Posts Tagged ‘proton spyshot’

Exterior shots

Interior shots

Pengesahan ini adalah Waja Lancer

Berita tentang model terbaru pengganti Proton Waja atau Proton Waja Replacement memang sesuatu yang panas dan dinanti-nantikan oleh semua. Proton Waja merupakan sebuah model yang dibina sendiri oleh Proton bermula dari R & D dan ianya bukan sebuah model yang direbadge semula dari Mitsubishi. Setelah lama dilancarkan oleh Proton dan popularitinya kian tenggelam dek kehadiran model kereta lain dari segmen yang sama seperti Toyota Vios dan Honda City, Proton Waja baru bakal dilancarkan oleh Proton pada hujung tahun ini. Hasrat Proton ialah untuk menguasai kembali pasaran dalam segmen C yang kini hanya bergantung kepada model Persona sahaja dengan jumlah jualan yang agak memberansangkan pada setiap bulan.

Jika dahulu Proton Waja dibina sepenuhnya oleh Proton, adakah ini bermakna Proton masih membina sebuah Proton Waja baru bermula dari A sehingga Z? Nampaknya percaturan seperti itu agak mustahil bagi sebuah syarikat seperti Proton yang mencatatkan keuntungan dalam kuantiti yang kecil. Proton mungkin tidak sanggup lagi menanggung risiko membina sebuah model baru dengan kos yang tinggi dan kemudiannya menanggung risiko apabila model tersebut hanya mampu dijual dalam jumlah yang sedikit dan tiada pulangan modal? Syarikat seperti Naza dan Perodua tidak memerlukan model kereta yang dibina sendiri untuk mencatat keuntungan jualan yang besar, sebaliknya cukup sekadar menjual semula kereta dari jenama lain yang direbadge semula. Nampaknya Proton sedang mengikut jejak langkah tersebut demi mengurangkan kos, seterusnya dapat mencatat kembali keuntungan seperti mana yang pernah mereka nikmati pada tahun-tahun sebelum 2005 dahulu.

Jika mengikut khabar angin dalam dunia permotoran, Proton Waja baru bukan lagi sebuah model asli dari Proton, sebaliknya ianya adalah sebuah model yang direbadge dari Mitsubishi. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana Proton seperti diketahui umum telah menjalinkan kembali kerjasama dengan syarikat Mitsubishi. Strategi yang pernah ditamatkan oleh Proton sedikit masa lalu dan kini Proton terpaksa menerima hakikat bahawa tanpa kerjasama dengan syarikat lain Proton tidak akan mampu membina dan menjual banyak model baru. Strategi yang sama kini digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang lain seperti Kia, Nissan, Mazda, Toyota, Ford, Subaru dan banyak lagi demi mengekalkan kelangsungan dalam dunia automotif yang memerlukan modal dalam jumlah yang besar untuk melakukan aktiviti R & D bagi setiap model baru.

Jika khabar angin ini benar iaitu Proton Waja baru ialah sebuah model dari Mitsubishi Lancer yang direbadge semula, bermakna Proton kembali melangkah ke belakang sama seperti ketika mereka melancarkan model popular mereka dulu iaitu Proton Wira. Walaupun strategi itu tidak menunjukkan bahawa Proton akan mengikut jejak langkah syarikat Kia dan Hyundai yang semakin agresif menjadi syarikat automotif gergasi, Proton sebenarnya tiada pilihan lain. Dengan kemampuan yang terhad walaupun mereka memiliki syarikat Lotus, Proton sebenarnya tidak mampu bersaing dengan syarikat automotif gergasi lain. Hatta dengan Perodua sekalipun Proton telah gagal, jadi apa yang boleh diharapkan dari Proton untuk bersaing dengan syarikat automotif dari Jepun dan Eropah?

Bukti eksklusif dan terbaru tentang Proton Waja baru versi Mitsubishi Lancer kini telah tersebar dalam blog automotif dengan paparan beberapa keping foto spyshot yang pertama kali berjaya dirakamkan. Setakat ini tiada pengesahan rasmi berkenaan ketulenan foto-foto tersebut namun ianya dipercayai adalah foto sebenar sebuah Proton Waja Replacement yang bakal dilancarkan nanti. Untuk melihat lebih banyak foto Proton Waja baru a.k.a Waja Lancer, sila berkunjung ke blog funtasticko design dan http://www.arenakereta.com/ nilaikan sendiri ketulenan foto-foto tersebut.

petikan ini diambil dr sumber http://www.arenakereta.com/