Archive for the ‘proton persona’ Category

sebenarnya gambar ini dah lama dah..dah nak basi pn.. tapi saje jek…kasi ingat kembali model Proton konsep Tuah… gambar ni saya ambil di KLIMS 2010 yang lepas…. jadi pendapat anda.. warna apa yang Proton Tuah paling sesuai dan cantik.

maaf lh gambar kurang jelas, guna camera digital jek tak mampu lagi beli DSLR

salam semua rasanya lama saya dh tak update blog ni, walaupun entry kali ini terlambat tapi tak kisahlah, asalkan blog update walaupn tak sehebat funtastikodesign.hihihihi. buzy dah nak dekat exam.. assighment pn belambak..hihi

grill sebenar persona R

grill sebenar persona R

grill sebenar persona R

grill sebenar persona R

surprise! menurut sumber di dalam selimut itu adalah Persona R yang sebenar

surprise! menurut sumber di dalam selimut itu adalah Persona R yang sebenar

semua spyshot adalah benar milik Persona R!!!!

walau apa2 pn saya nak mengesahkan spyshot yang sedang heboh serta ramai yang keliru ianya Persona R atau Inspira atau Tuah. menurut pengetahuan saya dan info yang boleh dipercayai, Tuah itu hanya konsep model sahaja ianya tidak diproduksikan, ia ibarat jelmaan atau iras-iras Persona R. spyshot yang hangat diperkatakan sekarang adalah Persona R… tiada syak lagi…dan percaya lh ianya Persona R..tetapi belum full guna part sebenar.

sumber: paultan.org, funtastickodesign, kereta.info

Adakah ini Persona R? atau Inspira Phase 2???

Perbandingan dengan side profile INSPIRA


Perbandingan dengan side profile TUAH

Adakah ini EMAS?

Perbandingan dengan side profile EMAS

spyshots pertama Persona R & EMAS prototype sedang menjalani ujian di Test Track Proton. Gambar ini telah di ambil oleh Bro CHOR. Akhirnya dapat juga dia snap gambar walaupun terpaksa saya zoomkan & gambar agak pecah sedikit. :)

cambar sebenar yang agak jauh….

emas

emas???

exora-leper

exora-leper

proton inspira phase 2??

proton inspira phase 2??

proton persona R??

proton persona R??

bagi saya ianya bukan Persona R… saya rasa ianya Inspira Phase 2… cuba anda perhatikan betol2… dan spyshot yang dikatakan proton emas pulak macam buakan model sebenar.. ianya mungkin mule test.apa pendapat anda!!!

 

info ini saya peroleh dari bro campro.

 

 

exora penyet di luar negara

exora penyet di luar negara

persona R test Mule??

persona R test Mule??

exora pelik

exora pelik

ujian di kawasan salji.

ujian di kawasan salji.

Sebelum ini ada gambar yang menunjukkan model exora penyet ini di suatu gudang iaitu di airport untuk diuji di luar negara . Jangkaan segelintir penggunjung blog menjangkakan untuk ujian di luar negara menjadi tepat dengan pendedehan di blog Paultan.org.

Proton Prototaip yang kelihatan seperti lebih pendek dan lebih rendah dari Proton Exora biasa telah dilihat di jalan raya di Malaysia beberapa kali , tapi sekarang Exora Misteri itu telah muncul di luar negeri ! di sini ada beberapa gambar dari Prototaip Proton baru sedang diuji di luar negeri di suatu tempat di utara di medan bersalji.

Jika anda memperbesar gambar di atas dan melihat pelekat di dashboard tertera perkataan  P3 CFE TURBO CVT3? mereka mungkin sedang menguji turbocharged baru Campro CFE drivetrain Turbo dan gearbox CVT . Ini juga  mungkin versi pengeluaran Tuah Proton / Espire / Persona R.  Apa pendapat anda tentang singkatan CFE? Adakah ini adalah Test Mule Persona R??

menurut info dari funtastikodesign: Ini merupakan spyshots terkini yang diperoleh dari PaulTan.org sebentar tadi. Dikatakan Exora ini adalah mule untuk bakal model akan datang Proton, berkemungkinan Persona R. Kali ini testing telah dibuat diluar negara, dikawasan yang bersalji. Jika dilihat pada gambar terakhir jelas menunjukkan “P3 – CFE TURBO CVT3″ yang jelas membuktikan ini adalah mule Persona R, (codename Persona R adalah P3-21A). Menurut info dari bro Mat, CVT3 ni adalah versi upgrade dari CVT2+ dari Punch Motive. Ada juga info saya dengar Persona R ini 80% berbeza dari model concept TUAH, design lebih ke arah kereta Jerman, ala2 BMW. Sekarang difasa production testing, kemungkinan dilancarkan lebih awal, bulan November nanti. Sama ada benar atau tidak kita nantikan Persona R yang sebenar testing tak lama lagi.:)

sumber: Paultan

Negara luar seperti UK..mempercayai kemampuan kereta keluaran Proton sehingga menjadikan salah satu model Proton iaitu Persona sebagai kereta polis mereka… kenapa kita masih mempelekehkan model keluaran tempatan padahal kita di iktiraf di luar negara… gambar ini saya peroleh dari Flicks

Persona baru ini bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6liter dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork. Enjin ini yang dibangunkan di bawah projek phoenix, kini berada diperingkat akhir ujian dan bakal membuat kemunculan sulung pada model Exora dengan menggunakan kotak gear CVT pada tahun depan. Semoga model persona ini menjadi model global yang berjaya untuk Proton.

Proton TUAH bukan Persona R tetapi ada iras2

Proton TUAH bukan Persona R tetapi ada iras2

Persona-R jadi tambatan Proton

 

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
bisnes@utusan.com.my

 

SHAH ALAM 16 Dis. – Proton Holdings Bhd. (Proton) merancang memperkenalkan kereta model baharu Persona-R dalam tempoh dua tahun lagi untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran industri automotif tempatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran model itu akan dilaksana berdasarkan salah satu model yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini.

Katanya, model Persona-R dijangka memberi tumpuan pada kuasa enjin selain mengambil kira kos bahan api serta pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2).

“Setakat ini, kerja-kerja pengeluaran sedang dijalankan. Model generasi baharu Proton yang bakal dikeluarkan adalah berasaskan pasaran global dan bukan lagi pasaran tempatan,” katanya sambil menyatakan pengeluaran Persona-R dilakukan tanpa melibatkan kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kata Syed Zainal Abidin, selain model baharu, Proton juga mengeluarkan enjin Campro versi Turbo mulai tahun depan untuk menambah baik enjin yang sedia ada dalam memastikan penjimatan bahan api dan pelepasan sisa karbon.

Beliau berkata, Proton turut merancang mengeluarkan enjin generasi baharu bagi model kenderaan keluaran syarikat itu pada masa depan.

Bagaimanapun kata beliau, setakat ini tiada keputusan dibuat sama ada pengeluaran enjin generasi baharu itu akan melibatkan usahasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) global.

“Saya fikir tiada sebab untuk kita mengeluarkan sendiri jika berpeluang untuk mengadakan usahasama. Kami sedang berbincang dengan beberapa OEM mengenai usaha sama pembinaan enjin ini. Sebarang keputusan, kita akan umumkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Zainal Abidin menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat vendor Proton, AutoV Corporation Bhd. (AutoV) dengan ArvinMeritor LVS Co. Ltd (ArvinMeritor) dan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co. Ltd. (CAS) di sini hari ini.

MoU melibatkan pengeluaran komponen automotif itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif AutoV, Bernard Kong manakala ArvinMeritor dan CAS masing-masing diwakili Pengarah Jualannya, Lansing Lin dan Naib Presidennya, Werner Koestler.

Proton TUAH

Proton TUAH

PROTON pasang tingkap elektronik
Oleh Suffian A Bakar

2010/12/17

Autov bangun ‘anti-trap’ bagi Persona R

PEMBEKAL sistem tingkap elektronik Tier-1 PROTON, AutoV Corporation Bhd akan membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ menggunakan teknologi terkini Continental AG, iaitu pengeluar sistem automotif dari Jerman dan ArvinMeritor yang berpangkalan di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Tingkap elektronik itu dibangunkan khusus untuk dipasang pada Persona R, iaitu model yang mendapat sentuhan Italdesign-Giugiaro SpA dari Itali yang akan dilancarkan PROTON pada 2012 bagi menggantikan Persona sedia ada.Bagi tujuan kerjasama pembangunan itu, AutoV semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co Ltd dan ArvinMeritor LVS Co Ltd.

Bercakap pada majlis memeterai MoU itu di Shah Alam, Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata menerusi MoU itu, Continental Automotive Systems Shanghai akan membekalkan perisian elektronik kepada AutoV untuk digunakan dalam membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ itu, manakala motornya akan dibekalkan ArvinMeritor LVS.

“Tingkap elektronik yang akan dihasilkan nanti akan memiliki logik yang mana sejurus mengesan halangan, ia secara automatik dibuka semula dan membenarkan objek dialihkan,” katanya sambil menambah ciri itu kebiasaannya di pasang dalam kenderaan keluarga dan amat berguna bagi melindungi jari kanak-kanak daripada kecederaan.

Syed Zainal berkata, kerjasama itu adalah antara langkah memastikan hanya peralatan berkualiti dipasang pada model PROTON pada masa depan, selaras aspirasi kumpulan menghasilkan kenderaan berkualiti eksport.

ArvinMeritor adalah pengeluar utama selak, regulator dan motor tingkap untuk kenderaan. Ia mempunyai lebih 100 kilang pengeluaran di 24 negara dengan mendapat sokongan teknikal dari Perancis, Jerman, United Kingdom dan AS.
Continental adalah pengeluar utama tayar, sistem brek, sistem keselamatan dan komunikasi dengan kemudahan di AS, Eropah dan Asia dengan disokong 18 kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

AutoV terbabit dalam perniagaan teras antaranya mengeluar, memasang dan membangun sistem regulator tingkap, wiper, washer dan hon.

Ia membekal sistem tingkap elektronik kepada tiga model PROTON iaitu Exora, Persona dan Waja.

Sementara itu, pada majlis semalam AutoV diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Bernard Kong; ArvinMeritor LVS oleh Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Lansing Lin; manakala Continental Automotive Systems Shanghai oleh Naib Presiden Bahagian Badan dan Keselamatannya, Werner Koestler.

 

 

 

gambar dan info ini saya peroleh dari blog Funtastickodesign

memang saya begitu terkejut!!! Proton ada rakan kongsi dgn negara pak arab ke??

proton Aseelah??

proton Aseelah??

depan versi NEO

depan versi NEO

belakang Proton Persona

belakang Proton Persona

lampu depan Neo

lampu depan Neo

body Proton Persona??

body Proton Persona??

side mirro persona

side mirro persona

 

نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي

proton persona neo sedan… hihi

تم إبتعاث 11مهندساً سعودياً إلى شركة بروتون في ماليزيا ليتدربوا على تصميم السيارات, وكانت هذه “الأصيلة” هي نتاج أشهر من الدراسات والتدريب والعمل, وتمّ خلال هذه الفترة إعادة تصميم بعض أجزاء السيارة من الخارج والداخل وتطويرها, وتعتبر هي الخطوة الأولى لخطة مشروع نقل تقنية السيارات إلى السعودية.

11 engineer saudi telah dihantar ke syarikat Proton Malaysia untuk mendapat latihan mendesign kereta. “Aseelah” ini adalah hasil setelah beberapa bulan pembelajaran, latihan dan amali . Dalam tempoh itu mereka telah berjaya mendesign semula sebahagian part kereta daripada luar dan dalam dan meningkatkannya. Ini diperkirakan sebagai peringkat permulaan dalam Projek pemindahan teknologi pembuatan kereta kepada Saudi.

Ni dia, ASEELAH versi Arab kacukan Persona dan Neo. tetapi ini jenama model apa??

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

sumber gambar :

http://www.nissan-arabia.com/vb/showthread.php?t=56539&page=1