INFO funtastickodesign tentang projek SUV PROTON???

Posted: 11 Mei 2010 in AUTO News, automotif, concept car, fantastikodesign, PROTON, Proton Designer, proton MSX

saya terbaca di blog funtastickodesign tentang projek IGUANA @ SUV Proton.. adakah ia sesuatu realiti atau..hanya kabar angin..???

katanya melalui info yang sy dapat kat cbt.com.my rupanya projek ni memang wujud sebenarnya..secara asasnya SUV ni akan menggunakan Exora sebagai model asas, tetapi bahagian belakang diubahsuai menjadi 5 seater..bahagian belakangnya dikatakan seakan2 Lexus RX model terkini..tak dapat dibayangkan macam ne rupanya nanti..mungkin Exora tu akan diubahsuai secara radikal untuk memastikan rekaannya nampak “proportion & balance”..kemungkinan juga hanya platform Exora yang digunakan utk model ini dengan rekaan baru sepenuhnya..masih belum dipastikan bila projek ni akan bermula & bila model ini akan dipasarkan..menurut sumber tersebut, model ini bakal dieksport ke luar negara..(petikan dari bro campromania)

ini gambar dari CBT.com cuba anda bayangkn.. menarik juga..

selain itu bro chaku pernah buat artist impression dia model suv base dari exora platform .. menarik gak tu..

proton4suvtuned[1]

ini versi sport SUV

proton4suv[1]

versi Suv

saya harap ianya akan menjadi kenyataan….apa pandangan anda….???

atau Proton menggunakan Lotus APX atau Proton MSX

MSX nampak sporty....

bawah ini saya selitkan petikan dari blog CBT.com

A nice friend slipped us an info that Proton R&D will propose an SUV to its board of directors.

This is a really new development as the MD (Datuk Syed Zainal) once told us that an SUV is a niche segment and it is financially better for Proton to just rebadge one and sell it.

But our friend said this SUV is catered for the foreign market, which means it will be exported.

The concept model is based on an Exora, with the rear cut off to make it into a five seater. The rear is a rip-off design from the new Lexus RX. Basically, it looks like our poor Photoshopped picture here.

Obviously more work will have to be done, especially on the design because an Exora with an RX tail will not work here, or anywhere else it is targeting.

The project codename is Iguana and it does sound very interesting. We hope the end product gets a new name as Iguana sounds too close to VW’s Tiguan.

The question is, should Proton venture into the SUV category?

Komen-komen
  1. azrai berkata:

    rasanya tak feasible untuk develop SUV dalam time-time macam ni. Sekarang ni market luar banyak ke kereta kecil dan hybrid. Kalau proton rebadged je lebih ekonomikal. Mitsubishi pun ada bagi Citroen-peugoet rebadged 4WD mitsubishi walaupun company perancis tu cukup besar dan gah. kenapa dia tak buat sendiri?

  2. fauzan berkata:

    New SUV with new platform memerlukan badget RnD yg besar. Rebadge adalah 3rd choice; tak bagus utk branding company ke pasaran luar selepas 2 edisi segmen model sebelumnya dah rebadge (waja R n Perdana R). So, pilihan terbaik utk projek SUV ni bagi saya adalah share platform dgn company lain. Lihat sahaja bagaimana model saga share platform dari platform savvy yg sedia ada. Selain dapat cut kos, modifikasi dari platform yg sedia ada itu yg dibuat dgn baik, akan menghasilkan model yg seperti model baru. Projek SUV nie adlah utk perancangan jangka masa panjang proton bagi memenuhi kehendak pasaran dlm semua kategori segment kereta. Pasaran SUV tak begitu besar di m’sia, tapi projek SUV nie perlu bagi mencapai visi proton dlm industri automotif peringkat global. Selain proton tak abaikan projek utk model2 lain yg ada skala ekonomi, proton teruskan.

    my 2 cents!

    cheers!

  3. azrai berkata:

    bayangkan kalau proton keluarkan SAGA instead of SAVVY dulu? Lebih untung kan?

  4. fauzan berkata:

    Kalau xde savvy tu, tak de ar Saga yg guna platform savvy tu:) Setiap org ada pendapat masing2. Bagi saya, apa yg berlaku pada proton n model2 nya adalah suatu ‘proses’ bukan ar keluaran syok sendiri. Dlm busines, kdg2 pengalaman juga penting. sukar gak nak tau citarasa org nk camne. tu lah, pengalaman cetek proton kini dah berkembang dan ada improvement seperti hari ini. contoh lagi; platform gen2 ada yg tak suka tu, platform nya dah berkembangn utk model persona yg elegan kini. T n D pun sebenarnya ada gak model2 yg tak popular di negara diorang. Cuma bila sampai kat sini hanya yg terbaik sahaja.

    cheers!

  5. prodas berkata:

    seperti gambar yg bro chaku buat??…savvy sedan??hahah

  6. azrai berkata:

    Bukan macam tu. maksudnya instead of proton buat kereta kompak macam savvy tu, kalau proton buat feasibility dan market study terlebih dahulu mesti proton keluarkan model sedan. jadi development cost untuk satu kereta sedan yang memang mass market kat malaysia akan didahulukan. bukan macam pengurusan proton sebelum ni syok sendiri keluarkan kereta macam savvy, yang tak berapa dapat sambutan. Jadi untung lebih bukan?

  7. azrai berkata:

    Untuk makluman, semasa era tengku Mahaleel ada project nak bangunkan MPV daripada platform Savvy. Tapi terbengkalai di tengah jalan. kalau tak memang kompak MPV macam Avanza la jawabnya. harga pun lagi murah dari Alza kalau keluarkan.

  8. fauzan berkata:

    mmm… bagi saya proton punya vision jauh. Dari masa ke semasa diorang nie akan menyediakan platform utk semua segment kenderaan, A, B, C, D, mid-sedan, SUV, MPV dll. Savvy tu adalah prcubaan pertama diorang mghasilkan segment compact. Model nie pun akan dihentikan productionnya dlm 2011 nanti utk beri laluan generasi model compact futuris varian EMAS yg bakal keluar dlm 2011/2012. Dlm menghasilkn model2 nie, kena tengok gak kemampuan dan keupayaan sendiri. Kini diorang dah ada knowledge n kemampuan dari segi teknologi n sebagainya. Model2 lepas nie diharapkan diorang dpt memenuhi citarasa pengguna domesti n global. Lagi pun model2 selepas nie akan ke arah global. Buat masa nie mass market proton lebih bertumpu kat B n C segment. Tapi segment2 lain diorang akan kembangkn gak kalau nak menyertai pengeluar kereta global yg lain.

    So, perodua bersiap sedia ar dgn model gantian myvi terbaru (dgr kata diorang xkan tukar model baru selagi myvi ada sambutan), otherwise market kereta compact di M’sia akan senang2 menjadi milik proton bila model varian EMAS compete dlm segment yg sama.🙂

    Harap2 bila proton buat SUV, buat ar yg betul2 SUV…. bukan ar kereta juga SUV (yg tu bagi kat perodua jer) plak. Sebabnya kalau utk pasaran domestik, ok la tapi bila masuk pasaran global… maklum la all mat saleh n pak2 arab tu besar2. Lebih comfort. Even model mcm tu yg dpt tempat gak di pasaran global.

    cheers!

  9. stroller berkata:

    suv yg mcm chaku maru gambarkan memang menarik…. kalau jadi kenyataan memang menawan hati pembeli…

  10. azrai berkata:

    Better proton buat market study dan feasibility study untuk projek SUV ni. minta feedback terus daripada rakyat malaysia. Sure meletup. Tapi rebadged adalah pilihan terbaik untuk keadaan ekonomi sekarang ni. Nissan dan Renault antara contoh terbaik. Proton terlambat nak takeover Ssangyong yang memang expert SUV. Company China dah beli dulu.

  11. azrai berkata:

    Pak Arab dan mat Salleh tak pandang pun proton kalau kita nak cater market dia sebenarnya. Sebab kereta mewah kat sana pun murah. Di Arab Saudi, BMW 5 series tu macam Waja je banyaknya kat sana. 3 series langsung tak ada. tapi di Egypt Gen2 memang jadi kegilaan anak-anak muda kat sana. Walupun head clearance gen2 rendah, pak arab besar pun suka bawa. Ini kena buat demographic study pula. Sebab macam Savvy top di Thailand, Arena top di Australia, Juara top di jepun (model asal mitsubishi townbox).

  12. fauzan berkata:

    mmm… apa yg saya tamsilkan pasal pak arab n mat salleh tu ialah proton akan melihat citarasa global yg bleh memenuhi pasaran domestik gak. buat masa nie mmg diorang tak pandang pun proton, sama gak jenama Kia, hyundai dulu. Tapi sekarang jenama korea nie semakin mendapat tempat di pasaran global bila mereka berani perkenalkan model2 bercitarasa global dgn menampilkan generasi model2 baru mereka dgn platform yg serba baru, bukan rebadge. So, proton bleh blajar dari strategi nie cuma diorang nie kena bijak segment mana perlu ada rebadge sebab faktor kos RnD. Kalau semua model nak di rebadge…mmm.. jgka masa pendek mmg untung, tapi for long term business dlm industri tidak begitu bagus bagi sebuah company yg nak berkembang dgn misi n visi yg lebih jauh.

    mmmm… townbox dulu mmg agak popular dijepun, tapi proton silap percaturan bila model seperti itu tidak memenuhi citarasa org kat sini.

    my 2 cents!

    cheers!

  13. campromania berkata:

    sy dpat info ada ura2 exora based crossover akan dipamerkan kat KLIMS tahun ni..tujuan dia utk grab feedback org ramai tentang segmen macam ni..maybe tu kira survey sebelum buat proposal utk “Project Iguana” nanti..kalau bagus feedback, jadi la projek tu..apa2 pun tunggu la bulan Disember ni ye..😉

  14. prodas berkata:

    saya sokong pendapat bro fauzan/.//…

    sekejap tadi saya baru sahaja baca paper BH Auto…
    saya tertarik dgn cadangan dari sms 0196167357..
    ini sms nya..
    “saya ingin memberi cadangan kepada pihak proton. model gantian Arena mana, kerana sekarang begitu ramai peniaga IKS memerlukan kenderaan pick-up. saya cadangkan Proton ambil platform satria Neo,dan enjin berkeupayaan 1.6 cps dan 1.8 turbo. Harap BH Auto dapat ketengahkan perkaea ini kepada pihak proton”

    Semoga SMS ini akan mendapat Perhatian Proton…

  15. prodas berkata:

    bro campro betol ka??? mana dapat info 2???

  16. azrai berkata:

    Proton boleh concentrate market sedan, small sedan dan mpv. Lagipun kepakaran dah ada. yang rendering Chaku tu macam Rondo pulak gamaknya.

  17. azrai berkata:

    Paling penting sekarang ni proton perlu lebihkan market study dan feasibility study. Dulu perodua buat macam ni la dia berjaya dengan model kancil. Masa sebelum kancil dilancarkan, 10 buah Daihatsu mira dibawa masuk dan dijual. Dalam masa yang sama setiap pembeli perlu sign satu perjanjian di mana kereta tersebut tidak boleh dijual dalam masa 2 tahun. Dalam masa 2 tahun ni la diorang buat market study, feedback dari pembeli 10 buah Daihatsu mira tu. Jadi mana yang kurang akhirnya diperbetulkan dalam model kancil. Sebab tu la Perodua kancil top. Proton dengan keluaran Gen2, Neo, Waja, Savvy, Arena terlupa dan terkurang pada benda ni. macam startegi DSZ di mana dia nak develop sendiri model mass market dan rebadged untuk model niche. lebih business sounded. Jangan syok sendiri keluar banyak2 model lepas tu tak laku. Desbabkan Saga dan persona yang memenuhi hasrat penggunalah jualannya tinggi. jualan tinggi ini diterjemahkan kepada keuntungan. DSZ sendiri akui untung dari jualan Saga dan Persona nilah yang digunakan untuk R&D dan develop Exora yang mana turut berjaya di pasaran. renungkan. Kalau Proton rugi, semua rakyat Malaysia rugi sama sebab kerajaan adalah majority stakeholder dalam proton. Duit rakyat Malaysia.

  18. prolover berkata:

    Betul…DSZ betul2 cooperate minded. die banyak tengok ke bawah. Maksudnye, kalau die buat mcm nh, ape yg akan berlaku kat situ dan kat sini, lebih kurang macam strategic planning. tapi mcm ape yang disebut diatas, sebenarnya Proton Arena mmg banyak berfungsi di Malaysia. Cube tengok kat jalan raya, mmg x banyak sebab sah2 arena fungsi die lebih kepada (like Offroad)perladangan, pertanian, perniagaan dan etc.
    Berbalik kepada project iguana, mmg betul pendapat anda diatas, sbb Proton kene cari target market dulu. Baru boleh laku prodak deorang. Baru la org malaysia nh x membebel.
    Tapi susah nak ubah mentatiti third degree kebanyakan org malaysia nh. Tapi x pe, kite tunggu engin turbo proton nanti. Tengok ape yang akan berlaku.
    Ada 1 soalan, ada ape2 perkembangan x tentang 25 special edition Exoras Saga’s and Persona’S. dan bile tarikh sebenar nak dikeluarkan??????

  19. prodas berkata:

    2 lh bro saya pn tengah tunggu info itu… ade tak sesiapa yg tau???

  20. fauzan berkata:

    mmm… proton n perodua adalah pengeluar kereta nasional. Namun visi, misi dan prospek diorang tak sama. Even market diorang pun x sama; proton menyeluruh sedangkan perodua hanya utk segment compact sahaja (T n D x kan benar masuk segment lain sebb nanti akan menggugat pasaran model2 T n D di m’sia). So, yg pandai adalah org jepun…

    hehe. kancil popular sebb itulah satu2nya kereta compact termurah kat Malaysia masa tu selain sebagi kereta kedua bagi golongan sederhana. Org M’sia kurang beli Daihatsu Mira sebab dah ada kancil (model yg sama). Harga lagi murah sebab x kena duti import dan duti aksais bila dibawah lambang perodua. Ditambah dgn modifikasi downgrade, komponen tempatan, lagi2 la murah. Sekali lagi, org jepun ar yg pandai…
    Walau untung besar yg perodua cipta, sebhagian besarnya masuk gak kat kantung T n D (pemegang saham terbesar perodua).

    Proton pasarannya lebih luas n global, tentu la perlu banyak model dari segment2 berlainan perlu dihasilkan. Bagi saya model2 yg dihasilkan sendiri oleh proton even Neo, savvy, waja n arena bukan ar sesuatu yg sia2. Contohnya; pasaran kereta sport mewah kat Australia average dlm 15 biji sebulan dan kalau ferrari dapat capture market 5 biji sebulan adakah bermakna kereta ferari x laku? Bagi saya bila nak compare jualan kena compare apple to apple ar. Neo, pasaran kereta 2 pintu nak banding dgn pasaran kereta compact, x bleh ar… So far, neo menguasai pasaran kereta coupe, myvi pasaran kereta compact, saga pasaran kereta B segment n persona pasaran C segment nie di M’sia🙂

    Yup, dulu proton byk buat silap percaturan n mengalami kerugian yg besar, tapi kini dgn pengalaman2 nie diorg bangkit semula dan kini menunjukkan perkembangan yg positif dalam industri automatif tanah air. tahun 2009 jer diorang declare keuntungan sebelum cukai 4 kali ganda dari tahun sebelumnya. Itu lah… bila ada pengalaman, ilmu n teknologi; keuntungan bukan sahaja ditafsirkan dari segi jualan kereta sahaja tapi dari pelbagai sudut; milikan saham dlm lotus, jv, membekal consultancy, teknologi, kepakaran pelbagai bidang kat company lain dan banyak lagi.

    Cuma cabaran mendatang bagi proton adalah bagaimana utk mghasilkan model2 yg tepat utk pasaran2nya. Apa2 pun good luck proton..all the best!

    my 2 cents!

    cheers!

  21. azrai berkata:

    Daihatsu memang bawa masuk 10 biji Mira sahaja untuk tujuan market study, fesibility study. Bukan masalh Mira tak laku di malaysia.

  22. fauzan berkata:

    hehe. kurang beli bukan bermakna tak laku. Daihatsu adalah mahir dlm jualan kereta compact di dunia. 1 juta setahun utk market global tuu..

    cheers!

  23. prodas berkata:

    mungkin suatu masa nanti proton dan perodua akan berada dibawah satu bumbung…?? adakah ia mustahil??

  24. prolover berkata:

    macam mane pun saya still tengah tunggu pengganti Proton Arena.. Suke sangat arena

  25. CPS berkata:

    Aku suka baca komen azrai tu . Memang mberi info .

  26. moha774 berkata:

    …aku pernah terbaca..Syed Zainal cakap…SUV ni dibuat atas permintaan Youngman China…dan dana RnD dibayar oleh Youngman…tetapi, hasil yang diperolehi memang menarik minat proton untuk memasarkan SUV ini bawah jenama Proton…tertakluk kepada persetujuan Youngman…rasanya jadi, sebab katanya akan dipamer semasa KLIM nanti…tunggu ajalah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s