Proton SUV ???

Posted: 17 November 2010 in AUTO News, automotif, concept car, PROTON, Proton Designer, proton MSX, Theophilus Chin

sebelum ini kita heboh dengan Proton MSX aka Lotus APX yang dihasilkan untuk model konsep SUV. tetapi sehingga kini Berita tentang Proton MSX senyap dan sepi. Adakah projek ini tidak menjadi??? atau kos penyelengaran untuk menghasilkan model ini cukup tinggi??? walau apa pun saya masih mengharap ada SUV yang dihasilkan oleh proton untuk masa yang akan datang. saya rasa semua rakyat Malaysia juga ingin melihat SUV rekaan proton sendiri..

sebenarnya post kali ini saja2 untuk memperlihatkan kepada anda semua suatu rekaan Photoshop yang menarik oleh TheophilusChin berkenaan dengan model SUV… walaupn ianya hanya photoshop. bagi saya sekiranya betul… pehhh!!! menarik 2… sama2 kita lihat SUV Proton ini.

Proton SUV

Proton SUV

sumber http://www.theophiluschin.com/?p=2660

Komen-komen
  1. kekitaan berkata:

    saya harap gak suv proton akan jadi reality nanti… tpai potoshop tu .. bagi saya tak menarik… sama saja macam suv yg lain.. boring. harapnya proton boleh buat satu design yg lain daripada yg lain dan mengejutkan.

    • prodas berkata:

      nak design yang camne 2?? hihihi

      • kekitaan berkata:

        Mmg nak design payah , tapu tu lah harap2nya kalau nak buat design baru kenalah buat yg menarik dan mengejutkan.. gitulah.

        tentang hal rebadge pulak.. ya… rebadge ajelah kalau di sana ada business sense.. tiada masaalah kot.

  2. ProProton berkata:

    bagi saya sebagai salesman proton, untuk mereka-cipta sendiri model yg akan dijual pada harga 70k ketas bukanlah suatu yg idea yg tepat buat masa ini.. sebab nak berhadapan dengan sikap rakyat malaysia yg seakan2nya sgt bijak, bertanya kan soalan2 yg bukan2..

    so just keep rebadging.. dan klu boleh rebadge drp model yg sedia ada di malaysia, dan reputasinya baik, supaya org boleh comparekn..

    sama seperti proton inspira baru2 ni.. kita ada reason kenapa kita rebadge, kenapa rebadge model yg dah sedia ada kat malaysia, dan kenapa tak ubah banyak benda dari model asal dari segi luaran dan mekanikal..

    • prodas berkata:

      waw bro ni kerja salesman proton?? bagus lh…. saya nak tanya lh.. kebanyakkan salesman proton tahu tak secara mendalam sekiranya sesuatu model proton baru dilancarkan?? adakah semua salesman diberikan tunjuk ajar serta krusus bagi pengenalan sesuatu model yg baru dilancarkan??? ini kerana sekiranya tiada..patutlah.. tetapi sekiranya ada… saya muskil.. kenapa salesman di showroom terdekat ngn tempat saya.. seolah2 tidak mengatahui secara mendalam kelebihan sesuatu model baru.. hanya tgk sahaja pelangan yg datang dan tidak terangkan kepada pelangan yg datang melihat..istilahnya kurang mesra..

      • ProProton berkata:

        firstly bro kene tau, ada dua jenis sales center, branch & dealer.. klu branch mmg nama proton-edar sdn bhd.. klu dealer ada nama lain contohnya, siang heng auto..

        semua salesperson seluruh negara dr branch dan dealer yg authorised akan diberikan kursus selama 1 hari, berperingkat-peringkat setiap kali ada keluaran model baru.. kursus ini menjurus kepada produk knowldge kereta baru.. dan lepas tu smua salesman akan diberikan ujian bertulis tentang knowledge kereta tersebut.. jadi sepatutnya semua salesman patut tahu secara mendalam tentang mana2 kereta yg baru dilancarkan..

        tentang layanan kurang mesra di tempat bro tu, sy kurang pasti pulak.. sbb dkt showroom sy, customer yg dtg tak boleh dibiarkan lebih drp 10 saat start dia masuk pintu…

        bro kt area mana?

        • prodas berkata:

          kampung saya kt PONTIAN johor. masa proton inspira dilancarkan saya dan bapa saya datang untuk melihat, yg saya kecewa, salesman kt situ cuma tgk sahaja pelangan, langsung tak memberi penerangan dan menyakinkan pelangan tentang kelebihan model tersebut. kalau tanya sepatah dia jawab sepatah… itu yg membuatkan saya kecewa. saya harap salesman kena pandai meyakinkan pelangan supaya pelangan tertarik untuk membeli. harap lpas ini tidak diulangi perkara tersebut.. atau mungkin pada ketika itu sahaja dan nasib saya tidak dilayan.kot.. hhihih

        • ProProton berkata:

          owh bro org pontian ke.. haha.. sy dulu pnh membesar kt pontian sampai umur 18 tahun.. kt pekan nenas.. kukup n ayer baloi.. huhu..
          dealer proton yg dkt dgn masjid pontian tu ker? or balai polis.. tu tak silap baiduri auto ke apa.. huhu..

          biasalah.. proton ni volume terlalu besar.. so besar lah jumlah pengedarnya.. dalam besar2 tu, mesti ada yg tercacat ckit..

          tp klu nk layanan best.. dtg glenmarie.. cari sy.. huhu..

        • prodas berkata:

          hhahah yup.. so skrg bro tinggal di mana??

  3. fauzan berkata:

    mmm… dgr2 company youngman dari china melantik proton/lotus buat rekabentuk model SUV terbaru mereka. Bila model nie siap sepenuhnya dan diserahkan hak pattern kepada company china itu, proton plak akan membeli kembali rekabentuk tu semula utk di modified menjadi SUV proton pula. Kaedah itu dapat menjimatkan kos RnD proton kerana kos RnD asal model tersebut telah dibiayai oleh company dari China tu. Salah satu kaedah bijak utk menghasilkan model SUV nie yg mana model ini adalah baru niche market bagi proton.

    cheers!

    • prodas berkata:

      betol ke info ini??? buat masa ini ada tak tentang info terbaru exora penyek..hhihih?? sya bertanya pada pakcik saya, dia kata di litar proton di shah alam selalu dia nampak model exora penyek yg ditampal2 tape hitam… dan dia sendiri tidak tahu itu model untuk apa..

      ha lagi satu info.. persona R berasaskan platform exora

  4. bet365 berkata:

    hi I was fortunate to search your blog in wordpress
    your Topics is excellent
    I get much in your theme really thanks very much
    btw the theme of you website is really admirable
    where can find it

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s