Proton ke persada DUNIA!!!

Posted: 1 Mac 2010 in AUTO News, automotif, concept car, GENEVA, PROTON, Proton Designer
Proton Sedia Masuk Pasaran Global Secara Agresif

Daripada Umi Hani Sharani

GENEVA, 1 Mac (Bernama) — Selepas 25 tahun dalam industri automotif, Proton Holdings Bhd kini bersedia untuk memasuki pasaran global secara agresif dan akan bermula dengan mengambil bahagian pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80.

Pengarah pemasaran dan lepas jualan kumpulan Yohani Mohd Yusof berkata sasaran pembuat kereta nasional itu adalah untuk memasuki sebanyak negara yang mungkin dan telah mengambil langkah berani untuk menjadi lebih agresif.

“Selepas 25 tahun dalam industri automotif, sudah tiba masanya kami memasuki pasaran global,” katanya kepada media Malaysia di sini.

proton concept hybrid

proton concept hybrid


Pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva, Proton akan melancarkan kereta konsep pertamanya, yang direka bentuk dengan kerjasama Italdesign Giugiaro dan menggunakan enjin Range Extender Lotus.

Kereta konsep itu, yang juga hibrid, dijangka dilancarkan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir juga akan hadir.

Anak syarikat Proton, Lotus juga akan melancarkan model Elise yang diperbaharui pada pameran itu.

Yohani berkata pameran motor yang berbeza mempunyai platform yang berlainan untuk mempamerkan pelbagai produk tetapi pameran Geneva merupakan yang terbaik mempamerkan semuanya dan dianggap sebagai tempat persaingan yang sama dengan pembuat kenderaan dunia.

Venue pameran itu, yang diadakan setiap tahun di bandar raya Switzerland pada Mac, merupakan Geneva Palexpo, di mana kereta eksotik selalu mencuri perhatian dan menyerlah berbanding yang lain seperti pelancaran kereta prototaip, peralatan baharu, penemuan teknikal dan pengumuman perkongsian antarabangsa.

— BERNAMA

Komen-komen
  1. g-mie berkata:

    good luck proton..!!

  2. prodas berkata:

    yup!!!! tak sabar nak tunggu esok!!hahah

  3. fauzan berkata:

    doa rakyat m’sia sentiasa mengiringi mu… go! go! proton! :0

    cheers!

  4. prodas berkata:

    etol!!! kini PROTON!!!!! MENAWAN DUNIA!!!!!

    kini ku menawan dunia!!!!!
    syabas proton!!!!

  5. mailfelda berkata:

    Hidup proton

  6. prodas berkata:

    yup!!! harap2 proton akan terus berkembang ke persada dunia… jgn jadi jaguh kampung sahaja!!!!

  7. fauzan berkata:

    hehehe..jaguh kampung bukan lagi milik proton tapi…. ttuuuuuttt!🙂

    cheers! syabas proton!

  8. prodas berkata:

    hahahha tutUUUttttt….hahah bile lh dia nak buat kereta sendiri??hahaha

  9. TUTUUUUTT tu x reti nk wat keta agaknya..rebadge ja tau..RND bumper lampu stereng ja…

  10. aimanMALAYAdesign berkata:

    doa kami dlm perjuangan mu proton…jgn jadi mcm tuttttttttttttttttttt.(aiseh nak jgk)

  11. prodas berkata:

    hahahah paham2 jekk tutututut 2??!! haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s