EV Kereta Masa Depan Terdekat Proton

Posted: 28 Disember 2010 in AUTO News, automotif, PROTON

KOTA BAHARU, 27 Dis (Bernama) — Sedang syarikat-syarikat pengeluar kereta lain di dunia berlumba-lumba mengeluar kereta jenis hibrid, iaitu kenderaan yang bersifat enjin petrol dan elektrik.

Namun, berbeza dengan pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Berhad, matlamatnya ialah mengeluarkan kenderaan berenjin elektrik (EV) sepenuhnya.

Ini merupakan satu usaha mengeluarkan kenderaan mesra alam dan menggurangkan kebergantungan terhadap bahan api petrol yang tahap pengeluarannya semasa ini semakin berkurangan serta berharga tinggi.

Pengurus Besar Perancangan Korporatnya, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali berkata rekaan kereta EV akan menjadi kenderaan yang pasti berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh Proton.

“Jika kita lihat sekarang, China merupakan negara yang giat membangunkan teknologi EV ini. Antara sebabnya adalah faktor ekonomi dan politik,” katanya kepada Bernama pada Karnival Proton baru-baru ini di sini.

Beliau berkata, disebabkan bilangan penduduk China sekarang ini berjumlah lebih satu bilion, menjadikan negara itu memerlukan sumber tenaga yang lebih bersih dan murah.

Dr Badrulhisham berkata China kini sedang membangun dengan pesat berikutan peralihannya kepada ekonomi dasar pintu terbuka kepada dunia dan langkah itu menjadikan negara itu sebagai antara negara gergasi ekonomi dunia.

Atas faktor ekonomi yang baik, katanya maka pendapatan rakyat mereka juga meningkat, yang menjadikan kuasa membeli mereka turut meningkat.

“Sekaligus, kehendak rakyat untuk memiliki kereta juga meningkat. Ini akan menjadi beban kepada China yang tidak mempunyai sumber petroleum dan permintaan terhadap bahan api itu meningkat setiap masa,” katanya.

Justeru, katanya, keperluan kepada pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga alternatif diperlukan dan yang paling efektif dan cepat ialah kenderaan enjin EV.

Beliau berkata, dari segi pembangunan teknologi kenderaan berenjin elektrik, China kini dilihat mendahului Eropah.

“Kalau dulu Eropah merupakan negara peneraju enjin berkuasa EV, sekarang China pesat membangunkan teknologi itu, malahan kini mereka lebih terkehadapan,” katanya.

Atas keperluan itu, Proton juga mengambil langkah yang sama, kerana penduduk rakyat dan keperluan pasaran kini menuju kepada penggunaan EV.

“Kita sedang membangunkan teknologi itu. Pada masa sekarang, sistemnya masih belum stabil.”

“Selain itu, kos untuk bateri juga masih lagi mahal,” katanya.

Namun, Dr Badrilhisham berkata harga untuk petroleum juga akan meningkat apabila sumbernya akan berkurangan.

Justeru, enjin EV adalah satu keperluan pada masa akan datang dan tempohnya tidaklah lama, katanya.

Malahan, beliau berkata teknologi hibrid kini merupakan transisi kepada kepenggunaan EV.

“Jika dilihat kita telah cuba menggunakan Proton MPV Exora untuk model hibrid dan enjin hibrid kita mendapat pengiktirafan dunia apabila memenangi kategori “Best Range Extender Electric Vehicle.”

Bagi cabaran dari Brighton ke London pada November lepas menggunakan Proton Exora di Britain,” katanya.

Katanya Proton menyasarkan untuk memasarkan Proton Exora secara meluas pada 2012.

Beliau berkata enjin hibrid masih mempunyai batasannya iaitu ianya sesuai untuk enjin berkapasiti sederhana, dan juga ianya menggunakan bateri Lithium Ion, yang menjadikan kosnya tinggi serta jangka hayat penggunaannya rendah berbanding petrol.

“Justeru jawapan untuk itu ialah kereta yang menggunakan sepenuhnya EV,” katanya.

— BERNAMA

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Komen-komen
  1. Hasan Adli Bin Ramlee berkata:

    Saya mahu beri sedikit cadangan buat proton yg menjadi kebanggaan sebahagian rakyat Malaysia.
    1) Tingkatkan teknologi dan ambil iktibar terhadap negara-negara pengeluar teknologi baru(Maksud saya, kita jangan tiru rekaan mereka, sebaliknya kita bina rekaan kita sendiri sehingga mereka menjadikan kita sebagai negara contoh)
    2) Wujudkan bahagian-bahagian didalam organisasi proton( maksud saya, engineering engine khusus untuk mengkaji teknologi pembuatan, engineering kerangka khusus untuk mengkaji kerangka, engineering gadjet khusus untuk tujuan tersebut, engineering keselamatan,engineering rekabentuk, dll)
    3)Buat system automatic umpamanya brek auto semasa kenderaan menghampiri jarak dekat dengan kenderaan hadapa atau mendekati objek dihadapan begitu juga di bahagian belakang.
    4) Pada keluaran akan datang, saya mencadangkan proton mengeluarkan rekabentuk atau kenderaan yang tidak mempunyai persamaan dengan kenderaan luar negara, serlahkan bakat dan seni kita melalui reka bentuk anak watan kita yang juga bangsa MELAYU ISLAM(Cungkil bakat mereka jangan biarkan bakat mereka tenggelam dek kerana mengejar keuntungan segera(Maaf Kalau terkasar bahasa).
    InsyaAllah akan datang saya akan beri pandangan yang lain..

  2. nabila berkata:

    fuyyoh!hebat 3,.,.alhamdulillah,.ada jugak kereta masa depan buatan malaysia,.,.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s