Proton Dengan Rasminya Sahkan Perbincangan Dengan VW

Posted: 27 Mei 2010 in AUTO News, automotif, PROTON

SHAH ALAM, 26 Mei (Bernama) — Proton Holdings Bhd dengan rasminya telah mengesahkan perbincangan dengan Volkswagen dan keputusannya akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu.

“Kami akan membuat pengumuman bila tiba waktunya, mungkin dalam tempoh satu atau dua minggu,” kata Pengerusinya, Datuk Nadzmi Mohd Salleh apabila ditanya mengenai keputusan perundingan Proton-Volkswagen.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Terdahulu, Pengarah Urusan Proton Group, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengumumkan keputusan kewangan berakhir 31 Mac, 2010, di sini Rabu.

Untuk tahun kewangan, beliau berkata Proton mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM285 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM319 juta dalam tempoh yang sama tahun 2009.

Beliau berkata yang pendapatan mengembang sebanyak 27 peratus kepada RM8.23 bilion berbanding RM6.49 bilion sebelumnya, dirangsang oleh jualan menggalakkan tiga model terasnya iaitu Saga, Persona dan Exora.

Proton turut mencapai kenaikan lapan peratus dalam jumlah jualan domestiknya, sekali gus meningkatkan penguasaan pasaran kepada 28 peratus daripada 26 peratus sebelumnya.

Syed Zainal Abidin berkata peningkatan prestasinya adalah hasil daripada beberapa inisiatif yang dilancarkan oleh pengurusan, termasuk meningkatkan portfolio produk, mengetatkan pengurusan kos dan memastikan kecekapan pembuatan.

Beliau juga turut memberi contoh penambahbaikan kualiti dan pemantapan ekosistem automotif menerusi pengukuhan wakil penjual dan vendor adalah antara beberapa faktor lain.

Menurut Syed Zainal Abidin, Proton menjangka memperkenalkan model baharu sama ada pada bulan Oktober atau November tahun ini.

Beliau yakin yang model baharu itu akan menyumbang dengan signifikan kepada kemampuan Proton untuk terus mengukuhkan penguasaan pasaran.

“Kami akan melabur dalam model baharu dan memastikan ia diterima di pasaran domestik dan pasaran eksport,” kata beliau.

Mengenai rancangan pengukuhan kilang, Syed Zainal Abidin berkata keputusan akan dibuat tahun ini.

“Kajian mengenai pelan pengukuhan ini sedang dijalankan. Ia sesuatu yang penting kerana ia akan memberi kesan kepada keseluruhan ekosistem. Kita perlu menguruskannya dengan cekap,” kata beliau.

Bergerak ke hadapan, Syed Zainal Abidin berkata Proton dijangka meningkatkan projek Chinanya serta memuktamadkan dan melaksanakan kerjasama di India dan Iran.

von links: Prof. Dr. Martin Winterkorn, Vorstandsvorsitzender der Volkswagen Aktiengesellschaft, und Giorgetto Giugiaro, Italdesign Giugiaro S.p.A. (IDG)img

IDG dan VW..bekerjasama.. memberi bonus kepada PROTON

— BERNAMA

Komen-komen
  1. prodas berkata:

    suatu langkah yg bijak boleh lh pak menteri merasa kereta perdana baru… versi VW… hahah

  2. Pekaka berkata:

    Harap VW x kedekut teknologi

  3. kaseh berkata:

    rasenye barat x kedekot ilmu,tapi jepun yg kedekut siket…

  4. prodas berkata:

    memang… org eropah tak macam jepun.. harap2 ade projek2 baru yg dihasilkan..

  5. BRAZBUZ berkata:

    passat ak rse komfem jdi perdana sbb model tu stop production kt german(31 mac)
    bkn passat cc…

  6. prodas berkata:

    brazbuz…ade info yg benar tak tengtang pengganti perdana???

  7. BRAZBUZ berkata:

    blom…ni sme mklumt dri akhbar dn blog…

  8. nazri berkata:

    jd ke tak ni?

  9. prodas berkata:

    insyaallah..ia akan menjadi..same2 kita tunggu..k..

  10. VW Fans berkata:

    Kalau boleh rebadge Golf GTI jadi Satria GTI. Memang aku sambar satu.

  11. azrai berkata:

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

    Harapan Proton Holdings Bhd. (Proton) untuk memikat pengeluar kereta terkemuka dari Jerman Volkswagen AG (VW) mengadakan pakatan kerjasama dipercayai hancur berkecai apabila rundingan terbaharu terus gagal membuahkan hasil.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s