Perodua Jual 15,000 Kereta Pada Mei 2010

Posted: 19 Jun 2010 in AUTO News, automotif, PERODUA

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Perodua mengekalkan kepimpinan pasarannya pada Mei dengan jualan 15,000 kereta dan anggaran agihan pasaran 29.6 peratus berikutan permintaan kukuh berterusan mendapatkan kenderaan.

“Jualan 15,000 unit itu meningkat 13.6 peratus berbanding 13,200 unit yang dicatatkan pada Mei 2009,” kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh di dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun sehingga ini, Perodua menjual 78,700 kereta, yang meningkat 5.64 peratus berbanding 74,500 unit yang diunjurkan bagi tempoh lima bulan tahun ini.

Ini juga merupakan lonjakan 23.16 peratus berbanding jualan 63,900 unit bagi tempoh Januari-Mei 2009.

Perodua mengunjurkan untuk menjual 176,000 unit kereta pada tahun ini berbanding 166,700 unit yang dijual pada tahun lepas.

“Kami sangat teruja dengan bilangan jualan itu dan kami percaya catatan sehingga separuh kedua akan menunjukkan angka yang lebih baik memandangkan jangkaan permintaan semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali,” kata Aminar.

konvoi mesra perodua suatu stratigi yg berjaya menarik minat pelangan

Katanya jualan kereta di Malaysia secara tradisinya meningkat pada suku ketiga setiap tahun.

Mengenai prestasi selepas jualan Perodua, Aminar berkata pada Mei, 137,000 penghantaran servis dicatatkan berbanding dengan unjuran 130,000 penghataran.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, keseluruhan 681,000 penghantaran atau 46 peratus dari agihan pasaran dicatatkan berbanding dengan 666,000 penghantaran semasa tempoh Januari-Mei 2009.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    hebat lh perodua ini…. proton harus belajar daripada stratigi pemasaran mereka..

  2. CPS berkata:

    Mmg ptut pn p1 bljar dgn p2.publisiti dan pmasaran p1 masih lemah kalau dbandingkan dgn p2. Stakat iklan exora naik bukit dgn 7 pnumpang blum ckup la .

  3. Proton Saga berkata:

    Betul Seharusnya Proton Memulihkan Kembali Jenamanya Sebenarnya yang membelengu Proton Ialah banyak di pengaruhi Imej yang negatif..saranan
    Proton harus mewujudkan pusat media ict untuk pelanggan berinteraksi secara maya mengenai produk proton, khidmat selepas jualan, pusat servis dengan ini dapat memantau prestasi semua yang terlibat.Pelanggan juga dapat kepuasa apabila masalah mereka di ambil perhatian.Produk Proton hebat dan bagus namun banyak imej yang lampau yang tidak di tangani dengan baik membuatkan para pembeli baru lebih cenderung kepada produk perodua…Pusat Servis Perodua lebih mesra dan membantu..ini kenyataan sebab saya ada kereta perodua dan proton..sama sama renungkan kepada Proton

  4. chaku berkata:

    myvi baru lepas raya ke di lancarkan?

  5. fauzan berkata:

    mmm… tak dinafikan, servis lepas jualan perodua lebih baik daripada proton tika ini. Dalam satu hal, proton kena bkajar part nie. Cuma cabarannya, proton yg kena organize dari A-Z memenuhi kepuasan pelanggan berbanding perodua yg bleh fokus lebih kat servis lepas jualan tanpa sangat prlu fikir rekabentuk model2 bermula dari sketch. Sumer tu tolak jer kat T n D.

    Tahniah gak kat volume jualan perodua yg memberangsangkan. Tapi proton pun tidak tergugat bila model2 nya juga mencapai target jualan gak. Penguasaan 29.6% perodua masih bleh disaingi oleh proton, x jauh sangan percentage proton.

    Selain faktor servise lepas jualan, trend minat kereta2 compact begitu ketara sekali dalam pasaran Malaysia. Selain menjadi mejoriti kegemaran wanita, harga murah n menjimatkan dan praktikal di kawasan sub urban atau bandar2 kecil. So, kalau proton nak bersaing dlm kereta compact, kena ar diorang hasilkannya dan calon paling sesuai adalah model varian konsep EMAS tu🙂. Apa2 pun citarasa org sukar dijangka. Cuba lihat jualan saga, bulan2 terkini dah menunjukkan peningkatan mendadak jualannya. Nie ar satu2 nya model B segment (budget sedan/small sedan) yg murah yg popular di malaysia. – org2 m’sia mmg suka yg murah2 kot:)
    Harap2 perodua mencanak2 jualannya seiring ar keuntungannya juga yek. Jgn ar plak kena share untung dgn T n D gak.😦 tapi tu lah.. majoriti share diorang yg pegang.

    Apa2 pun gud luck proton n perodua. Satu persaingan yg sihat.

    my 2 cents.

    cheers!

  6. PersonaHL_W**88** berkata:

    Betul tu.. Harap proton dapat pantau servis di EONSC & PESC yang menyebabkan pelanggan beralih kepada jenama lain. Cara menangani masalah kenderaan juga perlu dititikberatkan, bukannya hanya sekadar trial & error je. Sampai kadang2 pelanggan hampa dengan kenyataan “Alah biasa je ni, tak ada apa pun”. Tapi bila pelanggan pergi bengkel luar problem boleh solve pulak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s