tanya pakar: Mr EXORA…..

Posted: 20 Jun 2009 in automotif, PROTON, Proton Designer, proton Exora

Ketua Jurutera, Azlan Othman kongsi misi pengeluar MPV nasional

mainpix1[1]

JENAMA Saga, Iswara, Wira hinggalah model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora – Proton terus memikat dan mencuri perhatian sektor permotoran dengan prestasi hebat model keluarannya dan harga kompetitif.

Faktor rekaan mesra pengguna dan harga mampu milik menjadikan jenama kereta nasional, Proton terus berdaya saing serta relevan di pasaran automotif. Selepas 25 tahun entiti ini dilahirkan, Proton terus matang dan berevolusi.

 

Apakah resipi kejayaan Proton hinggakan jenama ini mampu bertahan dalam pasaran kenderaan yang cukup berdaya saing?

“Faktor harga serta rekaan yang dekat di hati pengguna adalah antara resipi menjadikan Proton terus relevan serta mendapat sambutan pengguna.

“Jika dilihat pada harga, Proton cukup berdaya saing. Kita bertuah kerana hampir keseluruhan bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan kereta Proton diperoleh di bumi sendiri.

REKAAN prototaip MPV Proton sebelum direalisasikan menjadi Proton Exora kebanggaan rakyat Malaysia.

“Selain itu, faktor kos tenaga buruh murah membolehkan kita mengeluarkan kereta pada harga berpatutan,” kata Pengurus Rekaan Jurutera Kenderaan, Bahagian Jurutera Proton, Azlan Othman.

Azlan yang juga memikul tanggungjawab sebagai Ketua Jurutera dan Pereka MPV Proton Exora, berkata persekitaran mencabar pasaran kenderaan mendorong Proton membangunkan kenderaan MPV sesuai dengan permintaan pengguna.

Beliau berkata, pelancaran model Proton Exora memenuhi impian keluarga besar berpendapatan sederhana untuk merasai keselesaan serta kualiti pemanduan kelas terbaik pada harga berpatutan.

“MPV Proton Exora lahir selepas tempoh penyelidikan 18 bulan termasuk melalui fasa kajian dan pembangunan (R&D). Kita juga mengumpul pendapat umum mengenai kenderaan yang memenuhi cita rasa pengguna.

 

“Sepanjang tempoh itu, banyak model, rekaan serta ujian dikendalikan tenaga kerja Proton sebelum munculnya rekaan MPV Exora seperti yang dilihat sekarang,” kata Azlan.

Pada harga serendah RM69,998 bagi kategori M-Line serta RM 75,998 untuk kategori H-Line, tiada apa yang lebih membanggakan selain peluang memandu MPV yang menjadi keluarga baru Proton ini.

Bersama XY – Tanya Pakar minggu ini, Azlan berkongsi misi dan visi Proton untuk terus mengorak langkah menjadi pengeluar kenderaan terkemuka dalam persekitaran pasaran automotif mencabar…

Boleh ceritakan serba sedikit perjalanan karier anda bersama Proton?

Saya mula menyertai Proton sebaik saja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 1995 dalam bidang pengkhususan automotif rekaan industri.

Pengalaman lebih 13 tahun bersama Proton nyata memberi makna besar dalam karier saya. Ini kerana saya berpeluang mempelajari teknologi kejuruteraan Lotus selain bertanggungjawab mereka komponen Proton Waja.

Saya juga terbabit dalam proses pembangunan model Neo, Persona, Savvy dan terbaru Proton Exora.

Sebagai ketua jurutera di Proton, apakah agaknya cabaran menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi kehendak pasaran?

Tidak dinafikan pasaran kenderaan makin mencabar. Namun, Proton kian matang dan kami melakukan banyak proses kajian dan tinjauan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Ini dilakukan bagi memastikan setiap model yang dipasarkan memenuhi cita rasa dan aspirasi semua pihak.

Bermula dengan Proton Saga pada 1985 hinggalah model MPV terbaru, Proton Exora. Apa komen anda mengenai perjalanan 25 tahun Proton dalam segmen pengeluar kenderaan terkemuka hari ini?

Perjalanan panjang Proton cukup membanggakan kerana bermula daripada sebuah syarikat kecil, Proton kini menjadi pengeluar kenderaan yang jenamanya mula diperkatakan di seluruh dunia.

Tidak mahu sekadar menjadi juara di tempat sendiri, Proton mengorak langkah memasarkan model keluarannya ke luar negara. Bagi memastikan jenama 25 tahun ini berdaya saing, setiap model baru perlu mengambil kira cita rasa global. Ini bagi menimbulkan tarikan dan pesona kepada pengguna antarabangsa.

Boleh anda ceritakan sedikit proses pembangunan model MPV terbaru, Proton Exora?

Proton Exora sepatutnya menjadi kebanggaan kita. Ini kerana kenderaan pelbagai guna ini dibangunkan dengan 100 peratus kejuruteraan tempatan.

Daripada banyak rekaan yang diperdebatkan pada peringkat awal sehinggalah dua rekaan prototaip terakhir, Proton Exora dibangunkan melalui proses penilaian dan kajian terperinci.

Adalah menjadi cabaran bagi kami kerana diminta menghasilkan kenderaan yang memenuhi cita rasa, dilengkapi kualiti bertaraf dunia, reka bentuk kompetitif dan mampu dimiliki siapa saja.

Tidak dapat tidak, anda pasti bimbang mengenai penerimaan awal pengguna terhadap Proton Exora. Boleh kongsi sedikit perasaan anda apabila kenderaan pelbagai guna ini mula dilancarkan?

Semestinya (bimbang dengan reaksi pengguna)… Ini tidak boleh dinafikan kerana Proton Exora adalah model MPV pertama keluaran Proton. Sebagai pengeluar kenderaan, Proton perlu mengambil kira banyak perkara termasuk tidak keterlaluan dalam reka bentuk kenderaan hingga hilang tumpuan dan minat pengguna.

Alhamdulillah, hingga hari ini sebanyak 11,500 tempahan sudah diterima, sekali gus menjadikan pasaran terbaik bagi model keluaran Proton sekarang.

Anda dan Proton tentu berbangga dengan sambutan baik terhadap Proton Exora ini bukan?

Sambutan memberangsangkan diterima berdasarkan jumlah tempahan dan reaksi positif pembeli. Pelbagai inisiatif seperti penubuhan unit Customer Active Team (CAT) misalnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan rungutan pengguna terhadap kenderaan keluaran Proton.

Apa pandangan anda mengenai Proton Exora?

Proton Exora adalah kenderaan MPV yang sangat kompetitif, luas dan selesa. Kenderaan ini juga mempunyai kos penyelengaraan yang rendah selain dilengkapi ciri kenderaan mewah dan berteknologi tinggi.

Tidak ramai tahu, banyak teknologi terkini diaplikasikan pada Proton Exora. Ini membuatkan kenderaan pelbagai guna ini begitu memikat setanding dengan model MPV sekelasnya yang dijual pada harga sehingga RM150,000.

Bagaimana anda melihat rekod cemerlang Proton selama ini?

Sejak segala-galanya bermula hingga hari ini, banyak perkara dipelajari Proton terutama soal kehendak dan keperluan kenderaan bagi pengguna.

Mengambil contoh, model Juara yang pernah dipasarkan di Malaysia dulu. Umum merasakan model ini kurang mendapat sambutan di Malaysia sedangkan kenderaan ini menjadi antara model popular di Jepun ketika itu.

Cita rasa pemilik kenderaan keluaran Proton berkembang seiring usia syarikat. Bagaimana Proton merangka strategi supaya kekal relevan dalam industri automotif?

Hala tuju Proton seperti yang anda lihat hari ini mampu memenuhi setiap segmen pelanggan. Kita sudah memiliki rangkaian segmen kereta kecil, sederhana dan sekarang kenderaan MPV yang memenuhi aspirasi keluarga besar.

Apa yang membanggakan, kita memiliki jenama kenderaan yang kuat, pasaran kukuh serta terus menyokong kepakaran kejuruteraan tempatan.

Melihat pasaran kenderaan hari ini, tidak terkecuali Proton berdepan saingan jenama lain di pasaran. Bagaimana Proton berdepan dengan cabaran dan persaingan hari ini?

Ini sesuatu yang kompleks. Sudah pasti sebagai sebuah syarikat nasional, kita perlu bersaing dengan syarikat pembuat kenderaan besar seperti Toyota. Kita lihat julat pasaran kereta Toyota cukup besar berbanding Proton.

Namun, kreativiti dan strategi yang diterapkan bertujuan menyaingi kualiti dan nilai produk setanding dengan pengeluar kenderaan utama dunia yang lain.

Apakah strategi untuk membawa jenama Proton di pentas antarabangsa?

Kita sedar Proton sendiri tidak boleh sekadar memberi tumpuan untuk pasaran kenderaan di Malaysia. Proton sentiasa merangka strategi melebarkan sayap di luar negara di mana ruangnya cukup besar.

Pasaran negara asing ini termasuklah China, India dan Timur Tengah yang memiliki jumlah penduduk lebih ramai dan pasaran berskala besar.

Proton juga giat memasarkan jenama seperti Proton Exora yang akan menembusi pasaran rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia.

Info – Proton Exora

  • Enjin: 4-silinder Campro CPS dengan VIM 16 injap DOHC
  • Kuasa maksimum: 125hp @ 6,500rpm
  • Tork maksimum: 150Nm @ 4,500rpm
  • Transmisi: 4-kelajuan auto
  • Ciri keselamatan: 2 beg udara depan, ABS, EBD
  • MPV tujuh tempat duduk itu yang didatangkan dalam dua varian iaitu jenis mewah dan pertengahan.
  • Terdapat enam warna pilihan iaitu genetic silver (perak), tranquility black (hitam), haze blue (biru), solid white (putih), gaia blue (biru) dan pryite brown (coklat).
  • Harga: RM 75,998 (H-Line), RM69,998 (M-Line)

    Profil

    Nama: Azlan Othman

    Umur: 35 tahun

    Tarikh lahir: 10 Jun 1973

    Tempat lahir: Kuching, Sarawak

    Tinggi: 180 sentimeter

    Berat: 62 kilogram

  • Komen-komen
    1. zenvo berkata:

      im da 1st!!! HIP HIP,HOORAYY!!..AZLANO!!!,my idol

    2. zenvo berkata:

      **prodas,x tanye ke azlano nape dsign bumper depan neo cps tu cam tu,it kinda weird…i thnk it should be better if it s designed to look more hot n smooth..

    3. prodas berkata:

      haha..ak bukan temu ramah dio…ni ak amek dari berita harian..hahahah

    4. campromania berkata:

      bro prodas, ni artikel kat berita harian xy kan…

    5. Rush Lee berkata:

      La… org Swak rupanya si Azlan ni… padanlah mcm pernah tgk je dia dulu…

    6. farghmee berkata:

      neo paling smart aku tgk ialah yg rally punya kaler putih tu…
      cantik seh!

      hahaha..

      azlano..redesign dashboard exora..redesign plz…

    7. fauzan berkata:

      hehe. azlano, saya slalu gak ikuti perkembangan blog dia. yg saya tahu, dia nie peminat kereta wish, no wonder jadi kelab fan wish n design exora benchmark pun wish. ada tengok gambar2 wish fan club azlano di thailand if i’m not mistaken ;0
      Anyway, chaiyok2 !

      salam.

    8. gen2 berkata:

      proton pada saya kena beri perhatian kepada pintu sampai sekarang masalah pintu tak dapat diselesaikan,saya dah cuba buka pintu exora masih di takuk lama tiada perubahan, seperti Gen2,masa tutup pintu masih tidak padat seperti kereta import yang lain.

    9. sayala berkata:

      Azlano cakap dia bukan engineer.. rasanya dia tak buat rekabentuk exora kot.. jadi tak timnbul dia peminat wish atau tidak sampai exora leh konon nak sama dgn wish. Seebnarnya secara dasarnya… semua MPV aku tengok hampir sama… nama je mpv tentu ada sudut2 tertentu yg sama.. mmg takleh lari dah.

    10. campromania berkata:

      betul tu sayala..mpv sume lebih kurang sama je..kat area asia mpv mmg la glamour, tapi area europe diorg lebih suka station wagon, lebih kurang mcam mpv,sebenarnya station wagon tu sedan or hatchback yg dipanjangkan je..

    11. fauzan berkata:

      to sayala, design exora memang tak sama dgn wish. Cuma Wish adalah benchmark bagi penghasilan exora (refer test mule exora).
      Azlano terlibat dalam dept. styling if im not mistaken, dlm projek exora nie, Azlano adalh ketua jurutera dan pereka MPV nie (refer statement akhbar). Refer blog azlano. dia adalah peminat wish dan menjadi ahli kelab wish fan club. gambar2 aktiviti di thailand bleh tgk kat blog dia. Tak lah bermakna, kalau dia minat wish, exora mcm wish (tak sama langsung), exora direka menyamai standard rekaan wish. mgkin wish cuma inspirasinya…

      cheers!

    12. campromania berkata:

      rasanya azlano sendiri adalah pemilik wish dan aktif dalam kelab wish malaysia

    13. anelka berkata:

      a,kum semua, sya org bru dlm blog ni. Tapi seblum ni hari2 tengok blog bro prodas pasal exora. Sya bru dpat exora h-line putih minggu lps kat KK sbah. lama jugak lah tunggu dkt 2 bulan bru dpt keta tu. perfomance ok, mmg ngam utk famili keluarga sederhana. pas seminggu drive ada bunyi mcm absober rosak kat sblah kanan depan ( tapi tak kuat bunyi ). cuma bila jln slow langgar bonggol sikit kluar la bunyinya tu. ada sapa2 ke yg hadapi masalah mcm sya punya ni? Bro prodas…ada komen ka?

    14. prodas berkata:

      anelka..adakah anda yakin bunyi 2 adalah absober rosak???? anda sudah servis ke blom????…

    15. anelka berkata:

      belum servis lagi bro..ingat servis pertama tu nak tanya apa masalah bunyi tu. Tapi yang herannya bila langgar bonggol sikit bunyi dia lain mcm lah. Klu jln slow mmg boleh dengar bunyi tu..

    16. prodas berkata:

      bro anelka….anda kena adukan di proton i-care……sebelum servis…jgn bawa melebihi 120km…..

    17. sayaler berkata:

      ini dari blog Azlano sendiri :

      I am not an engineer. Never will be (obviously since I’m not formally trained as one), and has no intentions of being one (with all due respects to my friends already beleaguered in that profession! Hehe). I guess this misinterpretation is due to the fact that the words Engineering Division exists somewhere on my business card (which I promptly handed over to him before the interview started). Me guess the reporter conveniently forgot even though I repeatedly mentioned that I’m part of the Creatives fraternity regardless of what’s written on my card.

      Anyhoo, what’s done is done. Hope you found the article mildly entertaining!

    18. fauzan berkata:

      huhu…ada misinterpretation ye. tapi confirm dia di jabatan styling kan? more on creative, arts n styling la nie..

      cheers!

    19. anelka berkata:

      bro prodas, nak tanya bro klu kat semenanjung berapa servis first time for exora? Saja nak tau, pasal kat KK ni kadang2 klu tak kena gaya mmg kena cekik kat pusat servis. Bukan lagi kena cekik , minum darah pun ada. Tu la pasal nak compare harga servis kat semenanjung dgn sabah ni brapa harga. Bleh bro bg maklumat ttng servis exora ni bro?

    20. prodas berkata:

      anelka….RM165.35…bro kalau nak g servis jangan servis kat tempat lain selain pusat servis proton…..

    21. anelka berkata:

      bro prodas, saya rasa nak tukar rim exora tu bro, bagi masuk 17 inci. Tapi masalahnya sekarang ada tak kedai tayar buat alignment untuk exora? confuse jugak lah rasanya, pasal keta exora ni baru lagi, takut mesin alignment tayar kat kedai tu takde plak sistem untuk alignment keta exora ni. Yg kompom kat proton i-care ada la. Apa pendapat bro pasal ni…

    22. ZAHARI NAPIS berkata:

      Salam…Bro Prodas,, saya dah pakai exora hampir sebulan dan saya pun mengalami masalah yang sama dengan anelka…memang jelas bunyinya bila lalu atas bonggol jalan…dan memang bunyi dari depan sebelah kanan…minta info dari sume pemilik exora yg ada diblog ni …adakah ini berlaku pada kalian sume…nk htr servis baru nk smpi 600km..maklumlah keta lama masih guna lagi…

      Tunggu jawapan – Dick Kuantan

    23. dick berkata:

      Mana ni tunggu lama juga x de respons pun….

    24. anelka berkata:

      bro dick, pasal bunyi kat depan sebelah kanan exora tu ke? baru-baru ni aku dah buat servis yang pertama kat proton i-care di kk. Masalah bunyi tu disebabkan gegelung spring yang kena kat body ( tempat simpan spring, aku pun tak tau sangat bab ni ). mekanik proton tu simpan getah je kat spring tu, hilang dah bunyi dia. tapi diaorang kata klu masih ada bunyi-bunyian yang tak sedap didengar mesti simpan keta tu dari pagi. sebab senang diaorang nak detect apa masalah dia. hari tu aku datang nak servis dan nak check apa masalah kat depan tu. setakat ni lain-lain masalah belum ada lagi. lepas servis keta jadi ringan semacam je, kalau jalan lurus senang-senang je pegi 110kmh. nasib baik la jalan kat kk ni pendek-pendek, kalau kena jalan highway mcm kat brunei, mmg aku tekan habis pedal minyak tu. nak rasa berapa boleh lari je…rilek bro..nanti time servis ko suarakan apa masalah kat exora ko tu kat proton i-care. masih warranty lagi bro.

    25. farghmee berkata:

      offtopic>>

      sy nk promote blog,
      http://farghmee.wordpress.com/

      sori prodas😉

    26. deanraship berkata:

      salam bro prodas… saya juga hadapi masalh yg same bunyi kat dpn bila langgar bonggol. exora saya dh buat 1st servis.

    27. dick berkata:

      Salam sume….
      OK TQ kpd anelka beri respon…nmpknya bro prodas x minat nk respon dh..sori.. jgn marah… kpd deanraship nape masa 1st servis tu x ckp ngan dia org.. berapa kos ? sama ngan yg di atas tu ke ??

      tp aku rasa x seronok btul keta baru ada bunyi yg x sedap didengar…bro-bro yg lain x bagi trespon ke ???

      Wassalam…

    28. deanraship berkata:

      salam dick… cost abt RM 135.00 utk 1st servis… masa tu ingakn normal je sbb bende baru…. tp smp skrg masih ada lg.. dh jalan 3600km.. slalu balik johor.. handling mmg best.. x leh nk dinafikan🙂.. lg satu maybe sbb drive by wire… btoi x bro Prodas..

    29. anelka berkata:

      a,kum dick and deanraship..nak tanya apasal first servis mahal sangat? hari tu aku servis kat kk, sabah ni baru RM117.85 je..pasal pa ya? lagi satu nak tanya dgn exorian semua yang ada dalam blog ni..ada sapa-sapa tak yang sudah tukar rim exora korang? klu ada tu tolong2 jawab la soalan yang aku utarakan tu..pasal tak sabar lagi nak tukar rim ni..satu lagi nak tanya dgn bro prodas sendiri..takde niat ke nak buat gabungan kelab exora semenanjung dengan sabah dan sarawak? pasal aku tengok kat kk sabah ni dah banyak pakai exora. stok pun banyak yang sampai..ada sapa-sapa boleh jawab soalan ni?

    30. prodas berkata:

      sorry deanraship n dick…n sorry geng….. saya minggu lepas tak on9… bizy sikit…… saya bkn tak respond tapi tak sempat n enternet ade masalah sikit…so maaf…..

      deanraship>>> bro dah adukn blom kat pusat servis proton tersebut???? so bunyi itu apa sebab???? ade kedengaran lagi tak???

      anelka…kalau nak tanye pasal rim saya cadang kat layari http://protonexora.com.my/forum/
      di sini ada pemilik exora yang sudah modifid exora mereka..

      off topik>>> semalam saya gi muar…saya teserempak dengan exora kaler putih…cermin tintet…n ade body kit….. cun beb…. tapi tak sempat amek..coz dalam kereta…. saya lihat bodykity dia lain….daripada yg ada di internet….. cun abis exora 2…. sesiapa yg sudah pasang body kit bolehlah poskan gambar anda kt emel saya…sy tenggah menunggu bodykit exora yabg lawa untuk exora saya……

    31. deanraship berkata:

      Hi Bro Prodas,

      sy blum adukn lg… tgu la 2nd servis nti.. kt airbag sebelah kiri mmg ada bunyi ke.. klu sesape ada alami sila bg tau..

    32. deanraship berkata:

      hi bro prodas & sume…

      aku dh bt appointment dgn proton edar mlk pd ari sabtu ni dan aku dh bt aduan kt i-care centre. apa2 hal kene tunggu minggu dpn baru tau apa masalhnye dgn kete aku..

      arious…

    33. Sayaler berkata:

      kerusi exora boleh sorong ke belakang dan ke depan ke?

      ni test drive indonesia

      Kamis, 16/07/2009 16:42 WIB
      Test Drive Proton Exora
      Muhamad Ikhsan – detikOto
      Gambar
      Proton Exora (Ikh)
      Video Terkait
      gb
      Proton Kenalkan Exora
      Foto Terkait
      gb
      Jagoan Malaysia Proton Exora
      Jakarta – Gebrakan PT Proton Edar Indonesia (PEI) di pasar otomotif tanah air lambat tapi pasti. Gebrakannya antara lain dengan menghadirkan mobil keluarga yakni MPV Proton Exora.

      Proton mengklaim mobil itu sangat sesuai disandingkan dengan Kijang Innova, Grand Livina dan Toyota Avanza.

      Pembuktian pun tiba, ketika detikOto pantau sisi luarnya Exora eksekutif otomatis, MPV Exora terlihat lebih kecil dari Innova, namun lebih tinggi dan panjang ketimbang Grand Livina. Dan begitu dipertemukan dengan Avanza, MPV Exora juga terlihat lebih besar dan panjang ketimbang varian Avanza.

      Namun, memang bentuk Exora lebih segar dibandingkan dengan ke-3 varian tersebut. Exora lebih mencuatkan kelembutan pada setiap lekukan bodinya. Meski terlihat sedikit gambot, namun sisi eksterior Exora benar-benar tidak kalah dengan pesaingnya.

      Langsung saja untuk membuktikan kehandalan MPV anyar dari Proton, detikOto memutar kunci pada posisi ON, mesin pun menderu sebagai tanda mesin 1.600 cc Campro CPS dengan 4 silinder DOHC 16 valve siap diajak eksplorasi yang dimulai dari Hotel Darmawangsa, Jakarta Selatan.

      Awal duduk di bangku sopir, detikOto merasakan kenyaman yang sangat, terutama ketika panel AC diposisikan pada ON. Kesejukan menyelimuti detikOto bersama rekan lainnya siang itu. Tidak itu saja, rekan detikOto merasakan udara sejuk hingga bangku ke tiga.

      Hingga bangku ketiga? Ya bisa saja karena terdapat 2 panel AC pada Exora yakni di bangku tengah dan bangku paling belakang, jadi AC bisa berhembus hingga ke belakang dengan merata.

      Penumpang yang duduk di row 3 awalnya mengeluh karena terlalu sempit. Sebab leg room terlalu pas dengan bangku row 2 di depannya. Namun jarak bisa diatur karena row 2 bisa digeser ke depan. Dan bangku row 3 pun bisa digeser kebelakang. Nah, Anda bisa menemukan lagi tambahan ruang buat kaki.

      Ketika melewati jalan tol pinggir kota menuju BSD, guncangan bangku belakang sangat terasa, karena ada jalan yang sedikit bergelombang, kami menilai hal terjadi karena posisi duduknya yang di atas sumbu roda belakang.

      Wajar jika guncangan sedikit memualkan penumpang belakang. PT PEI sendiri telah mempersenjatai karakter suspensi Lotus pada ke 4 titik Proton Exora, dan PT PEI mengklaim jika karakter suspensi tersebut sangat mumpuni untuk jalan luar kota dan dalam kota, jalan mulus hingga rusak sekalipun.

      Setelah dari BSD, rombongan menuju Pondok Pinang. Momen ini tidak disia-siakan oleh detikOto untuk menghetahui kehandalan mesin terbaru yang dikandung MPV Exora.

      Exora yang dibekali dengan mesin Campro CPS yang memiliki 1.600 cc dengan 4 silinder DOHC 16 valve sedikit mengalami kendala, mesin sedikit kurang berakselerasi pada RPM rendah antara 1.500 hingga 2.000 RPM.

      Namun setelah RPM atas, mesin dengan transmisi konvesional 5 speed mampu menghantarkan tenaga pada roda hingga menempuh kecepatan 120 km.

      Dan hanya sebatas kecepatan itu, karena jalan tol tidak sekosong yang kami pikirkan. Setelah cukup dirasakan, daya 125 hp pada 6.500 RPM dan torsi 150 Nm pada 4.500 RPM tergolong mumpuni untuk berkendara di dalam kota. Apalagi pihak PT PEI mengklaim jika mobil tersebut dapat berjalan 11 km dengan 1 liter bensin.

      Saat melakukan pengereman mendadak Exora yang telah dilengkapi dengan sistem pengereman Anti lock Brake System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD) bekerja maksimal menjaga kestabilan mobil, mobil tidak lari terbuang ke kiri atau pun ke kanan.

      Perjalanan pun berhenti di Pondok Pinang, dan sempat berganti posisi. DetikOto kedapatan duduk dibangku 2. Dan dilanjutkan menuju Taman Mini Indonesia Indah (TMII).

      Perjalanan pun semakin asyik, terlebih terdengar percikan suara yang tersembur lewat tape berlabel Clarion pada mobil Exora, apalagi dengan fitur additional GPS pada mobil kami.

      Mengapa dikatakan additional GPS, karena PT PEI hanya menyematkan GPS pada tipe Exora Supreme-nya saja sedangkan tipe Eksekutif manual dan Eksekutif otomatis tidak disematkan GPS.

      Tak terasa, perjalanan pun berakhir di Hotel Darmawangsa, Jakarta Selatan.

      Setelah merasakan MPV Proton Exora, detikOto berkesimpulan jika mobil Exora sangat kompetitif. Dan dari teknologi terbilang biasa saja ini wajar jika PT PEI mematok harga di atas Rp 175 juta dan dibawah Rp 210 juta.

      Pastinya konsumen mendapatkan pilihan warna MPV dengan hadirnya MPV Proton Exora. Tentunya pilihan terakhir seperti biasa berada di tangan Anda para pecinta mobil keluarga…

    34. farghmee berkata:

      setau aku, 2nd row xble gelungsur ke depan.
      tp xtau la maksud perkataan “geser” tu ape?

      review ni kena baca lg skali.
      lg bes kalu diorg review 3sekaligus: GL, avanza & exora.

    35. Sayaler berkata:

      Masa awal Paultan test drive dulu mmg depa ada mencadangkan tentang baris kedua dikurangkan ruang untuk diberikan ruang pada baris ke 3, dan ada yg mencadangkan dibuat kerusi yg boleh disorong ke depan dan belakang. Jadi aku rasa Proton terima cadangan ni dan cuba aplikasi pada exora yg diexport ke Indo.

      “Penumpang yang duduk di row 3 awalnya mengeluh karena terlalu sempit. Sebab leg room terlalu pas dengan bangku row 2 di depannya. Namun jarak bisa diatur karena row 2 bisa digeser ke depan. Dan bangku row 3 pun bisa digeser kebelakang. Nah, Anda bisa menemukan lagi tambahan ruang buat kaki.”

    36. Sayaler berkata:

      dalam satu review express dari satu site indo.. jurnalist mengatakan exora yg dia naiki agak melompat/bump .
      Tapi Review yg satu ini memuji pulak. hehehe tataula mana satu betul.

      Apa2 pun sekarang tempahan exora di sana dah 400 unit walaupun belum dilancarkan secara rasmi . Akan dilancarkan pada 24 julai. Syabas Proton!

      Kenyamanan Suspensi Exora Melebihi MPV Jepang
      Jum’at, 17 Juli 2009 – 11:11 wib

      Prasetyo Adhi – Okezone
      –>
      (foto: Prasetyo/okezone).

      JAKARTA – Kesempatan untuk menjajal Proton Exora menjadi pengalaman tersendiri bagi kami. Karena kami dan beberapa rekan media lainnya menjadi yang pertama kali merasakan kemampuan MPV tersebut.

      Kebetulan kami mendapatkan varian automatik. Keluar pelataran Ballroom Hotel Darmawangsa, Jakarta, tuas perseneling kami geser ke posisi D. Mobil pun melaju perlahan di seputaran hotel.

      Melewati jalan yang kurang rata dan polisi tidur kenyamanan kabin tetap terasa. Ini berkat suspensi MacPherson strut dan torsion beam racikan Lotus. Beda sekali dengan MPV kebanyakan di mana guncangan sangat terasa kala melewati jalan dengan kondisi tersebut.

      Diajak menikung patah pun mobil tetap stabil tanpa ada gejala limbung khas MPV. Handling tetap mantap, penumpang didalam juga tidak mengalami guncangan berarti. salut!

      Mendapati kondisi jalan agak lenggang, kami pun gatal menginjak pedal gas lebih agresif. Tenaga mesin 1.600 cc 4 Silinder DOHC meraung keras. Namun tenaga baru terasa ketika rpm telah menunjukkan angka 3.000 keatas. Kurang dari itu, mesin Exora kurang mampu berakselerasi lebih hebat.

      Sebagai kendaraan keluarga, Exora pun telah dilengkapi perangkat hiburann yang cukup memadai. Satu set head unit double din yang mampu memutar CD bisa mengalunkan lagu-lagu kesayangan dengan suara yang jernih.

      Tidak ada yang terlalu istimewa dari kabin exora. dashboard, jok dan door trim tampil layaknya MPV pada umumnya. Namun panel-panel indikator sangat mudah terbaca disiang hari sekalipun. Ini tentu menjadi nilai tambah lainnya sehingga memudahkan pengemudi dan penumpang bisa membaca kondisi mobil dari dalam kabin.

      Semua fitur sepertinya memang pantas disandingkan dnegan MPV kompetitornya dari Jepang. Dengan harga, yang katanya, dibawah Honda Freed, rasanya Exora memang pantas jadi kendaraan keluarga alternatif di luar merek Jepang ataupun Eropa. (uky)

    37. farghmee berkata:

      sayaler, ape web2 kete indon ye?
      sy nk tau🙂

    38. Sayaler berkata:

      ini antaranya http://okezone.com/

      http://www.situsotomotif.com/v5/

      Forum ni ada sentimen terhadap malaysia. Disuruh boikot proton lagi. hahaha —> http://www.kaskus.us/showthread.php?t=1717745

    39. Sayaler berkata:

      sini pun banyak sentimen terhadap malaysia. sian exora. hahaha

      http://www.kaskus.us/showthread.php?t=2161088&page=2

    40. farghmee berkata:

      TQ🙂

    41. dick berkata:

      Salam sume…kepada kekawan exorian yg ada di blog ni…aku dh htr 1st service smalam.. kena RM 112.15 kat semambu kuantan & dh report pasal bunyi yg diperkatakan tapi masih dengar bunyi tu bila langgar bonggol…aduyai…. tp ada juga exorian yg beritahu masalah ni x de plak pada keta dia orang…nasib…

      >>deanraship kata nak smbung story minggu ni.. mananya ????

    42. deanraship berkata:

      Hi dich & sume…

      last wk aku dh pegi dh kat proton edar melaka sbb dh buat appointment… dorg cuma check je dan dorg cfmd memang ada sume bunyi tu.. dorg suruh aku tinggal exora aku kat sana untuk dorg check lbh detail… aku x set lg pn appointment tu ..🙂.. ingat next wk br aku blh set… tp yg aku pelik.. technician tu kata.. aku la org pertama yg bt aduan psl tu… musykil gak aku… sbb aku tgk bayk kete exora kat melaka… dorg x hadapi masalah ke..

    43. deanraship berkata:

      off record… bg pedapat aku la… proton sepatunye melalui I-Care.. dorg menyediakan 1 ari di mana sume engineer turun ke setiap pusat servis setiap negeri bertemu pelanggan proton terutama bagi model yg trbaru mcm exora bg mendapatkan malumat trkini berkenaan dgn masalh yg dihadapi pembeli exora atau model yg lain… last wk aku pegi proton edar melaka hanya technician je yg melayan aku… sudah tentu susah nk selesai masalh sbb dorg ni x trlibat secara langsung dlm pengeluaran exora.. dari jawapan yg diberi.. dorg main agak2 je apa yg bunyi.. kene rujuk balik ke I-care HQ.. aku berharap PRODAS blh cadang ke I-care pasal masalh yg dihadapi pembeli Exora.. aku ada gak surf OECM… kesian aku tgk dorg meluahkan perasan dorg kat sana.. mostly adalah pemilik exora..dorg mcm dh x de channel utk mengadu… bila dorg pegi SC .. technician je yg layan dorg.. sume kes kene refer to I-care HQ… end up.. masalh x selesai pn..😦 .. harap2 bro PRODAS blh la bantu apa yg patut kat kekwn kite yg lain.. aku bukan apa.. dorg banyak dh habis duit nk dpt exora tu.. tetiba lain lak jdnye.. Proton kene ambik tindakan segera bg selesaikan masalh yg timbul.. bkn sepak ke sana sini..

    44. dick berkata:

      Salam sume geng exorian….aku sokong cadangan deanraship tu… harap-harap pengurusan proton akan lebih peka dengan komen-komen dari pengguna exora dan ambil tindakan yang sewajarnya… kalau tidak musuh perniagaan proton akan mengambil kesempatan…[img]http://www.freeemoticons.us/smilies/sad0021.gif[/img]…

    45. prodas berkata:

      insyaallah…selepas ini proton sudah tiada masalah kualiti lagi…

    46. deanraship berkata:

      Salam bro Prodas & Sume….
      Merujuk kpd aduan aku yg lalu…. aku dh htr ke SC melaka dan tinggal exora aku selama 3 ari untuk dorg check & hasilnye…
      1. bunyi klolk..klok bila langgar bonggol…. dorg dh tukar ke2 belah rubber stoper pd adsorber strut & ke2 belah chamber plate & belakang sekali – result ok… dh xde bunyi
      2. Bunyi chit..chit pd break…dorg dh tukar ke2 belah disk break baru & servis break belakang.. result ok
      Harap2 lps ni dh xde masalh lg kat exora aku🙂
      aku puas ati dgn apa dorg bt pd exora aku & dorg nye feedback very gud… Thx SC melaka & I-care centre.

    47. prodas_afiq berkata:

      ok bro….semoga selepas ini tiada masalah yg berlaku….ok….

    48. ex_top berkata:

      samalah dengan exora aku nih.. langgar je bonggol gluk..gluk bunyi absober depan.
      rasa mcm tak puas ati plak, baru je jalan 600km, masa servis nanti aku pun nak check dan mintak tukar mcm member exorian deanraship tuh. masuk ke taman prumahan aku ada lapan bonggol, lapan kali langgar lapan kali bunyi dan lapan puluh kali sakit ati…hahaha.
      tak sabar nak pi repair rubber stopper…
      exora_topic

    49. aide berkata:

      iswara saya ada buny gluk bila mula bergerak dan bunyi gluk itu perpunca pada di bahagian depan kereta. seperti tarikan kuat pada tayar, semasa dalam pemanduan laju bila minyak dilepaskan ada bunyi gluk seperti bersengut terasa tayar hadepan ke belakang sedikit dan badan kereta kehadapan. ada sesiapa yg pernah hadapi masalah seperti saya tolong bantu saya? terima kasih.

    50. saiful333 berkata:

      Sama jugak ngak exora saya. Bunyi di sebelah depan driver. Bukan masa langgar bonggol je. kadang2 masa korner sebelah kiri bunyi tu ada jugak. EON cakap normal. nanti aku nak bagitau pasal rubber stopper ni kat diaorang

    51. hadi berkata:

      korang ckp kluk-kluk sama jer sume.. sy blm lg bli exora nak rancng minggu dpan bila dngar korang ckp kluk-kluk mcm mo tarik diri plak.. heee apahal ni prodas.. napa tk servey dlu problem bru kluar exora alahaiiii… mcm ni mo tanya alza gi klu ada kluk-kluk…

    52. deanraship berkata:

      Hadi…kau baca ni adalah tread yg dh lama…. cuba kau tgk tarikh tu… bende2 tu sume dh proton rectify pn dan aku cukup puashati… dia bkn satu kerosakan.. kalu hadi nak tau lbh lanjut pasal exora sila layari http://www.protonexora.com.my..

      jgn la kerana hadi dh minat kat Alza kemudian memburukkan kete lain lak… sape pn x marah kalu hadi nk pakai Alza…itu hak masing2… anak kite pn bkn kecik selamanya.. dorg akan membesar gak

      dah 7 bulan aku guna exora… xde masalh pn… bende kecik2 tu biasa la..pegi je SC nti dorg rectify… proton bkn mcm 15 tahun lalu…

    53. hanifstapha berkata:

      Kereta exora aku baru pakai 1 bulan minyak hitam dah bocor.Gi pusat servis dah reparing
      tapi masalah ini datang lagi.Sekarang tengah tunggu spare 4 .Lama tu pusat servis cakap barang tak da.Tengah tunggu lani.Betul-betul tak puas hati beli mahal-mahal kualiti tak dak.pemilik exora yang kecewa

    54. Ahmad Saufi Mohd Yunus berkata:

      masalah brek berbunyi chit..chit..dah tukar disk sebelah kanan sahaja serta asah brek pad tetapi masih bunyi lagi…. dan pintu sebelah pemandu bila hendak dibuka agak susah sikit seolah-olah buka tin biskut. Servis centre dah adjust tapak cangkuk pada body masih sama juga susah hendak dibuka.Apa pendapat pakar…

    55. driver berkata:

      salam …
      bro.. saya nak tanya.. ape kelebihan exora n ape kelemahannya….
      sy ada plant nak beli exora… sblom ni pakai naza ria…
      boleh recomen sikit..
      TQ

      • deanraship berkata:

        kelebihan Exora :
        1. Ruang kabin yg luas. hampir sama luas kabin Inova
        2. seat belakang bila dibaringkn akan samarata mcm lantai…sng bentang toto utk ank2 tido
        3. roadtax murah sbb 1.6cc je tp tork sama dgn 1.8cc
        4. minyak lbh jimat klu banding dgn citra

    56. iqkmal berkata:

      Salam bro,kereta exora aq lepas tutup enjin cabut kunci kipas enjin masih x berhenti….kenape eh?

      Tolong cpt respon….

      • deanraship berkata:

        klu guna enjin CPS perkara tu mmg masalh dan perlu dirujuk kepada SC… tp klu guna enjin CFE klu cabut kunci kipas masih lg berpusing dlm bawah 4 minit tu normal sbb utk penyejukkan enjin tebo tu.. tp klu pusingan kipas tu melebhi drp pd tu…sila rujuk pd SC

    57. casino online berkata:

      Nice post. I learn something totally new and challenging on sites I stumbleupon every day.

      It’s always useful to read articles from other authors and practice a little something from other web sites.

    58. casino berkata:

      Hi, i read your blog from time to time and i own a similar one
      and i was just curious if you get a lot of spam remarks?
      If so how do you protect against it, any plugin or anything
      you can advise? I get so much lately it’s driving me crazy so any help is very much appreciated.

    59. Eqa berkata:

      Mcmne nak bukak pintu exora klau kunci tertinggal kat dalam

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s