Archive for the ‘fantastikodesign’ Category

gambar dan info ini saya peroleh dari blog Funtastickodesign

memang saya begitu terkejut!!! Proton ada rakan kongsi dgn negara pak arab ke??

proton Aseelah??

proton Aseelah??

depan versi NEO

depan versi NEO

belakang Proton Persona

belakang Proton Persona

lampu depan Neo

lampu depan Neo

body Proton Persona??

body Proton Persona??

side mirro persona

side mirro persona

 

نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي

proton persona neo sedan… hihi

تم إبتعاث 11مهندساً سعودياً إلى شركة بروتون في ماليزيا ليتدربوا على تصميم السيارات, وكانت هذه “الأصيلة” هي نتاج أشهر من الدراسات والتدريب والعمل, وتمّ خلال هذه الفترة إعادة تصميم بعض أجزاء السيارة من الخارج والداخل وتطويرها, وتعتبر هي الخطوة الأولى لخطة مشروع نقل تقنية السيارات إلى السعودية.

11 engineer saudi telah dihantar ke syarikat Proton Malaysia untuk mendapat latihan mendesign kereta. “Aseelah” ini adalah hasil setelah beberapa bulan pembelajaran, latihan dan amali . Dalam tempoh itu mereka telah berjaya mendesign semula sebahagian part kereta daripada luar dan dalam dan meningkatkannya. Ini diperkirakan sebagai peringkat permulaan dalam Projek pemindahan teknologi pembuatan kereta kepada Saudi.

Ni dia, ASEELAH versi Arab kacukan Persona dan Neo. tetapi ini jenama model apa??

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

sumber gambar :

http://www.nissan-arabia.com/vb/showthread.php?t=56539&page=1

 

Advertisements

alhamdulilah dapat juga kita lihat clay model yang dikata-katakn sblm ini… gambar ini dapat dr blog Funtastickodesign

clay model Persona R front

clay model Persona R front

clay model Persona R rear

clay model Persona R rear

sumber gambar ini dr funtastikodesign dan terima kasih kepada

bro Jason Luc kerana sudi berkongsi gambar & info ini bersama kita..

Saga Baru 2010

Saga Baru 2010

Saga 2010

Saga 2010

warna baru

warna baru

dalaman saga 2010

dalaman saga 2010

update..

banyak stok saga baru

banyak stok saga baru

warna baru

warna baru

Salah satu pics tidak menunjukkan warna baru yang kelihatan seperti warna biru tua .Dari sudut depan kereta, Proton Saga putih itu kelainan design headlamp keseluruhan dan design grill kelihatan jauh lebih elegan dan sporty serta ada iras-iras Honda Accord generasi ke-7.

Pada design bahagian belakang kereta Proton saga, kelihatan seperti sedikit konservatif dalam mengubah design dengan hanya lampu belakang LED dan juga bumper belakang menerima perubahan baru. Design bumper belakang memang kelihatan lebih baik tetapi dapat lebih meningkatkan kalau Proton boleh membuat desain hujung bawah bumper dari hanya reflektor ke diffuser warna hitam seperti reka bentuk dengan reflektor belakang pada kedua-dua hujungnya seperti apa yang boleh kita lihat dari Proton Inspira. Dengan sedikit design, hal ini membuat bahagian belakang terlihat jauh lebih menarik dari tawaran saat ini.
Malaysia tidak akan menjadi pelanggan pertama untuk melihat facelift Proton Saga baru , kerana batch pertama Proton Saga di export  ke Thailand untuk Thailand International Motor Show yang akan dilancarkan pada 1 Disember 2010.

Ini adalah gambar terkini Saga facelift, kali ini dengan interior. Difahamkan ia bakal dilancarkan pada 2 Disember nanti. Menurut sumber gambar ini AutoInsider Malaysia , kita bukanlah orang yang pertama bakal melihat model ini dari dekat. Proton telahpun menghantar model ini ke Thailand & mereka yang berada di sana bakal melihat model ini sehari lebih awal daripada kita. Berita yang menggembirakan ialah model ini telah menerima 7000 tempahan sebelum ianya dilancarkan menurut sumber dalaman. Model ini telah dinaik taraf dengan perubahan kosmetik yang ketara di bahagian hadapan & belakang. Dalaman pula dilengkapi dengan 2 airbag (versi premium), 1 airbag (versi biasa), 4 power window, butang audio di bahagian steering, head unit masih Clarion tapi dengan tambahan AUX jack & USB.

sumber gambar dan teks di gubah dari: autoinsidermalaysia serta  funtastickodesign

sebenarnya info tentang ini sudah heboh dikatakan.. walau apa pun saya nak postkn juga… bahawa proton akan melancarkan model saga barunya di KLIMS 2010 pada bulan Disember nanti. Ada yang menyatakan model saga baru ini lampu hadapannya ala2 WV POLO… apa pandangan anda??

saga baru mempunyai design lampu hadapan dan belakang lain dari model asal…sama 2 kita lihat

sember Funtastickodesign

sumber: Lowyat.forum

sumber: paultan.org

sumber: http://www.theophiluschin.com/

betol ke depan dia ala2 POLO???

IMPRESSION dari Bro CHAKU!!!


SPYSHOTS!!!

Saga Facelift Phase 1 telah ditemui!!! Spyshots ini telah diambil Victor di Bukit Jelutong. Dengan adanya spyshots terkini bermakna model ini bakal dilancarkan tak lama lagi..kemungkinan selepas Raya serentak dengan Waja Lancer kot. Terima kasih kepada Bro CHAKU kerana telah membuat impression mengenai Saga Facelift ni.

* Bro CHAKU akan edit skit artwork ni dalam masa terdekat, tunggu

terima kasih juga kepada bro campro… gambar dan sumber info disunting dari FUNTASTIKODESIGN

Exterior shots

Interior shots

Pengesahan ini adalah Waja Lancer

Berita tentang model terbaru pengganti Proton Waja atau Proton Waja Replacement memang sesuatu yang panas dan dinanti-nantikan oleh semua. Proton Waja merupakan sebuah model yang dibina sendiri oleh Proton bermula dari R & D dan ianya bukan sebuah model yang direbadge semula dari Mitsubishi. Setelah lama dilancarkan oleh Proton dan popularitinya kian tenggelam dek kehadiran model kereta lain dari segmen yang sama seperti Toyota Vios dan Honda City, Proton Waja baru bakal dilancarkan oleh Proton pada hujung tahun ini. Hasrat Proton ialah untuk menguasai kembali pasaran dalam segmen C yang kini hanya bergantung kepada model Persona sahaja dengan jumlah jualan yang agak memberansangkan pada setiap bulan.

Jika dahulu Proton Waja dibina sepenuhnya oleh Proton, adakah ini bermakna Proton masih membina sebuah Proton Waja baru bermula dari A sehingga Z? Nampaknya percaturan seperti itu agak mustahil bagi sebuah syarikat seperti Proton yang mencatatkan keuntungan dalam kuantiti yang kecil. Proton mungkin tidak sanggup lagi menanggung risiko membina sebuah model baru dengan kos yang tinggi dan kemudiannya menanggung risiko apabila model tersebut hanya mampu dijual dalam jumlah yang sedikit dan tiada pulangan modal? Syarikat seperti Naza dan Perodua tidak memerlukan model kereta yang dibina sendiri untuk mencatat keuntungan jualan yang besar, sebaliknya cukup sekadar menjual semula kereta dari jenama lain yang direbadge semula. Nampaknya Proton sedang mengikut jejak langkah tersebut demi mengurangkan kos, seterusnya dapat mencatat kembali keuntungan seperti mana yang pernah mereka nikmati pada tahun-tahun sebelum 2005 dahulu.

Jika mengikut khabar angin dalam dunia permotoran, Proton Waja baru bukan lagi sebuah model asli dari Proton, sebaliknya ianya adalah sebuah model yang direbadge dari Mitsubishi. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana Proton seperti diketahui umum telah menjalinkan kembali kerjasama dengan syarikat Mitsubishi. Strategi yang pernah ditamatkan oleh Proton sedikit masa lalu dan kini Proton terpaksa menerima hakikat bahawa tanpa kerjasama dengan syarikat lain Proton tidak akan mampu membina dan menjual banyak model baru. Strategi yang sama kini digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang lain seperti Kia, Nissan, Mazda, Toyota, Ford, Subaru dan banyak lagi demi mengekalkan kelangsungan dalam dunia automotif yang memerlukan modal dalam jumlah yang besar untuk melakukan aktiviti R & D bagi setiap model baru.

Jika khabar angin ini benar iaitu Proton Waja baru ialah sebuah model dari Mitsubishi Lancer yang direbadge semula, bermakna Proton kembali melangkah ke belakang sama seperti ketika mereka melancarkan model popular mereka dulu iaitu Proton Wira. Walaupun strategi itu tidak menunjukkan bahawa Proton akan mengikut jejak langkah syarikat Kia dan Hyundai yang semakin agresif menjadi syarikat automotif gergasi, Proton sebenarnya tiada pilihan lain. Dengan kemampuan yang terhad walaupun mereka memiliki syarikat Lotus, Proton sebenarnya tidak mampu bersaing dengan syarikat automotif gergasi lain. Hatta dengan Perodua sekalipun Proton telah gagal, jadi apa yang boleh diharapkan dari Proton untuk bersaing dengan syarikat automotif dari Jepun dan Eropah?

Bukti eksklusif dan terbaru tentang Proton Waja baru versi Mitsubishi Lancer kini telah tersebar dalam blog automotif dengan paparan beberapa keping foto spyshot yang pertama kali berjaya dirakamkan. Setakat ini tiada pengesahan rasmi berkenaan ketulenan foto-foto tersebut namun ianya dipercayai adalah foto sebenar sebuah Proton Waja Replacement yang bakal dilancarkan nanti. Untuk melihat lebih banyak foto Proton Waja baru a.k.a Waja Lancer, sila berkunjung ke blog funtasticko design dan http://www.arenakereta.com/ nilaikan sendiri ketulenan foto-foto tersebut.

petikan ini diambil dr sumber http://www.arenakereta.com/

saya baru sahaja pulang dari bercuti.. bukak2 internet jekk ade berita baru tentang proton…

cambar ni saya dapat dari sebuah blog FUNTASTIKODESIGN tq kepada bro campro coz dapat gambar ini….

saya mahu kongsikan kepada anda semua…

exora-mc1

exora-mc1

sport rim baru

sport rim baru

gambar bawah ini pula dari paultan.org

23

apa pendapat anda..?