Perodua Sasar Tambah 5 Peratus Eksport Dalam 3-5 Tahun

Posted: 23 April 2010 in AUTO News, automotif, PERODUA, perodua ALZA

Casse auto perodua

RAWANG, 22 April (Bernama) — Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan menambah eksport kepada lima peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding dua peratus pada masa ini, kata Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasarkan menjual 3,000 unit untuk pasaran eksport tahun ini, meningkat daripada hanya 2,000 unit kereta yang dijual tahun lepas ekoran krisis ekonomi dunia.

“Kami akan meningkatkannya secara berperingkat-peringkat, memandangkan kami perlu menangani beberapa isu khusus, terutama kualiti, kos dan produktiviti,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kenderaan ke-1.7 juta Perodua dalam tempoh 17 tahun, oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Untuk tempoh jangka panjang, kami mahu meningkatkannya kepada 10 peratus,” katanya.

Setakat ini, pasaran eksportnya termasuk Brunei, Fiji, Mauritius, Nepal, Singapura, Sri Lanka, dan United Kingdom, pasaran eksport terbesar syarikat, iaitu kira-kira 40 peratus.

Aminar berkata tumpuan utama Perodua kini masih di rantau Asean bagi mengambil peluang AFTA sepenuhnya.

“Pada masa hadapan, kami mengkaji negara yang mempunyai peraturan dan standard yang sama seperti Malaysia yang memudahkan kami mengeluarkan kenderaan dari segi kawalan pelepasan asap dan syarat keselamatan serta pemanduan sebelah kanan,” katanya.

Perodua kini menjalankan kajian daya maju untuk memasuki pasaran Thailand, yang dijangka selesai pada suku ketiga atau keempat tahun ini, diikuti peluang ke negara Asean yang lain.

Setakat ini syarikat itu mengeksport 26,000 unit CBU Perodua, manakala 8,000 unit CKD untuk Daihatsu di Indonesia.

Ia merekodkan jualan bernilai RM24 juta sejk mula mengeksport komponen CKD pada 2003 ke Pakistan, Indonesia dan Jepun.

“Kami mahu meningkatkannya kepada sekurang-kurangnya RM50 juta dalam tempoh tiga tahun,” kata Aminar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan.

Kenderaan ke-1.7 juta itu, Alza varian standard, dikeluarkan pada majlis ringas namun penting untuk Perodua.

Perodua mempunyai 10,000 pekerja pada masa ini. Kilangnya mempunyai kapasiti menghasilkan 250,000 kenderaan setahun menerusi dua shif.

Perodua Myvi

— BERNAMA

gambar bawah.. kereta ape ekk??hah

mpv perodua

new perodua mpv

Komen-komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s