Arkib untuk 17 Disember 2010

Persona baru ini bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6liter dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork. Enjin ini yang dibangunkan di bawah projek phoenix, kini berada diperingkat akhir ujian dan bakal membuat kemunculan sulung pada model Exora dengan menggunakan kotak gear CVT pada tahun depan. Semoga model persona ini menjadi model global yang berjaya untuk Proton.

Proton TUAH bukan Persona R tetapi ada iras2

Proton TUAH bukan Persona R tetapi ada iras2

Persona-R jadi tambatan Proton

 

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
bisnes@utusan.com.my

 

SHAH ALAM 16 Dis. – Proton Holdings Bhd. (Proton) merancang memperkenalkan kereta model baharu Persona-R dalam tempoh dua tahun lagi untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran industri automotif tempatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran model itu akan dilaksana berdasarkan salah satu model yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini.

Katanya, model Persona-R dijangka memberi tumpuan pada kuasa enjin selain mengambil kira kos bahan api serta pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2).

“Setakat ini, kerja-kerja pengeluaran sedang dijalankan. Model generasi baharu Proton yang bakal dikeluarkan adalah berasaskan pasaran global dan bukan lagi pasaran tempatan,” katanya sambil menyatakan pengeluaran Persona-R dilakukan tanpa melibatkan kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kata Syed Zainal Abidin, selain model baharu, Proton juga mengeluarkan enjin Campro versi Turbo mulai tahun depan untuk menambah baik enjin yang sedia ada dalam memastikan penjimatan bahan api dan pelepasan sisa karbon.

Beliau berkata, Proton turut merancang mengeluarkan enjin generasi baharu bagi model kenderaan keluaran syarikat itu pada masa depan.

Bagaimanapun kata beliau, setakat ini tiada keputusan dibuat sama ada pengeluaran enjin generasi baharu itu akan melibatkan usahasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) global.

“Saya fikir tiada sebab untuk kita mengeluarkan sendiri jika berpeluang untuk mengadakan usahasama. Kami sedang berbincang dengan beberapa OEM mengenai usaha sama pembinaan enjin ini. Sebarang keputusan, kita akan umumkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Zainal Abidin menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat vendor Proton, AutoV Corporation Bhd. (AutoV) dengan ArvinMeritor LVS Co. Ltd (ArvinMeritor) dan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co. Ltd. (CAS) di sini hari ini.

MoU melibatkan pengeluaran komponen automotif itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif AutoV, Bernard Kong manakala ArvinMeritor dan CAS masing-masing diwakili Pengarah Jualannya, Lansing Lin dan Naib Presidennya, Werner Koestler.

Proton TUAH

Proton TUAH

PROTON pasang tingkap elektronik
Oleh Suffian A Bakar

2010/12/17

Autov bangun ‘anti-trap’ bagi Persona R

PEMBEKAL sistem tingkap elektronik Tier-1 PROTON, AutoV Corporation Bhd akan membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ menggunakan teknologi terkini Continental AG, iaitu pengeluar sistem automotif dari Jerman dan ArvinMeritor yang berpangkalan di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Tingkap elektronik itu dibangunkan khusus untuk dipasang pada Persona R, iaitu model yang mendapat sentuhan Italdesign-Giugiaro SpA dari Itali yang akan dilancarkan PROTON pada 2012 bagi menggantikan Persona sedia ada.Bagi tujuan kerjasama pembangunan itu, AutoV semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co Ltd dan ArvinMeritor LVS Co Ltd.

Bercakap pada majlis memeterai MoU itu di Shah Alam, Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata menerusi MoU itu, Continental Automotive Systems Shanghai akan membekalkan perisian elektronik kepada AutoV untuk digunakan dalam membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ itu, manakala motornya akan dibekalkan ArvinMeritor LVS.

“Tingkap elektronik yang akan dihasilkan nanti akan memiliki logik yang mana sejurus mengesan halangan, ia secara automatik dibuka semula dan membenarkan objek dialihkan,” katanya sambil menambah ciri itu kebiasaannya di pasang dalam kenderaan keluarga dan amat berguna bagi melindungi jari kanak-kanak daripada kecederaan.

Syed Zainal berkata, kerjasama itu adalah antara langkah memastikan hanya peralatan berkualiti dipasang pada model PROTON pada masa depan, selaras aspirasi kumpulan menghasilkan kenderaan berkualiti eksport.

ArvinMeritor adalah pengeluar utama selak, regulator dan motor tingkap untuk kenderaan. Ia mempunyai lebih 100 kilang pengeluaran di 24 negara dengan mendapat sokongan teknikal dari Perancis, Jerman, United Kingdom dan AS.
Continental adalah pengeluar utama tayar, sistem brek, sistem keselamatan dan komunikasi dengan kemudahan di AS, Eropah dan Asia dengan disokong 18 kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

AutoV terbabit dalam perniagaan teras antaranya mengeluar, memasang dan membangun sistem regulator tingkap, wiper, washer dan hon.

Ia membekal sistem tingkap elektronik kepada tiga model PROTON iaitu Exora, Persona dan Waja.

Sementara itu, pada majlis semalam AutoV diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Bernard Kong; ArvinMeritor LVS oleh Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Lansing Lin; manakala Continental Automotive Systems Shanghai oleh Naib Presiden Bahagian Badan dan Keselamatannya, Werner Koestler.

 

 

 

Proton EVOLUSI-G

Proton EVOLUSI-G

kereta kreatif proton yang diberi nama Proton EVOLUSI-G memang mencuri perhatian saya apabila melihatnya. Model yang asalnya adalah model Proton Gen-2..di ubah menjadi kereta sport n seiran LAMBORHINI… memang kreatif mereka ini.. yang saya paling suka.. reka bentuk belakang.. walau pn menggunakan lampu saga..dan bonet Neo.. design belakang nampak matang dan menarik.. nampak cam kereta sport mahal… di katakan kos ubah suai hanya menggunakan RM 8000 sahaja… memang menarik… harap proton teruskan mengadakan pertandingan Kereta kreatif lagi buat masa akan datang.. kereta ini mendapat tempat yang ke 3.

Pintu sisi buka ke atas

Pintu sisi buka ke atas

pandangan belakang dengan menggunakan lampu saga yang dipotong

pandangan belakang dengan menggunakan lampu saga yang dipotong

lebih gambar di bawah: