Proton Exora MC

Posted: 26 Julai 2010 in AUTO News, automotif, PROTON, Proton Designer, proton Exora

Proton melancarkan Proton Exora yang diberi wajah baru dan diberi nama Proton Exora MC. Antara perubahan yang dilakukan terhadap Proton Exora ialah sport rim baru, warna merah plum yang terang dan menarik, bodykit luaran yang semakin sporty dan beberapa perubahan kecil di bahagian dalaman (interior). MC yang bermaksud Minor Change adalah manifestasi terbaru Proton tentang konsep Special Edition (SE) yang telah banyak digunakan sebagai tema bagi beberapa buah model mereka terdahulu seperti Proton Persona SE dan Proton Saga SE.

Proton Exora versi baru itu kelihatan seperti sebuah model premium walaupun Proton tidak menekankan subjek tersebut. Mungkin selepas ini akan ada model Exora SE yang berenjinkan CPS Turbo, atau mungkin juga Proton Exora Prestige akan muncul sedikit masa lagi. Walau apa pun tema dan nama yang diberikan kepada Proton Exora baru itu, ianya pasti akan menaikkan momentum jualan Proton Exora pada beberapa bulan yang akan datang. Khabarnya Proton Exora MC dikatakan sebagai buah tangan yang sesuai untuk di bawa pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Nampaknya tempahan awal perlu dibuat supaya tidak kempunan apabila bertandang ke rumah sanak-saudara di hari raya aidilfitri nanti.

Sebagai maklumat tambahan, jualan Proton Exora bagi bulan April 2010 ialah sebanyak 1,815 unit dan jualan pada Mei 2010 ialah sebanyak 2,522 unit. Suatu jumlah jualan yang amat memberansangkan dan dipercayai dengan pelancaran Proton Exora MC terbaru jumlah jualan akan meningkat lagi. Jumlah jualan keseluruhan Proton Exora bagi bulan Januari 2010-Mei 2010 ialah sebanyak 11,667 unit. Syabas diucapkan kepada Proton atas kejayaan model MPV pertama mereka itu.

Proton Exora MC tidak menekankan kepada perubahan teknikal seperti pertambahan kuasa enjin, sebaliknya perubahan hanya terhad kepada kosmetik dalaman dan luaran sahaja. Perubahan kosmetik dalaman dan luaran bagi sesebuah model kereta di negara kita adalah perkara biasa bagi menarik minat pembeli baru dan secara amnya teori tersebut amat berjaya bagi kebanyakan model yang dipasarkan. Bukan setakat Perodua dan Naza sahaja yang pakar dalam menaik taraf kosmetik model kenderaan masing-masing, malah syarikat automotif tersohor dari negara matahari terbit iaitu Jepun juga tidak ketinggalan mengguna pakai teori yang sama. Antara model kenderaan popular yang dinaik taraf dari segi kosmetik ialah Honda Civic, Toyota Vios, Toyota Camry, Nissan Grand Livina, Mitsubishi Lancer dan Suzuki Swift.

Walaupun Proton Exora MC telah dilancarkan dan kelihatan amat menarik, harapan peminat-peminat Proton Exora masih lagi kepada peningkatan kuasa enjin. Seperti diketahui umum, enjin Campro CPS berkuasa 125bhp yang mendiami ruang enjin Proton Exora masih lagi belum sempurna bagi menggerakkan sebuah MPV bersaiz sepertinya. Ramai pemandu Proton Exora yang mengakui bahawa kuasa yang dihamburkan oleh enjin Campro CPS masih belum mencukupi, terutamanya apabila membawa penumpang penuh dan ketika hendak memotong kenderaan lain di jalan raya. Peminat Proton Exora masih menantikan model terbaru yang bakal dilengkapi enjin bercas turbo ataupun supercharger. Sehingga kini masih belum ada tanda-tanda atau klu bahawa penantian itu akan berakhir sekurang-kurangnya pada tahun 2011 nanti.

Berikut ialah harga terkini bagi Proton Exora –

  • Proton Exora B-line MT RM58,998.00
  • Proton Exora M-line MT RM65,998.00
  • Proton Exora M-line AT RM70,998.00
  • Proton Exora H-line AT RM76,998.00

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Komen-komen
  1. Evo berkata:

    Bro, saya tak kisah jika nak ambil atau salin penulisan dari blog saya Arena Kereta, tetapi sila letak link dari mana ia di ambil. Jangan salin macam tu saja tanpa memberikan kredit kepada blog saya. Biarlah kita berblog dengan cara yang betul dan tidak menciplak hasil penulisan orang lain.

  2. sham78 berkata:

    hah..kan dah kena…releks bro jangan saman..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s