Archive for the ‘perodua Viva’ Category

Viva-Elite-Exclusive-Edition

Viva Elite Exclusive Edition

 

ketika pelancaran

ketika pelancaran

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kelmarin telah melancarkan varian terbaru model Viva Elite yang dikenali sebagai Perodua ViVA Elite Exclusive Edition, versi mewah dengan beberapa ciri dan nilai tambah yang dipertingkatkan. Untuk bahagian luaran (exterior) terdapat 3 warna menarik yang ditawarkan untuk model itu termasuk warna terbaru Classy Purple (Metallic) dan dua warna lain iaitu Midnight Blue (Metallic), dan Ivory White (Solid). Antara ciri-ciri baru lain yang boleh didapati ialah ‘grade mark’ Exclusive Edition yang dilekatkan di pintu bonet belakang dan rim tayar yang diwarnakan semula dengan warna lebih gelap.

Di bahagian dalam (interior), kusyen kini berwajah baru dan lebih eksklusif apabila dibalut kulit dan dilekatkan logo Viva Exclusive di atasnya. Konsol tengah pula kini berwajah baru lebih menawan dengan kemasan metalik warna ungu gelap. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk baru meter kelajuan dan rpm yang kini lebih ceria dengan kombinasi warna. Stereng juga diberikan sentuhan kulit untuk pegangan lebih selesa dan tempat meletak tangan di panel pintu dicat dengan warna perak.

Enjin 1.0 liter masih sama seperti varian Elite sebelumnya tanpa terdapat sebarang perubahan teknikal memandangkan Viva Elite Exclusive Edition hanya tertumpu kepada penambahbaikan dari sudut kosmetik sahaja. Perodua Viva Elite Exclusive Edition ditawarkan dengan harga RM41,600.00 (solid) dan RM42,000.00 (metalik), harga atas jalan termasuk insuran. Perodua menjangkakan varian terbaru dari keluarga Elite itu akan mampu dijual sebanyak 600 unit sebulan.

Perodua Viva telah mencatatkan jualan yang amat baik, di mana sebanyak 240,000 unit model itu telah terjual sejak pelancarannya pada tahun 2007 lalu, dan varian Viva Elite adalah varian yang paling banyak terjual dengan penguasaan pasaran sebanyak 41.4 peratus atau 24,000 unit daripada jumlah keseluruhan 58,000 unit Viva yang terjual dalam tempoh 10 bulan tahun ini. Kepada golongan muda terutamanya wanita yang mahukan sebuah kereta kompak dengan gaya baru lebih eksklusif dan mewah, Viva Elite Exclusive Edition mungkin boleh dipertimbangkan.

sumber http://www.arenakereta.com/

satu persoalan saya…. APA yang EXCLUSIVEnya????? boleh sesiapa tolong terangkan???

lagi gambar sumber: http://www.wemotor.com/

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.


Advertisements

Digital Rendering

Sketches

Gambar ni diambil oleh bro rx di pameran SMECorp di KLCC baru2 ni…Perodua telah mempamerkan clay scale model untuk Viva FMC Concept…terdapat juga skecthes & rendering yang menunjukkan “idea development” untuk projek ni..nampaknya Perodua bakal menghasilkan rekaan tersendiri pada masa depan menggunakan platform & enjin Daihatsu…agak menarik rekaan ni..apa pendapat semua? terima kasih kepada bro rx & autorotik.com kerana sudi berkongsi gambar ni… :)

TQ juga kepada Funtasticko BLOG coz saya dapat info dari situ…sama2 kita berkongsi…

apa pendapat anda…

ini juga bakal menjadi saingan Proton EMAS


KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Proton Holdings Bhd menerima Anugerah Model Baharu Automotif Terbaik bagi Proton Exora dan Model Kereta Penumpang Terbaik bagi Proton Saga, pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2010.

Proton S16

Pemenang lain bagi kategori automotif ialah Perodua dan Ingress Corporation Bhd.

Perodua memenangi Anugerah Kereta Penumpang Tarbaik bagi model nilai untuk wang untuk Perodua Viva buat tahun ketiga berturut-turut.

New Perodua Viva Elite 1.0 Auto EZi Premium - Kuala LumpurNew Perodua Viva Elite 1.0 Auto EZi Premium - Kuala Lumpur

Frost & Sullivan memperakui kejayaan perbadanan dalam sektor automotif, logistik, teknologi industri, tenaga dan sistem tenaga, teknologi alam sekitar dan bangunan serta penjagaan kesihatan di Malaysia, pada Majlis Kecemerlangan Malaysia 2010 Rabu malam.

Acara itu berlangsung sempena Anugerah Telekom Frost & Sullivan Malaysia.

Pengarah Urusan Asia Pasifik dan rakan Frost & Sullivan, Manoj Menon berkata penyepaduan teknologi seperti Grid Pintar, Kenderaan Elektrik, Rangkaian Sosial dan Komunikasi Tanpa Wayar menawarkan kepada syarikat mengenai peluang untuk menyertai pembangunan Bandar Raya Pintar dan perkhidmatan berasaskan gaya hidup baharu.

“Ia merupakan enjin pertumbuhan utama syarikat dalam dekad akan datang,” kata Menon pada majlis penyampaian anugerah itu.

Menon berkata prestasi syarikat Malaysia sudah meningkat meskipun ekonomi dunia yang sukar.

Sebanyak 11 organisasi utama, termasuk peserta terkemuka negara serta perbadanan multinasipnal yang beroperasi dalam negara, diraikan pada majlis itu.

Sementara itu, Ingress Corporation Bhd menerima Anugerah Pengeluar Komponen Automotif Terbaik.

Public Bank menerima Anugerah Syarikat Kewangan Automotif 2010.

Dalam kategori penjagaan kesihatan, Stemlife Bhd memenangi Augerah Kepimpinan Pertumbuhan 2010 bagi Sel Stem dan Terapeutik manakala Prince Court Medical Centre menenangi Anugerah Penyedia Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan terbaik.

Dalam kategori logistik, PosLaju menrrima anugerah Penyedia Perkhidmatan Ekspres Terbaik manakala Sime Darby Property Bhd memenangi Anugerah Pemaju Mesra Alam 2010.

Dalam Teknologi Industri, Smart Surface Sdn Bhd pula menerima Anugerah Inovasi Teknologi bagi Teknologi Antara Muka Komputer Manusia baharu dan Novaviro Technology Sdn Bhd dipilih pemenang Anugerah Inovasi Teknologi bagi Ekstrak Metana dalam Sistem Biogas.

— BERNAMA

salam semua… kali ini saya akan memaparkan model clay dari pelajar IPTA juga…. sebelum ini model konsep proton … kali ini saya mahu tunjukkan pula model konsep perodua untuk masa yg akan datang.. setelah perodua berdiri atas kakinya sendiri.. tetapi tidak tahu bila… saya kongsikan gambar2 menarik ini kepada anda semua…. berikan pendapat anda dan cadangan anda untuk masadepan perodua…

VIVA 2030??

VIVA 2030??

new VIVA??

new VIVA??

pandangan belakang

pandangan belakang

pandangan hadapan

pandangan hadapan

pintu belakang unik

pintu belakang unik

rekaan pelaja IPTA

rekaan pelajar IPTA

clay model

clay model

manalh tau suatu hari nanti perodua sudah 100% milik malaysia… mungkin akan ade design2 sebegini…. ape2 pn harap PERODUA buat dulu R&D mereka sendiri….. n rekabentuk mereka sendiri… kami mengharap sangat…. ambil lh bakat2 anak2 muda pelajar2 ipta ini.//.. jgn siakan2 nya…

rasa2 nya tahun 2020 perodua sudah ade kereta rekaan mereka sendiri tak???

Perodua ViVA ELITE

Posted: 23 Julai 2009 in automotif, PERODUA, perodua Viva
viva elite

viva elite

grill baru

grill baru

viva baru

viva baru

 

interio

interio

interior seat

interior seat

back

back

berikut adalah gambar spyshots viva facelift yang akan dilancarkan….harga belum diketahui lagi

apa pendapat anda adakah dapat menyaingi saga SE>?????

perodua-viva-facelift-spyshot-1[1]

perodua-viva-facelift-spyshot[1]

viva-facelift-elite[1]

viva-facelift-elite-1[1]

sumber dari fantastikodesign n mudah.my