PROTON INSPIRA bukan bermakna Proton mengundur ke belakang!

Posted: 21 Disember 2010 in AUTO News, automotif, PROTON, proton Inspira

Temubual Eksklusif dari Pengerusi Proton Holding berhad, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

Dato Sri Mohd Nadzmi Bin Mohd Salleh

Dato Sri Mohd Nadzmi Bin Mohd Salleh

IT IS NOT EASY – APPRECIATE MALAYSIA CAR MAKER

DIRINYA pernah ‘dimalukan’ di depan khalayak ramai. Kualiti produk syarikat yang diterajui dipersoalkan apabila kereta keluaran Proton ditolak oleh sebuah rumah kebajikan ketika mahu didermakan.

“Ini berpunca daripada trauma kualiti buruk Proton yang masih berlegar di ingatan para pembeli,’’ kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. Beliau merupakan orang kuat Proton yang sebelum ini pernah bersama-sama syarikat itu pada awal hingga pertengahan 1990an, sebelum dipanggil semula oleh kerajaan pada 1 Januari 2008.

Tegas Nadzmi, kenderaan Proton sebenarnya sudah jauh lebih baik kualitinya sehingga turut diakui oleh syarikat asing termasuk Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dari Jepun.

‘‘Sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap Proton, ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam satu malam tetapi sebaliknya secara beransur-ansur,’’ kata beliau kepada Wartawan Utusan Malaysia, AINUL ASNIERA AHSAN dan WAN NAJIB WAN DAUD di rumahnya.

Dalam temu bual itu, beliau berkongsi pandangan tentang prestasi, cabaran dan masa depan syarikat yang prestasi kewangannya bertambah baik selepas pada suatu ketika dahulu mengalami kerugian selama tiga suku tahun berturut-turut.
Kini hampir dua tahun Datuk Seri menyertai semula Proton.

Ramai yang sebelum ini menyatakan kehadiran itu bertujuan mengembalikan syarikat ke ‘pangkal jalan’, apa kata Datuk Seri?

Proton sebenarnya bukanlah syarikat yang teruk prestasinya (bermasalah besar kewangan), saya pernah memulihkan syarikat yang lebih teruk, Mara Holdings dan Parkway Bhd. Syed Zainal (Pengarah Urusan) dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk Proton. Pihak pengurusan hanya perlu sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Keadaannya, macam pertandingan badminton juga, cuma kehendak rakyat kita tidak munasabah, hendak menang semua kejohanan. (Kita patut berbangga), pemain Malaysia, sekurang-kurangnya, kini menjadi pemain nombor satu dunia.

Bagaimana Datuk Seri melihat pencapaian Proton sekarang?

Proton sudah ada peningkatan. Pihak pengurusannya telah banyak melakukan perubahan positif sehingga mencatatkan prestasi kewangan lebih baik. Semua pihak (lembaga pengarah dan pengurusan) sentiasa berganding bahu untuk memajukan Proton dengan lebih cepat ke arah memastikan masa depan Proton terus kukuh.

Sejauh mana tahap penguasaan pasarannya sekarang?

Kami kini menguasai 29 peratus pasaran. Pada tahun ini, kami berjaya mencatatkan jualan tertinggi berjumlah 580,000 buah. Kami perlu pertahankan dan meningkatkan penguasaan ini dengan melaksanakan strategi meluaskan model-model baharu termasuk bekerjasama dengan pengeluar pengeluar peralatan asli (OEM) yang lain. Mengapa kami perlu membiarkan peluang berkerjasama (direbut oleh pihak lain) sedangkan ia adalah bisnes kita?

Proton, baru-baru ini dihentam kerana menjenamakan semula (rebadge) Mitsubishi Lancer kepada Proton Inspira. Apa komen Datuk Seri?

proton inspira

proton inspira

Kami mempunyai model pengeluaran yang dibahagi kepada dua iaitu model induk dan model bukan induk yang melibatkan jualan model bukan berskala ekonomi. Dalam model bukan induk, contohnya adalah kereta Inspira.

Jika kami mahu keluarkan kereta model baharu, Proton memerlukan kos yang besar. Jadi, dalam kes kereta Inspira, kami bekerjasama dengan MMC supaya kosnya rendah dan kita juga meraih jualan yang baik.

Untuk apa kami melabur besar-besaran sekiranya untungnya kecil. Lagipun, produk kami lebih mudah untuk dipasarkan, kalau tidak laku pun, kami boleh undur diri dengan lebih cepat. ini adalah keputusan perniagaan.

Ini adalah pendekatan biasa yang bukan hanya dilakukan oleh Proton tetapi juga semua pengeluar kereta dunia seperti Ford dengan Mazda, Nissan dan Renault. Dengan cara ini kita dapat mengeluarkan model bukan induk yang mungkin tidak besar jualannya tetapi mampu diraih manfaatnya.

Kenapa usaha yang dilakukan Proton sahaja dipertikaikan sedangkan pengeluar lain tidak pula dipersoalkan?

Saya tidak mahu komen mengenainya.

Benarkan usaha menjenamakan semula ini akan menghilangkan identiti Proton sebagai pengeluar kereta nasional?

Tidak dinafikan bahawa model asas Inspira adalah diambil daripada model (Mitsusbishi) Lancer tetapi reka bentuk dan gayanya telah diubah supaya lebih kepada ciri-ciri keluarga Proton. Kami juga mewujudkan beberapa spesifikasi baru yang tiada padanya seperti penggunaan pengelap cermin (wiper), lampu dan paddle shift.

Inspira juga dipasang di kilang di mana model Proton Exora dikeluarkan dan MMC sendiri memperakui model yang kami pasang adalah lebih baik berbanding yang diimport. Malah, pemanduan dan pengendalian menggunakan kepakaran Lotus. Ini menjadikan Inspira lebih menyerlah. Langkah itu juga bukan makna Proton mengundur ke belakang tetapi ia menjadi strategi Proton memajukan model secara bersendirian dan menambah model-model baru bukan induk melalui kerjasama syarikat pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Jadi, ini bermakna Proton Inspira akan menjadi langkah pertama untuk usaha yang sama pada masa depan?

Penjenamaan semula model adalah amalan yang lazim di dunia, tiada bezanya dengan Proton. Saya boleh nyatakan di sini, kerjasama itu tidak terhad kepada MMC sahaja.

proton MSX

proton MSX

Celebrating Research And Development

Celebrating Research And Development

 

 

gambar hiasan.

 

sumber: Kereta.info

 

 

Komen-komen
  1. ProProton berkata:

    waa.. artikel yg bagus ni.. good good.. teringin gak nak tau apa basher akan comment bila baca artikel di atas..

    • prodas berkata:

      tau tak pe… mereka ni pandai mengutuk jekk… 2 lh kite yang tau ni.. malas nak bergaduh dgn basher2 yg kurang ilmunya.. tau mengutukk jekk…

      • ProProton berkata:

        basher byk kt blog paultan.. invite la diorg kt sini.. huhu.. kadang aku baca blog paultan sakit ati.. tp skrg da ok skit, sbb ramai gak yg support proton.. klu dulu boleh kata 80% smua dok bash cukup2.. huhu..

        • prodas berkata:

          hahhah mereka semua dh tak boleh cakap apa2 lagi cozz.. diorg semua dh tak tau nak carik keburukan proton.. cozz proton sekarang dh lebih baik… berbanding dulu.. so diorg terpaksa membisu… ni timbul Inspira.. entah lh.. ada yg kutuk… ada yg puji.. lumlah manusia.. takde yg memuaskan hati semua pihak.. kn2??

  2. lulu berkata:

    bagus2…harap proton lebih maju lepas ni.saya sentiasa sokong proton!tanpa anda, siapa lagi yang akan memajukan malaysia ni kan.proton pon makin hari makin bagus..all the best ya!

    • prodas berkata:

      benar.memang sekarang proton sudah jauh lebih maju berbanding dahulu.. mudahan..kualiti proton terus meningkat.. serta perkenalan model2 yang berdaya saing..

  3. ucopp berkata:

    “Kenapa usaha yang dilakukan Proton sahaja dipertikaikan sedangkan pengeluar lain tidak pula dipersoalkan?”

    “Saya tidak mahu komen mengenainya. ”

    hebat tol soalan penemuramah,
    hebat jugak jawapannye..
    baru senyap tukang basher sekalian.. =)

    • prodas berkata:

      hahhah tau tak pe…. kalau begini tidak adil lh kenapa asik nak kondem proton jek..sampai ada yang menyatakan kalau proton dh tak pandai buat kereta sendiri lebih baik ttup je… mana boleh cam ni.. Inspira adalah untuk stratigi perniagaan proton sementara menunggu model baru Persona R 2012 nanti atau akhir 2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s