Proton EXORA edisi 25 Tahun

Posted: 25 Julai 2010 in AUTO News, automotif, PROTON, Proton Designer, proton Exora
Proton EXORA edisi 25 Tahun

Proton EXORA edisi 25 Tahun

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

kalau  Proton EXORA edisi 25 Tahun ini saya sangat berminat dan suatu design yg menarik

Sempena sambutan ulangtahun 25 tahun Proton pada tahun ini, Proton telah mengeluarkan edisi khas bagi 3 model popularnya iaitu Proton Saga, Proton Exora dan Proton Persona. Apa yang lebih istimewa berkenaan ketiga-tiga model tersebut ialah jumlah pengeluaran yang terhad bagi setiap model iaitu sebanyak 25 unit sahaja. Ketiga-tiga model tersebut pasti akan menjadi collector’s items bagi pencinta kenderaan berjenama Proton. Terdapat banyak perubahan dalaman dan luaran untuk ketiga-tiga model tersebut memandangkan ianya adalah edisi khas yang begitu istimewa bagi Proton sempena 25 tahun penubuhan syarikat itu.

Ketiga-tiga model tersebut didatangkan dengan warna putih dan dihiasi dengan warna hitam di bahagian bumbung sehingga ke bahagian bonet atau ruang bagasi. Tema warna putih dan hitam yang begitu menyerlah menampakkan lagi ciri-ciri istimewa ketiga-tiga model tersebut. Antara perubahan di bahagian dalaman yang paling menyerlah ialah kusyen dibalut kulit berwarna coklat (brown). Harga bagi Proton Saga edisi 25 tahun ini ialah sebanyak RM54,500, Proton Exora RM91,998.00 manakala harga Proton Persona ialah sebanyak RM69,500.00. Walaupun harga yang ditawarkan bagi ketiga-tiga model tersebut lebih mahal daripada biasa, Proton menjangkakan mereka tidak akan menghadapi masalah untuk menjual kesemua unit Proton Saga, Exora dan Persona edisi terhad tersebut. Bagi yang mahu memiliki salah satu model tersebut, tempahan perlu dibuat segera sebelum kehabisan stok.

Komen-komen
  1. budak aping barat berkata:

    Hai bro prodas… saya adalah pendatang baru dlm blog anda.. saya mula research dlm internet mengenai Pro n Con tentang Proton Exora sejak saya mula boking Exora MC H-line saya. Dan terjumpa blog anda. Pada pendapat saya, blog anda dpt membantu saya dan juga Exorian2 yg lain dan juga mungkin bakal Exorian atau proton owner yg lain di seluruh Malaysia.
    Mwmang cun giller Edisi 25 yahun ni… tp x nyesal juga saya. sbb saya boking Exora MC H-Line warna putih. Raya tahun ni dapatlah beraya sakan dgn Exora baru. Dan yang pasti, boleh lah saya copy paste bamper depan Exora MC saya sebiji mcm Exora edisi 25 tahun. cuma touchup sikit aje..yg lain2 tu nanti kot…bagi saya, Exora MC H-line pun dah cukup menarik…

  2. budak aping barat berkata:

    salam bro prodas, blh tnya sikit x? bro ni anak johor ke?

  3. joe berkata:

    RM 91K? mahalnye….

  4. Evo berkata:

    Bro, saya tak kisah jika nak ambil atau salin penulisan dari blog saya Arena Kereta, tetapi sila letak link dari mana ia di ambil. Jangan salin macam tu saja tanpa memberikan kredit kepada blog saya. Biarlah kita berblog dengan cara yang betul dan tidak menciplak hasil penulisan orang lain.

  5. sham78 berkata:

    MEMang smart..designer proton betul2 mengikut trend pasaran terkini..mcm bumbung,bonet hitam tuh..lagi dvd touch screen & headrest monitor yg menyerlah..

  6. sham78 berkata:

    lagi yg tak tahan..second row dia pun dah adjust boleh slide..macam alza..boleh lawan sales perodua plak

  7. Pukang berkata:

    Prodas bl0g ni pun sama jgak dgn proton. Copy paste org punya artikel pastu bangga diri .
    Komen ?

  8. fauzan berkata:

    mmm.. proton bukan ar copy paste. semua tertakluk kat jv proton-mitsu. Kalau nak tanya pasal copy paste lebih baik bro tanya perodua. diorang ada jawapannya:)

    cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s