Proton Berhasrat Ubah Group Lotus

Posted: 22 Jun 2010 in AUTO News, automotif, LOTUS, PROTON

Proton Berhasrat Ubah Group Lotus Dalam Tempoh Lima Tahun



SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) — Proton Holdings Bhd berharap dapat mengubah Group Lotus Plc menjadi sebuah syarikat yang menguntungkan di bawah rancangan transformasi lima tahunnya, kata Pengerusi Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh hari ini.

“Ini merupakan permulaan fasa baharu bagi Proton dan bukan satu janji kosong tetapi benar. Lotus telah bersama Proton hampir satu dekad,” kata beliau pada taklimat media di sini mengenai pasukan pengurusan baharu syarikat itu bagi Group Lotus.

“Pada salah satu mesyuarat lembaga pengarah, saya memikirkan untuk mengembalikan syarikat (Group Lotus) seperti dahulu sebelum syarikat itu menjadi tidak menguntungkan,” kata beliau.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata antara strategi utama di bawah rancangan lima tahun itu ialah untuk memasuki segmen kereta sports premium di samping Porsche dan Ferrari.

Mengikut rancangan berkenaan, kata beliau, Group Lotus menyasarkan untuk mempunyai produk kereta kelas terbaik di kalangan segmen kereta sport mewah utama tanpa penggalaman jenama yang setara, perkhidmatan jualan dan selepas jualan, produk yang efisen dan berkualiti tinggi.

Syarikat itu juga menyasarkan untuk meningkatkan jumlah produk kepada 8,000 unit setahun menjelang 2015 berbanding sekarang 2,000 unit setahun, katanya.

Pada masa ini, Group Lotus berada di 30 pasaran seluruh dunia dengan 25 pasaran berpotensi untuk diteroka.

Mengenai masa depan, Syed Zainal Abidin berkata prestasi Proton mungkin akan menjadi lebih baik dengan jalinan kukuh bersama Lotus.

Menurut beliau, hubungan Proton-Lotus akan memanfaatkan kedua-dua pihak dari segi pengeluaran kereta dengan kesedaran jenama yang lebih baik, dengan itu meningkatkan perolehan dan keuntungan.

Hubungan itu juga akan memberi Proton bantuan dalam pengeluaran produk-produk masa hadapan dengan nilai yang lebih baik, katanya.

Mengenai pasukan pengurusan baharu itu, Syed Zainal Abidin berkata Dany Bahar telah dilantik pada 1 Okt 2009 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Group Lotus itu.

Beliau berkata pasukan pengurusan baharu itu terdiri daripada kakitangan berpengalaman dari industri kereta mewah seperti Porsche, Ferrari, Aston Martin dan Fiat Group.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s