Arkib untuk 13 Mei 2010

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Proton Holdings Bhd menerima Anugerah Model Baharu Automotif Terbaik bagi Proton Exora dan Model Kereta Penumpang Terbaik bagi Proton Saga, pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2010.

Proton S16

Pemenang lain bagi kategori automotif ialah Perodua dan Ingress Corporation Bhd.

Perodua memenangi Anugerah Kereta Penumpang Tarbaik bagi model nilai untuk wang untuk Perodua Viva buat tahun ketiga berturut-turut.

New Perodua Viva Elite 1.0 Auto EZi Premium - Kuala LumpurNew Perodua Viva Elite 1.0 Auto EZi Premium - Kuala Lumpur

Frost & Sullivan memperakui kejayaan perbadanan dalam sektor automotif, logistik, teknologi industri, tenaga dan sistem tenaga, teknologi alam sekitar dan bangunan serta penjagaan kesihatan di Malaysia, pada Majlis Kecemerlangan Malaysia 2010 Rabu malam.

Acara itu berlangsung sempena Anugerah Telekom Frost & Sullivan Malaysia.

Pengarah Urusan Asia Pasifik dan rakan Frost & Sullivan, Manoj Menon berkata penyepaduan teknologi seperti Grid Pintar, Kenderaan Elektrik, Rangkaian Sosial dan Komunikasi Tanpa Wayar menawarkan kepada syarikat mengenai peluang untuk menyertai pembangunan Bandar Raya Pintar dan perkhidmatan berasaskan gaya hidup baharu.

“Ia merupakan enjin pertumbuhan utama syarikat dalam dekad akan datang,” kata Menon pada majlis penyampaian anugerah itu.

Menon berkata prestasi syarikat Malaysia sudah meningkat meskipun ekonomi dunia yang sukar.

Sebanyak 11 organisasi utama, termasuk peserta terkemuka negara serta perbadanan multinasipnal yang beroperasi dalam negara, diraikan pada majlis itu.

Sementara itu, Ingress Corporation Bhd menerima Anugerah Pengeluar Komponen Automotif Terbaik.

Public Bank menerima Anugerah Syarikat Kewangan Automotif 2010.

Dalam kategori penjagaan kesihatan, Stemlife Bhd memenangi Augerah Kepimpinan Pertumbuhan 2010 bagi Sel Stem dan Terapeutik manakala Prince Court Medical Centre menenangi Anugerah Penyedia Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan terbaik.

Dalam kategori logistik, PosLaju menrrima anugerah Penyedia Perkhidmatan Ekspres Terbaik manakala Sime Darby Property Bhd memenangi Anugerah Pemaju Mesra Alam 2010.

Dalam Teknologi Industri, Smart Surface Sdn Bhd pula menerima Anugerah Inovasi Teknologi bagi Teknologi Antara Muka Komputer Manusia baharu dan Novaviro Technology Sdn Bhd dipilih pemenang Anugerah Inovasi Teknologi bagi Ekstrak Metana dalam Sistem Biogas.

— BERNAMA