Lotus Renault GP 2011

Posted: 8 Disember 2010 in AUTO News, automotif, LOTUS

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Anak syarikat Proton, Group Lotus plc akan membeli sebahagian besar kepentingan dalam pasukan F1 Renault yang akan dinamakan semula sebagai pasukan Lotus Renault GP, bermulanya daripada musim Formula 1 2011 dan tahun-tahun seterusnya.

Kenyataan daripada syarikat lumba terkemuka UK yang mengumumkan pengambilalihan daripada kumpulan pelaburan Genii Capital berpangkalan di Luxembourg itu bagaimanapun tidak menyebut harga dan ekuiti yang diambilalih.

Genii Capital menguasai 75 peratus daripada pasukan FI Renault.

Bagaimanapun, akhbar Perancis, Le Figaro berkata Group Lotus akan membeli 25 peratus kepentingan dalam urus niaga berkenaan. Dengan pengambilalihan itu, Group Lotus akan menjadi penaja utama dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sebelum ini, pernah dilaporkan yang Renault akan membataskan peranannya dalam musim F1 akan datang kepada hanya sebagai pembekal enjin dan akan menyediakan enjin untuk pasukan Lotus-Renault yang akan dinamakan semula tidak lama lagi.

Kenyataan itu berkata yang pengambilalihan itu menandakan kembalinya kejayaan gemilang kerjasama F1 antara Lotus dan Renault dari tahun 1980an. Salasilah dan warisan perlumbaan Lotus beserta teknologi Renault dalam F1 akan menyaksikan kerjasama pasukan kepada kejayaan akan datang, katanya. Urus niaga itu mewakili kerjasama antara Group Lotus dan Genii Capital dan menandakan bermulanya pakatan strategik yang lebih menyeluruh antara kedua-dua pertubuhan.

Kerjasama antara Lotus dan Genii turut menyaksikan keupayaan untuk segera menggabungkan teknologi baharu daripada kereta-kereta F1 ke kereta-kereta Lotus termasuklah teknologi hibrid, Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS), penambahbaikan aero dan bahan ringan.

Genii, syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio teknologi automotif, membawa teknologi bukan F1 seperti brek “lightweight”, teknologi enjin mampatan pelbagai dan sistem perisian dalaman ke dalam kerjasama itu.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata: “Kami tahu banyak yang boleh ditawarkan oleh Group Lotus kepada F1 dan begitulah juga sebaliknya.

“Selepas pertimbangan yang begitu berhati-hati, kami percaya niaga janji ini akan membuahkan hasil, dari sudut komersil dan pemasaran.” Tun Dr Mahathir Mohamad, penasihat Proton dan bekas Perdana Menteri Malaysia berkata, “Ini ialah perkembangan yang amat menarik yang memberikan kelebihan strategik kepada kedua-dua Group Lotus dan Proton. Saya sokong sepenuhnya kerjasama ini.”

Selain daripada itu, Genii turut menawarkan Proton keupayaan untuk memanfaatkan hubungan perniagaan sedia adanya di Rusia dan bahagian lain dunia, sebagai langkah untuk mengembangkan langkauan global Proton. Menerusi Genii, Proton berpotensi untuk mengakses teknologi automotif canggih melalui kerjasama Genii dengan Mangrove, sebuah kumpulan modal teroka. Gerard Lopez, rakan pengasas Genii Capital, berkata: “Untuk Group Lotus, akses ke F1 membuka peluang pemasaran baharu dan platform penting untuk pertukaran dan perkembangan perniagaan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s