KLIMS 2010: NEO R3 concept

Posted: 7 Disember 2010 in AUTO News, automotif, concept car, KLIMS 2010, PROTON, Proton Designer, proton R3, proton Satria Neo, proton sport car

Tidak ketinggalan untuk diketengahkan di KLIMS 2010 ialah kereta konsep NEO R3 terbaru. Ini adalah langkah awal bagi penjenamaan semula cabang R3 sebagai penawaran aksesori dan ciri sporty kepada model-model keluaran Proton.

Dilengkapi dengan enjin Campro CPS 1.6 liter turbo yang dinaik taraf dengan komponen-komponen dalam enjin prestasi tinggi daripada R3, antaranya ‘R3 Forged Pistons 10:1 Comp Ratio’, ‘R3 Performance Camshafts’ dan sistem pengurusan komputer R3.

Bagi sistem transmisi, ia menggunakan kotak gear spesifikasi R3 nisbah rapat serta LSD.

Bahagian dalaman kereta ini turut menyaksikan barisan spesifikasi yang mengkagumkan. Kerusi Recaro RS-G ‘full bucket’, balutan dengan bahan kulit Alcantara dan Nappa, stereng Sparco R323 serta ‘roll cage’ empat penjuru separa R3. Jangan lupa berkunjung ke PWTC untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat.

sumber gambar paultan.org

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s