Perodua ViVA Elite Exclusive Edition

Posted: 12 November 2010 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua Viva
Viva-Elite-Exclusive-Edition

Viva Elite Exclusive Edition

 

ketika pelancaran

ketika pelancaran

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kelmarin telah melancarkan varian terbaru model Viva Elite yang dikenali sebagai Perodua ViVA Elite Exclusive Edition, versi mewah dengan beberapa ciri dan nilai tambah yang dipertingkatkan. Untuk bahagian luaran (exterior) terdapat 3 warna menarik yang ditawarkan untuk model itu termasuk warna terbaru Classy Purple (Metallic) dan dua warna lain iaitu Midnight Blue (Metallic), dan Ivory White (Solid). Antara ciri-ciri baru lain yang boleh didapati ialah ‘grade mark’ Exclusive Edition yang dilekatkan di pintu bonet belakang dan rim tayar yang diwarnakan semula dengan warna lebih gelap.

Di bahagian dalam (interior), kusyen kini berwajah baru dan lebih eksklusif apabila dibalut kulit dan dilekatkan logo Viva Exclusive di atasnya. Konsol tengah pula kini berwajah baru lebih menawan dengan kemasan metalik warna ungu gelap. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk baru meter kelajuan dan rpm yang kini lebih ceria dengan kombinasi warna. Stereng juga diberikan sentuhan kulit untuk pegangan lebih selesa dan tempat meletak tangan di panel pintu dicat dengan warna perak.

Enjin 1.0 liter masih sama seperti varian Elite sebelumnya tanpa terdapat sebarang perubahan teknikal memandangkan Viva Elite Exclusive Edition hanya tertumpu kepada penambahbaikan dari sudut kosmetik sahaja. Perodua Viva Elite Exclusive Edition ditawarkan dengan harga RM41,600.00 (solid) dan RM42,000.00 (metalik), harga atas jalan termasuk insuran. Perodua menjangkakan varian terbaru dari keluarga Elite itu akan mampu dijual sebanyak 600 unit sebulan.

Perodua Viva telah mencatatkan jualan yang amat baik, di mana sebanyak 240,000 unit model itu telah terjual sejak pelancarannya pada tahun 2007 lalu, dan varian Viva Elite adalah varian yang paling banyak terjual dengan penguasaan pasaran sebanyak 41.4 peratus atau 24,000 unit daripada jumlah keseluruhan 58,000 unit Viva yang terjual dalam tempoh 10 bulan tahun ini. Kepada golongan muda terutamanya wanita yang mahukan sebuah kereta kompak dengan gaya baru lebih eksklusif dan mewah, Viva Elite Exclusive Edition mungkin boleh dipertimbangkan.

sumber http://www.arenakereta.com/

satu persoalan saya…. APA yang EXCLUSIVEnya????? boleh sesiapa tolong terangkan???

lagi gambar sumber: http://www.wemotor.com/

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.


Komen-komen
  1. NURUL (peminat kereta VIVA) berkata:

    Saya sangat tertarik akan keluaran terbaru Viva Elite Ekslusif ini.sangat menarik dan mewah, saya sangat menginginkannya. tapi tidak kesampaian..kerana gaji saya hanya RM600 sebulan..sangat sukar untuk memilikinya..saya harap jualan kereta kompak ini akan berterusan dalam jangka masa yang lama hendaknya..”peminat kereta buatan MALAYSIA”

    • prodas berkata:

      bagus nurul… insyaalah ..kereta sekarang yang paling murah adalah perodua viva… dan pada mulanya perodua di tubuhkan adalah untuk model2 kereta kompak untuk golongan sederhana… jadi cik nurul jgn bimbang..sekiranya cik nurul pandai berjimat..insyaallah..cik akan dapat membeli viva diatas ini..

  2. BUDAK BERIMAN berkata:

    BAGI SAYA VIVA ELITE NI SANGAT MAHAL….X BANYAK MANA PERUBAHAN DARI SEGI ACCESSERI(sory klau salah eja)…lebih baik beli saga se sbb harga x banyak beza pun…sekadar pandangan saya..

  3. Akim berkata:

    Sorry..sapa tahu viva jenis ni auto or manual???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s