Video Proton Exora terbakar!!!

Posted: 2 Januari 2011 in automotif, PROTON, proton Exora


Kita bukan sahaja perlu berhati-hati semasa memandu malah kita juga perlu berhati-hati semasa tidak memandu. Gambar video di bawah menunjukkan Proton Exora ini terbakar dalam keadaan tidak bergerak.

Pemandunya seorang lelaki berbangsa India dipercayai sedang tidur di dalam Exora itu & dia membiarkan enjin dalam keadaan hidup. Kebakaran berlaku lebih kurang jam 12.30 tengah malam di hadapan kedai mamak di Awana Gelang Patah & video ini sempat diambil oleh Lauser Pyoung yang berada di sana untuk menjamah nasi lemak selepas bermain futsal.

Saya amat kecewa sekali kerana ada ramai orang di sana tetapi tiada siapapun yang cuba untuk memadamkan api, mereka cuma melihat & mengambil video sahaja tanpa cuba menghampiri exora itu untuk meninjau jika ada seseorang di dalamnya.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana kebakaran itu bermula samada terbakar sendiri atau dibakar oleh tangan-tangan syaitan seperti membuang puntung rokok merata-rata. Terima kasih kepada Lauser Pyoung yang menyediakan video di atas.

Apakah punca sebenar?? adakah pengunaan minyak atau masalah wayer dalaman kereta??

sumber: exorian.blogspot.com

Komen-komen
  1. animous berkata:

    kalau dilihat dari video tu.. kebakaran mcm bermula dari bawah body kereta, di atas tanah..

    • prodas berkata:

      tetapi kalau bro perhatikan betol2.. inya berpunca dari bahagian belakang kereta dan nampak api turun dari atas… apa punca sebenar??

  2. noorafzan berkata:

    uik, terbakar la pula eh..?
    ke siasat betul2 ni.
    saya selalu je kot tidur dalam kete ngan enjin hidup.
    huhu.

  3. speedworks57 berkata:

    macam petrol tong ada problem? belakang macam ada petrol mengalir ke bawah..quite sad this video, hope the owner doesnt rugi so much..

    thank you for letting me know this site =D as i know since malaysia petrol naik harga, they come out the petrol 95′ dont you think alot accident involve car fires? alot auto mechanic told customer dont use “petrol kuning 95′” not sure this rumours is true or not..

  4. shah berkata:

    Rasanya kereta kena bakar kot n ramai org p tgk tp teda pun yg p ambik fire extingusher tuk padamkan api masa api kecil…mcm bt wayang pla.

  5. daus berkata:

    bagus sesiapa yg melihat kerana prihatin…tpi knapa xde yg brani kn diri untuk mnyelamatkn kebakaran nie..???
    ada yg seronok menyaksikan kejadian ini…

  6. Zahar Rusuli berkata:

    saya pernsh memiliki exora first model. pada Okt 2010 exora saya terbakar tetatpi saya dan keluarga terselamat. exora tu da saya pulangkan kepada proton walaupun pada mulanya pihak proton tidak menerima permintaan saya. sudah banyak kali exora terbakar.saya pasti punca kebakaran adalah sama. persoalannya skrg, kenapa tiada ulasan dan reaksi dari pihak proton dan apakah langkah2 yang diambil. nak tggu lebih ramai lagi ke nyawa yang akan melayang.

  7. arzaq berkata:

    Exora terbakar sering berlaku kepada exora first, 2nd, batch…puncanya disebabkan hos minyak petrol bocor. Hos minyak petrol tu berlaga dgn besi kat dlm bahagian dlm enjin, lama2 hos tu haus menyebakan kebocoran. Disebabkan suhu enjin yang panas, minyak petrol mudah terbakar…dan rentunglah satu kereta. Tapi Alhamdulillah Proton sudah mengambil langkah membendung masalah dan punca terbakar ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s