Arkib untuk 10 Disember 2010

Perodua BEZZA

Perodua BEZZA

SUNGGUH berBEZZA

Perodua  BEZZA adalah antara kereta konsep yang menarik perhatian umum di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010). Hasil rekaan anak tempatan dengan menerapkan cita rasa setempat yang dibayangkan uantuk masa depan, Bezza mempamerkan petunjuk kepada pembangunan reka bentuk daripada Perodua, terutama dengan matlamat untuk diterapkan pada model-model akan datang. Mengintegrasikan faktor mobiliti dan gaya hidup, kereta konsep ini dipamerkan sehingga Ahad nanti untuk mereka yang berkunjung ke PWTC.

Perodua BEZZA

Perodua BEZZA

Perodua yang sebelum ini hanya menyalin model Daihatsu kini dilihat bersedia untuk melahirkan sebuah model yang dibangunkan di Malaysia dengan mempamerkan konsep terbaru mereka yang dipanggil ‘Bezza’. Dari segi rekabentuk belakang dan garisan bumbung sangat mirip Toyota Prius dan mungkin jurureka Perodua mempunyai Toyota DNA.

car is live

car is live

BEZZA adalah kod nama baru yang menjadi bukti kemampuan pengeluar kereta nasional kedua, Perodua. Direka bentuk keseluruhannya oleh rakyat tempatan, model prototaip ini mencuri tumpuan pengunjung dan juga saya di KLIMS 2010 yang berlangsung di PWTC, di ibu kota hingga Ahad ini.

Rekaan dalaman

Rekaan dalaman

Konsol tengah yang tergantung memberikan lebih ruang kaki

Konsol tengah yang tergantung memberikan lebih ruang kaki

Rekaan lampu hadapan ala2 mitsubishi lancer

Rekaan lampu hadapan ala2 mitsubishi lancer

Kereta konsep sedan kompak ini juga menjuruskan hala tuju baru dalam perkembangan Perodua di masa hadapan. Berlandaskan falsafah “KERETA ITU KEHIDUPAN”, rekaan itu berusaha menggabungkan gaya dan mobiliti sebagai satu eleman penting. dengan konsep Memaksimumkan dalaman serta meminimakan luaran..

Rekaan kerusi dalaman

Rekaan kerusi dalaman

Memfokuskan kepada cita rasa golongan Generasi Y yang muda,bergaya dan unik, ia menggabungkan konsep ruang kehidupan yang mudah-alih dan dilengkapi peralatan multimedia buat semua penumpangnya untuk kekal berhubung dengan dunia luar walaupun sewaktu bergerak.

dalaman sunroof..bercirikan kemodenan..

dalaman sunroof..bercirikan kemodenan..

Tumpuan khusus diberikan kepada hiasan dan kelengkapan dalaman agar memudahkan pemanduan.

Rekaan lampu belakang ala2 toyota Pirus

Rekaan lampu belakang ala2 toyota Pirus

Konsol tengah yang tergantung memberikan lebih ruang kaki bagi pemandu dan penumpang hadapan.

Konsol tengah yang tergantung memberikan lebih ruang kaki

Konsol tengah yang tergantung memberikan lebih ruang kaki

Pintu gelungsur belakang pula memudahkan penumpang keluar masuk, dan ruang barangan direka luas untuk kemudahan semua.

Pintu gelungsur belakang pula memudahkan penumpang keluar masuk

Pintu gelungsur belakang pula memudahkan penumpang keluar masuk

ruang barangan direka luas untuk kemudahan semua

ruang barangan direka luas untuk kemudahan semua

“Diinspirasikan sepenuhnya oleh pereka bentuk tempatan, kami percaya kenderaan ini akan merupakan penanda ukur bagi kenderaan kompak di masa hadapan”, kata Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh. Beliau menambah bahawa Bezza ini juga melambangkan kesinambungan impian dan kemampuan Malaysia dalam pembangunan rekaan kenderaan.

Ruang Pameran Perodua di KLIMS 2010 uang bertemakan “Ekologi, Ekonomi dan Keterujaan bagi semua” turut memaparkan kemajuan dan evolusi reka bentuk enjin dengan kerjasama rakan teknologi mereka Daihatsu Motor Company, Jepun yang turut melibatkan peningkatan enjin pembakaran dalaman kini dan juga  pembangunan sel bahan api baru bebas- logam suapan cecair (Precious Metal-free Liquid-feed Fuel Cell)

Precious Metal-free Liquid-feed Fuel Cell

Precious Metal-free Liquid-feed Fuel Cell

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

apa pendapat anda??

sumber gambar dan info disunting oleh prodas serta dari paultan.org , zaneskectchbook, dan BH Auto.