spyshot WAJA Lancer!!!

Posted: 28 Julai 2010 in AUTO News, automotif, fantastikodesign, PROTON, proton spyshot
Tags:

Exterior shots

Interior shots

Pengesahan ini adalah Waja Lancer

Berita tentang model terbaru pengganti Proton Waja atau Proton Waja Replacement memang sesuatu yang panas dan dinanti-nantikan oleh semua. Proton Waja merupakan sebuah model yang dibina sendiri oleh Proton bermula dari R & D dan ianya bukan sebuah model yang direbadge semula dari Mitsubishi. Setelah lama dilancarkan oleh Proton dan popularitinya kian tenggelam dek kehadiran model kereta lain dari segmen yang sama seperti Toyota Vios dan Honda City, Proton Waja baru bakal dilancarkan oleh Proton pada hujung tahun ini. Hasrat Proton ialah untuk menguasai kembali pasaran dalam segmen C yang kini hanya bergantung kepada model Persona sahaja dengan jumlah jualan yang agak memberansangkan pada setiap bulan.

Jika dahulu Proton Waja dibina sepenuhnya oleh Proton, adakah ini bermakna Proton masih membina sebuah Proton Waja baru bermula dari A sehingga Z? Nampaknya percaturan seperti itu agak mustahil bagi sebuah syarikat seperti Proton yang mencatatkan keuntungan dalam kuantiti yang kecil. Proton mungkin tidak sanggup lagi menanggung risiko membina sebuah model baru dengan kos yang tinggi dan kemudiannya menanggung risiko apabila model tersebut hanya mampu dijual dalam jumlah yang sedikit dan tiada pulangan modal? Syarikat seperti Naza dan Perodua tidak memerlukan model kereta yang dibina sendiri untuk mencatat keuntungan jualan yang besar, sebaliknya cukup sekadar menjual semula kereta dari jenama lain yang direbadge semula. Nampaknya Proton sedang mengikut jejak langkah tersebut demi mengurangkan kos, seterusnya dapat mencatat kembali keuntungan seperti mana yang pernah mereka nikmati pada tahun-tahun sebelum 2005 dahulu.

Jika mengikut khabar angin dalam dunia permotoran, Proton Waja baru bukan lagi sebuah model asli dari Proton, sebaliknya ianya adalah sebuah model yang direbadge dari Mitsubishi. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana Proton seperti diketahui umum telah menjalinkan kembali kerjasama dengan syarikat Mitsubishi. Strategi yang pernah ditamatkan oleh Proton sedikit masa lalu dan kini Proton terpaksa menerima hakikat bahawa tanpa kerjasama dengan syarikat lain Proton tidak akan mampu membina dan menjual banyak model baru. Strategi yang sama kini digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang lain seperti Kia, Nissan, Mazda, Toyota, Ford, Subaru dan banyak lagi demi mengekalkan kelangsungan dalam dunia automotif yang memerlukan modal dalam jumlah yang besar untuk melakukan aktiviti R & D bagi setiap model baru.

Jika khabar angin ini benar iaitu Proton Waja baru ialah sebuah model dari Mitsubishi Lancer yang direbadge semula, bermakna Proton kembali melangkah ke belakang sama seperti ketika mereka melancarkan model popular mereka dulu iaitu Proton Wira. Walaupun strategi itu tidak menunjukkan bahawa Proton akan mengikut jejak langkah syarikat Kia dan Hyundai yang semakin agresif menjadi syarikat automotif gergasi, Proton sebenarnya tiada pilihan lain. Dengan kemampuan yang terhad walaupun mereka memiliki syarikat Lotus, Proton sebenarnya tidak mampu bersaing dengan syarikat automotif gergasi lain. Hatta dengan Perodua sekalipun Proton telah gagal, jadi apa yang boleh diharapkan dari Proton untuk bersaing dengan syarikat automotif dari Jepun dan Eropah?

Bukti eksklusif dan terbaru tentang Proton Waja baru versi Mitsubishi Lancer kini telah tersebar dalam blog automotif dengan paparan beberapa keping foto spyshot yang pertama kali berjaya dirakamkan. Setakat ini tiada pengesahan rasmi berkenaan ketulenan foto-foto tersebut namun ianya dipercayai adalah foto sebenar sebuah Proton Waja Replacement yang bakal dilancarkan nanti. Untuk melihat lebih banyak foto Proton Waja baru a.k.a Waja Lancer, sila berkunjung ke blog funtasticko design dan http://www.arenakereta.com/ nilaikan sendiri ketulenan foto-foto tersebut.

petikan ini diambil dr sumber http://www.arenakereta.com/

Komen-komen
  1. ad berkata:

    proton bukan melangkah kebelakang..proton rebadge just untuk model waja n myb perdana saja..coz berapa kerat je bilangan waja n perdana kat msia klo banding ngan saga n persona..klo mcm persona,saga n exora tu mmg patut fully a new model by proton since demand utk kete2 ni tnggi n kos utk rnd terjamin utk dpt balik..proton dah byk berubah..cubela bg chance kat proton..thn depan n thn 2012 myb thn paling busy utk proton..sbb diorg dah bersedia utk ke pasaran global..tunggu la persona,perdana n emas kluar..model rebadge ni sekadar utk isi ruang sblm pengenalan model2 bertaraf antrabangsa

  2. zamri berkata:

    Antara tujuan rebadge adalah untuk cater balik market untuk agensi kerajaan. Kalau kita lihat sejak enjin campro banyak jabatan kerajaan dah tak guna model proton ni, kalau kita tengok banyak yang guna model waja 4G, wira & iswara (MINDEF). Kalau model lain banyak. Mungkin lepas ni agensi kerajaan akan mula fleet balik dengan SPANCO untuk sewa model proton.

  3. Mao dong kasih satu kendaraannya..peace lah

  4. […] Exterior shots Interior shots Pengesahan ini adalah Waja Lancer Berita tentang model terbaru pengganti Proton Waja atau Proton Waja Replacement memang sesuatu yang panas dan dinanti-nantikan oleh semua. Proton Waja merupakan sebuah model yang dibina sendiri oleh Proton bermula dari R & D dan ianya bukan sebuah model yang direbadge semula dari Mitsubishi. Setelah lama dilancarkan oleh Proton dan popularitinya kian tenggelam dek kehadiran model … Read More […]

  5. fatah berkata:

    another stupid bloger share about a car even he do know nothing about the car.
    proton n mitsubshi dah buat agreement switch model, proton ambik lancer and mitsubishi ambik pesona…

  6. lan berkata:

    pakai enjine apa n berapa CC?

  7. Pukang berkata:

    Engine diesel 2.0 . .

  8. Pukang berkata:

    Fatah=clever pers0n that want t0 sh0w us his ‘poor kn0wledge’ . .

  9. Quintin Figler berkata:

    Awesome post mate.

  10. Tea berkata:

    Thanks for the post. I thought it was awesome.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s