Proton Perlu Tembusi Global Untuk Capai Skala Ekonomi, Kata Tun Dr M

Posted: 3 Mac 2010 in AUTO News, automotif, concept car, GENEVA, LOTUS, PROTON, Proton Designer, proton EMAS

Daripada Umi Hani Sharani

Tun dr Mahathir Mohamad

Tun dr Mahathir Mohamad

GENEVA, 2 Mac (Bernama) — Pengeluar kereta negara, Proton Holdings Bhd, perlu mengukuhkan lagi tapak globalnya bagi mencapai skala ekonomi, kata penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Oleh itu, beliau berkata, Proton akan terus memantapkan program eksportnya dengan memperkenalkan beberapa siri kereta konsep yang direka untuk menarik perhatian pasaran dunia.

Syed Zainal, NAdzmi, Tun and Giugiaro

Syed Zainal, NAdzmi, Tun and Giugiaro

Dr Mahathir berkata kereta-kereta konsep itu adalah hasil daripada falsafah Proton iaitu menghasilkan kereta untuk pengguna Malaysia terlebih dahulu sebelum memikir untuk mengeksportkannya.

“Kita sudah biasa menghasilkan kereta untuk Malaysia terlebih dahulu, dan kemudiannya baharu mengeksportkan kereta-kereta ini. Jadi, kita sukar untuk menembusi dunia. Kali ini, kita mereka kereta ini untuk pasaran dunia dan masih lagi boleh menggunakan kereta-kereta ini untuk Malaysia.

“Dengan jumlah kecil iaitu kurang daripada setengah juta setiap tahun untuk pasaran kereta penumpang Malaysia, kita tidak boleh mencapai skala ekonomi.

“Oleh itu, kita perlu mengembangkannya sedikit dalam usaha mempertontonkan Proton baharu untuk pasaran dunia,” kata beliau kepada media Malaysia di Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80 di sini Selasa.

Pengarah urusan kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pembuat kereta itu perlu membuka langkah strategik yang pantas bagi mengelakkan diri daripada kehilangan peluang menjadi peserta global.

“Hari ini, kita tidak akan lagi menjadi peserta tempatan. Kita mesti bekerja dengan bijak,” kata beliau sambil menambah adalah lebih baik untuk menghasilkan kereta yang boleh dipasarkan ke negara-negara lain.

Memberi contoh Proton Saga umpamanya yang telah melalui 200 perubahan sebelum ia boleh dieksportkan ke Barat, Syed Zainal berkata perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

“Selepas suku dekad dalam industri ini, Proton seharusnya sudah boleh mengukuhkan kedudukannya, di kalangan yang lain menerusi pengurusan yang kukuh dan tidak terjerumus dengan nasib yang sama dengan General Motor,” kata beliau.

Proton bermula dengan pelaburan permulaan hanya RM480 juta 25 tahun lepas. Sejak itu, ia telah berkembang dan memberikan pulangan RM4 bilion dan RM18 bilion lagi pendapatan kepada kerajaan.

Mengenai kereta berkonsep hibrid, Dr Mahathir berkata ia direka sedemikian rupa agar ia boleh digunakan dengan keretapi kuasa lain seperti digerakkan oleh elektrik dan enjin pembakaran dalaman konvensional, dan ini akan menjadikan kereta-kereta berkonsep ini lebih menarik di pasaran Barat.

Beliau berkata walaupun ia akan mengambil masa kira-kira tiga tahun sebelum kereta konsep ini boleh dihasilkan, beliau telah meminta pengeluaran itu dipercepatkan.

“Saya bagitahu mereka kita mesti cepat sebab saya semakin tua,” kata beliau secara berjenaka.

Kereta itu, direka dengan kerjasama pereka dalaman kereta Itali, Italdesign Giugiaro, boleh dihasilkan dalam enam variasi, tetapi hany tiga akan diperkenalkan di pameran motor.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. campromania berkata:

    saya setuju dengan Tun supaya dipercepatkan pengeluaran model ni..design dah ada, cuma perlu buat sedikit ubah suai supaya sesuai dengan kos..kalau rumit sangat kos akan tinggi, kereta akan jadi mahal..buat permulaan keluarkan variant enjin petrol biasa dulu, lepas tu setahun kemudian keluar versi hybrid..

  2. prodas berkata:

    saya setuju cadangan bro campro… menperkenalkan versi petrol dahulu… saya lihat secara keseluruhan kereta ini nampak mahal….

  3. fauzan berkata:

    mmm… ada 6 variasi kesemuanya dan 3 variasi sahaja yg dipertontonkan…wah…tak sabar nak tengok yg 3 lagi tu…

    cheers!

  4. prodas berkata:

    bile dia akan tunjukkan 3 versi lagi???

  5. mailfelda berkata:

    Kita tunggu & lihat.. Syabas proton, bangga jadi anak malaysia

  6. aimanMALAYAdesign berkata:

    bangga2,kembang2

  7. prodas berkata:

    yup…. nanti kalau ade sesiapa yg dapat info 3 versi emas boleh lh kongsi2 di sini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s