Lotus EVORA 500k? MAHALnye!!

Posted: 23 Jun 2010 in Uncategorized

Lotus Sasar Jual 30 Lotus Evora Pada Tahun Pertama

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

PETALING JAYA, 23 Jun (Bernama) — Lotus Cars Malaysia, satu cabang Proton Edar Sdn Bhd, menyasar untuk menjual 30 Lotus Evoras pada tahun yang pertama, berikutan harga yang menarik dan penambahbaikan pada kereta itu.

Ketua Bahagian Oh Kah Beng berkata sasaran jualan boleh dicapai terutamanya dengan tempahan 10 unit setakat ini.

“Malaysia adalah pasaran keempat terbesar di Asia selepas Jepun, Australia dan Hong Kong,” katanya kepada pemberita pada pelancaran kereta itu di sini hari ini.

Penghantaran, kata Oh, mungkin akan mengambil empat hingga lima bulan.

Lotus kini dijual di 37 negara.

Sementara itu, pengarah urusan kumpulan Proton Holdings Bhd Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Lotus Evora menawarkan keselesaan perjalanan dengan harga yang menarik.

Mengenai teknologi Lotus, Syed Zainal Abidin berkata 12 jurutera Proton telah menjalani latihan selama satu tahun setengah dan telah terbabit dalam pembangunan kereta itu.

Latihan itu adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk meningkatkan kebolehan dan kepakaran mereka, terutamanya dalam pembangunan syarikat, katanya

.

Syed Zainal berkata Proton juga akan berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan perlumbaan kereta untuk menjadikan Proton satu jenama sukan lumba kereta.

Lotus Evora berharga RM443,480 (spesifikasi sukan), RM463,650 (spesifikasi teknikal), RM472,110 (spesifikasi sukan dan teknologi) dan RM490,210 (spesifikasi edisi pelancaran).



— BERNAMA

Komen-komen
  1. rx berkata:

    nakal betul ayat spekfikasi sukan tu…wakakakak…..

    ermmm bg sy la..if rm500k utk sebuah Evora..baik beli GTR… ape2 pun lotus ni mmg kena exotic dan ringgan..huhu

  2. zam berkata:

    fuuhh… in my dream je lah nak memiliki keta nih… ada tengok dalam top gear video keta nih.. sound enjin nye memang garang…😉

  3. campromania berkata:

    tax la yang jadi mahal kereta ni, proton dah adjust kat gov nak dpat murah skit tax, tapi ni la hasil dia…kereta proton pun gov amik tax tinggi…ni pulak kereta cbu..hehehe

  4. Bukan Kondem tapi Komen berkata:

    Apa ni? tak update2.. dari dulu mcm ni.. Proton punye jubli perak, tak ada post ke? kereta saga, persona, exora SE sempena jubli perak pon xda kat sini.. Takkan tunjuk sketch ngarut tu je.. be real bro! *ini utk kebaikan blog ini jgk*

  5. reena berkata:

    nak tanye la lotus dah keluar ker??dh keluar kalo nak beli,,tp tu la tk tau dh kuar blm..?????

  6. fauzan berkata:

    dah kuar..beli ar kalau mampu😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s