Sketches NEW Perodua Myvi 1.5???

Posted: 1 Mei 2010 in AUTO News, automotif, concept car, PERODUA, perodua MYVI, PRoDaS

sebelum ini perodua ada mengumumkan bahawa bulan JUN ini akan ada suatu kejutan iaitu perodua MYVI 1.5

melalui sumber2 yg boleh dipercayai mereka akan menggunakan body NEW TOYOTA PASSO

New TOYOTA PASSO

New TOYOTA PASSO

masa saya di MSAM 2010 di KUCHING SARAWAK…ade beberape lakaran2 yang menarik dan mungkin salah satunya NEW PERODUA MYVI 1.5…yang akan dilancarkan pada JUN ini… kalau design seperti gambar dibawah ini memang ianya suatu kejutan…. (ini pendapat saya mungkin ini Perodua myvi baru tetapi tidak pasti) saya cuba tanya dgn kakitangan perodua disitu..mereka seperti merahsiakn..biasa lh rahsia syarikat..hihihih

new Perodua MYVI 1.5??

new Perodua MYVI 1.5??

gambar diatas ini yang saya paling suka…. designnya segar..dan unik serta cantik….. design bumper depan ada iras2 model myvi SE

dan tidak mustahil sketches ini perodua myvi baru…kerana DNA myvi lama ada..hihihih

ada iras2 toyota passo

ada iras2 toyota passo

dari segi design pintu ada iras2..toyota passo baru diatas..

interior dashboard

interior dashboard??

yg gambar ini saya tidak pasti… dashboard ada iras2 perodua alza…

gambar-gambar lain dibawah ini mungkin model2 perodua yang akan datang … mereka sepatut nya ade R&D mereka sendiri.. untuk merealisasikn rekaan2 yg menarik ini..

Komen-komen
  1. g-mie berkata:

    SANGAT menarik rekabentuknya.. boleh dikatakan kesemuanya, MENARIK..

  2. g-mie berkata:

    Sangat Menarik

  3. campromania berkata:

    sketches yg mula2 tu lampu dia macam toyota passo lama je..mungkin tu fl nye version yg terakhir kot sebelum new Myvi akan ganti tahun depan..

  4. prodas berkata:

    humm… saya pn tak pasti… betul ka lakaran ini?/ sama2 lh kita tunggu..hihi

  5. azrai berkata:

    P2 akan keluar produk baru setiap 2 tahun. jadi untuk jun ni keluar Myvi baru jauh sekali. Saya percaya Myvi baru takde la macam sketch tu pun.

  6. g-mie berkata:

    walaupun (mungkin) P2 tak keluarkan Myvi sebiji macam sketch2 tu, at least, bila tengok ni, kita rasa teruja.. dan saya harap, Proton pun akan buat yang sama untuk model Persona 2012..

    bro prodas, anda masih di Sarawak ke..?

  7. g-mie berkata:

    bro, mintak izin nak guna pic2 ni untuk disumbatkan ke blog saye yer.. thnx..

  8. ad berkata:

    bukan nak perlekehkan perodua…cume kenyataan camtula..
    klo nk sgt tgk cmne rupe myv baru tu tgkla pic2 new passo..xkan lari la dr design asal..juz akan ubah lampu n bumper..sama mcm alza..mungkin bg yg xpenah tgk model2 daihatsu or toyota,diorg akan kata WOW kpd model2 perodua..tp bg kite2 yg slalu surf net ni klo tgk model2 perodua dah jd mcm xbesh..sbb dah tau cmne bentuknye dr awl..papepon bgla utk perodua sbb wat pameran tu..atleast nmpkla tugas2 designer produa tu…papepon harap perodua dptla keluar dr kepompong mr d n t tu..jd mcm proton..slow2 naik..then nnti dah leh masuk pasaran global

    • apa la nk d bangga kn dgn proton sama ja still guna teknologi luar gak tiru lak tu..sebiji enjin…untuk apa ada design2 yg hebat tp enjin sebiji yg btl2 cipta malaysia pown xley nk bt..fikir2 kn la btl2….kenapa nk bangga kn dgn teknologi org…mn pergi nya kepakaran rakyat malaysia yg hanya tawu berkata2 ja…buatnya xda pown

  9. fauzan berkata:

    mmm… sketch2 yg menarik, tapi sayang x dpt direalisasikan oleh perodua selagi dibawah pengaruh T n D. Mgkin dari situ diorang bleh dapat idea tukar bumper kot:) PNB ada share 10% dlm perodua kn? No wonder perodua ada kat pameran tu gak. Designer2 dari perodua ada potensi, sayang bila nanti design2 tu hanya jadi inspirasi T n D menghasilkan model2 menarik diorang (skarang nie diorang ketandusan idea mgkin…hehe). Harap sangat perodua akan menjadi seperti mana proton sekarang.🙂

    cheers!

  10. ad berkata:

    mcm tu la harap2nya..rasanya kite ni antara penyokong proton n perodua patut bersatu..bukan berselisih nak cite buruk baik kete lain2..harap nnti perodua dpt berdikari..then time tu myb proton boleh tolong dgn teknologi ataupon kepakaran yg dah ada utk bantu perodua mcm perunding atau consultan..slain berkongsi kepakaran,aliran wang pelaburan pon balik kepada org kita jugak..proton dah 25thn..perodua pon hampir 20thn kan..harap perodua bangun..jgn terlalu selesa berada dibawah pengaruh T n D..kami rakyat msia menyokong usaha tempatan..

  11. if the new MYVi has a design like in the first pic…
    ill consider to own it….

    Afiq…amacam cuti2 sarawak….??

  12. prodas berkata:

    g-mie… bro..saya sudah ada di semenanjung… saya pergi sarawak 24 hb sehingga 26 april…kalau bro nak ambil gambar2 2 ambil lh kita boleh sama2 kongsi…

    bro zack… cti..hahah biasa ja….ok lh.. not bad…hihi

    bro ad.. oh.bukan ye?? so mungkin juga untuk myvi yg akan datang..

  13. Ardy IBBC berkata:

    Nice info bro…

    Keep posting…
    😀

  14. armadrafar berkata:

    inilah hasil blajar jurusan IPD (Industri Product Design)….

    smart ar beb….

  15. azrai berkata:

    Datuk Aminar cakap P2 takkan keluarkan model baru Myvi sebab permintaan masih tinggi!! Dia cakap hanya keluar facelift saje lagi. Alamak. nampaknya penyakit yang dulu proton dapat nak jangkit ke P2. ingat tak Proton Iswara tu sampai 20 tahun keluar? Wira pula jualannya lebih daripada Gen2? Bungkus…

  16. campromania berkata:

    myvie pasni jadi model yg paling banyak facelift la pasni…pecah rekod..hehehe…

  17. fauzan berkata:

    cam tu plak strategi perodua? Silap ar kalau buat cam nie selamanya. Sedangkan pesaing seperti proton terus berinovasi dgn model2 baru yg lebih hebat n menarik. Mgkin kot perodua rasa selesa, sebab kereta2 compact di pasaran m’sia tiada saingan dgn harga berlabel kereta nasional. diorang rasa still ada permintaan tinggi dari golongan rendah n sederhana….

    cheers!

  18. prodas berkata:

    huii…. so Sketches yg menarik diatas hanya sekadar lakaran maya sahaja tidak dizahirkan?? huhu hampanya…ape2 pn semoga perodua berjaya dengan keselesaan mereka..huhu

  19. azrai berkata:

    nampaknya P2 dah rasa selesa, sama macam proton 10 tahun lepas. Sejarah mungkin berulang.

  20. fauzan berkata:

    huhu.. rugi ar kalau tak belajar dari sejarah.

  21. prodas berkata:

    tidak mengapa… kita tunggu dan lihat

  22. ezedy berkata:

    sokong produk malaysia!!

  23. ha berkata:

    tp yang sebenarnyeee..yang adooo!!! burukk bebenorrr reka bentuknyee! heww!

  24. shan78 berkata:

    yg burok tu pulak jadi keta yg berduyun2 org beli yee…bentuk mcm katak le..buntot besor ler..sekarang smpi tak cukup stock..3bulan myvi nak tunggu…depan aku ni pun ada majalah motor trader myvi kereta paling laris 4 tahun berturut2 dah..apa kes??

  25. shan78 berkata:

    yg burok tu pulak jadi keta yg berduyun2 org beli yee…bentuk mcm katak le..buntot besor ler..sekarang smpi tak cukup stock..3bulan myvi nak tunggu…depan aku ni pun ada majalah motor trader myvi kereta paling laris 4 tahun berturut2 dah..apa kes??
    ini belum di upgred kpd design yg up to date mcm 1.5 kat atas tuh…

  26. skot berkata:

    citarasa subjektif,ikut masing2.ada yg suka A ada yg suka B,di mata kita mybe nampak buruk, tp org lain mybe tidak.mana tau pilihan kita sniri org len pun tak suka.bentuk myvi ni satu pembaharuan dlm rekabentuk. sapa yg open minded je akan minat dan tertarik ko memang da bomb.lagipun kereta kompak lebih ekonomik n sesuai ke bandar2.dats y ramai suka.

  27. P2 memang ada R&D sendiri dan lakaran2 itu antara proposal untuk MyVi 1.5 rasanya. Tapi biasanya design memang macam tu. Mula-mula design nampak gempak, futuristik. Tapi selepas dipilih dan diubah, design tu takkan jadi macam yang asal tu lagi da. Tapi yang penting orang akan beli sebab design.

    Orang Malaysia takkan suka design macam Toyota buat (lampu bulat). Tu pasal designer P2 kena buat lampu yang nampak sporty2.

    Tapi pelik sebab org Malaysia masih suka rebadge nama Passo kat MyVi diorang.

  28. fauzan berkata:

    mmm… perodua mmg ada RnD division. dan dlm RnD division nie plak ada 5 department sprt Product Planning, Styling, Engineering Design, Testing & Experiment and Technical Admin. Tapi diorng nie masih belum ada department untuk pembangunan ‘full upper-body’ dan ‘floor development’ (kalau salah tolong betulkan). Dgn kata lain buat kereta sendiri ar- bukan sekadar design lampu, bumper atau skin change. Mgkin ada la kot pada masa hadapan tapi x tau bila la tu:)

    Org M’sia beli kereta2 perodua sebab murah, bentuk compact (praktikal, sesuai utk kegunaan bandar) dan ada DNA toyota. Dan utk Myvi baru nanti pun still akan guna dari model Passo tu. Tapi tu la citarasa org m’sia nie berubah2. Skrg nie pun org dah mula suka kereta2 sedan mcm saga n persona. Jualan2nya pun semakin meningkat.

    my 2 cents.

    cheers!

  29. zkamarudin berkata:

    A’mualaikum & selamat sejahtera kpd semua org Malaysia..

    Ringkaskan cerita, saya brhajat membeli kereta yang compact, ekonomi dan sesuai utk anak yang sedang blajar di Universiti. Tapi sya agak keliru dan mula berbelah bagi setelah mmbaca brmcm2 komen/pendapat fasal produk P2 dan Proton.

    Sya memohon nasihat tuan2 semua apa yg trbaik. Sekiranya tiada yg sudi mungkin sya akan beralih kpd kereta import nampaknya.. Toyota, Nissan, Honda ataupun barisan drp Naza Motors. T.kasih kerna sudi membaca..Jutaan tkasih kpd yg sudi memberi panduan & nasihat.

  30. peter berkata:

    kalau boleh guna body myvi se 10 cuma tukar enjin ke 1.5 lagi cantik…

  31. peter berkata:

    rupa passo baru tak berapa cantik, ada sikit mcm rupa viva. tak ganas…
    i lebih suka model myvi se10, bagi aku cuma enjin jak yang tak cukup power. kalau masuk enjin 1.5dvvt pasti power…. dan lebih laris di pasaran..

  32. ucopp berkata:

    bile la perodua nak maju…

    • prodas berkata:

      mereka dalam proses latihan lagi.. nak tahu bila dia nak buat kereta sendiri..lama lagi kot

      • zackhakimi berkata:

        masih belajar???

        PROTON LEPAS 15 TAHUN DAH BERANI BUAT DESIGN SENDIRI..

        P2???

        PLEASE WAKE UP N FAAAAAAAAAAAAAAAASTER

        • prodas berkata:

          perodua hanya mampu meng inovasi model sedia ada sahaja.. untuk buat model sendiri… nampaknye bila lh??

  33. nikqd berkata:

    lampu depan yg besar..trademark myvi tuu…

  34. naimhusni berkata:

    Saja nak betulkan a few statement. Perodua ada R&D sendiri. They have facilities and capability nak buat testing. It’s just restricted sebab under principal manufacturer. Tu sahaja.

  35. Lee berkata:

    memang menarik kalau dilukiskan. boleh kah sketch sketch ini boleh dijadikan kenyataan?? itulah question saya kepada perodua.

  36. ahmad raziff berkata:

    hai, p2 kan share 49% saje toyot 51% so itu da bole kira jwp separuh soalan common
    myv1.5 bole tgk kt klim aritu yg kaler kuning ok chow

  37. ibrahim ishak berkata:

    salam..saye kureng nak amik tau pasal P2 pasal tak lebih tak kurang suma model Toyota..lebih baik amik tau pasal proton n support proton..walaupn buruk macam bontot penyu..huahahaha.. harap proton akn lebih maju kehadapan..tp frust ckit dgn inspira..chaiyok2 proton..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s