Arkib untuk 10 Mei 2010

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Pasukan Lotus Racing telah membentuk kerjasama dengan LG Electronics (LG) untuk meningkatkan keupayaan teknikal pasukan Formula One Malaysia itu dalam Kejohanan Dunia Formula One.

jentera lotus yang diubahsuai menjadi lebih erodinamik..

Pengeluar barangan elektronik global itu akan bertindak sebagai pembekal peralatan teknikal rasmi kepada Lotus Racing di litar dan kilang pasukan tersebut.

Pengetua Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes yang mengalu-alukan penyertaan LG berkata LG merupakan jenama terkenal dunia dan mengetuai pasaran.

“Ia petanda sejauh mana kami telah berjaya dalam masa yang singkat sehingga LG mahu menjalin kerjasama dengan kami, dan kami sangat gembira dengan tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Lotus Racing mula menyertai kejohanan Formula One tahun ini selaku tiga pasukan terbaru, dan berjaya menghabiskan perlumbaan.

Naib Presiden Penajaan Global LG, Andrew Barrett berkata sebagai rakan kongsi teknologi, LG gembira teknologinya diguna pakai oleh sebuah pasukan Formula One.

“Lotus merupakan jenama yang dikaitkan dengan gaya dan teknologi yang hebat, yang menjadikannya rakan kongsi LG yang sempurna dan kami gembira untuk memain peranan dalam kejayaan pasukan ini dalam Formula One,” katanya.

— BERNAMA

Pasukan Lotus Racing telah memperkenalkan pakej aerodinamik terbaharu mereka di Barcelona..pasukan ini menjangkakan perubahan ini dapat meningkatkan kelajuan jentera lumba mereka..menurut facebook mereka yang terkini, pakej aerodinamik ini telah memberi respons yang positif..harap mereka dapat menduduki 10 petak teratas kali ni, ataupun sekurangnya 15 ke atas..kita tunggu sesi ujian masa rasmi esok..-FUNTASTIKODESIGN sumber gambar n info…