Proton Perdana 2011 guna platform “Nissan Fuga”

Posted: 3 Januari 2011 in AUTO News, automotif, PROTON

sebenarnya dr akhir bulan 11 lagi ada dgr desas desus proton mengunakan pletform nissan.. hal ini kemungkinan renaut ada bekerjasama dgn nissan manakala proton telah membeli ekuti renault sedikit.. jadi ada besar kemungkinan adalah benar info in… menurut dr post saya di sini pada 30 november: klik sini

Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga

NISSAN Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif di pasaran Jepun.

NISSAN Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif di pasaran Jepun.

Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.

sumber: Bharian

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    https://prodas.wordpress.com/2010/11/30/proton-perdana-replacement-nissan-fuga-hybrid/
    tak sangka juga khabar angin yang pernah disebut2 nampaknya menjadi…

  2. park berkata:

    membina kereta sangat susah yew….
    sampai proton dan perodua dok cbuk copy kreta jenama lain jew……
    bilakah kita mampu membuat sebuah kereta yang mampu menyaingi jenama terkenal lain…..
    jgn dok copy2 jew….
    copy n paste x elok tau….
    asignment pon x leh copy n paste…..

    • prolever berkata:

      assignment memang x elok kalau copy and past..
      Tapi cube buat copy, paste and edit…
      Mmg ada sebab proton rebadge je perdana.
      1. Bina kereta baru mahal..
      2. rebadge lagi murah hampir 55% dari bina sendiri.
      3. Perdana adalah niche market.
      4. proton dah ada plan sendiri(persona R and EMAS) dimana kewangan banyak perlu digunakan ke 2 projek ini..
      5. Proton bukannnya company besar.

      Dan saya pelik kenapa syarikat lain buat benda yg sama org x bising tetapi bile proton buat je ada je kene komen…
      Tapi saya gerenti BONG mesti bising nye..

      • park berkata:

        buat ape kita nak bising kat syarikat lain….
        itu bkn kita punyer…
        Proton nie hak kita….. Malaysia punyer….
        jd kita perlulah bersuara….
        ini utk kebaikan Proton jgk….

        • prodas berkata:

          jadi kita semua sayang syarikat automotif kita. jadi sekiranya mahu mengkritik biarlah yang membina….bukan mengkritik yang tiada haluannya…

  3. minat nissan berkata:

    Bagus… dari proton buat kete sendiri tapi tak laku, baik buat jer cam ni… naza, perodua dan lain-lain copy cat orang tak der lak nak complaint, PROTON gak yang nak dicomplaint, PROTON…. harga kasi turun la… baru syok nak beli….per pun syabas kat PROTON, den suko keto nissan.. hehehehe….. (peh ni kualiti cam NISSAN… confirm beli punyer….)

  4. prodas berkata:

    memang sudah jadi tren kebiasaan bagi semua syarikat automotif didunia.. bagi mengurangkan kos pembinaan… kalau nak tgu yg betol2 global car proton yg dibuat sendiri tanpa copy model lain tunggu Persona R!!

  5. minat nissan berkata:

    bro Affuan: PROTON patut rebadge jer NAVARA… bila dah lead market, untung dah banyak baru la leh nak buat keter design sendiri yang canggihx2, tapi orang malaysia kena beli dulu la, baru la PROTON leh maju, kalau kita leh support PERODUA ngan kete yang 100% copy bulat2, kenapa tak leh terima jer PROTON ngan kete 80%-90% copy cat, Inspira pun PROTON ubah beberapa part,

    per pun proton dah ada target dia sendiri, just kita tengok jer la, lau berkenan beli tak berkenan tak yah beli, lagi satu proton kena buat keter yang menjimatkan minyak, sure lagi ramai orang beli. rata2 orang beli perodua sal minyakm jimat, lau tak confirm orang tak beli, harga dah la mahal, bonet kecik, design… mungkin sebahagian jer….

    just personal coment, jangan marah ar… hehehehe….

  6. Congratulations once again, the blog is always updated

    • owh berkata:

      congrate my beloved frenz….
      and TQ very much for your support to our product….
      I Love Proton t0o0o….
      my father also use Proton to go to his farm……
      not to work….. go to work he use Mercedes ….

  7. kekitaan berkata:

    fuga? sangat huduh aa ketger nih… huduh… tapi canggih dan power.

    • prodas berkata:

      design dia mungkin agak pelik.. harap nanti proton dapat design bagi lebih cantik…tapi masih nampak exklusif.. dan di Malaysia ini pn blm ada kereta ini..

  8. Kucai berkata:

    Cheers PROTON..Harap2 harga x ler mahal sgt,kete untok rakyat gak,rakyat malaysia sure akan support klau mampu beli..anyway gud luck & all the best to all proton people..

  9. ucopp berkata:

    owh
    6 januari 2011
    >> err.. rasenye.. waja, gen2,persona.. mmg totally malaysian punye kan?..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s