Proton Persona R Production 2012, Guna Enjin Baru Phoenix!!!

Posted: 17 Disember 2010 in AUTO News, automotif, concept car, KLIMS 2010, PROTON, Proton Designer, proton ESPiRE, proton persona

Persona baru ini bakal menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6liter dengan kuasa 138hp dan 205Nm tork. Enjin ini yang dibangunkan di bawah projek phoenix, kini berada diperingkat akhir ujian dan bakal membuat kemunculan sulung pada model Exora dengan menggunakan kotak gear CVT pada tahun depan. Semoga model persona ini menjadi model global yang berjaya untuk Proton.

Proton TUAH bukan Persona R tetapi ada iras2

Proton TUAH bukan Persona R tetapi ada iras2

Persona-R jadi tambatan Proton

 

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
bisnes@utusan.com.my

 

SHAH ALAM 16 Dis. – Proton Holdings Bhd. (Proton) merancang memperkenalkan kereta model baharu Persona-R dalam tempoh dua tahun lagi untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran industri automotif tempatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran model itu akan dilaksana berdasarkan salah satu model yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini.

Katanya, model Persona-R dijangka memberi tumpuan pada kuasa enjin selain mengambil kira kos bahan api serta pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2).

“Setakat ini, kerja-kerja pengeluaran sedang dijalankan. Model generasi baharu Proton yang bakal dikeluarkan adalah berasaskan pasaran global dan bukan lagi pasaran tempatan,” katanya sambil menyatakan pengeluaran Persona-R dilakukan tanpa melibatkan kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kata Syed Zainal Abidin, selain model baharu, Proton juga mengeluarkan enjin Campro versi Turbo mulai tahun depan untuk menambah baik enjin yang sedia ada dalam memastikan penjimatan bahan api dan pelepasan sisa karbon.

Beliau berkata, Proton turut merancang mengeluarkan enjin generasi baharu bagi model kenderaan keluaran syarikat itu pada masa depan.

Bagaimanapun kata beliau, setakat ini tiada keputusan dibuat sama ada pengeluaran enjin generasi baharu itu akan melibatkan usahasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) global.

“Saya fikir tiada sebab untuk kita mengeluarkan sendiri jika berpeluang untuk mengadakan usahasama. Kami sedang berbincang dengan beberapa OEM mengenai usaha sama pembinaan enjin ini. Sebarang keputusan, kita akan umumkan nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Zainal Abidin menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat vendor Proton, AutoV Corporation Bhd. (AutoV) dengan ArvinMeritor LVS Co. Ltd (ArvinMeritor) dan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co. Ltd. (CAS) di sini hari ini.

MoU melibatkan pengeluaran komponen automotif itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif AutoV, Bernard Kong manakala ArvinMeritor dan CAS masing-masing diwakili Pengarah Jualannya, Lansing Lin dan Naib Presidennya, Werner Koestler.

Proton TUAH

Proton TUAH

PROTON pasang tingkap elektronik
Oleh Suffian A Bakar

2010/12/17

Autov bangun ‘anti-trap’ bagi Persona R

PEMBEKAL sistem tingkap elektronik Tier-1 PROTON, AutoV Corporation Bhd akan membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ menggunakan teknologi terkini Continental AG, iaitu pengeluar sistem automotif dari Jerman dan ArvinMeritor yang berpangkalan di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Tingkap elektronik itu dibangunkan khusus untuk dipasang pada Persona R, iaitu model yang mendapat sentuhan Italdesign-Giugiaro SpA dari Itali yang akan dilancarkan PROTON pada 2012 bagi menggantikan Persona sedia ada.Bagi tujuan kerjasama pembangunan itu, AutoV semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co Ltd dan ArvinMeritor LVS Co Ltd.

Bercakap pada majlis memeterai MoU itu di Shah Alam, Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata menerusi MoU itu, Continental Automotive Systems Shanghai akan membekalkan perisian elektronik kepada AutoV untuk digunakan dalam membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ itu, manakala motornya akan dibekalkan ArvinMeritor LVS.

“Tingkap elektronik yang akan dihasilkan nanti akan memiliki logik yang mana sejurus mengesan halangan, ia secara automatik dibuka semula dan membenarkan objek dialihkan,” katanya sambil menambah ciri itu kebiasaannya di pasang dalam kenderaan keluarga dan amat berguna bagi melindungi jari kanak-kanak daripada kecederaan.

Syed Zainal berkata, kerjasama itu adalah antara langkah memastikan hanya peralatan berkualiti dipasang pada model PROTON pada masa depan, selaras aspirasi kumpulan menghasilkan kenderaan berkualiti eksport.

ArvinMeritor adalah pengeluar utama selak, regulator dan motor tingkap untuk kenderaan. Ia mempunyai lebih 100 kilang pengeluaran di 24 negara dengan mendapat sokongan teknikal dari Perancis, Jerman, United Kingdom dan AS.
Continental adalah pengeluar utama tayar, sistem brek, sistem keselamatan dan komunikasi dengan kemudahan di AS, Eropah dan Asia dengan disokong 18 kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

AutoV terbabit dalam perniagaan teras antaranya mengeluar, memasang dan membangun sistem regulator tingkap, wiper, washer dan hon.

Ia membekal sistem tingkap elektronik kepada tiga model PROTON iaitu Exora, Persona dan Waja.

Sementara itu, pada majlis semalam AutoV diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Bernard Kong; ArvinMeritor LVS oleh Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Lansing Lin; manakala Continental Automotive Systems Shanghai oleh Naib Presiden Bahagian Badan dan Keselamatannya, Werner Koestler.

 

 

 

Komen-komen
  1. zaxk berkata:

    wahh,.. khabar yg mengujakan… go proton

    • prodas berkata:

      ingatkn guna 2.0… tapi just 1.6 jugak…humm..

      • En. Khai berkata:

        Ok juga 1.6… still boleh pergi 200 km/j mcm persona skrg.. speed limit malaysia cuma 110km/j je.. jika guna enjin 2.0, takut jadi Perdana R pulak.. harap harga mcm persona skrg..

        • prodas berkata:

          hahhaha ok lh yang penting nanti mesti menarik rekaannya dan harus di ingat.. ianya model untuk global.. so kualitinya harus global juga…

      • ProProton berkata:

        tak boleh bro.. inspira da 2.0, takkan persona pon nak 2.0 jgak.. mcm BMW dia ada 1,3,5 series.. stiap series ada segment masing2..

        biar kan inspira bersaing dgn civic, altis..
        manakala persona boleh bersaing dgn city, vios
        dalam masa yg sama persona dan inspira menawarkan harga 1 level lbih rendah dr pesaing masing2..

        lgpon teknologi zaman sekarang CC enjin bukanlah penentukan tahap kuasa.. sedangkan Formula 1 2013 pon bakal menggunakan 1.6L 4 cylinder.. zaman dulu F1 guna v10, lpas tu skrg v8 je, akan dtg tinggal 4 je.. tp tahap kuasa pastinya meningkat..

      • yas berkata:

        tapi turbo bro…kompom ada beza ngan engine stendet….

      • bonbon berkata:

        cbe tgok list road tax kt site jpj..then you will know knp dorg stick ngn 1.6 utk kbnyakan kete dorg..sgt berbaloi utk org malaysia..lg pon jimat myak cket..

  2. zaxk berkata:

    ok la tu.. road tax tak tinggi.. kuasa engine pun hampir menyamai 2.0 / 1.8 cc.

    • ProProton berkata:

      betul.. sebab tu exora tanak buat 1.8, salah satunya sbb roadtax la..

      roadtax 1.6 = RM90
      roadtax 1.8 = RM279

      jauh kan beza antara 1.8 dgn 1.6..
      lg pon tak semestinya lg besar displacement/cc lg tinggi horsepower…

      sbb itu exora thun dpn guna 1.6 turbo, bukan 1.8..
      lgpun 1.6 turbo lbih jimat minyak berbanding 1.8..

  3. zaxk berkata:

    beberapa tahun lagi f1 pun dah nak guna engine 1.6 .. hehe

    • prodas berkata:

      ha??? F1??? tapi enjin F1 sama ke dengan enjin kereta?/ tak kn??

      • zaxk berkata:

        yg sama perkataan 1.6 . tapi power lagi tinggi. maknanya engine 1.6 cc yg proton skrg pun kalau sumbat 2-3 tubor.. leh tinggi gak hpnya.. heehe

        BBC Sport reported in an article on Saturday 4 December 2010 that the engines for the 2013 season will be 1.6 litre 4 cylinder turbocharged engines, with 120kW KERS systems and fuel restriction. These engines will be designed to improve fuel efficiency by up to 50%, whilst keeping total power output at around 750bhp.[15]

  4. zaxk berkata:

    apasal tak caya pulak… engine mmg 1.6 tapi lebih advance lah.

    • prodas berkata:

      wahhh kalau g 2… kalah enjin 2.0… hhah

      • rock berkata:

        knapa proton tk guna enjin v10 atau v8…

        • prodas berkata:

          proton belum ada enjin jenis 2…. proton perlu mencari rakan kongsi dulu baru boleh buat enjin yang lebih besar

        • ProProton berkata:

          enjin V agak dah ketinggalan zaman bro.. car maker lain dah berduyun2 gunakan enjin V sejak lebih 1 dekad lepas.

          apa yg patut proton lakukan, bina enjin yang bakal mula diguna kan 5 tahun hadapan. EMAS adalah satu projek yg tepat pada masanya..

      • ProProton berkata:

        displacement(cc) enjin bukan penentu tahap kuasa.. malah, makin besar displacement tu makin kuat minyak..
        kebanyakan company kereta skrg makin nak kecik kn displacement ni..
        contohnya honda, dulu stream 2.0 vtec tp skrg dah ada i.vtec 1.8 pon lbih bkuasa..

        • prodas berkata:

          jadi kiranya proton tidak akan menghasilkan engin yang lebih besar?? hanya menghasilkan enjin 1.6 tetapi kuasa seperti 2.0??? begitu??

        • ProProton berkata:

          Bro Prodas: “jadi kiranya proton tidak akan menghasilkan engin yang lebih besar?? hanya menghasilkan enjin 1.6 tetapi kuasa seperti 2.0??? begitu??”

          proton somehow akan bina juga enjin lebih besar, mungkin 2.0, mungkin 2.4, dalam masa akan datang la.. buat masa skrg engin 1.6 ketas cuma rebadge sahaja.. ada reasons dia kenapa..

          tp apa yg pasti, untuk persona/wira, pengguna segment ni cukup 1.6L shj.. klu nak lg besar, beli inspira..

          macam city & vios la contohnya, 1.5 shj.. klu nak lg besar beli civic or altis.

  5. prodas berkata:

    ohhh.. ok lh. kiranya proton ada usaha buat enjin yg lebih besar…apa2 pn.. harap enjin baru nanti power dan menjimatkan,

  6. ucopp berkata:

    agak2, campro stendet nak sumbat cfe+tubicharge bagai tu, bape riban lak kne labur ek?..

  7. eppy berkata:

    la… kalau mazda rx7 leh buat 650cc x 2kalu kira cc ,baru 1.3.. so,jgn kira sngt cc ni…

  8. ape?!! berkata:

    p2tnye proton guna je tuah 2 sbgai ganti perdana otai kite 2..bru gempak…bykkn variasi engin cthnye tmbahan supercharge,turbocas,intercooler ke…

  9. protect berkata:

    habah kau..

  10. laksamananeo berkata:

    proton skrang dah power dh…. terbaik lh proton!… Mudah2an proton akan berterusan wat produk yg terbaik lagi dimasa akan dtg…
    aku suka tgok proton tuah! Cept lh ada dipasaran…, nnt boleh beli… Beli lh barangan Buatan Malaysia… dapat meningkatkan ekonomi negara… rakyat Malaysia pun dapat hidup snng…

  11. laksamananeo berkata:

    proton skrang dah power dh…. terbaik lh proton!… Mudah2an proton akan berterusan wat produk yg terbaik lagi dimasa akan dtg…
    aku suka tgok proton tuah! Cept lh ada dipasaran…, nnt boleh beli… Beli lh barangan Buatan Malaysia… dapat meningkatkan ekonomi negara… rakyat Malaysia pun dapat hidup snng…

  12. fauzi berkata:

    kalau persona r keluar agak2 berapa harga dia ye,,

  13. bugui berkata:

    brpa jnis cc dikluarkan oleh Proton?
    1.6cc ada?
    price rANGe?

  14. jali2jali berkata:

    price range ++2-4 ribu dari persona skrg…akan kuar sblum puasa nnt

  15. icam berkata:

    dengar berita pasal enjin campro turbo ni saya rasa proton nak kluarkan balik kereta ala-ala putra atau kereta coupe pulak kot… ala2 sport la kot… cayolah…

  16. zur berkata:

    xyh nk minx sgt la cc besar…poket bukan tebal sgt nk byr roadtax mhal2…kalo kuar 2.0,2.4, v8,v12 skalipon bukan hari 2 showroom hari 2 gak korg nk beli..sembang jer,,..keta yg ada skunk pon relevan dan btknologi yg sesuai gan rata2 org malaysia..fikir dr segi bisnes bukn segi kepuasan…

  17. narza berkata:

    bile persona r n proton emas nak kuar ni,brp plak harganya..tgh survey nak trade in keta gen 2 ni…

  18. Orang Susah Kurang Kemampuan... berkata:

    Tuah nk kuar..harap Persona dpt turun harga…leh beli Persona xmampu beb nk pki tuah kurang lebih mesti 70k hingga 80lbh k punya….

  19. kentang berkata:

    aishhhh… bwu hajat di hati nak beli persona… dgar2 ada enjin turbocharge ni yg kne tgu lg ni…best tekan ni… tranmission manual ada x ek agak2nye?

  20. azik jaafar berkata:

    betul tu …tak semua manpu pakai gajikecit macan saya tengok aje lee.. …minta harga turun sama ..sama dpt rassa..

  21. Khal berkata:

    Salam,
    Kenapa Proton Preve tidak menggunakan konsep asal kereta tuah nie dari segi lampu depan dan belakang serta bodykit. bumper hadapan tuah lebih mengancam jika dibandingkan dengan bumper proton preve skrg. Keunikkan lampu belakang proton tuah ini boleh menjadi satu ‘trandemark’ baru untuk proton. Dari segi kapasiti enjin 1.6 tiada masalah kerana kebanyakkan pengguna lebih mementingkan fuel eficiency dan performance yang baik. Proportion bagi proton tuah nampak lebih baik berbanding proton preve. Diharap proton dapat menghasilkan sebuah kenderaan yang bukan sahaja bagus dari segi enjin tetapi juga dari segi rekabentuk luaran kereta yang lebih nampak ‘sporty’+’exclusive’ di masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s