Archive for the ‘proton Inspira’ Category

Inspira R3 white

Inspira R3 white

depan Inspira R3 Red

depan Inspira R3 Red

belakang Inspira R3 Red

belakang Inspira R3 Red

pernah kita mendengar Proton Inspira R3. menurut khabar angin tahun hadapan proton akan melancarkan inspira R3 yang betul2 design oleh R3 seperti satria neo R3. tetapi hal tersebut tidak pasti bila dilancarkan bila. so ape2 pn layang gambar lakaran untuk inspira R3 diatas.hihhiih

sumber gambar: http://www.coroflot.com/wardi_iswali/Internship-PROREKA

Adakah ini Persona R? atau Inspira Phase 2???

Perbandingan dengan side profile INSPIRA


Perbandingan dengan side profile TUAH

Adakah ini EMAS?

Perbandingan dengan side profile EMAS

spyshots pertama Persona R & EMAS prototype sedang menjalani ujian di Test Track Proton. Gambar ini telah di ambil oleh Bro CHOR. Akhirnya dapat juga dia snap gambar walaupun terpaksa saya zoomkan & gambar agak pecah sedikit. :)

cambar sebenar yang agak jauh….

emas

emas???

exora-leper

exora-leper

proton inspira phase 2??

proton inspira phase 2??

proton persona R??

proton persona R??

bagi saya ianya bukan Persona R… saya rasa ianya Inspira Phase 2… cuba anda perhatikan betol2… dan spyshot yang dikatakan proton emas pulak macam buakan model sebenar.. ianya mungkin mule test.apa pendapat anda!!!

 

info ini saya peroleh dari bro campro.

 

 

Exora lancer

Exora lancer

Proton Exora Bodykit

Proton Exora Bodykit

Proton Exora bodykit lancer

Proton Exora bodykit lancer

Proton Exora bodykit lancer RED

Proton Exora bodykit lancer RED

Mitsubishi Exora bodykit lancer

Mitsubishi Exora bodykit lancer

gambar pertama Exora bodykit lancer

gambar pertama Exora bodykit lancer

di atas ini adalah gambar pertama Exora bodykit lancer yang dulunya saya mengangap hanya photoshop. tetapi ianya memang realiti. saya suka Design bodykit gambar pertama nampak sesuai. body kit ini memang ada dijual harganya dalam lingkungan RM1800.

 Exora bodykit lancer

Exora bodykit lancer

untuk maklumat lanjut layari INI

bagi saya menarik anda pula bagaimana???

semenjak proton Inspira dilancarkan saya baru satu kali  dapat terserempak di jalan raya. Dalam hati terdetik, kenapa tak banyak Proton Inspira di jalan raya.?? kenapa?? Mungkinkah tiada org yang membeli proton Inspira?? atau mereka yg beli Inspira terus convert jadi Mitsu?? tetapi sebenarnya memang masih ada Peminat setia Proton Inspira dengan penubuhan beberapa Club Inspira. ini adalah suatu usaha murni bagi menyokong produk tempatan.

inspira atau lancer

inspira atau lancer

Saya lihat proton Inspira ini kalau kena gaya dengan cara penggambaran memang nampak menarik dan memang jauh lebih cantik dan anggun dari Lancer..

tq kepada bro fotobangau….gambar2 anda memang terbaik… hihihi

Temubual Eksklusif dari Pengerusi Proton Holding berhad, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

Dato Sri Mohd Nadzmi Bin Mohd Salleh

Dato Sri Mohd Nadzmi Bin Mohd Salleh

IT IS NOT EASY – APPRECIATE MALAYSIA CAR MAKER

DIRINYA pernah ‘dimalukan’ di depan khalayak ramai. Kualiti produk syarikat yang diterajui dipersoalkan apabila kereta keluaran Proton ditolak oleh sebuah rumah kebajikan ketika mahu didermakan.

“Ini berpunca daripada trauma kualiti buruk Proton yang masih berlegar di ingatan para pembeli,’’ kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. Beliau merupakan orang kuat Proton yang sebelum ini pernah bersama-sama syarikat itu pada awal hingga pertengahan 1990an, sebelum dipanggil semula oleh kerajaan pada 1 Januari 2008.

Tegas Nadzmi, kenderaan Proton sebenarnya sudah jauh lebih baik kualitinya sehingga turut diakui oleh syarikat asing termasuk Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dari Jepun.

‘‘Sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap Proton, ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam satu malam tetapi sebaliknya secara beransur-ansur,’’ kata beliau kepada Wartawan Utusan Malaysia, AINUL ASNIERA AHSAN dan WAN NAJIB WAN DAUD di rumahnya.

Dalam temu bual itu, beliau berkongsi pandangan tentang prestasi, cabaran dan masa depan syarikat yang prestasi kewangannya bertambah baik selepas pada suatu ketika dahulu mengalami kerugian selama tiga suku tahun berturut-turut.
Kini hampir dua tahun Datuk Seri menyertai semula Proton.

Ramai yang sebelum ini menyatakan kehadiran itu bertujuan mengembalikan syarikat ke ‘pangkal jalan’, apa kata Datuk Seri?

Proton sebenarnya bukanlah syarikat yang teruk prestasinya (bermasalah besar kewangan), saya pernah memulihkan syarikat yang lebih teruk, Mara Holdings dan Parkway Bhd. Syed Zainal (Pengarah Urusan) dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk Proton. Pihak pengurusan hanya perlu sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Keadaannya, macam pertandingan badminton juga, cuma kehendak rakyat kita tidak munasabah, hendak menang semua kejohanan. (Kita patut berbangga), pemain Malaysia, sekurang-kurangnya, kini menjadi pemain nombor satu dunia.

Bagaimana Datuk Seri melihat pencapaian Proton sekarang?

Proton sudah ada peningkatan. Pihak pengurusannya telah banyak melakukan perubahan positif sehingga mencatatkan prestasi kewangan lebih baik. Semua pihak (lembaga pengarah dan pengurusan) sentiasa berganding bahu untuk memajukan Proton dengan lebih cepat ke arah memastikan masa depan Proton terus kukuh.

Sejauh mana tahap penguasaan pasarannya sekarang?

Kami kini menguasai 29 peratus pasaran. Pada tahun ini, kami berjaya mencatatkan jualan tertinggi berjumlah 580,000 buah. Kami perlu pertahankan dan meningkatkan penguasaan ini dengan melaksanakan strategi meluaskan model-model baharu termasuk bekerjasama dengan pengeluar pengeluar peralatan asli (OEM) yang lain. Mengapa kami perlu membiarkan peluang berkerjasama (direbut oleh pihak lain) sedangkan ia adalah bisnes kita?

Proton, baru-baru ini dihentam kerana menjenamakan semula (rebadge) Mitsubishi Lancer kepada Proton Inspira. Apa komen Datuk Seri?

proton inspira

proton inspira

Kami mempunyai model pengeluaran yang dibahagi kepada dua iaitu model induk dan model bukan induk yang melibatkan jualan model bukan berskala ekonomi. Dalam model bukan induk, contohnya adalah kereta Inspira.

Jika kami mahu keluarkan kereta model baharu, Proton memerlukan kos yang besar. Jadi, dalam kes kereta Inspira, kami bekerjasama dengan MMC supaya kosnya rendah dan kita juga meraih jualan yang baik.

Untuk apa kami melabur besar-besaran sekiranya untungnya kecil. Lagipun, produk kami lebih mudah untuk dipasarkan, kalau tidak laku pun, kami boleh undur diri dengan lebih cepat. ini adalah keputusan perniagaan.

Ini adalah pendekatan biasa yang bukan hanya dilakukan oleh Proton tetapi juga semua pengeluar kereta dunia seperti Ford dengan Mazda, Nissan dan Renault. Dengan cara ini kita dapat mengeluarkan model bukan induk yang mungkin tidak besar jualannya tetapi mampu diraih manfaatnya.

Kenapa usaha yang dilakukan Proton sahaja dipertikaikan sedangkan pengeluar lain tidak pula dipersoalkan?

Saya tidak mahu komen mengenainya.

Benarkan usaha menjenamakan semula ini akan menghilangkan identiti Proton sebagai pengeluar kereta nasional?

Tidak dinafikan bahawa model asas Inspira adalah diambil daripada model (Mitsusbishi) Lancer tetapi reka bentuk dan gayanya telah diubah supaya lebih kepada ciri-ciri keluarga Proton. Kami juga mewujudkan beberapa spesifikasi baru yang tiada padanya seperti penggunaan pengelap cermin (wiper), lampu dan paddle shift.

Inspira juga dipasang di kilang di mana model Proton Exora dikeluarkan dan MMC sendiri memperakui model yang kami pasang adalah lebih baik berbanding yang diimport. Malah, pemanduan dan pengendalian menggunakan kepakaran Lotus. Ini menjadikan Inspira lebih menyerlah. Langkah itu juga bukan makna Proton mengundur ke belakang tetapi ia menjadi strategi Proton memajukan model secara bersendirian dan menambah model-model baru bukan induk melalui kerjasama syarikat pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Jadi, ini bermakna Proton Inspira akan menjadi langkah pertama untuk usaha yang sama pada masa depan?

Penjenamaan semula model adalah amalan yang lazim di dunia, tiada bezanya dengan Proton. Saya boleh nyatakan di sini, kerjasama itu tidak terhad kepada MMC sahaja.

proton MSX

proton MSX

Celebrating Research And Development

Celebrating Research And Development

 

 

gambar hiasan.

 

sumber: Kereta.info

 

 

Proton JEBAT

Proton JEBAT

Proton INSPIRA EKSTRIM

Proton INSPIRA EKSTRIM

Jebat ialah model inspira yang diberikan sentuhan agresif dari segi kit badan dan juga roda yang lebih besar. info diberitahu ia menggunakan enjin turbo dari model Mitsubishi EVO X.

Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

kerusi Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

kerusi Proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

bumper depan proton  JEBAT INSPIRA EKSTRIM

bumper depan proton JEBAT INSPIRA EKSTRIM

proton design JEBAT INSPIRA EKSTRIM

proton design JEBAT INSPIRA EKSTRIM

Kelihatan agak Ekstrem, tetapi pengunaan warna agak kurang lh..bagi pendapat saya.. kalau guna warna Merah mesti lagi menarik dan garang..