Proton Perdana Replacement : Nissan Fuga Hybrid?

Posted: 30 November 2010 in AUTO News, automotif, PROTON

info ini saya dapat dr blog Nota Kosong

bagi saya..info ini seperti tiada asasnya…tapi tak tahu lh.. mungkin betol n mungkin tidak betol.. layan jekk lh.. ape pendapat anda semua???

nissan fuga hybrid proton perdana Proton Perdana Replacement : Nissan Fuga Hybrid?

2011 dikatakan akan diingati sebagai tahun gemilang bagi Proton. Maklumat terkini berkata Proton bersedia untuk melancarkan model baru untuk menggantikan Proton Perdana.

Sebelum ini, Proton terlebih dahulu menyatakan bahawa akan memperkenalkan teknologi hijau kereta hibrid (Hybrid Proton Cars).

Kemudian, baru-baru ini Proton dikatakan sudah pun bersedia untuk mengambil alih 25% pegangan saham ekuiti Renault F1 Team.

Dan melalui pegangan saham tersebut, Proton memandang lebih jauh lagi dengan menyatakan untuk menarik minat pelaburan dan perkongsian teknologi dengan Renault-Nissan.

Dan jika ianya berlakunya, Proton turut berharat untuk mendapatkan kerjasama strategik bagi pembangunan model kereta Hibridnya tersendiri iaitu Proton Emas.

Dan selain itu, Proton juga masih mencari kerjasama untuk membangunkan model baru bagi menggantikan Proton Perdana, dan ianya akan digunakan sebagai kereta Rasmi kerajaan Malaysia.

Wow, Hebat Proton, mungkin ini merupakan langkah Proton untuk menjana jenama ke arah pasaran Global.

Berdasarkan beberapa kenyataan di atas, beberapa kesimpulan telah dibuat apakah sebenarnya yang berlaku terhadap idea model serba baru Proton Perdana Replacement ini?

Antaranya, Proton Perdana serba baru ini akan dibangunkan berasaskan model kereta mewah teknologi hibrid dari Nissan, model Nissan Fuga Hybrid!.

Logik juga, ini kerana, Teknologi Hibrid Proton + Platform dibangunkan kerjasama Proton dan Renault-Nissan = Proton Perdana Replacement?

Apa pendapat anda?

Read more: http://notakosong.com/2546/news/proton-perdana-replacement-nissan-fuga-hybrid/#ixzz16aR5vO2b

Komen-komen
  1. ProProton berkata:

    kelirunya.. kejap2 dengar vw passat.. mitsubishi.. ini nissan plak..

    • prodas berkata:

      saya pn tak tahu…. VW passat sudah semestinye tidak menjadi… mitsu pn katanya hanya lancer sahaja yang mereka bagi.. ni mungkin nissan kot…. atau renaut.. hihi

  2. yas berkata:

    Huhuhu…yg mana satu nihhhh???

  3. ad berkata:

    kalo model yg latest susah sket la proton nak dapatkan…tp sape tau kan..papepon perdana harus cpt digantikan…dah lama segment tu kosong..proton pon dah lama xkuarkan perdana kan..dah stop

  4. Yusuf berkata:

    tak suke design fuga nih..
    *nape nissan nyer design kete tak konsisten?.. ade yg lawa.. ae yg buruk… arrr…

    • prodas berkata:

      model..perdana ini belum di sahkan lagi.. katanya tahun hadapan… tetapi untuk kereta kerajaan sahaja… katanya model dari jepun..

  5. […] sebenarnya dr akhir bulan 11 lagi ada dgr desas desus proton mengunakan pletform nissan.. hal ini kemungkinan renaut ada bekerjasama dgn nissan manakala proton telah membeli ekuti renault sedikit.. jadi ada besar kemungkinan adalah benar info in… menurut dr post saya di sini pada 30 november: klik sini […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s