Arkib untuk Jun, 2010

Lotus Sasar Jual 30 Lotus Evora Pada Tahun Pertama

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

PETALING JAYA, 23 Jun (Bernama) — Lotus Cars Malaysia, satu cabang Proton Edar Sdn Bhd, menyasar untuk menjual 30 Lotus Evoras pada tahun yang pertama, berikutan harga yang menarik dan penambahbaikan pada kereta itu.

Ketua Bahagian Oh Kah Beng berkata sasaran jualan boleh dicapai terutamanya dengan tempahan 10 unit setakat ini.

“Malaysia adalah pasaran keempat terbesar di Asia selepas Jepun, Australia dan Hong Kong,” katanya kepada pemberita pada pelancaran kereta itu di sini hari ini.

Penghantaran, kata Oh, mungkin akan mengambil empat hingga lima bulan.

Lotus kini dijual di 37 negara.

Sementara itu, pengarah urusan kumpulan Proton Holdings Bhd Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Lotus Evora menawarkan keselesaan perjalanan dengan harga yang menarik.

Mengenai teknologi Lotus, Syed Zainal Abidin berkata 12 jurutera Proton telah menjalani latihan selama satu tahun setengah dan telah terbabit dalam pembangunan kereta itu.

Latihan itu adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk meningkatkan kebolehan dan kepakaran mereka, terutamanya dalam pembangunan syarikat, katanya

.

Syed Zainal berkata Proton juga akan berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan perlumbaan kereta untuk menjadikan Proton satu jenama sukan lumba kereta.

Lotus Evora berharga RM443,480 (spesifikasi sukan), RM463,650 (spesifikasi teknikal), RM472,110 (spesifikasi sukan dan teknologi) dan RM490,210 (spesifikasi edisi pelancaran).



— BERNAMA

Proton Berhasrat Ubah Group Lotus Dalam Tempoh Lima Tahun



SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) — Proton Holdings Bhd berharap dapat mengubah Group Lotus Plc menjadi sebuah syarikat yang menguntungkan di bawah rancangan transformasi lima tahunnya, kata Pengerusi Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh hari ini.

“Ini merupakan permulaan fasa baharu bagi Proton dan bukan satu janji kosong tetapi benar. Lotus telah bersama Proton hampir satu dekad,” kata beliau pada taklimat media di sini mengenai pasukan pengurusan baharu syarikat itu bagi Group Lotus.

“Pada salah satu mesyuarat lembaga pengarah, saya memikirkan untuk mengembalikan syarikat (Group Lotus) seperti dahulu sebelum syarikat itu menjadi tidak menguntungkan,” kata beliau.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata antara strategi utama di bawah rancangan lima tahun itu ialah untuk memasuki segmen kereta sports premium di samping Porsche dan Ferrari.

Mengikut rancangan berkenaan, kata beliau, Group Lotus menyasarkan untuk mempunyai produk kereta kelas terbaik di kalangan segmen kereta sport mewah utama tanpa penggalaman jenama yang setara, perkhidmatan jualan dan selepas jualan, produk yang efisen dan berkualiti tinggi.

Syarikat itu juga menyasarkan untuk meningkatkan jumlah produk kepada 8,000 unit setahun menjelang 2015 berbanding sekarang 2,000 unit setahun, katanya.

Pada masa ini, Group Lotus berada di 30 pasaran seluruh dunia dengan 25 pasaran berpotensi untuk diteroka.

Mengenai masa depan, Syed Zainal Abidin berkata prestasi Proton mungkin akan menjadi lebih baik dengan jalinan kukuh bersama Lotus.

Menurut beliau, hubungan Proton-Lotus akan memanfaatkan kedua-dua pihak dari segi pengeluaran kereta dengan kesedaran jenama yang lebih baik, dengan itu meningkatkan perolehan dan keuntungan.

Hubungan itu juga akan memberi Proton bantuan dalam pengeluaran produk-produk masa hadapan dengan nilai yang lebih baik, katanya.

Mengenai pasukan pengurusan baharu itu, Syed Zainal Abidin berkata Dany Bahar telah dilantik pada 1 Okt 2009 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Group Lotus itu.

Beliau berkata pasukan pengurusan baharu itu terdiri daripada kakitangan berpengalaman dari industri kereta mewah seperti Porsche, Ferrari, Aston Martin dan Fiat Group.

— BERNAMA

Digital Rendering

Sketches

Gambar ni diambil oleh bro rx di pameran SMECorp di KLCC baru2 ni…Perodua telah mempamerkan clay scale model untuk Viva FMC Concept…terdapat juga skecthes & rendering yang menunjukkan “idea development” untuk projek ni..nampaknya Perodua bakal menghasilkan rekaan tersendiri pada masa depan menggunakan platform & enjin Daihatsu…agak menarik rekaan ni..apa pendapat semua? terima kasih kepada bro rx & autorotik.com kerana sudi berkongsi gambar ni… :)

TQ juga kepada Funtasticko BLOG coz saya dapat info dari situ…sama2 kita berkongsi…

apa pendapat anda…

ini juga bakal menjadi saingan Proton EMAS


gambar ini sebenarnye sudah lama… tapi sy saja mahu berkongsi dgn anda Proton EXORA Prime di pameran auto di Bangkok Thailand berbeza dgn apa yg kita tgk pada pelancaran proton Exora thn lepas…. lihat betol2 apa perbezaannya..

bodykit Exora Prime yg menawan

bodykit Exora Prime yg menawan

DVD skrin di setiap kerusi

DVD skrin di setiap kerusi

kalaulh model ini dijual oleh poton ..ia dikatogerikn sebagai MPV mewah..

Motor-Expo-2009-Proton

Motor-Expo-2009-Proton

Motor Expo 2009 Proton Exora

Motor Expo 2009 Proton Exora Prime

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Perodua mengekalkan kepimpinan pasarannya pada Mei dengan jualan 15,000 kereta dan anggaran agihan pasaran 29.6 peratus berikutan permintaan kukuh berterusan mendapatkan kenderaan.

“Jualan 15,000 unit itu meningkat 13.6 peratus berbanding 13,200 unit yang dicatatkan pada Mei 2009,” kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh di dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun sehingga ini, Perodua menjual 78,700 kereta, yang meningkat 5.64 peratus berbanding 74,500 unit yang diunjurkan bagi tempoh lima bulan tahun ini.

Ini juga merupakan lonjakan 23.16 peratus berbanding jualan 63,900 unit bagi tempoh Januari-Mei 2009.

Perodua mengunjurkan untuk menjual 176,000 unit kereta pada tahun ini berbanding 166,700 unit yang dijual pada tahun lepas.

“Kami sangat teruja dengan bilangan jualan itu dan kami percaya catatan sehingga separuh kedua akan menunjukkan angka yang lebih baik memandangkan jangkaan permintaan semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali,” kata Aminar.

konvoi mesra perodua suatu stratigi yg berjaya menarik minat pelangan

Katanya jualan kereta di Malaysia secara tradisinya meningkat pada suku ketiga setiap tahun.

Mengenai prestasi selepas jualan Perodua, Aminar berkata pada Mei, 137,000 penghantaran servis dicatatkan berbanding dengan unjuran 130,000 penghataran.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, keseluruhan 681,000 penghantaran atau 46 peratus dari agihan pasaran dicatatkan berbanding dengan 666,000 penghantaran semasa tempoh Januari-Mei 2009.

— BERNAMA

saya baru sahaja pulang dari bercuti.. bukak2 internet jekk ade berita baru tentang proton…

cambar ni saya dapat dari sebuah blog FUNTASTIKODESIGN tq kepada bro campro coz dapat gambar ini….

saya mahu kongsikan kepada anda semua…

exora-mc1

exora-mc1

sport rim baru

sport rim baru

gambar bawah ini pula dari paultan.org

23

apa pendapat anda..?

Rundingan Jalinan Pakatan Volkswagen-Proton Ditamatkan

Volkswagen Logo

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Rundingan bagi kemungkinan jalinan pakatan antara pembuat kereta Jerman, Volkswagen dan pengeluar kereta nasional, Proton dibatalkan.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Proton berkata Volkswagen mengesahkan yang syarikat itu kini mempunyai keutamaan lain dan potensi kerjasama dengan pembuat kereta Malaysia itu tidak boleh diteruskan.

Sebagai satu daripada pengeluar peralatan tulen (OEM) terbesar dalam industri, Proton berkata Volkswagen, yang ditubuhkan pada 1937, akan menjadi rakan kongsi kerjasama yang menarik bagi Proton.

Proton berkata syarikat menerima keputusan Volkswagen itu.

Namun begitu, syarikat akan meneruskan strateginya dalam OEM Tempatan dan Pelbagai Negara Asean. Ini termasuk kerjasama produk dengan pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, projek EMAS dan pembangunan model baharu yang lain.

Proton, yang mencatatkan peningkatan jualan bagi model Saga, Persona dan Exora, berkata syarikat kekal komited untuk mengukuhkan kehadirannya di China melalui kerjasama dengan Youngman.

Memanfaatkan momentum yang amat baik bagi keputusan tahun kewangan 2009/10, Proton berkata syarikat juga meninjau untuk menembusi pasaran Asia yang dalam masa terdekat serta terus mengukuhkan kedudukan dalam negara.

Proton, yang ditubuhkan pada 1983, merupakan pengeluar automobil terbesar Malaysia dan satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya di Asia Tenggara.

Syarikat mempunyai operasi di pasaran utama dari UK hingga Timur Tengah, serta seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara-negara seperti China, India dan Iran

— BERNAMA

huhh… sungguh manghampakan!!!! pendapat anda semua??