PROTON sasar jual 6,500 Saga FL setiap bulan

Posted: 15 Disember 2010 in AUTO News, automotif, PROTON, proton saga

Proton SAGA FL dilancarkan oleh Syed Zainal Abidin

Proton SAGA FL dilancarkan oleh Syed Zainal Abidin

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd mensasarkan menjual 6,500 unit sebulan Saga Facelift (Saga FL) yang baru dilancarkan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

“Saga sudah berada dalam pasaran lebih dua tahun dan dengan model yang diberi wajah baharu ini yang menawarkan ciri-ciri lebih menarik, saya rasa 6,500 unit adalah nombor yang realistik untuk dicapai,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga Facelift, di sini, hari ini.Sejak pelancarannya pada Januari 2008, beliau berkata Saga meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.

Pada Oktober, beliau berkata Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan.

Saga Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik.

Syed Zainal Abidin berkata 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.

Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED.
Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty. – BERNAMA

 

Komen-komen
  1. En. Khai berkata:

    Sebagai pengguna Saga BLM versi lama…

    Saya berasa teramat rugi kerana membeli saga BLM.. Kerana Saga FL baru ini memberikan lebih aksesori dan gaya yang moden dan menarik….. walhal hanya menambah dalam RM1000-1300 sahaja..

    Passanger Airbag
    USB pd radio
    Smoke head lamp
    new hood
    bumper with reflector
    side mirror with signal
    rear window had motor
    LED lamp
    spoiler

    Ceh~! banyak ditambah pada harga yang tak berbeza sangat.. SYABAS pada proton.. Cuma yela, pengguna BLM lama rasa rugi pulak……..

    • prodas berkata:

      tak pa bro..relex… sama cam saya pemilik exora..yg first model.. kuar yg FL punye.. menyesal tak sudah.. so pengajarannya..kalau model baru model proton dilancarkan kena lh tunggu yg phase 2..punya..hihih

  2. sapit berkata:

    hihi.. takleh mintak tambah kat proton dgn harge yg sme ke? hehe

  3. MUNA berkata:

    ADE SKIRT UNTUK SAGA FL PUTIH KAH?MAKSUD SAYE AKSESORI SAGA FL PUTIH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s