yang penting model tersebut antara model yang paling memberikan kejutan terhadap ‘design language’ Proton setakat ini. Rasanya inilah model yang dikatakan mempunyai rupa iras-iras sebuah Toyota Caldina. Apa pula kata basher-basher Proton ye??!!

Sumber : Paultan.org & Arena kereta

 

Komen-komen
  1. blackcipan berkata:

    Maybe underneath this fake-squashed-exora is a rumoured softroader that people said will be at KLIMS…

    tp definition softroader ialah kereta mcm CRV, Sportage…ala…ala2 SUV tp x tinggi sangat tu..

    tp keter ni dah rapat abis ke tanah…cuba tgk tingkap belakang tinggal besar mana je…maknanya line pintu dia lebih kepada wagon, ataupun cross-over mcm MSX dulu. kalo MSX dulu, kalo x silap lebih kurang tinggi ni la….

    alangkah bestnya kalo ada MSX yg diperbaharui sikit styling dia utk yr 2010, plus gantikan platform aluminum dgn steel monocoque yg lebih production feasible….

    • prodas berkata:

      MSX memang menarik..!!! tapi untuk model ini… saya kurang pasti lh… nampak agak hodoh kalau kereta ini di produksikan.. sebab cermin tingkap sisi menaik keatas…

  2. ad berkata:

    Just mule test..klo diorg nak wat production pon mesti bukan gini last product..tp klo tgkap tu besar sket n lowered tu kekal camtu mmg cantik

  3. prodas berkata:

    cuba anda lihat.. tayar besar sikit dr exora biasa kn??

  4. zenvo berkata:

    off kejap!!~hehe,cool btul gmbr bila diambil dgn DSLR..huhu,bila la nk dapt DSLR ni~,huhu

  5. zenvo berkata:

    yep! kamera la! hehe,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s