Archive for the ‘perodua MYVI’ Category

Akhirnya Myvi baru dilancarkan juga. Dengan pengenalan model semua baru Perodua Myvi saya yakin model ini akan kekal memegang anugerah mpdel no 1 terlaris di Malaysia. Hal ini dapat di buktikan dengan tempahan pelangan terhadap model baru ini yang dibuka selama 12 hari sebelum pelancaran dan telah mendapat tempahan lebih 4000 unit. Ianya satu pencapaian yang membanggakan. hal ini memang tidak mustahil Perodua MYVI akan kekal sebagai model terlaris di Malaysia. saya memuji Perodua kerana berjaya mengubah hampir 80% rekabentuknya daripada model asal iaitu Daihatsu BOON. atau Toyota PASSO. Taniah diucapkan. harga bermula 43k sehingga 57k.

 

sumber Paultan.org

 

 

 

saya peroleh gambar ini dari blog arena kereta dan Funtastikodesign.

Perodua Myvi SE 2011

Perodua Myvi SE 2011

myvi 2011 extreme

myvi 2011 extreme

perodua myvi ES 2011 extreme

perodua myvi ES 2011 extreme

apa2 pn pada pendapat saya model ini akan terus menarik minat rakyat Malaysia dan kemungkinan Perodua akan mengekalkan kedudukan no 1 di Malaysia. saya memuji Perodua kerana pandai menginovasikan reka bentuk asal yang hodoh menjadi lebih sedap mata memangdang.. taniah diucapkan.

p/s: macam mana lh gambar ini boleh bocor… kalaulah PERSONA R ada gambar bocor cam ni kn best gak..hihihi

Myvi 1.5 tanpa selindung

Myvi 1.5 tanpa selindung

BESUT, 18 Mac (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka melancarkan model baharu kereta kompak yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty pada Julai atau September tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada, MyVi, Alza dan ViVa.

“Bagi model baharu ini, kita juga mengambil kira komen pelanggan terhadap model sebelum ini.”

“Sebab itu setiap kali Perodua memperkenalkan model baharu, tentunya ia lebih baik daripada yang lama, umpamanya dari segi reka bentuk, enjin dan penjimatan minyak,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai model baharu itu, mahu pun mengesahkan ketika ditanya kemungkinan model baru itu membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

“Ia kereta kompak yang mampu milik dan berpatutan, ia sesuai untuk semua golongan masyarakat, khususnya golongan muda,” katanya.

Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini.

— BERNAMA

Perodua Myvi 2011 terbaru yang dikatakan bakal dilancarkan April depan kini sedang giat menjalani ujian di atas jalan raya. Kali ini bukat setakat Perodua Myvi 2011, malah sepupunya dari Jepun pun ada, apa lagi kalau bukan Daihatsu Boon. Salah seorang pembaca blog Paultan iaitu Piji hari ini telah berjumpa dengan kedua-dua model tersebut ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Nasib baik beliau sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan bukti..

Perodua Myvi 2011 dan Daihatsu Boon 2010 yang ditemui itu dibalut dengan tape hitam, boleh dikatakan keseluruhan bahagian exterior cuba diselindungkan oleh Perodua, memang rahsia besar lah tuh..hehe.. Tapi yang menghairankan kenapa Daihatsu Boon turut sama mengiringi Perodua Myvi 2011? Mungkin Perodua ada alasan tersendiri dan sedang membuat beberapa penilaian teknikal terhadap kedua-dua model itu. Kepada sesiapa yang bercadang untuk membeli Myvi tu, mungkin boleh mempertimbangkan untuk menunggu sehingga generasi terbaru model itu dilancarkan.

Rupa bentuk Myvi 2011 dah tahu macam mana, tunggu lagi nak tahu spesifikasi enjin dan ciri-ciri terbaru apa yang ditawarkan sahaja, termasuk bahagian interior tu yang masih lagi menjadi misteri..harap-harap lebih gempak dan menarik dari Myvi lama..

 

info ini saya COPy n Paste bulat-bulat dari blog ARENA Kereta

 

Myvi baru 2011

myvi baru 2011

sudah terang lagi bersuluh… nampaknya.. Misteri Perodua Myvi baru sudah terbongkar!! baggi saya Myvi baru ini kelihatan cantik di bahagian hadapan.dan kelihatan seperti besar sedikit.. saya juga puji Perodua kerana berjaya mengubah model Jepun jauh lebih cantik dan menarik dari model asal… tetapi kenapa kelihatannya berbeza dengan apa yang di tunjukkan di KLIMS 2010 ketika itu?? bahagian depan lain dari model sebenar?? mungkin di KLIMS 2010 adalah versi SE??

Perodua Myvi 2011

Perodua Myvi 2011

Perbandingan dengan Toyota PASSO

Terhangat dipasaran!!! Inilah bakal Myvi 2011 yang akan dilancarkan tak lama lagi & berkemungkinan menggunakan enjin 1.5 dari Perodua Alza. Info mengenai video ini telah diberitahu oleh bro Matt.  Kredit diberikan kepada tuan punya video ini TuanMustapha yang telah meng”uploadkan” video ini diYouTube. :)

saya jangkakan model ini dilancarkan dalam bulan 3 atau 4..

sumber video dan gambar diperoleh dari Funtastickodesign & Arena kereta

grill depan perodua myvi berwajah baru

grill depan perodua myvi berwajah baru

Perodua Myvi 2011

Perodua Myvi 2011

grill dan bumper depan perodua myvi berwajah baru
grill dan bumper depan perodua myvi berwajah baru
Perodua Myvi 2011 at KLIMS 2010

Perodua Myvi 2011 at KLIMS 2010

Perodua Myvi 2011 at KLIMS 2010

Perodua Myvi 2011 at KLIMS 2010

Perodua Myvi 2011 at KLIMS 2010

Perodua Myvi 2011 at KLIMS 2010

Perodua Myvi 2011 pandangan belakang

Perodua Myvi 2011 pandangan belakang

baru sahaja saya pulang dari KLIMS 2010 … hampir 2 jam sahaja saya menghabiskan masa di booth perodua dan proton..

pameran KLIMS kali ini bagi saya perodua lebih menyerlah daripada proton kerana perodua menghasilkan model konsep lebih menarik dari proton. itu hanya pendapat saya lah. model kuning diatas adalah kemungkinan besar Myvi 2011 ..sebelum ini ada spyshoot yang menunjukkan model pengganti myvi ini… walau apa pn saya mengucap syabas kepada perodua.. berjaya mendesign lebih menarik berbanding model asal iaitu passo yang rekaan agak kekatakan… dengan language design baru dari perodua… saya harap perodua lebih berdaya maju pada masa hadapan…

perodua tidak akan memproduksikan model konsep “bezza” dan perodua tidak akan menghasilkan model sendiri 100% buatan sendiri selagi bernaung dibawah toyota. itu adalah jawapan yang saya peroleh setelah bertanya kepada designer perodua “bezza”… kaki tangan perodua di bahagian R&D semuanya mempunyai bakat yang hebat.. cuma polisi syarikat yang dikuasi oleh kuasa luar membuatkan perodua tidak dapat menghasilkan model sendiri.. walau apa pn syabas kepada PERODUA.. dalam SENYAP2 BERISI juga mereka ini.. teruskan usaha…

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.


Myvi 2011!

Posted: 29 November 2010 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua MYVI

Adakah ini Myvi 2011 nanti?

myvi 2011 ?

myvi 2011 ?

perodua myvi 2011 ?

perodua myvi 2011 ?

Jangkaan saya model ini akan menjadi bertambah laris lagi….kerana design lampu belakang yang agak menarik serta garis2 di bonet belakang sungguh bersesuaian dan nampak segar…

Spyshots ini telah diambil oleh Fariezul Jaafar di lebuhraya Mahameru semasa dalam perjalanan pulang dari Melaka. Sepertimana yang kita ketahui model-model Perodua memang merancang nak mengeluarkan model terbaru Myvi tahun depan, dijangka enjin 1.5l bagi menggantikan Myvi sedia ada. Info dan gambar ini saya ambil dari saluran07.blogspot.com dan blogtue.blogspot.com dan Funtastickodesign