PROTON EMAS (Eco Mobility Advance Solution)

Posted: 2 Mac 2010 in AUTO News, automotif, concept car, GENEVA, PROTON, Proton Designer, proton EMAS

live from GENEVA!!!

sumber funtastikodesign

PROTON EMAS (Eco Mobility Advance Solution)

PROTON EMAS (Eco Mobility Advance Solution)

smart car proton EMAS!!

smart car proton EMAS!!

Emas seperti yang kita maklum adalah suatu yang mempunyai nilai tinggi dan setinggi itulah nilai projek ini terhadap Proton dan desain automotif tempatan. Memetik kata Giugiaro, Proton Emas adalah kereta yang mana kecantikan sama penting dengan fungsi, ergonomik, keselesaan dan tidak ketinggalan, impak terhadap alam sekitar. Platformnya, yang didesain khas oleh firma beliau untuk keluarga Emas mempunyai lantai 2 lajuran yang boleh memuatkan sistem hybrid ataupun bateri di tengah lantai. Pergerakan kerusi yang boleh dilaras secara elektronik membolehkan penumpang menikmati ruang dalaman dengan efektif. Gabungan dari kedua fasiliti ini membolehkan pergerakan masuk dan keluar kereta lebih mudah terutama sekali pada bahagian belakang.

Proton Emas

Sistem enjin hybridnya direka oleh Lotus Engineering. Ianya merangkumi enjin 3 silinder 1.2 liter berkuasa 51 kuasa kuda [38kW] pada 3500 rpm dan boleh diisi dengan petrol, ethanol dan methanol. Sistem baterinya pula mempunyai kuasa berterusan 45kW dan kuasa puncak 75kW, tujahan maksimum setinggi 280 Nm pula bermakna enjin ini tidak memerlukan kotak gear! Kelajuan dari pegun ke 100 km/j memakan masa 14 saat manakala kelajuan maksimum adalah 170 km/j! Baterinya pula boleh bertahan sehingga 50 km dan untuk mengecas kembali kuasanya memakan masa selama 3 jam menggunakan plag elektrik rumah sahaja!

Proton Emas

Pada bahagian dalaman, papan pemuka didominasi oleh dua panel TFT. Monitor sebelah kanan menempatkan meter kelajuan dan indikator sistem enjin. Meter sebelah kiri pula memaparkan maklumat sistem hi-fi, telefon dan internet serta informasi lain yang ditetapkan oleh pengguna. Terdapat lagi satu panel paparan iaitu di sentral konsol dengan kemudahan skrin sentuh untuk mengawal kesemua fungsi dalam kenderaan.

Proton Emas

Proton Emas

Pada bahagian luaran pula menampilkan bahasa desain baru Proton dan khabarnya model-model masa depan Proton akan digayakan mengikut konsep ini. Walaupun Emas direkabentuk oleh Italdesign tapi pengaruh Proton masih lagi kuat seperti arca roda yang menonjol, fascia depan dan garisan-garisan keras ala Proton Savvy.

Proton Emas

Akhir sekali, saya tak tahu nak komen apa sebenarnya. Pada saya, falsafah, teknologi dan desain yang terdapat pada Emas ini suatu yang sangat jauh dengan apa yang Proton ada sekarang. Walaupun kereta ini hanyalah konsep tapi ianya bukti ke mana Proton hendak pergi dan apa yang ingin dicapainya. Dan momen ini berjaya dicapai selepas 25 tahun penubuhannya, suatu perjalanan yang sukar, kontroversi dan jauh.

Tahniah Proton.

Sumber: Italdesign.it & Proton Concepts.com

sumber artikel dari-Mak Uia- klik sini

Dimensi dan bobot

Panjang (mm) 3555-3000
Tinggi (mm) 1576
Lebar 1699
Wheelbase (mm) 2590-2035
Ban depan 215/45 R18
Ban belakang 215/45 R18
Depan rims 18 “
Rear rims 18 “
Boot kapasiti 320-390 liter

Mekanikal unit dan prestasi

Mechanical senibina hibrida, seriesial, plug-in
Posisi enjin pembakaran dalaman depan melintang
Spesifikasi teknikal 3 silinder sejajar, 6 injap, 1.2 liter
Kekuasaan 51 hp / 38 kW pada 3500 rpm
Tork maksimum 107 Nm pada rpm 2.500
Posisi mesin elektrik Rear
Kekuasaan 75 kW (puncak), 45 kW (berterusan)
Tork maksimum 240 Nm
Bateri 100 x 31 AHR Sel
370 Volts
11,47 kWh
Waktu untuk mengisi penuh 3 jam dengan muzik-240 Volt, 13A power point
Akselerasi 0-100 km / jam 14 sec
Kelajuan 170 km / jam (puncak), 130 km / jam (berterusan)
Kisaran dalam mod elektrik 50 km
Traksi Rear
Satu-speed gearbox drive diubah nisbah 4.214:1
Front & Rear suspension McPherson & Torsion beam
sumber dari paultan yang ditranslate…
emascountry-3front

emascountry-3front

emascountry-sideview

emascountry-sideview

emascountry-3back

emascountry-3back

proton emas3

proton emas3

emas3-sideview

emas3-sideview

emas3-3back

emas3-3back

emas-3front

emas-3front

emas-sideview

emas-sideview

emas-3back

emas-3back

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    akhirnye proton EMAS!! nama diberi!! ade 3 konsept semuanye!!

  2. Firdaus berkata:

    ko translate direct dari google translator ke?

  3. prodas berkata:

    ah ah!!! hahah….. cuba lh agak2 boleh baca,.,,,hahah

  4. prodas berkata:

    saya suka design dalaman proton Emas ini… stering smart n lawa!!!

  5. xminat kete berkata:

    lawa…emmm(kene pakse puji)

  6. bpk podas berkata:

    ta de pic nk ngok lam kete ke??stering dy kat tnga2 aper??

  7. g-mie berkata:

    bro.. kenapa laa kamu copy sebijik2 yang kamu translate dari translator tu..? huhu~ saya pun ada guna sket2 dari online tanslator, tapi kita kena edit sket supaya pembaca faham.. atau, kamu fahamkan isi kandung yang di-translate tu, dan terjemah melalui your own word (ayat sendiri).. tu pun OK.. ni cadangan saya laa untuk kamu tingkatkan penggunaan bahasa dalam blog, OK..

    untuk isu Proton Emas ni.. lepas tonton video yang Italdesign buat tu, saya rasa happy & bangga sangat dengan model ni.. rasa tak percaya plak.. harap2, model ni akan dibangunkan untuk enjin petrol kapasiti 1.0 hingga 1.5 liter.. sebagai replacement model untuk Savvy, mungkin dengan langkah ni, kita dapat hasilkan lagi model kompak yang berkualiti dan memenuhi citarasa pengguna.. memandangkan rekabentuk nya yang futuristik, comel..!! betul tak bro..? hehe~

  8. fauzan berkata:

    hehehe… prodas xde masa nak translate kot 😉

    cheers!

  9. Alifz berkata:

    Petikan ayat dalam artikel ‘translate’:
    “Kisaran yang EMAS kenderaan dijalankan pada semua platform umum yang dapat menelurkan beberapa varian tubuh lain seperti van kecil komersil pendek perjalanan di sekitar bandar.”

    Klu orang Brunei dah cakap kau ni Malas TALUR !!

  10. Bun berkata:

    Satu lagi…bukan EMAS “country” bukan bermaksud EMAS “negara”…:)
    Hopefully Prodas dapat edit sedikit sebanyak artikel walaupun dah diterjemahkan untuk masa akan datang…keliru saya sekejap td..

  11. prodas berkata:

    salam semua.. maaflh saya belum sempat nak translate.. hiihih… semalam pn internet buat hal… sakrg baru dapat on9… so maaf lh kepada semua.. saya akan update bahasa kt sini.. maaf sangat2…

Tinggalkan komen