Proton Keluarkan Kereta Dua Tempat Duduk Dalam Dua Tahun

Posted: 23 Disember 2010 in AUTO News, automotif, concept car, LOTUS, PROTON, Proton Designer, proton EXiVO, proton LEKIR, proton sport car
Proton Lekir sport

Proton Lekir sport

KOTA BAHARU, 22 Dis (Bernama) — Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad berhasrat untuk mengeluarkan kereta jenis sport dengan dua tempat duduk dalam tempoh dua tahun.

Pengurus Besar Perancangan Korporat Proton Dr Badrulhisham Mohd Ghazali berkata kenderaan itu bukanlah jenis “hatchback” seperti keluaran Proton Satria Neo.

Sebaliknya, beliau berkata kenderaan itu digambarkan akan mirip keluaran ala Lotus iaitu kenderaan sport yang terkenal lagendanya di trek lumba di Britain dan seluruh dunia.

File:Lotus Europa S.JPG

Lotus Europa S

proton lekir

proton lekir

Saya boleh katakan InsyaAllah. Sedang dalam perancangan. Kita tengok dalam tempoh setahun atau setahun setengah,” katanya kepada pemberita selepas memberikan bantuan beg sekolah kepada 47 anak yatim dari rumah Balqis pada Karnival Proton di sini.

Beliau berkata Proton sememangnya mengambil serius dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam meningkatkan kualiti produk keretanya.

Dr Badrulhisham berkata, sebagai langkah meningkatkan jualan dan prestasi proton, pihak proton memberikan komitmen untuk memperkenalkan model kereta baru bagi setiap lima tahun.

Beliau berkata antara contoh komitmen yang ditunjukkan ialah keluaran Proton Saga di mana Proton akan memperkenalkan platform baru terhadap kereta itu dalam tempoh lima tahun.

“Sekarang ini, Proton Saga menggunakan platform atau chasis Proton Savvy dan ianya telah digunakan sejak lapan tahun. Sebagai langkah komitmen kita untuk meningkatkan mutu Proton, kita akan menukarkan kereta baru bagi Proton Saga dalam tempoh lima tahun.

“Usaha tersebut bukan setakat itu sahaja, malahan dalam tempoh dua tahun kita sudah memperkenalkan Proton Saga FL pada minggu lepas, sebagai tindak balas pantas terhadap kehendak pelanggan. Memang pasaran memerlukan pembaharuan,” katanya.

Beliau berkata Proton Saga FL merupakan versi yang ditingkatkan untuk pengguna hasil daripada maklum balas pelanggan yang inginkan kelainan dan pihaknya telah menerima tempahan 1,000 unit untuk keluaran kenderaan itu.

Proton Saga FL merupakan model kereta sub-compact yang mempunyai 1.3 silinder enjin Campro berharga RM37,548 hingga RM44,998 serta mempunyai pemanduan Lotus. Bagi Proton Inspira pula, katanya pihaknya akan memperkenalkan model dipertingkatkan melalui edisi terhad Proton Inspira.

Katanya, kenderaan itu akan melalui beberapa tambahan aksesori termasuk skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas.

Malahan, katanya hasil maklum balas majoriti pengguna menyukai Proton Inspira yang berkapasiti 2.0 silinder berbanding model 1.8 silinder dan perkara itu adalah diluar jangkaan pihaknya.

Proton Inspira merupakan pertukaran teknologi dengan Mitsubishi bagi model Lancer dan Proton memperkenalkan model itu yang berkapasiti silinder 1.8 dan 2.0, yang berharga antara RM78,999 dan RM 91,999.

— BERNAMA

 

Komen-komen
  1. zaxk berkata:

    ok la tu,
    ni list untuk semua logo2 kereta.. kalau menarik leh la buat entry. hehehe.. saja je berkongsi maklumat

    http://www.purplehell.com/riddletools/carlogos.htm

  2. prodas berkata:

    ohh ok bro! tq…fuhh banyak juga jenama kereta di dunia ini..

  3. prodas berkata:

    dari segi design.. memang berbeza.. nampak design proton lebih menyerlah.. walaupn ini model lama.. saya rasa saya akan menyokong jika model ini dijual.. anda bagai mana???

  4. zaxk berkata:

    model ni mmg ok.. tapi kalo guna campro cfe 138 hp.. mmg tak cukup.. itulah kekurangannya.

  5. prodas berkata:

    enjin turbo kn ada…. brapa hp enjin turbo proton..

    • zaxk berkata:

      Engine turbo Proton yg dimaksudkan itu adalah engine cfe la.. LIght pressure turbo.. 138 hp dan 205 nm sahaja. Kalau turbo R3 itu barulah sangat sesuai untuk rebadged lotus europa nih 200 hp dan 250 nm.

      • prodas berkata:

        ohhh kiranya.. cuma sedikit sahaja lh penambahan HP.. harap2 proton menggunakan turbo R3… dan CFE.. adakan 2 variasi..jadi pelanggan boleh memilih mana satu kehendak mereka..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s