Industri Automotif Dijangka Berkembang 5.0 Peratus Pada 2011

Posted: 1 Januari 2011 in AUTO News, automotif, PERODUA, PROTON

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Industri automotif dijangka berkembang pada kadar 5.0 peratus pada 2011 sejajar dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus pada tempoh itu.

Dalam satu nota penyelidikannya, OSK Research berkata model gantian, khususnya Perodua Myvi dan Proton Persona, yang akan dilancarkan pada 2011, dijangka meningkatkan permintaan.

Bagaimana pun, pakar industri mengambil sikap berhati-hati bahawa 2011 tidak akan mencatatkan pertumbuhan jumlah jualan yang besar seperti tahun ini.

Di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, semua pihak gembira apabila jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi tempoh 11 bulan sehingga November mencatatkan jualan 13.8 peratus, selepas dirangsang oleh sentimen pengguna yang positif dan lanskap ekonomi yang lebih baik.

Seorang penganalisis dari satu syarikat broker saham menjangka TIV 2010 akan ditutup tirai pada purata pertumbuhan 9.7 peratus, tahun ke tahun, yang dijana oleh pelancaran model baharu.

Kenaikan kos dapat dikekang berikutan ekonomi berskala bidangan apabila marginnya dilebarkan berikutan pengukuhan ringgit walau pun berlaku kenaikan sederhana harga keluli, kata penganalisis itu.

Bergerak memasuki tahun 2011, industri itu dijangka mengukuh perlahan-lahan pada langkah yang sederhana, sejajar dengan pemulihan permintaan mendapatkan automotif peringkat serantau dan global, memandangkan jangkaan kenaikan kadar faedah dan harga petrol yang lebih tinggi.

OSK Research menjangka kenaikan seterusnya kadar faedah sewa beli dijangka memberi risiko terhad, apabila kadar faedah sememangnya sudah dicatatkan tinggi.

Seorang lagi penganalisis berkata walau pun peserta industri, seperti UMW, telah memperkenalkan kereta hibrid, selepas mendapat pengecualian 100 peratus duti eksais dan usaha mempromosikan kereta hibrid, kemungkinan ini tidak akan memberikan perubahan besar terhadap pertumbuhan automotif.

Proton juga dijangka melancarkan versi hibridnya dari model Exora seawal 2012 tetapi sesetengah pihak agak skeptikal mengenai pengeluaran secara besar-besaran.

Syarikat pengeluar alat ganti automotif dijangka menyaksikan pertumbuhan pendapatan yang kukuh yang mendapat manfaat daripada model gantian Myvi dan penubuhan pangkalan pengeluaran serantau oleh Volkswagen dan Peugeot, kata penganalisis itu.

Selain itu, Proton dijangka mendapat perhatian berikutan usahanya untuk meningkatkan permintaan bagi anak syarikat “sport”nya, Lotus Group, yang akan melabur wang yang banyak bagi penglibatan di dalam Formula 1 sebagai penaja dan pemilik sebahagian pasukan Lotus Renault GP.

Sementara itu, Lotus Racing Formula One team, yang dimiliki oleh Datuk Seri Tony Fernandes dari AirAsia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Proton mengenai penggunaan nama “Lotus”.

Mahkamah Tinggi British akan mendengar dan memutuskan pada Januari mengenai siapa yang berhak menggunakan nama “Lotus” pada musim F1 akan datang.

Industri itu juga sedang menunggu keputusan pihak berkuasa mengenai hubungan antara Proton dan Perodua sama ada akan menggabungkan kedua-duanya atau kedua-duanya akan bekerjasama melalui peraturan lain.

Selain itu, MIDF Research tidak merasa positif dan mengunjurkan TIV akan merosot sedikit di mana jualan dijangka menguncup -1.6 peratus tahun ke tahun.

Ini ialah kerana momentum jualan kereta distabilkan pada separuh kedua, yang menunjukkan prospek pertumbuhan yang tidak berubah, yang kemungkinan menjangkau sehingga ke 2011.

Naib Presiden Penyelidikan Kanan dan Ketua Jabatan Penyelidikan MIDF Research Zulkifli berkata industri itu tidak dijangka untuk kekal bertenaga kerana pasaran sedang menghala ke fasa pengukuhan dengan TIV dijangka tidak berubah.

Katanya kadar faedah dijangka “mesra peminjam” tetapi tidak menolak kemungkinan kenaikan kadar faedah pada separuh kedua yang kemungkinan menjadi punca utama kelembapan jualan.

Pergerakan kadar faedah dan kriteria kelulusan bank yang ketat akan memberi kesan terhadap pengguna syarikat kereta nasional yang berpendapatan rendah. Syarikat kereta nasional mencatatkan kira-kira 70 jualan kenderaan di Malaysia.

Zulkifli berkata kemerosotan jualan model kereta nasional akan memberikan kesan signifikan terhadap TIV industri itu.

Sementara itu, Tan Chong berminat mengembangkan pasaran kenderaan komersilnya ke Indochina serta ke Kawasan Pertumbuhan Asia Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    R3 akan lancarkan jentera terbaru mereka ini pada 12 janauari 2011.sama2 kita nantikan.tahniah kepada R3.

  2. kekitaan berkata:

    tak boleh tengok? napa ya.. kat sini ok je

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s