Proton Exora Akan Diperkenal Sebagai Teksi 1Malaysia

Posted: 15 Mei 2010 in AUTO News, automotif, PROTON, proton Exora, proton persona, proton saga

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam khususnya teksi, kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora keluaran Proton Holdings Bhd akan dijadikan sebagai teksi 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Proton pada 6 April lepas mengenai perkara itu dan berpendapat kenderaan berkenaan dapat memberi keselesaan kepada penumpang.

“Exora dijangka lebih baik daripada model teksi lain yang sedia ada sekarang kerana ia selesa dari segi ruang tempat duduk dan tempat menyimpan barangan.

“Imej teksi bukan sahaja terletak pada mutu perkhidmatan yang ditawarkan malah turut dilakar dari segi tahap kualiti kenderaan,” katanya kepada pemberita sebelum menyempurnakan majlis penyampaian surat tawaran kelulusan (STK) 3,000 lesen baru teksi individu di Lembah Klang di sini.

Beliau berkata pada masa ini, pengeluaran teksi bajet menggunakan beberapa model kenderaan seperti Iswara, Wira, Waja dan Saga teksi akan diteruskan sehingga November ini selain memperkenalkan model Persona sebagai teksi.

Nazri berkata tahun lalu, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menerima 5,954 permohonan baru lesen teksi individu dan daripada jumlah itu, 3,000 permohonan diluluskan.

“Daripada jumlah ini, pemohon mengikut kaum ialah Melayu (1,572 orang), Cina (659), India (743) dan lain-lain (26). Daripada angka ini, seramai 2,753 orang adalah lelaki manakala wanita (247),” katanya.

Nazri berkata beliau akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memastikan mereka yang mendapat lesen baru teksi dapat memiliki Exora.

“Perbezaan harga Exora berbanding kenderaan lain sehingga 16 peratus akan memberi tekanan kepada pihak pengusaha dan pemandu. Beberapa insentif yang dicadangkan ialah pengecualian cukai jualan, pemberian subsidi pemasangan NGV dan penyediaan kemudahan pinjaman daripada bank dengan kadar sekurang-kurangnya 90 peratus daripada harga kenderaan,” katanya.

Selain itu, katanya insentif lain yang turut dicadangkan untuk pertimbangan kerajaan ialah pemberian subsidi petrol sama seperti yang dinikmati golongan nelayan, pengurangan kadar premium insurans kenderaan, pemansuhan duti eksais apabila teksi ditukarkan kepada kereta persendirian dan penambahan stesen NGV di seluruh negara.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. animous berkata:

    mak aih…
    mesti jeles pakcik aku, dia apply jadi teksi driver tahun lepas dapat BLM, yg ni dpt Exora!! giler aah

  2. prodas berkata:

    hahah sama seperti makcik saya… dia bercita2 nak tempah exora… tetibe dapat teksi exora… hahah alhamdulilah…

  3. prodas berkata:

    bro nazri… wah… taniah..
    bro azrai…ape 2??? saham proton ke???

  4. nazri berkata:

    haha.. mlm td baru siap pasang stiker..

  5. prodas berkata:

    waw bro nazri!!!! menarik cam exora prime…!!

  6. nazri berkata:

    mmg nk tiru exora prime pun bro.. huhu
    tapi sayang nk custom bodykit sbb kalau fiber tak smpai setahun leh crack

  7. prodas berkata:

    ta pi ok lh.2..hihi semalam saya g johor.. jumpe exora yg bikin sebijik cam exora prime.. memang cun… tak sempatnak amek gambar

  8. adika berkata:

    go go go exora

  9. amir berkata:

    x lama lagi inspira jadi teksi

  10. komat berkata:

    exora..im comingg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s