Proton Saga Facelift 2010 dilancarkan di Thailand

Posted: 30 November 2010 in AUTO News, automotif, PROTON, proton saga
Proton Saga facelift

Proton Saga facelift

Kali ini saya kongsikan dengan anda semua wajah baru Proton Saga di Thailand. Ia dilancarkan di Thai Moto Expo 2010. Perubahan drastik yang dilakukan oleh Proton ternyata memberi impak besar terhadap model ini. Apa yang kita lihat bahagian ketara dibahagian depan amat berbeza dari model asal Saga.

Proton Saga facelift

Proton Saga facelift

Lampu depan yang lebih lebar dengan bumper yang juga merupakan trademark pada model Exora,Emas dan Persona R (clay model) ternyata pada masa ini Proton mempunyai satu pendirian identiti untuk masa mendatang. Ruangan fog lamp untuk model B line tidak seperti model terdahulu. Ia mungkin boleh ditambah jika kita membeli model B line. Bonet hadapan rendah dibahagian tengah membuatkan model ini tidak kelihatan tinggi atau lonjong. Saya juga tertarik dengan rim 14 rekaan baru lebih up to date berbanding rim asal.

kerusi Proton Saga facelift

kerusi Proton Saga facelift

Bumper belakang juga diubahsuai supaya kelihatan lebih lebar mata memandang dengan lampu LED yang bersaiz kecil ditambah dengan spoiler. Pemantul cahaya kecil juga menarik perhatian pengguna kerana ia mencerminkan sesebuah kereta sedan. Apa yang kita nampak exzos ditambah mufler dan signal sisi pada cermin sisi.

Bahagian interior tidak menunjukan perubahan ketara namun jika kita perhatikan pada stereng ditambah sistem kawalan radio. Radio Clarion pula boleh memainkan format muzik mp3 dan wma beserta dengan USB port dan AUX tambahan. Tempat duduk diberi corak fabrik baru termasuk pada pintu. Bagi high model Keempat-empat pintu adalah menggunakan power window dan SRS airbag bagi penumpang dan pemandu di depan.

dalaman Proton Saga facelift

dalaman Proton Saga facelift

Ternyata Saga fl ini kelihatan lebih menawan berbanding Saga sebelum ini. Saya juga berasa teruja dan pasti akan menjadi pengunjung terawal di KLIMS 2010 nanti kerana Proton akan membariskan model-model terbaik mereka. Apa yang saya dengar khabar sebelum ini, model sedia ada telah dihentikan pengeluarannya untuk mengeluarkan model saga ini. Saya juga belum dapat kepastian sama ada model yang dilancarkan di Thailand ini sama dengan Saga di KLIMS nanti.

gambar dan info diambil dr Paultan.org dan http://saluran07.blogspot.com/

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Komen-komen
  1. zamamin berkata:

    menarik kereta ini…

  2. obertan berkata:

    Kereta ada senyum. :)
    Harap Saga dpt beri peningkatan jualan yg ketara bg Proton di Thailand.

    • prodas berkata:

      walau apa pn saya lebih tertarik design bumper depan saga FL R3… nampak lebih garang… kalau yg saga FL nampak cam kereta ni senyum..hihihi

  3. zenvo berkata:

    tp kan,sebelum ni prnah r g usha2 kt blog thai,pasal kete proton nh(lupa dah name blog tu,sbb google secara random),komen2 yg diorg bg,kbnyaknnya -ve,kebanyaknnya mengeluh sbb sparepart susah nk dpt,lpas tu kalo rosak,xleh baiki la…sbb sparepart xde…tu pn sy guna google tranlator..haha,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s