



berikut adalah Naza Picanto….adakah ia facelift daripada NAZA atau Kia???? kalau NAZA yg design bagus lh,,,,,
apa pendapat anda????





berikut adalah Naza Picanto….adakah ia facelift daripada NAZA atau Kia???? kalau NAZA yg design bagus lh,,,,,
apa pendapat anda????
CT Ku. DUNIA KU





Reka Bentuk
Engine 110 CT110

Reka bentuk Head serta blok nya adalah sama. tetapi telah dibuat beberapa modifikasi pada cover mesin tersebut dan membuatkan CT110 kelihatan lebih elegan. kadar CC nya sama dengan kriss iaitu 110cc. tetapi kedudukan nat yang menyambungkan mesin dengan body frame adalah berbeza sedikit dengan kriss.
Rotary Gear System

CT110 menggunakan sistem gear pusing. dan ini membuatkan kadar penukaran gear adalah lebih mudah.
5.3L Fuel Tank

Dengan tank yang besar..ini akan menjimatkan masa penunggang daripada dok buang masa tok isi minyak jer..kalau nak tau ni tank terbesar dalam kategori moped>>kapcaiz..
Head Lamp & Dual Positioning Lamp

fuyoh smart tak headlamp CT110..kan da kata CT110 tak tiru Wave S..dengan adanya Dual Positioning Lamp cahaya yang dihasilkan adalah lebih terang dan jelas terutamanya ketika waktu hujan>>bahaya wooo
Wind Shield

wind shield CT110 memang lain dari yang lain…biasanya Yamaha atau Honda buat wind shield jenis trasparent(lutsinar) atau Rainbow(pelangi) tetapi modenas kali ini mencipta sebuah wind shild yang berbeza tetapi bergaya dengan wind shield yang seakan akan flat black.
Front Signal

Signal dier biasa jer..tapi smart sebab lain dari yang lain..
Panel meter


meter dier ni smart coz bentuk pentagon..siap ada gear indicator lagik..cuma kalau ada meter rpm ni pergh lagi smart ar…hehehe
Dwi-Piston Front Disc Brake

brek disk ngan kaliper dwi piston. ni kalau pakai racing boy punyer yang 6 piston wowowowo..
Aero Deco

ini memang teramat berbeza..sekali pandang macam jerung..LC yang 135cc pown tak de macam ni..fuh bangga plak aku jadi pengguna motosikal modenas nih..memang sporty ar…dengan adanya ni..enjin akan lebih sejuk dengan pengaliran udara yang tepat. dan ini sekaligus meningkatkan kadar AERODINAMIK motosikal tersebut untuk meluncur dengan lebih pantas…hehehe kasi potong itu LC buroks.
xzos

ekzos dier biasa jer.. cuma kenapa cover dier buat separuh je erk…kalau wat full lagi smart kot…hehehe sbab yamaha da wat full.. modenas nak wat setengah full plak…hehehe sowi yamaha…
Tail Lamp

wowowowo garang woooo
sumber: http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,64487.40.html
Berikut adalah maklumat spesifikasi CT110:
Engine
Transmission
Chassis
Electrical System
Lain2 Maklumat:
maklumat di atas diambil dari Auto Akasia, thanks g-mie dan fantastkodesign…untuk cerita yg lebih lanjut layari :
http://auto-akasia.blogspot.com/2009/10/modenas-ct110_23.html
atau
http://funtastickodesign.wordpress.com/2009/10/24/modenas-ct110/
hahah di sini sy mahu tunjukkan bakat mencuba2 buat kereta berbentuk 3D…….
walaupn tak seberapa pandai…sy akan cuba sikit2…heheheh
dibawah ini gambaran awal lakaran sy…..

prodas mini car
sy cuba2 lakar….. ini lakaran awal…. nantikan penambahbaikkan…model mini car in..hehhehe…
ini adalah lakaran model ke-3 prodas……
bagilah pendapat anda….. ini juga percubaan ke-2 sy lukis berbentuk 3D menggunakan tangan…..
dibawah ini sy baru buat….. pandangan sisi….

pandangan sisi


ini baru gambar sisi…huuuh dh cuba nak buat 3D…belum2 pandai lg… tak pa… sy teruskan mencuba…. bg pandangan anda…
‘;;;;
sebentar tadi ..chaku mengajar sy bagaimana mahu buat 3D iaitu bermula buat rangka….. so saya cuba… dan ini adalah hasilny…..
ini lakaran 3D kali ke 3 saya…..
bg pendapat anda….

percubaan ke-3 sy buat 3D.....

prodas kompak SUV

lakaran awal

lakaran final

awal dan akhir
sekarang sy sudah habiskan mendesign…heheh kalau boleh bro chaku redesign balik n buatrendering…bolehh????
nak gambar besar klik gambar bwah ini
heheh saya adalah cuba sikit2 melukis heheh lukisan ini tak lah seberapa lawa… just main2 jekk heheh

prodas design SUV

side

belakang
ini just suke suki,,,,,, sy tak seberapa pandai ..
saya cuba buat 3D…di bawah ini lakaran saya

prodas design 3D
.


redesign by g-mie
di atas ini sketch awal dari g-mie yg mendesign semula Prodas SUV versi 3D.dan di ubah serta dibuat pernambahbaikan…
terimakasih saya ucapkan……kita tunggu sketch dari chaku pula…
mau gambar besar klik di bawah
lakaran dripada bloger seperti funtastikodesign , auto-akasia…….
di atas ini gambaran dari funtastikodesign klik http://funtastickodesign.wordpress.com/ untuk ke laman blognya![ie[1] Savvy_Replacement_azZm](http://prodas.files.wordpress.com/2009/09/savvy_replacement_azzmie1.jpg?w=460&h=300)
Savvy_Replacement_azZm

prodas design

3d
gambar atas ni..design dari saya..tak pandai buat 3D saya punye jenis 2D je.. heheh saje nak join…heheh main cube2…ape komment???? hehehe
Daripada Mahanum Abdul Aziz
![lotus-logo[1] lotus-logo[1]](http://prodas.files.wordpress.com/2009/10/lotus-logo1.jpg?w=387&h=371)
NORWICH (United Kingdom), 4 Okt (Bernama) — Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd berhasrat meningkatkan jenama Lotus dan mengembalikan kegemilangannya dengan memperkenalkan model kereta baru.
![10756_ORWEJICHAWJGD[1] lotus APX](http://prodas.files.wordpress.com/2009/10/10756_orwejichawjgd1.jpg?w=460&h=306)
lotus APX
“Kami percaya potensi Lotus ialah penjenamaan. Jika melihat seluruh dunia, pengiktirafan jenama amat kukuh tetapi kita tidak sampai pengiktirafan jenama itu,” kata beliau dalam temu bual dengan media Malaysia sempena lawatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke kilang Lotus di sini baru-baru ini.
![2865205549_4fd0415e7d[1] lotus Evora](http://prodas.files.wordpress.com/2009/10/2865205549_4fd0415e7d1.jpg?w=460&h=317)
lotus Evora
“Lotus sebaris dengan Ferrari, Lamborghini dan Maserati pada tahun 1970an-1990an. Kemudian ia berdepan dengan masalah. Kami percaya sudah tiba masanya membawa kembali Lotus di tempat yang sepatutnya,” kata beliau.
Selain meningkatkan jenama Lotus ke tahap lebih tinggi dan berjaya, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan terus meneroka dan memanfaatkan kemajuan kejuruteraan dan teknologi Lotus untuk meningkatkan kemahiran tenaga manusia dan produk Proton.
Walaupun ia telah memiliki Lotus lebih 10 tahun, beliau mengakui Proton tidak memanfaatkan sepenuhnya anak syarikat itu.
“Hari ini, kami menilai semula interaksi antara kedua-dua syarikat. Terdapat jurang dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Jadi kami mahu menjadikan kerjasama ini lebih kukuh,” katanya.
– BERNAMA
Enjin Baru Proton Siap Pada 2011
![enjinprotonterbaru2009u[1] enjin proton terbaru](http://prodas.files.wordpress.com/2009/10/enjinprotonterbaru2009u1.jpg?w=300&h=371)
Tuanku Mizan Zainal Abidin diberi penerangan oleh Syed Zainal Abidin Syed
Mohamed Tahir berkenaan enjin terbaru berprestasi tinggi selepas berkenan
melancarkan enjin terbaru serta kereta Lotus Evora, Tesla dan Exige di
Norwich, semalam. – Bernama
Oleh Mahanum Abdul Aziz
NORWIRCH (United Kingdom), 2 Okt (Bernama) — Proton Holdings Bhd menjangka enjin menggunakan alat pemampat tekanan kilas tinggi baru, enjin Berprestasi Lebih Tinggi Proton, akan siap pada 2011. Pengarah bahagian kejuruteraan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Ir Tajul Zahari Abu Bakar berkata enjin berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Proton dan Lotus Engineering, dengan penglibatan aktif jurutera dan vendor Malaysia.
“Daripada pelbagai bahagian unit atau bahagian khas enjin, 50 peratus komponen secara asasnya dibekalkan dan dimajukan bersama-sama dengan pembekal Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada taklimat media mengenai enjin berkenaan di sini pada Khamis. “Ini merupakan aktiviti penting kerana objektif pembangunan enjin ini pada dasarnya untuk menambah baik enjin serta pemindahan teknologi untuk Proton serta pembekal Malaysia,” jelas beliau sambil menambah bahawa kira-kira 70 jurutera terlibat dalam pembangunan enjin.
Tajul Zahari berkata enjin baru itu mempunyai kapasiti 1,600 cc dan prestasinya bersamaan dengan enjin 2,000 cc. Engin berkenaan menjanjikan pemanduan hebat dengan ekonomi, prestasi dan pelepasan asap yang dipertingkatkan, katanya. Beliau berkata enjin berkenaan yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini telah diuji dalam semua keadaan cuaca dan ia sesuai untuk sebarang gred bahan api termasuk RON 95 dan RON 97.
Tajul Zahari berkata enjin itu juga akan digunakan untuk model kereta masa depan Proton serta untuk pasaran eksport. “Selain menghasilkan pelbagai paras pelepasan asap serta perundangan untuk pelbagai pasaran, enjin ini juga direka bentuk bagi memastikan ia mempunyai penyenggaraan rendah serta kemampuan perkhidmatan yang lebih baik. Ini penting untuk menjadikan kos pemilikan kepada pelanggan akan lebih rendah,” katanya.
Sumber dari BERNAMA
NORWICH, United Kingdom 2 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melancarkan Enjin Berprestasi Tinggi Proton (EBTP) yang dibangunkan di kilang syarikat pengeluar kereta sport dan lumba, Group Lotus Plc (Lotus) di Hethel di sini.
Projek pembangunan enjin yang mampu menghasilkan kuasa antara 30 hingga 40 peratus lebih tinggi daripada enjin Campro 1.6L bermula awal tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.
Pelancaran itu diadakan sempena lawatan baginda ke kilang berkenaan yang merupakan bekas pangkalan tentera udara Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua.
Turut berangkat melawat kilang yang terletak di bahagian timur negara ini di Wilayah Norfolk dengan jarak kira-kira 180 kilometer dari London ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Ketibaan baginda berdua kira-kira pukul 10.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) dengan menaiki helikopter yang mendarat di litar ujian kereta syarikat itu disambut oleh Pengerusi Lotus yang juga Pengerusi Proton Holdings Berhad, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang baru, Dany Taner Bahar; Wakil Ratu England, Leftenan Diraja Norfolk Richard Jewson dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Abdul Aziz Mohammed.
Dalam ucapan alu-aluan menyambut keberangkatan Seri Paduka ke kilang syarikat berkenaan, Mohd. Nadzmi berkata, lawatan itu akan dapat merangsang semangat kakitangan Lotus untuk berusaha lebih keras dalam memperluaskan keluaran syarikat itu di peringkat global dan menjayakan visi Proton untuk menjadi syarikat automotif utama Asia.
‘‘Lotus sudah membuktikan keupayaannya dalam mengeluarkan beberapa model ikonik seperti Elite, Elan, Europa, Esprit, Elise dan terbaru, Evora, maka keputusan Proton mengambil alih syarikat itu pada tahun 1996 adalah langkah tepat.
‘‘Syarikat ini telah memberikan sumbangan yang banyak kepada pembangunan teknologi dan keupayaan kejuruteraan Proton.
‘‘Dan untuk masa depan kedua-dua syarikat sedang bekerjasama membangunkan kenderaan hibrid dan elektrik serta menghasilkan enjin yang lebih efisien,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika lawatan selama kira-kira tiga jam berkenaan, Tuanku Mizan telah berpeluang mendengar taklimat mengenai pelbagai model klasik yang dihasilkan oleh Lotus yang disampaikan oleh Clive Chapman.
Beliau merupakan anak mendiang Colin Bruce Chapman yang telah mengasaskan syarikat berkenaan pada 1948.
Baginda juga telah melawat dan melihat sendiri proses pemasangan kereta yang dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tangan.
Seri Paduka kemudiannya turut meluangkan masa selama 30 minit untuk memandu uji Lotus Evora, model terbaru syarikat berkenaan yang memenangi pelbagai anugerah, selain model berprestasi tinggi, Exige dan model kenderaan elektrik, Tesla.
- Bernama / Utusan Malaysia -

produa mpv

warna putih
![DSC00108[1] menawan??](http://prodas.files.wordpress.com/2009/09/dsc001081.jpg?w=460&h=345)
menawan??

sisi

belakang

sit belakang

papan pemuka
![DSC00454[1] dalaman](http://prodas.files.wordpress.com/2009/09/dsc004541.jpg?w=460&h=345)
dalaman

bodykit depan


tinted baru yg lame sudah di buang

selepas

sebelum pasang body kit

Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini. Perdana menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.
Najib yang juga menteri kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin SM Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut. “Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai, sambil menambah, projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan. Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata “pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton”.
Najib menyifatkan projek itu tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu. “Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap. “Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan,” katanya.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat perhubungan awam bagi pasukan 1Malaysia F1 Team, pasukan negara itu akan berpangkalan di SIC. Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Petronas dan begitu juga Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), pakar pengeluaran komponen komposit tempatan, juga telah menyertai projek ini. Kenyataan itu berkata pasukan F1 team negara akan mengintegrasikan krew pit dan teknikal Malaysia berjumlah 200 orang untuk diuruskan oleh pengarah teknikal Formula One yang disegani, Mike Gascoyne.
Beliau telah merekrut kumpulan yang mengandungi pakar antarabangsa dengan rekod yang telah terbukti dalam pelbagai disiplin pengeluaran, reka bentuk dan kejuruteraan yang diperlukan bagi memastikan bahawa pasukan 1Malaysia F1 team adalah pasukan yang mencapai piawaian antarabangsa, persediaan dan keupayaannya untuk bertanding dengan para pemandu hebat dunia.
Pada masa ini, enam pemandu tempatan dan antarabangsa telah disenaraikan untuk dinilai dan pasukan itu dijangka mengumumkan dua pemandunya penghujung bulan depan. Kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata bahawa penyertaan Malaysia dalam Formula One dengan pasukan negara mempunyai objektif untuk mendapat pengaruh yang meluas terutama dalam memajukan perkembangan industri automotif negara dari aspek teknologi termasuk inisiatif dalam teknologi hijau.
“Dengan mewujudkan pusat lumba di dalam negara, kami juga berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan kepakaran teknikal terbaik yang boleh menjana pertumbuhan industri automotif kita di mana saya berharap untuk melihat lebih banyak R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi menghasilkan kereta yang berkesan dari segi kos, lebih ringan dan lebih selamat,” katanya.
sumber dari : BERNAMA fantastikodesign